Sunday, November 30, 2008

Buntu..!!!


Arghh...!!

aku da buntu. aku da cuba sketch design baru utk karakter aku. tp mesti x jadi2.. ahhh...!! camne ni... camne ni... kawan2 da byk tlg bg idea kat aku.. tp hakikatnya, aku sebenarnya x pandai lukis benda2 baru.. lukis org pun aku ambik 2-3 jam utk siapkan.. hmmm... aku tatau la... boleh ke aku betul2 berjaya dalam bidang komik nih...

ada beberapa lukisan yang aku dah lukis,tp lukisan tu terlalu detail sampai bg aku susah utk dijadikan komik.. sebab aku x biasa... aku nak lukis karakter2 simple, tp.. ahhh... x menepati kehendak komik aku.. aku buntu... sgt buntu... nak nanges pun ada... nak koyak2kan kertas pun ada.. hmmm..

ok la.. sori kacau masa korg.. aku da lega sket. nak sambung design balik.. harap2 dpt design sesuatu yg simple tp cantik... harap2 lah.....

babai....

Friday, November 28, 2008

Character Design & Feedback

sketches watak utama ,Maria



watak2 penting, nama dan umur

Assalamualaikum...

haha...semalam aku dah berjaya siapkan lakaran karakter (kat atas nih..) serta sinopsis baru yang lebih detail untuk komik aku yang insyaallah bakal diterbitkan under Komik-M. Pagi tadi, saudara Wan Zuhairi (Wanzu) sudah membalas email aku.. dan katanya...



Assalamualaikum,
Saya
sudah membaca sinopsis terbaru. Nampaknya lebih terperinci sinopsis yang diberi.
Berkenaan idea untuk menjadikan buku ini bersiri, saya setuju dengan cadangan tajuk-tajuk buku yang diberi. (bla..bla..bla.. sepeti biasa.. perenggan ini mengadungi spoiler..)
Saya sudah melihat rekaan karakter yang diberi. Komen saya ialah watak-watak itu kurang terperinci. Mungkin saudara boleh perincikan lagi setiap watak dengan karakter yang lebih menyerlah dan dapat dibezakan dengan watak-watak yang lain. Kelihatan watak Maria hampir sama dengan Bika dan Umi. Perbezaan umur dan berat tinggi setiap watak perlu ketara untuk mengelakkan kekeliruan. Watak Liya juga seakan lebih muda dan hampir sebaya dengan Maria.

Kemudian ingin saya nyatakan konsep Komik-M adalah memasukkan unsur-unsur kemalaysiaan daripada segi gaya hidup dan budaya. Oleh itu saya berharap agar setting cerita ini berlatar belakangkan gaya hidup orang Malaysia (tidak semestinya melayu). Contohnya sarkis itu adalah sarkis di Malaysia, makanan yang dijual adalah makanan orang Malaysia seperti laksa, karipap, nasi lemak dll, pakaian juga mesti pakaian orang Malaysia dsb, bangunan, kenderaan dll juga seharusnya yang wujud di Malaysia juga.

Jadi saya rasa dari segi jalan cerita kita boleh develop lagi. Cuma bahagian lukisan itu saya rasa perlu didevelop dengan lebih banyak lagi. Jika tidak keberatan mungkin kita boleh bertemu untuk berbincang secara face to face. Saudara tinggal di mana ya?




Ini bermakna aku perlu redesign karakter2 komik aku... aku dah pun rujuk kawan aku, Muzz dan ayah aku sendiri. kedua2 individu ni memberi jawapan yang sama pada aku, "sume karakter nampak sebaya je.." Muzz telah membantu aku mengubah sedikit beberapa karakter untuk menjadi lebih matang dengan umur mereka. jadi, kalau korang ada idea gak?? boleh tgk lukisan kat atas tu.. dan boleh komen apa yang perlu di ubah.. harap korang boleh tolong... terima kasih bebanyak...

hahaha, ini pengalaman pertama aku untuk melangkah kaki ke dalam bidang penerbitan ni.. kadang2 aku macam tak percaya dengan peluang yang aku dapat ni.. aku bersyukur sangat2..

