Showing posts with label Lawak Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Lawak Sekolah. Show all posts

Sunday, December 4, 2016

Kad Lawak Sekolah


Ini adalah kad-kad lukisan eksklusif yang Aman hasilkan untuk 21 pembaca BLINK yang menyertai #BlinkSleepover. Fuh, melukis dan memotong kad ini sampai pukul 4 pagi baru siap. Apa boleh buat, rindu pada Lawak Sekolah tidak tertahan-tahan. Jadi, bila dapat peluang lukis mereka, memang pulun habis-habisan.


Apapun, pengalaman yang fun bersama mereka yang gila-gila ini! Harapnya, kesemua peserta BlinkSleepover akan simpan memori kita bersama dan kad ini baik-baik ya. Akan datang bakal jadi rare dan mahal tahu!

-out-

Friday, January 1, 2016

Segalanya Tentang 2015

Setiap kali bermula tahun baru, mesti ramai-ramai sudah pasang azam mahu itu, mahu ini. Azam Aman cuma 1 je. Mahu jadi better dan lebih sukses dari tahun sebelumnya!


Tahun 2015 adalah tahun yang Aman boleh katakan, tahun pecah rekod! Yup! Ada beberapa perkara yang berlaku pada tahun 2015 adalah sesuatu yang over dari biasa.

Apa dia? Jadi jom kita tengok, apa pencapaian dan kejayaan (bagi Aman) pada tahun 2015 yang lepas!

* * * * *

1- PENAMAT NOMIK LAWAK SEKOLAH
Yup! Akhirnya Aman berjaya menamatkan siri nomik Lawak Sekolah untuk Musim Pertama! Yeah! Perasaan menamatkan siri ini memang begitu menakjubkan. Pada tahun 2015 baru Aman dapat lihat dengan anak mata sendiri impak nomik Lawak Sekolah ini apabila follower dan pembaca setia mula bertemu Aman, Azanil dan Kak Ain. Ada yang bawa hadiah, bawa fanart, dan bebrincnag tentang siri ini pada kami. Terima kasih! InsyaAllah siri nomik ini akan berterusan. Cuma 2016 ini Aman mahu berehat sekejap sebelum sambung musim kedua. Jangan marah ya. Hihi!


* * * * *

2- MASKOT NOMIK
Mana tak happy. Sudahlah nomik Lawak Sekolah berjaya ditamatkan, kemudian pihak BLINK mahu menjadikan watak utama nomik itu, Robita sebagai maskot untuk dibawa ke sekolah-sekolah pula. Alhamdulillah! Aman memang super teruja apabila dapat melihat watak ciptaan menjadi nyata dan bergerak-gerak. Malah ramai peljar di skeolah juga memberi sambutan yang best bila bertemu Robita. Mana tahu, tahun 2016 ini akan ada yang buat cosplay Robita pula. Hehe!


* * * * *

3- JUAL T-SHIRT SENDIRI
Awal tahun 2015, t-shirt Sheeply Sweet ini akhirnya berjaya disiapkan dan dijual secara online! Alhamdulillah, walaupun jenama Sheeply Sweet ini sangat baru dan biasa-biasa sahaja, tetapi ada juga yang mahu menempah dan pakai. Terharu beb! Setakat ni Aman hanya keluarkan sekali sahaja. Ramai yang tertanya tentang t-shirt ini tetapi Aman mahu hold dulu. Susah dan penat juga buat bisnes pakaian ni ya. Hahaha!


* * * * *

4- MASUK TELEVISYEN
Serius Aman masih tak menyangka video shortfilm Iklan Gangster yang pernah viral tahun 2011 masih lagi mampu menyengat dan memberi peluang untuk Aman keluar di media TV lagi! Aman ditemuramah untuk rancangan SIS yang ditayangkan di TV9. Harapan mahu bertemu Heliza tapi yang ada hanya juru kamera. haha! Apapun, topik pasal vlog tapi sempat juga promot nomik Lawak Sekolah dan t-shirt Sheeply Sweet dalam tu. Memang ambil kesempatan! :p


* * * * *

5- DAPAT AWARD LAGI
Seperti biasa, setiap tahun pihak BLINK akan buat sesi pemberian cek royalti buku ala-ala hari anugerah. Tuan Amal dan Kak Ain Maisarah siap belikan hadiah tambahan untuk diberikan kepada penulis BLINK. Tahun 2015, Aman dinobatkan sebagai Penulis yang Paling Banyak Promosi dan Penulis dengan Royalti ke-3 Tertinggi! Peh! Aman terkejut juga bila nama disebut masa tu tapi memang teruja juga! Hehe! Terus dapat hadiah coklat, piala, dan kepingan emas 2kg! Wow!


* * * * *

6- LUKIS UNTUK MAJALAH
Kali terakhir Aman dapat peluang melukis komik di majalah adalah pada tahun 2012. Ketika itu dengan Majalah G3 sehinggalah majalah itu ditutup penerbitannya. Kali ini, Aman diberi peluang melukis untuk majalah Awang Khenit! Aman memang follow kartun dia. Memang lawak! Malah ada ramai pelukis otai-otai juga. Aman yang newbie ini rasa kecil sahaja. Mujurlah ada pembaca yang suka dan follow komik bersiri Kafe Khenit yang Aman hasilkan ini. Thanks!


