
well,seperti mana sume peminat dan pelukis komik yg lain, aman pun bercita2 utk mengharapkan satu hari nanti komik sendiri akan diterbitkan. maybe sesetengah org x begitu berpegang dgn pendirian diorang. juz pikir
"kalaula ada komik sendiri,best nih.."
tp sejujurnya, aman sgt serius dlm bidang ni. aman dah byk usaha utk mencari peluang di sana sini, kadang2 apa yg dirancang x menjadi, kadang2 peluang yg dtg terlepas dgn sebab2 yg x dpt dimaafkan, kdg2 apa yg diharap x mencukupi.. TAPI.. setiap yang berlaku ada hikmahnya, selagi korang x cakap, "aku give up" atau mengeluh.. pasti ada peluang yang lain... betul nih..
aman dulu memang seperti kebanyakan pelukis2 mimpi yang hanya tahu berangan dan menconteng... namun pandangan aman berubah pada tahun 2004.. di mana pendedahan tentang dunia komik dan animasi mula diperkenalkan kat aman..
mulanya dengan aman membeli sebuah majalah komik bernama CREST07.. dengan tu, aman tertarik dengan gaya lukisan setiap ahli dan aman mula berjinak2 memasuki forum CREST dan aman dah aktif dalam forum tu sampai dah jadi "full member" dah.. haha x la bagus sgt pencapaian nih. tp bg seseorang yg jarang on9 cam aman, satu kejayaan gak la..
ehem...balik ke topik asal,dari forum yang aman masuk ni, aman dapat belajar tentang cara2 pembuatan dan melukis komik dengan lebih berkesan la... aman sebelum ni sampai sekarang x pernah menerima sebarang pengajaran tentang animasi atau komik secara formal... blaja sendiri.. tgk buku, blaja dari situ.. x ada org ajar secara formal, x pernah masuk mana2 kelas melukis... selain tu, baru aman tahu yang peluang untuk menjadi kartunis sangat la luas..! aman ingat, juz kena hantar GEMPAKSTARZ jer.. rupa2nya, byk lagi benda yang aman tatau.. contohnya, event2 seperti Comic Fiesta yg berlangsung setiap disember. Comic Fiesta merupakan event dimana para2 pekomik boleh menjual komik2 diorang x kira secara terbitan atau DIY (do it ur self) atau, buatan sendiri. bukan saje komik, barang seperti notebook, book mark, n mcm2 mengenai komik dibenarkan. ada gak
cosplay kat sana.
selepas tu, aman baru tahi lebih byk lagi event2 tentang dunia komik.. aman pastu berjinak2 dgn satu lagi ruangan web yang dipanggil DEVIANTART.COM... kat sini, ada byk lukisan2 dan sketch2 yg aman da buat.. n kat sini gak, lebih ramai lagi aman berkenalan dengan pekomik luar dan lebih byk lagi informasi tentang komik aman tahu..! aman mula bertanya pada setiap orang tentang apa yang perlu, apa yang x utk menjadi seorang pelukis yg berjaya, aman tanya lagi, tentang proses2 yang nak buat utk hasilkan komik DIY.. aman wat survey, n diorang sume bagi respon yang best2.. aman terhutang budi kat diorang sumer.. arigato gozaimasu!!
pencapain aman??? ok. meh sini nak citer..
masa tahun 2004,aman pernah hantar komik strip ke pertandingan Bakat Baru Gempak 2003, dan macam biasa, x berjaya.
kendian pada tahun 2007, sekali lagi aman cuba hantar komik aman dan x berjaya gak...
pastu aman berjinak2 dlm bidang doujinshi.. penghasilan komik dengan partner aman, kittychan utk hasilkan YUCCA! x menjadi dgn sebab2 tertentu..
aman kedian try hantar proposal komik Badut Kecil ke mag KOMIKOO, haha.. korang da tau.. ditolak..
then, studiomate aman mula mencadangkan buat zine dengan nama MAGME.. dan pada mulanya agak hambar.. namun aman percaya M AGME boleh hidup.. cuma ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.. hmm.
DAN SEKARANG...peluang yang paling best pernah aman dapat! terbitkan komik dibawah nama syarikat Komik-M, anak buah syarikat PTS. aman dah contact editor Komik-M dan dia kata komim mesti 100 mukesurat dan berlatar belakangkan malaysia. OK. aman amik cabaran ni... dan ni yang aman tgh wat cuti2 nih... penat wooo..
aman x pasti lagi yg aman boleh berjaya ke x kali ni, atau hanya sekadar ujian idup lagi sekali wat aman. neway, aman memang serius dlm melukis komik. aman harap, satu hari nanti, ada tempat utk karya aman sampai kat dlmhati korang. trimas atas segala susah payah... korang best!