ini semua pun atas dorongan korang semua. terutama ibubapa aku. diorang tak pernah mempertikaikan hobi dan minat aku dalam lukisan. sejak kecil, ibubapa aku rajin masukkan aku ke mana2 pertandingan melukis. diorang sering memberi kata2 semangat dan sokong aku, dengan syarat, aku x leka dan tak lupa pada pelajaran dan tuhan. kalau lah karya sulung aku ini diterbitkan, aku akan tujukan terima kasih pada mereka di dlm buku tu...

selain dari tu, member2 aku, korang sumer yang rajin membaca blog aku jugak merupakan penaik semangat aku. kawan2 bilik, kawan2 sekolah, kawan2 studio, kawan2 internet, kawan2 blog, korang sumer la.. TERIMA KASIH BANYAK2...!!! TERIMA KASIH...!!! sejujurnya, aku perlukan korang.. untuk terus beri semangat pada aku...minta tolong korang semua...terima kasih banyak2..!!


p/s--wah,saudara wanzu nak jumpa aku..??!! haha,aku teruja ni..!! ^w^

Tuesday, November 25, 2008

Hampir tercapai....



korang ingat lagi x aku ada cakap yang aku skang tgh try nak hantar work ke Komik-M.. anyway... baru2 ni aku dah siapkan satu story utk dipublish, dgn design karater2 (kat atas ni) x la lawa maner pun. n aku da dapat maklum balas dari editor Komik-M, Saudara Wan Zuhairi..
Mr,wanzu said...

Assalamualaikum.

Terima kasih atas kiriman proposal ini. Saya sudah membacanya. Ceritanya menarik! Saya suka dengan idea dan jalan cerita yang ditampilkan.
Jika tidak menjadi masalah, saya ingin mencadangkan supaya komik ini dijadikan komik bersiri seperti komik GTO, One Piece dan lain-lain. Kisah pengembaraan - bla..bla.bla..bla...bla..bla..bla..bla.... (maaf,perenggan ni di "blabla" kan kerana mengandungi spoiler....)
Kalau boleh, saya mohon saudara kirimkan sekali dengan lukisan rekaan watak (character design) setiap karakter dalam komik ini. Terutama sekali watak Maria kerana bagi saya Maria perlu menjadi seorang yang amat unik :)

Terima kasih.

hohoho...sememangnya aku agak hepi dgn maklum balas ni. sekurang2nya jalan cerita aku dah diterima! yeahh!! tp ini jugak mengingatkan aku, utk lebih bertanggungjawab ikut deadline. huhuhu... aku try! (magme nye komik pun susah nak siapkan... =p )
Dan skang...aku kena perah otak lg untuk pikirkan sambungan citer ni.. memandangkan editor nak komik ni jadi komik bersiri... haha,aku agak nervous sebenarnya.. sebab ni kali pertama aku utk lukis komik secara official. tup..tup..terus kena wat komik siri.. insyaalah, aku kuatkan semangat gak utk buat yang terbaik!! ganbateyo aman-kun!!
kepada korang yang tertanya2, aku buat komik bertema kan badut. yup,kisah badut. so, sesaper yang ada fakta2 menarik atau cerita2 menarik pasal badut atau funfair, boleh la btau aku. boleh aku wat research. =) (pergh..kalu projek studio, gile malas nk wat researches..)
ok lah,aku nak sambung wat design karakter nih. n nak sambung wat komik magme gak.. huhu.. bos da suruh. (adledash..) wish me luck guys!!

out!

Friday, November 21, 2008

I've Been Tagged & Promotion

hoho..well. hari ni aku telah di tagged oleh http://sayapae.blogspot.com/
sebenarnya kena wat gambar je.. but tgn aku gatal nak wat video gak. ahakz!! =p

and, ada gak promosi tentang studio animasi 2D malaysia kepada sesiapa yg berminat.
nak ckp byk pn malas.. so,tgk je video nih... wraahhh...~~ ^o^

update-- *kpd Adledash.. nasib baek video nih da siap b4 anda tagg daku.. klu x, akan ku letak jua muka mu skalik di dlmnya..hehe...*

Thursday, November 20, 2008

My Progress So Far

Anyway,hari ni aman rasa malas betul nak taip blog.. so, aman dah wat video!! yea!! haha.. *lagi susah wat video dari taip..* x kisah la apa2 pun, korang dgr je la ape yg aman merepek ni ek.. and sori klu ada gmbar or lukisan yg x jelas.. hehehe.. its all about Comics and Career...

p/s----dijamin tidak membosankan.. ^-^ and sori,sepatutnya video ni di upload semalam. tp ada hal.. so,enjoy.