* * * * *

7- JELAJAH 93 SEKOLAH
Haaa....yang ini antara pecah rekod! Pada tahun 2015, gerak kerja Aman di dalam BLINK lebih kepada mempromosi buku dengan menjelajah ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tahun 2015, Aman telah menjelajah ke 93 buah sekolah! Sebenarnya, sudah lebih 100. Tetapi ada yang Aman hadir sebagai pelukis tamu. Jadi, Aman tak kira yang itu. Apapun 93 buah sekolah adalah jumlah yang banyak. Memang struggle tapi super fun! Dapat bertemu pelajar, berkongsi ilmu dan melihat mereka respon pada karya kita adalah 1 perasaan yang cukup best! Tahun 2016 ni Aman mahu lebih 100 sekolah!


* * * * *

8- BENGKEL KOMIK AMAN WAN
Walaupun Aman sering memberikan bengkel komik ke setiap sekolah yang Aman jelajah, tapi kesemuanya adalah free dan hanya 1 jam sahaja. Pada akhir tahun 2015, Aman cuba beranikan diri untuk membuka bengkel komik berbayar yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang! Alhamdulillah, walaupun ada 4 orang peserta sahaja, ahaks! Tapi Aman dapat fokus dan beri perhatian yang extra kepada setiap peserta. Malah, ada yang dari lukis orang lidi sudah boleh melukis komik strip sepanjang bengkel. Aman berharap segala ilmu adalah berbaloi! InsyaAllah!


* * * * *

9- TERBIT NOVEL SERAM
Tahun Aman bertukar status! Bukan single kepada berpunya ya. Sobs... tetapi status pelukis kepada penulis! Yeaahhh! Tahun 2015 Aman berjaya keluar dengan novel seram pertama BLINK! Mula-mula risau juga jika penulisan tidak menepati gaya BLINK tetapi Kak Ain Maisarah kata okey dan tiada masalah, jadi Aman legalah! Setakat ini, Aman pun sedang aktif menulis beberapa novel lagi. InsyaAllah 2016 rasanya Aman akan lebih menulis lagi. Setelah 4 tahun melukis bersama BLINK, jadi rehat kejap. Writing time!


* * * * *

10- KERJA-KERJA BLINK BOOK
Selain dari 9 perkara di atas, tahun 2015 juga banyak perkara tentang kerjaya Aman di BLINK yang memberi impak pada Aman. Tahun 2015 lepas Aman ada buat pertemuan pembaca untuk kali pertama, Road Tour ke kedai-kedai buku, menjadi P.A penulis ke jelajah sekolah, mendapat status Mentor untuk penulis BLINK, dan yang utama ialah Aman sudah menubuhkan Blink Nomik. Segala perkara ini berlaku di balik tabir. InsyaAllah, tahun 2016 bakal melihat perkembangan Aman dalam syarikat BLINK BOOK ini. InsyaAllah.


* * * * *

Selain itu, ada juga beberapa perkara yang Aman tidak berjaya capai. Antaranya adalah mahu aktif vlog. Hahaha! Terkubur terus. Tengoklah macammana jadinya lepas ini.

Tahun 2016 baru sahaja membuka tirai. Ada 1 tahun lagi untuk Aman mencatat segala pencapaian baru dan lebih tinggi lagi. Semoga tahun 2016 bakal memberi impak yang lebih dan extra besar! InsyaAllah. Amin!

-out-

Sunday, March 29, 2015

5 Nomik Siap dan Lengkap!

AKHIRNYA~!!

SIAP SUDAH! LENGKAP SUDAH! BEBAS SUDAH!


Pagi tadi selepas Subuh, siap juga kerja-kerja editing layout untuk nomik Lawak Sekolah #5: Belajar Survival kali ini! Yeay~!!!

Dengan ini, Aman telah berjaya melengkapkan siri Lawak Sekolah musim pertama ini. Ya, Lawak Sekolah hanya akan ada 5 buku sahaja!

5 BUKU SAHAJA!

Selepas ini, Aman bebas untuk hasilkan siri nomik yang berlainan. Dalam kepala memang dah banyak cerita yang tersedia. Kalau boleh, nak kenalkan sekelompok watak-watak baru.

Namun, Aman rasa agak sayang untuk tinggalkan 5 watak Lawak Sekolah (Robita, Bard, Nera, Noru, Faezah) serta merta. Setelah 4 tahun bersama-sama... Sayang juga pada mereka ini. Huhuhu!

Jadi, Aman sudah decide untuk hasilkan siri Lawak Sekolah (season 2). Watak-watak yang sama tetapi dengan konflik yang lebih hebat dan tambahan watak-watak baru yang lebih kelakar! InsyaAllah, siri terbaru ini bakal membuatkan pembaca Lawak Sekolah semakin suka dengan setiap watak-watak!



