Dulu kami diminta untuk hold shortfilm ni dari publish pada umum kerana ingat mahu jual pada pelajar universiti, tapi kerana berlaku beberapa masalah, tak jadi jual dan kami simpan saja. Aman mula terdetik untuk publish shortfilm ni setelah aman menyertai Afiq Deen (film maker) sebagai crew pembantu dalam menghasilkan shortfilm arahan beliau bertajuk MARIA. Ketika itu aman dapat belajar macam2 ilmu penghasilan video dari penghasilan storyboard hingga rakaman.
Afiq Deen sendiri minta aman publish TITIK ni kerana katanya, orang awam perlu tengok kalau kita nak tahu feedback dan perbaiki diri. Aman berfikir sekejap. Masa tu aman terdetik.
Bagi aman, kalau aman simpan shortfilm ni, tahap dan skill aman hanya sampai tahap ini saja. Kalau aman publish, at least akan ada orang kutuk dan komen, aman akan ada eager untuk buat sesuatu yang lebih baik dari ini. Dengan keizinan crew Dotfilm, aman publish kepada semua untuk tonton dan menang!.......ok, xde menang. tonton dan hayati je. ok?

SINOPSIS
Titik mengisahkan seorang pelajar universiti bernama Ain yang mementingkan sahabat dari ibunya. Pengertian sebuah "titik" mengimbau kembali kenangan manis bersama ibunya ketika beliau kecil. Namun, adakah Ain sempat menghentikan titik2 dosa yang telah dilakukannya....sebelum terlambat..?
~ENJOY~

TITIK TRAILER
TITIK OFFICIAL MOVIE
TITIK PARODY (BINTIK)
Thanks pada semua yang terlibat! Mak Ayah, Kawan2, Lecturer2, dan anda semua yang menonton dan menyukai TITIK~! Terima Kasih banyak2~!!!
^________^
-out-