Thursday, April 21, 2011

HERO

Semua orang nak jadi hero.

Walaupun sememangnya, dalam kehidupan ni, kita adalah hero pada setiap babak hidup yang kita lalui, tapi adakah kita ni betul2 hero pada babak hidup manusia lain?

Aman mula terfikir perkara ni, setelah menonton filem Source Code, yang mengisahkan seorang hero yang sanggup 'mati' berkali2 demi menyelamatkan nyawa beribu2 manusia yang lain. Filem ini agak lain dari filem hero yang aman pernah tonton. Selain sifat wira dan berani mati, ia juga membabitkan isu kemanusiaan dan juga kekeluargaan. Sememangnya antara filem aksi yang penuh makna dan buat aman berfikir sejenak tentang kehidupan aman ni. Sekiranya aman berada ditempat hero berkenaan, adakah aman seberani itu?

Dan, pulang saja dari menonton wayang, aman mendapat berita, seorang rakan aman, boboi, menjadi hero, mengejar dan membelasah seorang pencuri laptop yang cuba melarikan diri. Dan kemudian aman terfikir lagi. Sekiranya, aman bukanlah hero yang bertarung dengan agen perisik, adakah aman mampu untuk berdepan dengan pencuri laptop tersebut, membelasah, sehingga luka tangan, merampas kembali hak... adakah aman seberani itu?

Dan berita yang lebih mengejutkan, rakan komik aman, Irfan Foner memberitahu, rumahnya dirompak oleh 5 orang perompak dan sangat malang, selain dari harta berharga yang dirampas, ayah beliau juga mendapat kecederaan yang serius akibat dari tetakan parang ketika dirompak. (takziah...dan mari doakan semoga ayah ipan cepat sembuh..) Dan lagi sekali, soalan yang sama bermain difikiran aman. Sekiranya kejadian ini terjadi pada keluarga aman, dan aman sendiri, adakah aman mampu beraksi bagaikan hero dan bertindak seberani itu?

Entahlah.

Aman tak dapat nak bayangkan segala kemungkinan. Aman tak pernah lagi menghadapi situasi seperti ketiga2 di atas. (source code memang tak la..) Aman tak gagah, tak kuat, even pada mental dan fizikal. Jadi, aman wan, apa yang kau mampu buat?

Mungkin bukan semua orang adalah hero untuk orang lain. Dan hakikat ni, buat aman sedikit down.. Apa yang aku mampu buat? Dan, aman terfikir sejenak.. Komik. Mungkin ini hanyalah impian yang tak terlalu hebat seperti hero yang sebenar, tapi dengan tanggungjawab aman sebagai pelukis komik ni, aman berharap agar karya aman, dapat memberi inspirasi kepada orang lain, untuk berani bertindak dan melahirkan hero dalam diri dan menjadi seberani itu.. Ini aman janji.

Bangunlah aman wan.
Ada tanggungjawab yang perlu kau laksanakan!

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong

And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
-HERO,Mariah Carey

-out-

p/s- Irfan, aku berharap kau kuatkan semangat dan berdoa. Kami doakan kesejahteraan keluarga kau. Aaamiin!

8 comments:

QiB said...

Kesian kat Ipan, ntah camner dia skang nih. Dia dah cuti blom? kalo blom makin kesian aku.. huhuhu.. Aku mampu berdoa jer lah.. x mampu nak wat pape..

jemari bebas? said...

tak susa nk jadi hero
bila tiba masa, mesti kekuatan tu akn datang :)

Afza Afreeda said...

Rumah irfan foner kena rompak? baru dengar crite ni..huhu..hope his family will be fine..

Aman Wan said...

qib- Alhamdulillah, Ipan dah ok sekarang. Ayah dia pun ok. Mari doakan kesejahteraan mereka dan diri kita juga ya. XD

boboi- aku harap2 begitu lah :)

afza- Yup, tapi alhamdulillah sekarang mereka dah ok. Mari doa bersama ya. =)

Isteri Encek Bard said...

tahniah Amn

Anonymous said...

lagu mariah carey itu memang inspirasi

-TS-

Unknown said...

akak start kenal aman ble tengok parodi kl gangster. bile tengok rase 'wow budak ni! superb!'

bile baca balik blog aman yg akak baru jumpe ni, kite semua sama. kan. bermula dari nobody, bile tak putus asa, 1hari nanti akan jadi somebody :) aman ade bakat. so go on.

Obat Paling Manjur Untuk ISK said...

This article is interesting and useful

Keunggulan Khasiat Dan Manfaat Walatra Gamat Emas Kapsul