Doakan yang terbaik untuk Aman dan siri nomik BLINK ya!

Terima kasih kerana bersama Aman selama 4 tahun ini.

4 TAHUN. 5 NOMIK. 1 KISAH.

Lawak Sekolah (season 2)
Here I come!

-out-

Friday, March 27, 2015

Kekal atau Tukar Tajuk?


Aman sentiasa berharap dapat kembangkan watak-watak dalam nomik Lawak Sekolah ni. Terutama sekali mereka berlima. Sekarang ini, Aman sudah lengkapkan 1 siri Lawak Sekolah (edisi BELAJAR). InsyaAllah akan ada banyak lagi nomik akan Aman hasilkan.


Aman sendiri sudah ada cerita-cerita spin-off dan kisah silam tentang mereka berlima yang mahu Aman jadikan siri nomik juga. Tetapi, sekarang Aman agak confuse samada mahu kekal gunakan tajuk LAWAK SEKOLAH atau tidak. Contohnya:

Aman ingin hasilkan siri nomik tentang Noru dan Kelab Melukis. Adakah better kalau Aman buat tajuk...

Lawak Sekolah 1: Kelab Melukis!
Lawak Sekolah 2: Komik terbuang?
Lawak Sekolah 3: Kembali bersatu!

ataupun,

Kelab Melukis 1: Catatan Pertama!
Kelab Melukis 2: Komik Terbuang?
Kelab Melukis 3: Kembali bersatu!

Sekarang masih keliru. InsyaAllah siri nomik tentang mereka berlima ini akan dihasilkan. Pada masa itu, tengok sahajalah, samada siri-siri itu masih kekal dengan jenama LAWAK SEKOLAH, atau setiap siri mempunyai nama yang berlainan.

-out-

Friday, February 27, 2015

Penamat Buku dan Siri Baru



Semalam, Aman dan tim BLINK berkumpul untuk adakan sesi reka cerita. Pehhh...presentation kali ni agak puas hati juga. Jalan cerita yang agak solid dan best juga bagi Aman. (eceh, puji cerita sendiri..pfft!!)

Tapi ini bukan idea Aman sorang. Sehari sebelum presentation, Aman meeting berjam-jam dengan penulis bersama untuk kuatkan idea presentation ni. Ini idea gabungan Aman dan penulis-penulis heibat!


Semalam, Aman bertemu dengan Kak Izanor, juga ada Fazla pada waktu tengah hari. Selama 4 jam, lepak di Pizza Hut bincang tentang 2 buku terakhir untuk Siri Dongeng ini. Memang agak mencabar sebab kami sedang reka cerita yang sedang capai konflik besar. Segala persoalan, segala loophole, segala flow mesti solid dan mantap. Kalau tak, the whole series akan hancur. Memang mencabar tapi super fun!! Sebab dengan Kak Izanor, kami buat cerita dunia dongeng dan fantasi, jadi kena banyak tonton filem dan baca buku fairytale untuk dapat inspirasi. Kewl!


Pada malam pula, Aman meeting dengan Azanil thru Whatsapp. Kami tinggal jauh, tapi ada media social, takkan tak guna kot kan? So, meeting kitorang selama 2 jam. So far, Lawak Sekolah ni tak banyak isu sebab dia cerita yang ringan berbanding Siri Dongeng, dan jalan cerita tak boleh complicated sebab ia lawak. Tapi, kami dapat decide konsep yang agak best dengan idea spin-off yang super cool untuk projek masa depan. Super excited untuk tengok watak2 Lawak Sekolah terus berkembang!

Apapun, result dari presentation adalah positif! Kak Ain kata jalan cerita Siri Dongeng agak kukuh. Cuma kami perlu menambah konflik besar awal-awal. Ini kerana novel dongeng lagi 2 buku nak tamat. Jadi, 3 buku terakhir perlu disemak supaya tiada loophole dan dapat hasilkan penamat yang memberi impak!

Lawak Sekolah pula Tuan Pengurus kata APPROVED untuk dilukis dan ditulis! Yeay!! Sebenarnya, Aman present siri baru Lawak Sekolah. Musim ke-2. Eh? Kenapa musim ke-2? Bukan siri Lawak Sekolah patutnya ada 10 buku ke? Haaaa..itu Aman cerita next entry. 


Sekarang ni, Aman masih lagi edit dialog dan layout Lawak Sekolah 5. Tapi, kena bersedia untuk next buku juga. Asyik-asyik lambat lukis je, hope kali ni boleh laju sikit. Yosh! Lawak Sekolah yang terbaru ini akan muncul 2 watak baru yang sangat-sangat fun! 2 watak ini ada kelainan dengan watak lain di Lawak Sekolah. Malah, kali ini Robita dan kawan-kawan akan hadapi 1 konflik besar yang akan mengejutkan! Ahhh! Takshabarnyeee nak lukis! >w<


-out-

Monday, February 23, 2015

Nomik Kelima SIAP LUKIS!


Pehh...pehh....pehh...~!!