Wednesday, November 19, 2008

~Cebisan Gulungan Puaka~


“Johan, Johan..!” jerit Fatin berulangkali sambil berlari-lari kecil kearah Johan. Johan hanya menjeling dari jauh. Langkah kaki Fatin memang kecil, sehinggakan boleh dipintas oleh bayi yang sedang merangkak di sebelahnya. 2 jam 34 minit kemudian, Fatin akhirnya berada di hadapan Johan yang ketika itu sedang termenung. dari renungan Johan itu, Fatin amat mengetahui apa yang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Fatin tersenyum.

Dengan nada memujuk, Fatin mendekati Johan. “Johan, aku tahu apa yang kau fikirkan.. aku juga berfikiran begitu.. Adakah bersalin itu sakit..?” Johan mengeluh kembali setelah melempang Fatin.

“Fatin.. kau rasa aku layak tak jadi seorang penulis..?” tanya Johan lembut. Fatin bintas berdiri. Dan mengalami kekejangan sedikit di otot pinggangnya. Kedua belah tangannya di genggam.

“Pastilah!” jawab Fatin kepada soalan Johan 15 minit yang lalu. “Dari usaha kau selama ni,aku pasti kau layak! Aku sering memerhatikan kau. Kau memang rajin menulis cerpen. Pernah sekali ketika kau menulis, Greg datang dan duduk di sebelah kau. Saat itu memang aku takkan lupa! Greg amat kacak. Aku terpesona oleh lirikan senyuman dia. Aku sudah mengirimkan surat cinta kepadanya,namun dia masih tak membalas. Tapi tak mengapa,aku sentiasa akan menunggu dengan harapan. Inilah impian aku!” Fatin tersenyum manis. Johan masih diam. Dia amat terharu kerana mempunyai sahabat yang begitu memahami. “Ais Soda!” tambah Fatin lagi. Walau kata itu tiada kena mengena dengan topic sebenar. Namun Fatin percaya bahawa Johan akan tersentuh dengan ayat itu. “Ais Soda!” ulang Fatin.

Johan merenung Fatin. “Bodoh.” Balas Johan. Fatin tersipu-sipu malu. Lalu pulang sebentar ke rumahnya untuk memakan Nasi Ayam yang telah dimasak oleh ibunya minggu lalu. Fatin duduk semula di sebelah Johan keesokan petangnya. Johan menghulurkan sesuatu kepada Fatin. Pemain MP3. Fatin yang kebingungan lantas pergi mengambil wang sakunya dan membayar RM241 kepada Johan. Johan menyimpan duit itu. Fatin memberi semula pemain MP3 itu kepada Johan semula. Johan hanya tersenyum hiba.

Namun,Johan tidak dapat menerima pemberian Fatin itu. Dia dan Fatin sudah bersahabat sejak kecil. Seperti adik beradik. Johan mengetap bibirnya. Dia menghulurkan kembali pemain MP3 itu kepada Fatin dengan diskaun harga 45%. Fatin tersenyum lalu membayar kepada Johan. Fatin kemudian memberi semula pemain MP3 itu kepada Johan. Dan keadaan ini berterusan selama 4 jam 22 minit. Dan Fatin telah berhutang sebanyak RM7.9 billion kepada Johan.

Dan disaat inilah bermulanya kisah pengembaraan Jenny mencari harta karun di dasar lautan biru yang amat terkenal dengan nama “GULUNG2”..

-END-




..................maaf...hanya repekan kebusanan.................


Pecah Kepala!! ..idea..idea...

hoho..ni antara sample komik aman yang aman pernah buat..
x best dan x siap lagi.. xde kena mengena dengan
topik kali ni.. saja nak tunjuk.. so,topik yang sebenar...


Arghh..pening2!! Aman x dapat nak carik idea utk wat komik yang best.. kebanyakan idea2 yang aman ada kat dalam otak nih, sumenyer mesti ada persamaan dengan citer2 yang orang lain dah buat.. tak ada originaliti lansung.. aiii..

Bukan aper.. aman try nak wat komik yang jalan ceritanya berlatar belakangkan Malaysia.. tapi aman tak mau la wat citer2 silat.. memandangkan dah ramai orang wat camtu.. hmm.. klu ikut taste aman la.. aman suke ala2 fantasi.. tapi memandangkan jalan cerita di Malaysia.. so,ni ada bercampur budaya, agama n bangsa. so.. mesti lah kena berpijak dibumi nyata.. hmm..

