Seperti yang dijanjikan, aman nak dtg pkul 10pagi tapi kaki masuk dalam ofis pkul 12. hehe. sian irfan tunggu kitorg lama. sori bro. oh, aman kali ni x dtg sendirian. kalau dulu aman pegi dengan Kaydee, kali ni aman pegi dgn Aina atau Ai. (hoi..hoi..aku bukan kaki buaya...) dia ni jugak bakal pelukis komik di komik-m nnti.
Bukan apa, aman masa pagi tu amik masa utk touch-up apa2 yg patut, lebih2 aman sendiri bz dgn projek final studio, jadi masa melukis terhad sikit. tapi ok per, siap gak. hahaha. lagipun aman masih sesat lagi di wangsa melawati cari ofis PTS. (even da kali ke-3 pegi..huhu)
Masa sesampai kat sana, Irfan tgh baca komik. aman cam biasa jumpe enche Wanzu utk submit komik. Aina pulak consult dgn Alif utk proposal komik dia. Aman da dapat agak, mesti akan ada re-do, tapi harap2 tak reject sudah. huhu. dan selepas enche Wanzu belek2, then ada la jugak beberapa perspektif yang aman kena baiki. nasib baik sket je. sebenarnya aman tahu yg komik aman ni masih amatur lg, byk kena baiki, tapi maybe sebab aman dah lukis habis, jadi enche Wanzu tak suh tukar byk.. huhu.. tengoklah komik solo aman nnti mcmana. (teringat kisah komik Smash-20 si irfan yg byk kena re-do..huhu)
ohh~!! bercakap pasal Smash-20, Irfan tetibe bagi aman 1 copy A4 komik Smash-20 yg dah edit.
PERGGGHHHHHHH~!!!!!!
itu je komen aman. aman terpsiko dgn komik dia. shades, background, jalan cerita, gaya dialog, mantop! lebih2 aman tgk Smash-20 yg vol.2 lebih matang. lukisan sgt power! aman leh lukis kartun je. huhuhu. neway, irfan, ko gud luck~! ramai dah peminat ko kat UIA ni, hehe.. cepat tubuhkn kelab komik kat Gombak, nnti aku join.
Aina pulak nmpaknya xde masalah dgn proposal, jalan cerita dan karakter dah diterima. (lukisan dia mantop gak...) cume rekaan baju je dia kena tukar sket sebab terlalu kaku kata Alif. huhu,nampaknya sorg lagi pekomik dr UIA bakal lahir. hehe.
Aman, Aina dan Irfan byk berbual antara kitorg je. sebab staff2 PTS masing2 ada kerja nak kena buat. komik borak2 sampai lewat solat zohor. hahaha. berlari2 kitorg ke masjid takut x sempat. perghh.. x sangka masa kat sana rasa sekejap je, sebab mmg enjoy duk ofis tu. Aman rasa aman memang nak praktikal je kat sana. senang, best, dekat, dan boleh blaja benda baru yg aman minat! boleh ye enche Wanzu..huhuhu..
oklah, aman sebenarnya dah siap redo n buat dialog malam semalam. tapi x sempat nak hantar emel kat enche Wanzu. tatau la apa komen dia. tgk je nanti. harap2 dia terima. Jadi skang aman free utk sambung komik solo aman, Hero Sekolah!!

yang sempat kitorg buat masa bual2 semalam. hehehe..
-out-
dapat jumpe amar (penyanyi nasyid n ahli silap mata) masa nak balik. hehe..