Alhamdulillah setelah beberapa purnama bersengkang mata, pecah kepala, stress melanda, diet tak jaga... eh, macam la diet sebelum ni. Puii.

Apapun, akhirnya Lawak Sekolah kelima SIPA dilukis!!!


Maksud aku...SIAP DILUKIS~!!

Alangkah happy nya sekarang ini. Siap tengah-tengah malam tadi. Walaupun penat sebab baru balik travel dari Terengganu, walaupun patut tidur awal sebab ada jelajah sekolah awal pagi-pagi, walaupun rasa penat dan ngantuk teramat...TAPI bila pena siap melukis lakaran terakhir, segala penat rasa berbaloi-baloi! Segala beban diganti rasa enjoy! Rasanya mahu menjerit Ohohohohoiiii~!!

Apapun, kerja Lawak Sekolah ini belum siap sepenuhnya. Sama seperti buku keempat, Aman perlu edit dialog dan layout nomik ini sendiri. Malah, buku keempat mahu reprint, jadi Aman juga kena re-edit buku keempat sama. Wah! Ini stage baru. Hope segalanya berjalan lancar!

Oklah, taknak tulis panjang2. Memang kejar masa sekarang ni. Dengan uruskan baju Sheeply Sweet lagi, sampai vlog pun tak sempat-sempat nak edit ni. Huhu.

"AmanWan, sikit je lagi. Pastu boleh celebrate dengan SELFIE~!!"


-out-

p/s-- BTW, korang suka tak cover Lawak Sekolah 5 ini? Rasanya kaver Lawak Sekolah yang paling tercantik kan? Hihihi..thanks to designer dan colorist yang hebat! ^^

Friday, January 30, 2015

Semakin Hampir Deadline


Sebulan ini Aman terpaksa sunyi sekejap update blog. Bukan kerana malas, tetapi kerana sedang fokus. Ataupun, CUBA fokus! Haha!

Aman sekarang diberi deadline akhir oleh editor untuk siapkan nomik Lawak Sekolah ke-5 ni! Setelah berbulan-bulan TERlanggar tarikh yang sepatut submit, akhirnya semangat untuk sambungkan cerita ini kembali juga!

Nomik kali ini agak istimewa bagi Aman. Aman sentiasa mahukan siri ini jadi better dari buku sebelum. Aman sangat sukakan flow cerita dalam nomik kali ini. Malah, ada juga babak emosi dan motivasi yang dapat diselitkan dan direlatekan oleh semua watak-watak utama Lawak Sekolah.

Ya, nomik kali ini Aman memang fokus terhadap perkembangan setiap watak. Robita, Bard, Nera, Faezah dan Noru. Korang akan dapat baca setiap watak ini akan matang dan ada perubahan setapak dalam nomik kali ini. Hope semuanya akan berjalan lancar.

Tak sabar nak kasi korang baca!

Apapun, keep doakan Aman buat yang terbaik ya!

YOSH!

^_____^

-out-

Thursday, January 1, 2015

Segalanya Tentang 2014

Ah, tamat sudah tahun 2014.



Bagi Aman, 2014 juga adalah tahun yang agak padat. Walaupun impian utama Aman tak tercapai sepenuhnya, tapi tak bermakna tak banyak perkara menarik yang terjadi. Jom imbas sekejap apa kejayaan Aman untuk tahun 2014 yang lepas.


*  *  *  *  *

1- LAWAK SEKOLAH TERBIT
Ok. Aman hanya mampu terbitkan 2 nomik sahaja untuk tahun ini. Sepatutnya buku ke-5 juga terbit dan siap tahun 2014. Tetapi sifat tangguh-tangguh Aman akhirnya sampai 2015 pun tak siap-siap. Adoi. Ini antara impian utama yang tak cukup sempurna bagi Aman. Tapi not bad la. Tahun 2015 ini Aman target 3 nomik! InsyaAllah juga akan ada 1 siri nomik baru yang watak utamanya seorang perempuan. Tungguuuu~!!



*  *  *  *  *

2- JADI NOVELIS
Fuh! Nak menulis novel bukannya mudah. Tapi alhamdulillah tahun 2014 Aman telah terlibat juga dalam pembikinan novel BLINK! Aman telah berjaya hasilkan 2 rangka cerita iaitu Aku Mahu Bodyguard Sensasi (yang bakal di tulis oleh Naim Jalil) dan siri dongeng ke-8 iaitu Siti Badang VS Gadis Bintang (yang bakal ditulis oleh Izanor Sharif). InsyaAllah pada tahun 2015, Aman nak cuba tulis novel sendiri pula. Yosh!



*  *  *  *  *

3- AKTIF YOUTUBE
Pada awal Januari 2014 Aman ada attemp untuk hasilkan vlog weekly, tapi terkandas separuh jalan. Kemudian bulan November 2014 Aman cuba lagi dan alhamdulillah so far setiap minggu Aman dapat consistent hasilkan vlog. Hope ini akan berterusan hingga ke tahun depan! 



