Yeah~! Adalah benar belaka apa yang dikatakan oleh mamat di atas. haha. Bermula 1 Mei yang lepas, aman dengan nekad sudah pon mula melukis komik solo aman dengan serius dan benarnya. Selama ni, aman terbabit dengan banyak tugasan di Universiti dan aman terlalu takut untuk memulakan komik solo aman sebab terlalu mengejar kesempurnaan dalam karya. Tapi aman kemudian terfikir, Sampai bila aku nak sketch2 dan rangka2 komik je ni? ditambah pula dengan soalan2 lazim dari kawan2, Wes, komik ko bile nak siap?? (Sejujurnya.. bila nak buat?..) Jadi dari situ aman nekad untuk menggadaikan senang lenang aman dirumah dan berkerja keras melukis komik aman ni dengan serius~!!
Ya? Apa?
Oh, yes~!
Kenyataan diatas memang sangat poyo. wakaka..crew~! (gelak gaya Bop)
Tapi tak salah mencuba. Dan hasilnya adalah positif setakat ni. Lepas je aman lukis page ke-3, aman semakin teruja untuk lukis page2 seterusnya~! Ketika entry ni di tulis, aman sudah menyiapkan page ke-21. Weeee~!! (errr...sikitkan..)
Huhu..pada awalnya, aman bajet untuk siapkan 1 buku komik solo aman ni dalam sebulan, bermakna sehari (weekdays) aman kena siapkan 5 pages. (BAJEEETT~!!!!!!) Dan seperti perkataan dalam kurungan disebelah, aman sangat bajet.......hanya mampu lukis 1 page sehari...huhu..
Rasanya aman patut tingkatkan set pages aman sket dalam 2pages sehari, tapi depend pada kemampuan aman. Lebih2 cuti ni juga aman terlibat dengan kerja2 illustrasi buku kanak2, komik antologi dan ulang kaji berkenaan interior design. (preparation sebelum masuk praktikal julai nanti..)
Buat masa ni, semangat aman masih seronok melukis komik solo aman ni. Sampaikan kadang2 aman tersalah inking di beberapa tempat.. adoiyaiii..huhu~!
Apapun, aman berharap semangat aman ni akan berterusan, sebab untuk lihat komik sendiri di publish memang impian aman dari kecik, dan tentunya impian semua pelukis komik di luar sana. Jadi, dengan kemampuan aman ni, aman akan cuba tekan minyak sket untuk siapkan dengan berhemah! Aman bajet dalam bulan julai akan siap komik ni. Aaammiiin~!Aman buat entry ni bukan nak memberi janji kosong kat kawan2 aman yang tunggu komik aman untuk siap, tapi entry ni dibuat juga dengan sebab memberi tekanan kat aman sendiri untuk siapkan dalam masa yang aman dah tetapkan. Bila dah ada tekanan, ditambah dengan perasaan teruja melukis, aman harap semua akan berjalan dengan baik.
Teruskan perjuangan Aman Wan~!!
-out-