Korang slalu dengar kan.. org putih slalu wat citer2 spin off dari kisah2 dongeng cam Snow White, Cinderalla, Alice in the wonderland.. aman try nak wat camtu, tp menggunakan hikayat2 atau cerita2 rakyat la.. aman ada wat satu cerita ni.. berdasarkan kisah Batu Belah Batu Bertangkup..

Sudin yang dah lama duk kat bandar teringin utk menetap di kampung sempena cuti semester yang akan tiba.. namun, sudin dilahirkan tanpa pernah sekali pun tinggal di kampung.. memandangkan nenek dan atuknya dah meninggal..
jadi, sudin bertekad utk pergi mencari mana2 kampung utk tinggal di situ dan menikmati suasana nyaman. Sudin pastu akhirnya jumpa gak kampung yang agak pendalaman la.. suasana kat situ agak tenang.. orang2 kampung pun baik2.. tapi ada satu perkara yang sudin pelik.. boleh dikatakan, kaum2 ibu hanyalah 5%...
sudin kemudian berkenalan dengan seorang pemuda kampung dan mendapati suatu perkara yang agak mengejutkan.. penduduk2 kampung tersebut dah mengamalkan satu tradisi sesat yang sangat zalim.. dimana, kepercayaan mereka kepada kisah Batu Belah Batu Bertanggup adalah sangat kuat..!!

Oleh sebab itu,mereka percaya.. setiap kaum ibu perlu mengorbankan diri mereka dengan di hentak batu besar (kononnya ditelan batu belah la..) dengan kepercayaan, anak2 mereka kelak akan membesar menjadi seorang yang gagah, kaya dan kuat. (ala2 citer dongeng la..) So,sudin berusaha utk menghentikan ritual ini dari berlaku lagi dan dia menerima banyak dugaan...


hmmm..camner?? citer ni agak heavy so.. agak payah utk di buat komik dlm masa terdekat ni.. aiseh... kalau boleh.. nak citer yang

kelakar+fantasi sket+latar malaysia

ada ker..?? ntah la.. pecah kepala nak pikir!!! arghhh....!!!

Monday, November 17, 2008

Komik dan Aku??

well,seperti mana sume peminat dan pelukis komik yg lain, aman pun bercita2 utk mengharapkan satu hari nanti komik sendiri akan diterbitkan. maybe sesetengah org x begitu berpegang dgn pendirian diorang. juz pikir

"kalaula ada komik sendiri,best nih.."

tp sejujurnya, aman sgt serius dlm bidang ni. aman dah byk usaha utk mencari peluang di sana sini, kadang2 apa yg dirancang x menjadi, kadang2 peluang yg dtg terlepas dgn sebab2 yg x dpt dimaafkan, kdg2 apa yg diharap x mencukupi.. TAPI.. setiap yang berlaku ada hikmahnya, selagi korang x cakap, "aku give up" atau mengeluh.. pasti ada peluang yang lain... betul nih..

aman dulu memang seperti kebanyakan pelukis2 mimpi yang hanya tahu berangan dan menconteng... namun pandangan aman berubah pada tahun 2004.. di mana pendedahan tentang dunia komik dan animasi mula diperkenalkan kat aman..

mulanya dengan aman membeli sebuah majalah komik bernama CREST07.. dengan tu, aman tertarik dengan gaya lukisan setiap ahli dan aman mula berjinak2 memasuki forum CREST dan aman dah aktif dalam forum tu sampai dah jadi "full member" dah.. haha x la bagus sgt pencapaian nih. tp bg seseorang yg jarang on9 cam aman, satu kejayaan gak la..

ehem...balik ke topik asal,dari forum yang aman masuk ni, aman dapat belajar tentang cara2 pembuatan dan melukis komik dengan lebih berkesan la... aman sebelum ni sampai sekarang x pernah menerima sebarang pengajaran tentang animasi atau komik secara formal... blaja sendiri.. tgk buku, blaja dari situ.. x ada org ajar secara formal, x pernah masuk mana2 kelas melukis... selain tu, baru aman tahu yang peluang untuk menjadi kartunis sangat la luas..! aman ingat, juz kena hantar GEMPAKSTARZ jer.. rupa2nya, byk lagi benda yang aman tatau.. contohnya, event2 seperti Comic Fiesta yg berlangsung setiap disember. Comic Fiesta merupakan event dimana para2 pekomik boleh menjual komik2 diorang x kira secara terbitan atau DIY (do it ur self) atau, buatan sendiri. bukan saje komik, barang seperti notebook, book mark, n mcm2 mengenai komik dibenarkan. ada gak
cosplay kat sana.