*  *  *  *  *

4- JELAJAH SEKOLAH
Tahun 2014, Aman telah menjelajah ke 65 buah sekolah! Yeah! Agak banyak tu. Tahun 2015 ni Aman harap dapat pergi ke lebih banyak sekolah-sekolah lagi. Seronok woo! Meriah!



*  *  *  *  *

5- DAPAT AWARD
Ketika sesi Majlis Malam Royalti BLINK, Aman diberi anugerah dan hadiah kerana menjadi penulis/pelukis yang paling banyak mempromosi buku ke sekolah-sekolah. Alhamdulillah! Dapat RM300 untuk beli jam.....dan sampai hari ini Aman masih agi simpan duit tu sebab susahnya nak jumpa jam warna biru pink untuk lelaki! Awal tahun ni mesti beli juga!


*  *  *  *  *

6- MASUK AKHBAR
Oh, tak sangka juga Sinar Harian sudi keluarkan cerita tentang Aman di dalam akhbar. Gambar Aman pakai tudung tuala pulak tu yang dipilih jadi menghias page. Haha! Thanks ya!



*  *  *  *  *

7- PERGI TRAVEL
Whoah! Rasanya tahun 2014 adalah tahun Aman paling kerap naik flight! Aman juga akhirnya berjaya melawat ke luar semenanjung! Aman telah pergi ke Sabah 2 kali (Sandakan & Kota Kinabalu) dan pergi ke Sarawak 2 kali juga (Sibu @ Kota Samarahan). Semuanya sebab sertai Pesta Buku. Hihi!



*  *  *  *  *

8- LULUS UJIBAKAT
Hahahahahaha! Tahun ni juga Aman buat gila join ujibakat lakonan yang diadakan oleh Grand Brilliance di Sri Pentas. Bukan apa. Bukan nak jadi pelakon ke apa. Cuma nak mencuba rasa ujibakat. Kali pertama kena reject sebab macam pelakon teater katanya. Kali kedua try, baru lulus ke final. Aman juga berkenalan dengan ramai kawan baru yang minat berlakon. Nak join shortfilm tak? 



*  *  *  *  *

9- FAMILY BARU
Panggil Aman uncle! Muahaha! Aman juga dah ada anak buah tahun 2014. Si botak, Umair! Umur tak sampai setahun tapi dah sama-sama berlakon dalam vlog Aman yang bertajuk 'Citarasa Gambar'. Pergilah tengok. Comel kot kitorang!



*  *  *  *  *

10- JOIN SEMINAR
Aman banyak sertai seminar untuk belajar lebih banyak perkara. Antara seminar yang Aman join tahun 2014 ialah Seminar Drama Festival KL (dapat jumpa Rosyam Nor dan ramai artis yang bercerita pasal dunia filem), Seminar IMKK (seronok dapat belajar dari Dr Azizan Osman tentang marketing) dan Seminar Now Everyone Can Speak (seriously sangat best! Dapat belajar pasal public speaking dan dapat jumpa Aznil Hj Nawawi!).



*  *  *  *  *

11- BAGI TALK
Aman teringin nak bagi talk di IPT atau dengan orang-orang dewasa. Tahun 2014 Aman hanya sempat memberikan talk bertajuk "Potensi Komik dalam Pasaran Sekolah" dihadapan pengkarya-pengkarya hebat Comichat! InsyaAllah tahun 2015 nak cuba bagi talk lebih banyak. Nak asah bakat public speaking ni. Penat praktis depan cermin! Yosh!



*  *  *  *  *

12- CIPTA BRAND
Dan last sekali, Aman akhirnya berjaya untuk produce brand atau jenama Aman sendiri iaitu Sheeply Sweet! Ini sepatutnya story-based punya brand. Tapi komiknya tak sempat buat lagi. T-shirt je yang dah ada dulu. Tahun 2015 nanti, Sheeply Sweet ni akan mulakan langkah. Sangat excited!



*  *  *  *  *

Seriously, banyak yang terjadi. Tahun ini, tahun 2015, Aman akan pastikan akan jadi lebih baik dari 2014 sebelum ini. InsyaAllah. Amin!

-out-

Thursday, December 11, 2014

Frame Signature


Terharu bila tengok lukisan dan tandatangan Aman di frame oleh pembaca Lawak Sekolah ini, Puteri Seri! :')

Seri ini antara pembaca yang sporting bertemu Aman di Kota Kinabalu yang lepas. Malah, pandai melukis juga! Ibunya ada berbual dengan Aman untuk bertanyakan tentang cara mengembangkan bakat melukis Seri ini. Apapun Aman doakan yang terbaik ya!

Begitu juga kepada semua geng2, follower2, pembaca2, dan supporter2 Aman Wan juga Lawak Sekolah! Tak kisah la korang frame signature atau tak, pernah jumpa atau tak, tapi setiap sokongan korang walau SEKECIL ZARAH tetap Aman hargai dan bersyukur sangat.

Semoga korang semua juga terus maju dan dirahmati Allah SWT.

InsyaAllah Amin! ^^

Monday, October 6, 2014

Siri Baru? Watak Baru?

