Thursday, December 9, 2010

(SET!) Consultation #1

Lavendra, Irfan Foner, Aman Wan

Ok, ini ialah entry yang pendek. Pada 2 Disember lepas, aman Irfan, dan Laven telah pun ke ofis PTS untuk tunjukkan progres komik masing2. Aman sebenarnya baru je nak cuti sem sebab aman baru habis praktikal, jadi aman masih tak banyak progres, tapi dalam masa 3 hari sebelum kitorg pergi ofis, aman cuba siapkan mana yang mampu. huhu.

Ini antara 12pages komik yang "paling" siap. huhu. Masih takde outline dengan hitam.

Kehadiran kat ofis Komik-M memang mendebarkan. ini kali ke-2 aman datang. Dulu dengan Bop dan Reja, di mana menyaksikan komik proposal aman di rejek. Jadi, kali ni aman agak berdebar. Lebih2 dengan kualiti yang belum siap sepenuhnya. Apapun, kitorg masuk dengan muka rileks dan tersengih2.

Sambil2 Laven dan Irfan menceritakan sinopsis komik Virus x Vaksin diorang pada Encik Wanzu, Aman macam biasa consult dengan Encik Zulfadhli tentang komik Set! aman.

Pic kredit to Encik Wanzu

Alhamdulillah tak ada re-do. Lagipun sebab aman belum siap sepenuhnya, jadi agak sukar editor nak komen. Jadi, aman ambil peluang untuk bincang tentang jalan cerita. Setakat ni, apa yang aman rancang diterima baik oleh editor. Memang aman excited! Yeah!

Inilah komik Virus x Vaksin~! Hebat! Oh, dan di sudut itu komik Shootz! 3 free~!!

Oh, kebetulan masa kitorang di sana, Reja pun datang sama. Dan kitorang dapat komik Shootz! 3 free dari encik Wanzu~!! So, nak mahalkan lagi kualiti komik ni, apa lagi, signature la~!! hoho.

"Keep The Cool Work, Aman!" -Reja yang super!

Lepas habis consult, kitorang singgah ke Bookcafe. Laven ada temujanji lain. Dia sekarang tengah hot dikalangan PTS One untuk melukiskan cover. Kagum2. Ipan, Reja, Aman dan Encik Wanzu merayau2 dalam Bookcafe sambil belek2 buku dan komik. Haha, encik Wanzu pun ambil peluang untuk buat video untuk Komik-M.



Kitorang (aman, ipan, laven) ditumpangkan Encik Alif ke stesen Lrt. Sebab kitorang nak gi KLCC. Asalnya nak tengok Rapunzel, tapi da lambat. Jadi, lepak Kinokuniya je. Sampai petang, baru balik.

*****

Apapun, haritu even sangat2 bermakna buat aman. Lebih2 dengan keadaan aman yang tengah down pada entry lepas, aman perlukan kekuatan untuk naikkan semangat. Dan berjumpa dengan rakan komik dan editor2 sangat membantu aman. Harap lepas ni aman lebih kuat dan dapat siapkan komik solo aman ni secepat dan sebagus mungkin. Terima kasih semua!

^________^

-out-