selepas tu, aman baru tahi lebih byk lagi event2 tentang dunia komik.. aman pastu berjinak2 dgn satu lagi ruangan web yang dipanggil DEVIANTART.COM... kat sini, ada byk lukisan2 dan sketch2 yg aman da buat.. n kat sini gak, lebih ramai lagi aman berkenalan dengan pekomik luar dan lebih byk lagi informasi tentang komik aman tahu..! aman mula bertanya pada setiap orang tentang apa yang perlu, apa yang x utk menjadi seorang pelukis yg berjaya, aman tanya lagi, tentang proses2 yang nak buat utk hasilkan komik DIY.. aman wat survey, n diorang sume bagi respon yang best2.. aman terhutang budi kat diorang sumer.. arigato gozaimasu!!

pencapain aman??? ok. meh sini nak citer..
masa tahun 2004,aman pernah hantar komik strip ke pertandingan Bakat Baru Gempak 2003, dan macam biasa, x berjaya.
kendian pada tahun 2007, sekali lagi aman cuba hantar komik aman dan x berjaya gak...
pastu aman berjinak2 dlm bidang doujinshi.. penghasilan komik dengan partner aman, kittychan utk hasilkan YUCCA! x menjadi dgn sebab2 tertentu..
aman kedian try hantar proposal komik Badut Kecil ke mag KOMIKOO, haha.. korang da tau.. ditolak..
then, studiomate aman mula mencadangkan buat zine dengan nama MAGME.. dan pada mulanya agak hambar.. namun aman percaya M AGME boleh hidup.. cuma ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.. hmm.
DAN SEKARANG...peluang yang paling best pernah aman dapat! terbitkan komik dibawah nama syarikat Komik-M, anak buah syarikat PTS. aman dah contact editor Komik-M dan dia kata komim mesti 100 mukesurat dan berlatar belakangkan malaysia. OK. aman amik cabaran ni... dan ni yang aman tgh wat cuti2 nih... penat wooo..

aman x pasti lagi yg aman boleh berjaya ke x kali ni, atau hanya sekadar ujian idup lagi sekali wat aman. neway, aman memang serius dlm melukis komik. aman harap, satu hari nanti, ada tempat utk karya aman sampai kat dlmhati korang. trimas atas segala susah payah... korang best!

Sunday, November 16, 2008

Salam awalan..!!




apa khabar? hmm...so,terima kasoh coz sudi2 nak jenguk blog aman.
buat masa ni,aman belum upload apa2 utk disiarkan dlm blog ni. tp insya Allah, aman akan masukkan karya2 aman dlam vlog ni.

so,korang gak boleh ikut perkembangan dunia karyawan aman dlm penghasilan komik, poster, atau shortfilm! (hehe..aman rajin gak wat shortfilem tahu...) haha...riak la pulok.. =p

apapun,harap dapat sokongan dari korang sumer.
jadi,utk awal pengenalan diri dan blog ni, better aman tunjukkan sikit karya yg pernah aman hasilkan! tp jgn la expect yg bagus2 coz x bagus pon... slalu kne reject, kne kritik, x siap, x menang, TAPI, aman x putus asa ar... HERO KENA KUAT BEB.. hehe.. so enjoy!!


karya ni sebenarnya sample komik yg aman pernah hantar ke KOMIKOO namun ditolak dgn alasan aman nyer work masih x cukup kuat utk disiarkan. walau x diterima, tapi aman sgt hepi coz editor KOMIKOO, Roy Ablah, sudi utk meluangkan masa dan memberi komen tentang artwork aman. dia jugak ada ckp supaya aman teruskan improve melukis dan tunjuk pada dia, n itu yg aman akan buat! aman akan try improve lagi apa yg x kena.

work ni,aman da dpt byk komen, dari bebdk studio, kawan2 internet, jadi, aman harap korang leh komen n kritik artwork ni supaya aman leh jadi better dari masa ke semasa. k? hee..