Selepas tamat sahaja siri nomik Lawak Sekolah, Aman ada berangan untuk tulis/lukis siri yang agak 'girlish' sikit. Ini sebabnya majoriti pembaca BLINK adalah pelajar perempuan, jadi Aman teringin nak hasilkan siri yang dekat dengan diri mereka.

Tetapi, Aman pun tak mahulah pembaca lelaki menjauhi siri ini nanti. Jadi, Aman sekarang sedang buat kajian cerita dan juga watak-watak perempuan yang dapat menarik perhatian pembaca lelaki. (TANPA FANSERVICE OKAY!!)

Selepas membuat kajian, Aman telah pun mencipta 1 watak perempuan yang boleh diterima. Cuma Aman tak pasti apa reaksi pembaca. Boleh terima atau tidak?

OLEH. SEBAB. ITUUUU...Aman bercadang untuk jadikan watak ini sebagai cameo dalam nomik Lawak Sekolah keenam akan datang. (Ya, watak ini berada dalam 1 universe/sekolah dengan watak2 Lawak Sekolah)


Watak ini memang Aman sendiri dah suka. Aman suka ekspresi dan gaya nya. Mungkin akan ada perubahan sikit-sikit sahaja lagi. Personaliti pun agak unik. Aman tak pernah hasilkan watak komik seperti ini sebelum ini. Jadi, Aman agak excited jugak. Hihihi! (Rupa dan warna dia seakan-akan Robita kan? Oren dan mata hijau... Korang rasa okei atau tak?)

Apapun, ini angan-angan Aman la. Apa akan jadi nanti kita tengok macamana. Adakah siri untuk watak ini bakal terbit atau tidak. Yang penting Lawak Sekolah WAJIB TAMAT tahun 2016 nanti! Yoshh!!


Mana ok? Mata biru atau mata hijau?

-out-



Sunday, October 5, 2014

Thumbnail atau Storyboard

Untuk nomik ke-5 ni, Aman terpaksa buat perubahan gerak kerja. 

Kebiasaannya, Aman akan cuba siapkan lukisan komik, hantar untuk toning, siapkan dialog, dan hantar pada Kak Ain untuk rujukan.

Tapi, kali ni deadline agak ketat. Kalau Aman nak siapkan komik, memang tak sempat! Jadi, Aman cuba gaya baru.

Aman lukis storyboard dahulu. Aman kasi lengkap dan storyboard/thumbnail ini yang akan Aman hantar pada Kak Ain untuk rujukan menulis dialog.


Sementara Kak Ain siapkan dialog, Aman akan sambung melukis manuskrip sampai lengkap.

Fuh! Banyak kerja. Tapi apa boleh buat, ini latpadahnya bila langgar deadline. Sobs~

So, wish nomik ke-5 ini siap dengan cepat ya!

^___^

-out-

Apa cerita nomik kelima?

Bila Aman belek blog ni, baru Aman perasan yang Aman tak mention pun apa perkembangan buku kelima nomik Lawak Sekolah.

Aman akui jadual Aman agak kelam kabut sikit. Lawak Sekolah kelima masih ada banyak lagi prosesnya.

Sekarang ni Aman masih lagi stuck pada bab akhir kerana tak ada idea untuk tutup kisah nomik kali ini.

Sepatutnya, by October Aman dah submit manuskrip buku keenam. Tapi terpaksalah buku keenam tunda terbit ketika bulan 4 tahun 2015 nanti. Huhu!

Apapun, Aman berharap siri nomik ni akan jadi satu siri yang seronok dibaca oleh semua. Jadi, Aman sangat pentingkan kualiti setiap keluaran terbaru. Pastikan lebih best dari buku sebelum.

Well, masa makin suntuk. Ni mata nak tido pun kepala masih ligat cari idea.
Semoga datanglah ilham cepat2. Amin!

-out-

Wednesday, May 14, 2014

Lawak Sekolah, buku keempat!

Ok. Seminggu lebih dah berlalu sejak habis Pesta Buku Antarabangsa 2014 hari tu.

 Aman tak mahu nak komen banyak. Setiap Pesta Buku, setiap tahun, adalah sesuatu yang happening, special dan best bagi Aman. Spend masa 11 hari, lebih dari 10 jam setiap hari bersama geng dan tim yang awesome... memang sangat fun! Tapi penat...TETAPI SERONOK WEHHH~!! XDDD

Okei apa yang paling best tentang Pesta Buku ialah....akan ada buku terbaru~!!! Apa lagi kalau bukan.... nomik LAWAK SKEOLAH #4: BELAJAR BERSUKAN~!! Yeahh~!! Seperti yang pernah Aman cerita dalam post sebelum ini, pada awalnya Aman rasa memang tak sempat nak siap. Tapi selepas Tuan Pengurus BLINK push Aman dengan arahan "Sehari WAJIB SUBMIT 3 pages!!", terus Aman laju macam roket! Alhamdulillah!

