
neway,last week, studiomate aman tetibe datang n tanya, "ko da tgk cerita 4 pringkat ajal?" aman pun cam pelik. x pernah dgr lak. cerita wayang barukah?? then,malam tu, aman gie lah mencari2 sesiapa yg ada softcopy cerita tu.. then, nasib baek Boboy ada. so,tgk kat pc Boboy je la.. then,cerita pun bermula~
pergh~ itu yang aman dapat ckp biler tgk citer ni. sepanjang citer ni, mata aman meliar tgk cara angle camera, scene2,n effect dlm cerita ni. SMART~! audio pun best, background music pun mmg sesuai. masa aman tgk cerita ni, aman teringatkan movie Sepi oleh Kabir Bhatia. hahaha,sonok siot tgk cerita ni. rasa suram, rasa tension.. cool~!
bagi aman, jalan cerita pada awalnya agak blur, aman x berapa faham, but still tgk sebab kagum dgn audio video dia.. then, makin lama, yeah, itu rupanya~ terjawablah persoalan2 yang bermain dalam kepala ni sejak minit terawal tadi.
for review, aman akan ckp, yup, aman suke part Puteri. aman rasa dia pelakon yang paling natural dlm shortfilm ni. and hahaha,aman suke gak cara intonasi ayat si narrator, Kabir. suara dia mmg agak sesuai la. "nak dengar satu cerita tak~?"
aman respek dgn Afiq Deen ar, coz boleh hasilkan sesuatu yang bg aman agak pro. masa aman tgk cerita ni, mmg semangat aman utk hasilkan filem yang best berapi2 la.. lebih2, masa tgk ngan boboy aritu, dia x abih2 men"fire" diri ku~
"tgk,hebat kot.. ko boleh ker wat camni?"
"scene lawa kot.. ko kalah la wei.."
"dah la,give up je la.. dia lg best la.."
huh~ aku mahu terajang beliau waktu tu.. tapi benar gak kata2 dia.. even aman tau dia main2 je.. (err..main2 je kan?..) beza video aman dgn Afiq Deen mmg jauh.. banyak yg aman kena belajar lagi.. ahh.. kenkadang aman pun x pasti.. terlalu byk benda yang aman nak buat.. tapi,entahla..
apapun,cerita ni mmg gempak~
aman sebenarnya mmg berminat dgn dgn dunia perfileman. tp x la sampai nak masuk AF or any realiti TV.. bg aman,lagi best wat sendiri. muvie indie~ haha
dulu,aman suka nak berlakon.. (skang suka gak..) tapi,satu peristiwa telah mengubah aman lebih kepada pengarah dari pelakon.. aman akan list2 kan hasil usaha aman mengikut masa.. ada certain video aman ada letak dlm youtube... korang leh tgk kat situ..
masa aman form3, aman x puas hati dengan jalan cerita pentomen yang akan kitorg persembahkan. so,aman decide utk tulis cerita dan skrip baru. (masa nilah bermulanya...)
2- Sketsa Kempen Budi Bahasa
masa form5, ada budak junior mintak aman jadi pelakon utk shortfilm pasal kempen Budi Bahasa. n watak aman kononya seorg senior yang GILER BAIK N SKEMA HABIS~! cakap sopan santun, nak masuk sekolah pun bersalaman, hahahaha~ mmg kelakar. pastu diorg pasang kat dewan, pergh... mmg meng"anj" namanya~
3- Theater Macbeth
masa kat matriks uia, aman menjadi pengarah utk theater Macbeth sempena English Week. ini kejayaan pertama n terbesar aman~ x kan lupa penat lelah bekerjasama dgn bebudak kelas lain, dan kerjasama kitorg sumer.. mmg byk dugaan berlaku, masa dubbing ada org kacau, mic ilang, xde recorder, tapi akhirnya, pada hari persembahan, diorg buat dgn penuh superb~! aman yang juga mengawal radio duduk DEPAN STAGE melihat dan memberi arahan secara isyarat pada setiap pelakon rasa hepi n terharu gak tgk .. ahh,rindu betul masa tu.. thankx guys~ (masa tu,Kabir juga pelakon utama theater Macbeth ni..hahaha)
4- Jangan Balik Lewat
1st year shortsem, my fren Ihsan mintak tolong buatkan satu shortfilm tentang diri dia sebagai assigment kelas Multimedia x silap.. tapi x jadi, akhirnya aman cadang buat cerita hantu bertajuk "Jangan Balik Lewat".. mengisahkan Ihsan yang pulang lewat ke hostel dan bersendirian di dalam bilik, namun dia ditemani "sesuatu" tanpa sedar... sebenarnya, ending dia agak lawak. tapi camera sumer x la pro, gegar2 gak. coz firsttime buat movie.. haha (video tu aman x dpt upload sebab Ihsan x bg.. dia malu.. err..)
5- Metaphobox
hahahaha,masa aman 2nd year, sempena malam mesra bersama junior, aman buatkan siri Metaphobox yang dibarisi oleh studiomate aman gak, Kumo, Kai, Boboy, Pyon dan Noru. hahaha,even juz simple drama, tapi proses editting mmg agak susah. begitu jugak masa proses pengambaran. pergh~ nak melayan karenah 5 budak terencat ni lagi.. (hehehe...soriii..) neway,metaphobox berkisarkan 5 junior yang baru mengenal kehidupan sbg bebudak studio. dan akhirnya, mereka dapat membentuk diri mereka sendiri apabila mereka graduate..
(klik sini utk melihat video)
6- Into The Life of Baba and Nyonya
haaa~ inilah first time aman mula mengarah secara serius. coz utk assignment 1st sem. aman dan group aman, Boboy(ko lagik..), Rasnor, Heall, dan Jannah telah menghasilkan shortfilm (+documentari) mengenai life Baba dan Nyonya di Melaka. kitorg ke melaka byk kali utk shoot~! cerita nya tentang seorg tourist (boboy) yang mengejar seorg Nyonya (liyana) dan kemudian mengenali secar perlahan2 dunia baba dan nyonya. dan terputik lah cinta antara mereka, ceh~ haha~ neway, gud job guys n thans to Ammar dan Liyana yang sanggup tolong kitorg menghasilkan video nih.. (import dr MMU melaka kot~)
(klik sini utk melihat video)
masa ni, BPR ada mengadakan shortfilm competition kat universiti aman. so, aman amik peluang ni utk try la cuba nasib. bersama2 Noru, Kumo, Arina, dan Nana. kitorg masa tu, da tatau nak letak nama apa, jadi letak la MAGME yang sepatutnya nama group fanzine aman dgn rakan2 studio.. haha. neway, cerita mengisahkan Noru yang lewat ke peperiksaan dan ditahan oleh pengawas iaitu Kumo. Noru then rasuah Kumo utk masuk, tapi kantoi dgn Nana, yg kemudian buat report pada lecterur, Arina.. hahaha,korg maybe x kan paham dgn jalan cerita dia, coz kitorg hanya ambik masa 1 hari je utk berlakon, edit dan hantar.. adoii.. tapi siapa sangka... video ni memenangi tempat KEDUA~!! hahahahaha~! lansung x expect pon.. neway,thanx pada korg yang byk membantu.. hehe.
(klik sini utk melihat video)
ahhh~! aku mahu membuat FILEMMMMMMM~!
-out-