
Aman pulang bercuti. Dah lama tak jumpe family. Sambil2 tu, aman bawak jugak perkhabaran berita tentang aktiviti komik aman. Yup, keluarga aman mmg support hobi melukis aman ni.
Sejak kecik aman mmg minat melukis. Dan aman rasa itu normal pada budak seusia aman waktu tu. Tapi mak n ayah aman byk bawak aman pergi mana2 event, hari keluarga, dan masukkan aman dalam byk pertandingan melukis. Haha, sememangnya contest pertama aman, di Hari Keluarga di Taman titiwangsa mencetuskan minat yg sangat mendalam dalam lukisan, setelah aman dapat naib johan dlm contest tu..
berbalik pada percutian aman, aman tunjuk kat family aman tentang komik Rakuen yg dijual di Comic Fiesta dan aman bukak blog dan tunjuk hasil kerja aman. Mak dan Ayah memberi respon yg baik.
Mak aman yang selalu teruja, haha. Setiap kali ada video baru, atau komik baru, mak aman mesti akan jadi pengiklan bebas pada rakan2 opis, jiran2, dan sanak sedara. Dulu mak lah yg fotostat kan komik aman utk dijual pada rakan2 sekolah. Masa darjah 3. Haha. Bagi mak, yang penting, aman tak lalai dalam pelajaran dan agama. Dan aman bertindak utk memilih syarikat yg betul utk aman, dan PTS mmg terbaik. Begitu jugak PHE yg mengamalkn islamik dalam karya. =)
Ayah aman pulak org bisnes. Ayah selalu come out dgn idea2 bisnes yg mantap dalam komik, blog dan video. Ayah ada promote blog aman kat rakan2 ofis. Huhu,segannya. Tapi ayah jugak strict sket dgn akademik. Sebab tu aman kne pastikan akademik aman mantap, baru boleh sembang pasal komik. Dan insyaallah, ayah aman percaya aman boleh balancekan life aman antara belajar dan hobi. Alhamdulillah aman dapat skor grade yang baik dlm beberapa semester lalu.
Abang aman lak agak bertentangan dgn aman. Dia lebih aktif dan ada semangat pemimpin yang kuat. Pengaruh agak besar di kolej. Kitorg mungkin berbeza, tapi aman berharap kitorg akan berjaya dalam bidang masing2 bersama. Ohye, abang aman citer kat aman, dia pinjam external hardisk kawan dia, dan dlm hardisk tu, kawan dia simpan lukisan Hero Sekolah aman. Haha, tak sangka ada org yg berminat utk save karya aman. Neway, thanx gak. For the support~!
Nenek aman lak selalu akan datang rumah bile aman cuti. Hehe,sekarang nenek ada la ni. Dulu, aman selalu cakap kat nenek, "Nek, wan akan lukis komik, nanti boleh blanje nenek!" Tapi setiap kali aman masuk pertandingan komik, or submit komik, mesti tak diterima dan separuh jalan. sampai kadang2 aman rasa segan lak ckp cmtu byk kali kat nenek. Tapi aman tau, nenek selalu doakan aman. Alhamdullilah, even aman masih amatur, aman boleh ungkapkn balik ayat tu kat nenek skang.
Famili aman antara pendorong aman utk kuat berkarya lagi. Lebih2, aman dapat full support, aman akan pastikan impian aman dapat di capai. Semua tercetus kerana sekumpulan orang yang dipanggil..
...keluarga~
-out-
ps-- sesaper nak tgk video2 ComicFiesta aman n the geng, boleh klik SINI!