Apapun, penerimaan pembaca buat masa ini agak baik. Setelah 3 tahun melukis nomik Lawak Sekolah, siri ini kini sudah ada fanatiknya sendiri. Ada pembaca yang mula jatuh cinta dengan watak Robita dan geng. Ada yang mula beremosi dengan konflik watak, dan ada yang sudah mula memberikan idea-idea dan harapan untuk siri seterusnya. ^____^

Sememangnya, penerimaan positif ini sangat menggembirakan Aman. Aman tahu, siri Lawak Sekolah masih belum cukup kuat untuk menjadi sebahagian dari hidup kanak-kanak Malaysia. Tapi, Aman berharap kisah Robita ini akan sentiasa menjadi hero dan harapan untuk mereka membesar.



Siri Lawak Sekolah hanya ada 10 buku sahaja. Ia dijangka tamat pada tahun 2016. Tapi, tamatnya siri Lawak Sekolah bukan bermakna tamatnya kisah Robita, Bard, Nera, Noru dan Faezah. Ia baru permulaan untuk pengembaraan mereka yang lebih jauh dan mendalam.

InsyaAllah~!!

^_____^

Tuesday, April 15, 2014

Cabaran & Tekanan Lawak Sekolah 4

Alhamdulillah!

Setelah bergelumang dengan kesibukan, rasa serba salah, kemurungan, akhirnya SIAP juga karya terbaru LAWAK SEKOLAH yang ke-4 iaitu Lawak Sekolah: Belajar Bersukan~!!! Wee~!! (sambil menari lagu berjudul "Happy"...~!!)

Yup, melukis komik ini memang tidaklah sentiasa senang lenang. Memang kena fokus, disiplin dan beri tekanan! Tetapi, benda-benda beginilah yang fun. Tekanan yang menyeronokkan. hehe!

TEKANAN MELUKIS LAJU-LAJU

Serius Aman cakap, Aman mula-mula sudah giveup untuk siapkan. Tetapi bila dapat motivasi dari penulis lain, geng2 BLINK, dan terutama sekali bila Tuan Pengurus push, barulah Aman kuat semangat semula!

Memang Aman sangat berterima kasih la pada Tuan Pengurus sebab sanggup push Aman sampai macam ini. Tuan Pengurus kata, Aman mesti WAJIB submit 3 pages komik SETIAP HARI! Atau tindakan lebih berat bakal dikenakan. (potong gaji mungkin. sob sob!)

Dengan perasaan stress ini lah Aman bekerja bagai gila turbo sehabis mungkin! Walau hampir setiap hari Aman pergi ke sekolah-sekolah untuk membuat talk, kerja tetap kerja. Dalam kereta pun melukis! Sambil tunggu budak rehat di sekolah pun Aman lukis! Lukis bila ada waktu lapang even sekejap!

Dan berbaloi juga akhirnya bila Aman sempat siapkan (walau dah langgar deadline) sebelum Pesta Buku nanti. Dengar cerita, hari ini nomik Lawak Sekolah sedang berada di kilang cetak untuk urusan pencetakan. Yeayy!!

APABILA PEKOMIK JADI EDITOR


Paling istimewa untuk nomik kali ini ialah hampir 90% dihasilkan oleh Aman. (kecuali toning sebab Aman tak reti toning lagi) Bila dah siap melukis komik, Aman siapkan dialog dan terus beri pada Kak Ain untuk semakan. Sambil itu, Aman juga belajar menghasilkan bubble dialog dan layout sendiri untuk nomik ini.

3 nomik sebelumnya kami upah editor lain, tetapi sebab masa dah sangat singkat, Aman perlu buat semuanya sekali! Memang banyak kerja tapi memang pengalaman yang fun!!

Alhamdulillah, software Mangastudio ni memang mudah dan Aman dapat siapkan dalam masa 2 hari saja. Yeay lagi!!


LAWAK SEKOLAH 5 MENYUSUL

Setiap kali melukis nomik Lawak Sekolah (sudah ada 4 nomik sekarang ini) pastinya Aman menghadapi isu mengejar/langgar deadline ini. Ini bukan 1 benda yang sihat. Sebab bila deadline dilanggar, kerja jadi lebih stress, perlu siap lebih cepat dan kualti juga mungkin drop jika tidak berhati-hati.

Lagi menyedihkan bila ada beberapa scene yang terpaksa dibuang kerana nak memendekkan cerita supaya lebih cepat siap. Ahhh! Tak suka bila benda macam itu jadi!

Jadi, Aman terus buat keputusan untuk sambung melukis buku ke-5 secepat mungkin. Aman sudah rehat 1 hari selepas siap buku ke-4. Sekarang ini, Aman sudah membuat research dan perbincangan untuk buku seterusnya. (Lawak Sekolah: Belajar Berkhemah menjadi tajuk pilihan. hehe)


Aman bajet, sebelum tahun 2015 menyusul, Buku ke-5 dan Buku ke-6 mesti siap PUBLISH! Ini bermakna, buku ke-7 bakal bertemu di Pesta Buku seterusnya. Yosh!

Memang banyak kerja, tapi melihat hasil kerja kita dibaca oleh ramai orang adalah 1 perkara yang memuaskan hati. Jadi, tiada hal!

