Thursday, July 13, 2017

Hari Kecewa, Hari Bahagia

Menjadi penulis ini tidak mudah seperti yang digambarkan. Ya, memang seronok. Tetapi di sebalik itu, ada juga kesukaran yang terjadi.

Pagi tadi aku bertemu dengan kesukaran yang selama ini aku hanya dengar-dengar sahaja dari teman-teman penulis. Dicemuh oleh golongan terpelajar, di pandang hina dan menganggap perjuangan penulisan aku ini hanyalah sesuatu yang tidak bermoral.


Sepanjang pagi aku rasa hilang semangat. Aku rasa down. Aku mula tertanya-tanya.

"Kenapa susah sangat mahu buat buku baik-baik? Tulis cerita baik-baik pun dikecam dan dikeji. Malah, dikecam oleh golongan yang juga baik-baik."

Muncul dalam benak untuk aku menukar arus. Muncul dalam jiwa untuk berhenti sahaja dan fokus pada apa yang aku benar-benar mahukan. Hasilkan cerita yang rebel. Hasilkan sesuatu yang memang perlu dikecam. Tidak perlu berselindung di sebalik kelabu jika hitam lebih jelas lagi terang bukan?

Dikala aku sedang punyai fikiran seperti itu (hanya kerana pertemuan aku dengan seseorang yang mengecam perjuangan aku ini) tuhan temukan aku bersama seseorang yang juga di dalam golongan terpelajar pada petang harinya, tetapi individu punyai fikiran 180 darjah yang berbeza.

Berbual dengan individu berpangkat seorang bapa ini, memberi nasihat di atas segala perjuangan aku dan memahami apa yang aku perjuangkan. Mendengar kisah aku yang bukan sesiapa... hanya penulis picisan. Memberikan aku butiran kata yang menaikkan semangat dan hati aku kepada penulisan yang baik-baik ini semula.

"Man, perjuangan kita ini tidak
 akan 100% orang suka. Jadi kita kena kuat. Orang sastera ini memang tugasnya menyampaikan. Jadi sampaikan mesej dan cerita-cerita baik untuk semua."

Aku rasa nak menangis. Aku rasa terharu.


Indah sungguh aturan tuhan. Di dalam satu hari Dia memberikan aku seburuk-buruk perasaan dan seindah-indah perasaan. Di dalam satu hari dia temukan aku dengan seorang yang mengecam sepenuhnya, dan seorang yang bersorak akan perjuangan aku seikhlasnya.

Terima kasih tuhan untuk pengalaman hari yang berharga ini. Pengalaman buat seorang penulis yang mahu menulis cerita baik-baik semula. Perjuangan harus terus. :)

-out-

7 comments:

K. Khai. said...

Apabila kena begini, kita boleh fikir semula perjuangan Rasulullah nak sampaikan sesuatu yang baik kepada ummatnya, tetap dikecam. Benar kita tak boleh puaskan hati semua. Setiap langkah bermula dengan niat untuk mencapai matlamat. Apa yang kita perlu saling mengingati pula ialah, matlamat tidak menghalalkan cara. Bermakna, teknik dan proses ke arah matlamat itu perlulah dalam zon syarak. Bukan ikut suka hati semata-mata ingin capai matlamat.

Wallahu a'lam.

نوررحيم بن شمس الدين said...

Salam Aman Wan... Ada orang pernah cakap dekat aku, kadang-kadang kita tidak ditakdirkan untuk menjadi, orang yang kita nak. Orang tersebut merupakan seseorang yang aku hormati, seseorang yang aku segani. Bayangkan, jika saat itu, aku pegang kata-kata beliau, dan aku berpura-pura redha dan ikut aturan takdir(kononnya), aku pasti masih di takuk yang lama. Aku masih kekal menjadi penakut untuk mencuba. Aku percaya, setiap orang ada falsafah yang tersendiri. Ada pandangan yang tersendiri. Kita juga ada falsafah kita tersendiri. Berpeganglah teguh terhadap pendirian. Teruskan perjuangan. Kita semua ada hak, atas apa yang perjuangkan, selagi mana, ianya tidak bertentangan dengan syarak...

Unknown said...

curry 3 shoes
adidas outlet
air jordan
prada sunglasses
http://www.kobebasketballshoes.us.com
lebron james shoes
lebron shoes
adidas online shop
true religion jeans
michael kors outlet

Unknown said...

rolex replica watches
true religion outlet store
redskins jerseys
jordan 4
oakley sunglasses
ugg boots
replica watches
michael kors outlet
true religion outlet
chicago bulls jersey

Unknown said...

jianbin1006
true religion jeans
polo ralph lauren
kate spade outlet
coach outlet online
supra shoes
christian louboutin shoes
coach factory outlet
nike factory shoes
coach outlet online
michael kors outlet

SSSSSS said...

iniki
michael kors
yeezy
hermes birkin
gucci belts
adidas stan smith uk
lebron soldier 11
red bottom shoes for women
nike roshe
golden goose

yanmaneee said...

fila shoes
michael kors outlet
cheap nba jerseys
nike air max 90
adidas nmd
adidas shoes outlet
nike flyknit racer
michael kors outlet
adidas iniki
supreme clothing