Monday, January 1, 2018

Tema Azam 2018

Sekali lagi, azam untuk ubah diri secara bertema. Cara begini buatkan saya lebih hargai usaha sepanjang tahun berbanding result akhir.

Tahun 2013 : "Jadi Dewasa".
Tahun 2014 : "Cuba Benda Baru".
Tahun 2015 : "Pecah Rekod Lama".
Tahun 2016 : "Jadi Penulis".
Tahun 2017 : "Keluar dari Zon Selesa".

Tahun ini umur (unofficial) sudah 30 tahun. Perubahan pada ekonomi, kerjaya, kesihatan dan kekeluargaan mesti lebih lagi. Banyak perubahan yang lebih matang perlu berlaku. Perubahan pula tidak boleh berlaku secara mendadak.
Jadi, tahun 2018 ini saya mahu renew diri. Tema yang sesuai adalah...

"Tukar Rutin, Ubah Habit".

InsyaAllah. Doakan ya. Amin!

-out-

Monday, November 13, 2017

Karya Terus ke Hati


Sewaktu Aman aktif buat video Youtube, pernah beberapa kali penonton tinggalkan komen yang bermakna...

"Vlog Aman buat saya ceria hari ni. Terima kasih!"

Besar sungguh rasa hati apabila hasil karya, video lucu 4 minit itu mampu menceriakan hidup seseorang. Seseorang yang Aman sendiri tak kenali dan tidak tahu masalah yang sedang dialami. Tetapi, dapat membantu sekecil itu adalah sesuatu yang besar buat Aman.

Perasaan itu kini Aman alami ketika membaca karya novel Cecelia Ahern ini. Apabila mood rasa tak best, baca karya penulis ini membuatkan Aman rasa bagus. Rasa terinspirasi. Rasa nak buat sesuatu yang bagus juga.

Setiap kali Aman habis baca ayat terakhir, buku itu ditutup dengan hembusan nafas yang puas dan senang. Perasaan ini. Aman mahu karya novel, komik dan nomik Aman mencipta perasaan seperti ini.

Aman akan pastikan. InsyaAllah! 


-out-

Thursday, August 24, 2017

Aku Editor Newbie 4


Selesai buat pembetulan akhir untuk 2 NOMIK terbaru!

Sakit pinggang duduk depan laptop sambil diperhati tajam oleh Ketua Editor BLINK. Haha!

Apapun, malam ini akan mula cetak. Yosh!!

-out-

Monday, August 14, 2017

Novel Seram Didik Pelajar

Setiap kali jelajah sekolah, Aman sangat galakkan pelajar untuk membaca novel-novel seram BLINK ini.

Bukan kerana seramnya, bukan kerana hantunya. Tetapi kerana buku-buku seram ini sebenarnya adalah siri masalah disiplin pelajar!

Ya. Cuba baca dan belek buku-buku seram ini. Kami sengaja menggunakan genre seram untuk menarik pelajar (yang kebiasaannya tidak suka membaca) untuk memahami isu-isu seperti buli, pemalas, bahana online dan sebagainya. Contoh:

LEMBAGA KERUSI BELAKANG |
Isu pelajar yang pemalas dan tidak suka siapkan kerja sekolah sehingga mensyirikkan tuhan.

KORBAN KERUSI BIRU |
Isu rakan kelas yang menutup mata, telinga dan mulut akan kejadian buli yang berlaku di depan mata.

KOMPUTER BERHANTU |
Isu pelajar yang terlalu asyik dengan gadget sehingga mengabaikan waktu belajar dan waktu solat.

... dan banyak lagi!

Ini semua adalah novel yang mendisiplinkan pelajar tetapi bertemakan seram. Apatah lagi penggunaan Bahasa Melayu Penuh dan prinsip buku BLINK dan PTS yang sememangnya patuh syariah. Memang bagus untuk para pelajar baca walaupun masih Darjah 1.


-out-

Saturday, August 12, 2017

Aku Mahu Jadi Hos TV

Aku mahu jadi hos tv.

Haha, memang random kan? Sebenar sejak kecil Aman ada harapan nak jadi pembaca berita atau wartawan. Aman suka tengok pemberita di tv. Best!

Tapi Aman dulu bukanlah budak yang petah bercakap. (Even sekarang pun) Sebagai budak yang suka membaca, dunia Aman dalam buku je. Alhamdulillah dewasa ini barulah diberi tunjuk ajar untuk memberi pengucapan awam ke sekolah-sekolah.