Go Aman Wan Go!

Doakan Aman ya! Hehehe!

-out-

p/s: Tak sempat nak buat vlog. Mahu fokus nomik dulu. Capai impian, kemudian baru capai hobi. ;)

Friday, March 28, 2014

Mara dengan Pantas!

Serius, bulan ini aku superbly sibuk baq hang!

Pada post lepas, memang aku sangat gelabah takut tak sempat siap komik. Aku mengadu pada Tuan Pengurus tentang hal ini. Tapi Tuan Pengurus kata masih sempat! Dan bantu aku push diri ni untuk siapkan.

Alhamdulillah, walaupun masih belum sepenuhnya siap lagi. Tapi at least aku dah mula nampak harapan!!

Sekarang ni, 50 pages komik sudah diberi pada editor untuk proses toning. Kaver juga sudah siap lukis dan sudah diberi pada kaleris untuk warna. Komik pula tinggal lagi beberapa pages nak lengkap!

Tapi, untuk nomik Lawak Sekolah 4 ini juga, Aman terpaksa belajar buat layout dan bubble dialog sendiri. Kalau beri pada editor takut tak cukup masa. Awal bulan April sudah mahu print...huhuhu!

Apapun, apa yang Aman perlu sekarang adalah pantas! Pantas! dan Pantas!!

Semoga segalanya dipermudahkan.


Amin!

^__^

-out-

Sunday, March 9, 2014

Sempat atau tak?

Serius. Banyak gila event best yang aku dapat. Moment best yang aku nak cerita. Tapi smeua tak sempat nak taip dalam blog. huhu.. rugi betul..

Tapi, bukan topik itu yang aku nak cakap sekarang. Tapi, ini tentang nomik Lawak Sekolah yang ke-4. Sempat atau tak nomik ini siap sebelum Pesta Buku 2014...??

Serius. Bagi aku memang banyak lagi progres nak kena buat. Lepas habis je buku ke-3, aku ambil masa rehat sekejap dari stress. Kemudian sambung rangka cerita dan lukis untuk buku ke-4 dari awal Januari. Aku tau, memang agak lambat. Aku sepatutnya start awal lagi. Huhu

Masalah sekarang... Pesta Buku berlangsung akhir bulan 4. Aku paling kurang ada 10-15 hari saja untuk siapkan lukisan. (padahal dah langgar deadline kaw-kaw dah ni...) Komik ada dalam 30 pages lebih. (sepatutnya 40 lagi..tapi kena cut-cut scene sebab nak cepat..)

Entahlah. Aku tatau sempat siap atau tak. Rugi wooo kalau tak masuk Pesta Buku. Itulah tempat yang mahsyuk untuk jual buku.

Ok la. Ni pun aku ambik masa rehat jap untuk update blog yang super bersawang ni. Nanti aku update lagi.

DOAKAN AKU SEMPAT SIAP YA~!!! >____<

 **Big Boss sudah tanyaaaaa!! "Aman macam mana komik??" Habislah aku...huhuhu

-out-

Saturday, December 7, 2013

Aksi komik kena REJECT~!!?

Pehh..sejak dari entry lepas, memang Aman menunggu masa je untuk 'sambut' baby ketiga Aman ni! Walau dah terbit 2 buku sebelum ni, tapi perasaan teruja memang sangat kuat setiap kali kelahiran 'baby' (buku) baru! hehe!

Apatah lagi bila buka FB, sudah dipaparkan dengan gambar ini. Memang turun naik nafas! Teruja LEVEL UP beb!! Kaver kali ni sangat cun!! (poyo je puji buku sendiri..hehe) 


Tapi dalam seronok-seronok tungg, sekali ada pembetulan pula... 
"APA?? Ada babak dalam komik kena reject???"

Wah! Ini first time. Aman musykil juga, kenapa ada yang kena reject... Dan setelah editor beritahu, ini kisahnya... Sebenarnya, dalam buku ketiga ini, ada 2 watak baru. Iaitu Elfiza dan Elfizi Joi. Mereka ini adik beradik kembar berlainan janda. Eh eh..gender!

Oleh sebab tema Lawak Sekolah 3 ialah Belajar Pementasan, Aman ada lukis mereka berdua menari ala2 tarian salsa. Dan mungkin ada gaya tarian yang Aman lukis agak tak sesuai untuk pembaca muda. (walaupn mereka adik-beradik...) Aman pun terlepas pandang perkara ni. Jadi, Aman diminta untuk padam dan lukis semula babak-babak yang romantis ini supaya lebih mesra kanak-kanak. Ini adalah lukisan sebelum dan selepas di ubah.  

 Aksi Elfizi memeluk pinggang dan belakang Elfiza. Huhu, agak 'intim' di situ... Tapi kini sudah di ubah! No more peluk-peluk!

Apapun, Aman sudah submit pada editor untuk uruskan. Harapnya tiada masalah lagi. Tak sabar nak dapat anak ketigaaaaa lahaii~!! Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Yosh~!!


^________^

-out-