Sunday, November 28, 2010

Entri Loser

Sekarang ni, sudah 2 tahun blog ni dihasilkan. Ini buatkan aman terfikir. Apa yang aku dah lakukan selama 2 tahun ni...?

Aman akui, semangat aman sering tak putus sejak dari entri pertama aman, "Salam Awalan", di blog ni. Aman bersemangat untuk hasilkan komik, aman bersemangat untuk join aktiviti tentang komik.. tapi semangat saja tidak dikira sebagai kejayaan.

Selepas difikir dengan teliti.. aman tak lakukan apa2 dalam 2 tahun ni. melainkan 10pages komik antologi dan beberapa proposal komik yang bertukar ganti. Selain dari itu, aman hanya seorang yang penuh semangat saja. "semangat" sahaja..

well, bila aman buka Facebook, melihat setiap perkembangan rakan pekomik lama dan baru yang semakin improve dan maju ke depan, aman semakin rasa kecil berada dalam kelompok pekomik ni. Semua orang semakin eager dan bertungkus lumus dan hasilkan karya2 baru. Aman pula? yaa...penuh dengan alasan yang bertujuan menyedapkan hati sendiri..

........
........
........

sudahlah...saja je nak melepaskan rasa. tak perlu komen apa2. ini ialah entri di mana aman, mengingatkan diri sendiri betapa losernya diri ni.

Aman wan, kau tak cool langsung.

-out-

Sunday, November 14, 2010

Hyperman


Hoho, tujuan aman tulis entry ni bukan sebab aman sedang hyper, tapi aman nak promot 1 komik online dari Irfan Foner (pelukis Smash20) yang bertajuk HYPERMAN~!!!

Komik Hyperman ni berkisarkan tentang seorang pelajar lepasan SPM iaitu Hariri yang mencuba nasib bersama rakannya Tamim untuk berkerja sambilan di sebuah kedai serbanika yang diuruskan oleh seorang pengurus yang sangat terkenal dengan sikap tegas beliau. Komik ni akan mengungkap pelbagai kisah menarik dan penuh inspirasi sepanjang Hariri bekerja di sana.

Bagi aman komik ni sangat2 menarik! Punyai tarikan tersendiri dan setiap lukisan juga dilukis dengan baik dan terperinci. Setakat entry ni ditulis, komik Hyperman ni dah mencecah 930 followers (best kot komik ni! kalau x best, xkan punya ramai followers! hehe) dan sudah mencapai Kaunter(chapter) 4 sejak ia dirasmikan pada bulan Ogos 2010 di laman web Facebook.

Jadi, kepada peminat komik, selain baca komik jepun Onepiece dan Bleach, aman menggalakkan korang layan juga komik Hyperman ni dan jangan lupa untuk 'like' page Hyperman tu sekali. Sokong komik buatan tempatan! Korang mesti suka punyalah!

~Sila Klik Untuk Membaca~
Kaunter 1: Cari Kerja
Kaunter 2: Pengurus Roslan
Kaunter 3: Pekerja Baru

Kaunter 4: Hari Pertama Bekerja


Nantikan sambungan Kaunter komik ini di web page Facebook Hyperman!

-out-

Tuesday, November 2, 2010

Kerja! Kerja! Kerja!

T_________T
(sila jangan isi tempat kosong dengan apa2 huruf konsonan mahupun vokal, kerana ini ialah emoticon)

Wahhh~! Seperti yang korang boleh lihat, sekiranya blog ini tak di update berkenaan perihal komik, ini bermakna progress aman sememangnya lambat dan tergendala juga. huhu.

Semester ini agak sibuk bagi Aman. Walaupun tak ada kelas, tapi aman sekarang sedang praktikal di Batu Caves dalam company Interior Design. Jadi, masa aman untuk melukis adalah sangat2 terhad! (waktu malam sahaja, itu pun pagi2 kena bangun awal untuk pergi kerja)

Namun, at least aman masih boleh melukis sikit2, tapi kemudian masalah melanda lagi~! Aman kena siapkan thesis untuk project final year aman! (yeaa...dah final year! Ipan br 1st year, lambat giler kau. wahaha) Jadi melambak2 lah kerja yang aman kena buat, ataupun 'tangguhkan' sekarang ni.. huhu..

Sekarang ni, ada seminggu lagi untuk presentation thesis, dan sebulan lagi untuk habis praktikal. Ini bermakna aman akan kembali produktif pada awal bulan 12 ini! (korang boleh anggap ini sebagai alasan..huhuhu) Setiap hari memang aman nak sangat melukis, hope dapat la sambung komik2 yang tersadai kat dalam fail hitam aman ni secepat mungkin!


*_____*
DISEMBER! AKU DATANG!
(sebenarnya, tak perlu datang kerana bulan disember yang akan muncul sendiri.. jadi mari kita duduk goyang kaki tunggu bulan Disember itu ye~!)

-out-