SIFU DATANG MELAWAT

Tuan Badrul Sani atau lebih mesra Aman panggil Abang Badr adalah antara individu utama yang melentur Aman menjadi penceramah sekarang. Membuatkan Aman yakin untuk jelajah hampir 400 buah sekolah! Banyak tip yang Aman praktikkan.

Semalam, Abang Badr buat suprise apabila pertama kali hadir ke bengkel Aman di SMAP Kajang! Oh gementar! Tergugup apabila orabg yang kita respect memerhati!

Sejujurnya, performance Aman pada waktu itu sangat merudum. Aman tak cukup bersedia, Aman nerveous pun ya. Sepanjang hari rasa serba salah kerana tak dapat berikan all out terutama apabila kali ini Abang Badr sudi turun padang untuk menonton. Ahh... Rasa macam Aman sudah hampakan ramai orang...

Apapun, Aman anggap ini satu turning point untuk Aman. Setiap yang jatuh akan terlontar ke atas. Jadi, sebab itu Aman decide untuk buat 200% lebih baik dari sebelum ini! Aman nak all out dan tak nak menyesal lagi! Banyak kena berguru dengan Abang Badr yang sememangnya hebat dan  penuh pengalaman. InsyaAllah!


HOS IDOLA

Selebriti yang banyak Aman rujuk dan suka sejak dulu adalah Aznil Haji Nawawi.

Beliau sangat mesra dengan semua golongan dan pandai menarik minat penonton untuk suka pada personaliti dia yang bersahaja. Inilah yang Aman sering rujuk tiap kali Aman memberi ceramah pada para pelajar.

Malah, peluang bertemu dengan beliau dahulu adalah satu pengalaman yang paling best! Nasihat yang dia tinggalkan di instagram Aman adalah perkara yang Aman pegang sampai sekarang.


Aman mahu jadi hebat seperti dua individu ini. Mahu hebat seperti Tuan Badrul Sani dan Aznil Haji Nawawi.

Aku mahu jadi hos tv.

-out-

Thursday, July 13, 2017

Hari Kecewa, Hari Bahagia

Menjadi penulis ini tidak mudah seperti yang digambarkan. Ya, memang seronok. Tetapi di sebalik itu, ada juga kesukaran yang terjadi.

Pagi tadi aku bertemu dengan kesukaran yang selama ini aku hanya dengar-dengar sahaja dari teman-teman penulis. Dicemuh oleh golongan terpelajar, di pandang hina dan menganggap perjuangan penulisan aku ini hanyalah sesuatu yang tidak bermoral.


Sepanjang pagi aku rasa hilang semangat. Aku rasa down. Aku mula tertanya-tanya.

"Kenapa susah sangat mahu buat buku baik-baik? Tulis cerita baik-baik pun dikecam dan dikeji. Malah, dikecam oleh golongan yang juga baik-baik."

Muncul dalam benak untuk aku menukar arus. Muncul dalam jiwa untuk berhenti sahaja dan fokus pada apa yang aku benar-benar mahukan. Hasilkan cerita yang rebel. Hasilkan sesuatu yang memang perlu dikecam. Tidak perlu berselindung di sebalik kelabu jika hitam lebih jelas lagi terang bukan?

Dikala aku sedang punyai fikiran seperti itu (hanya kerana pertemuan aku dengan seseorang yang mengecam perjuangan aku ini) tuhan temukan aku bersama seseorang yang juga di dalam golongan terpelajar pada petang harinya, tetapi individu punyai fikiran 180 darjah yang berbeza.

Berbual dengan individu berpangkat seorang bapa ini, memberi nasihat di atas segala perjuangan aku dan memahami apa yang aku perjuangkan. Mendengar kisah aku yang bukan sesiapa... hanya penulis picisan. Memberikan aku butiran kata yang menaikkan semangat dan hati aku kepada penulisan yang baik-baik ini semula.

"Man, perjuangan kita ini tidak
 akan 100% orang suka. Jadi kita kena kuat. Orang sastera ini memang tugasnya menyampaikan. Jadi sampaikan mesej dan cerita-cerita baik untuk semua."

Aku rasa nak menangis. Aku rasa terharu.


Indah sungguh aturan tuhan. Di dalam satu hari Dia memberikan aku seburuk-buruk perasaan dan seindah-indah perasaan. Di dalam satu hari dia temukan aku dengan seorang yang mengecam sepenuhnya, dan seorang yang bersorak akan perjuangan aku seikhlasnya.

Terima kasih tuhan untuk pengalaman hari yang berharga ini. Pengalaman buat seorang penulis yang mahu menulis cerita baik-baik semula. Perjuangan harus terus. :)

-out-