
Hari ni aku dah
24 tahun.
Dan umur inilah yang paling pening dan teruja untuk aku. Sebab umur ini lah aku
officially berstatus BUKAN pelajar, BUKAN pekerja... tetapi... Si Anggur..
Maksud aku, Penganggur! PENGANGGUR!
Tapi sebenarnya, aku dah ada kerja dah.
(takde nak anggur sangat la kan) Cuma inilah umur aku berada di tengah-tengah antara zaman belajar dan zaman bekerja. Apa yang aku boleh katakan, ini ialah umur untuk aku
DECIDE kemana hala tuju aku yang sebenar.
Apa yang perlu ditamatkan, sudah aku tamatkan. Sekarang, aku berada di depan pintu-pintu untuk aku pilih.
Masa depan aku.Umur
24 tahun ini sangat memeningkan sebab ini ialah umur orang-orang macam aku dapat status
"budak baru nak HIDUP". Zaman-zaman
"budak baru nak UP" dah tiada dah. Dan ini lah tahunnya aku kena plan macam-macam.
Aku nak keje apa?Gaji macamana?Nak pilih hobi atau degree?Kahwin bila?Dengan siapa?Aiskrim feveret apa?Nak pakai kasut ap..OK, dah melalut.Tapi nak
tell the story shorter enuf (hensem sungguh English kau!), waktu ini lah macam-macam persoalan bermain dalam kepala, dan kadang-kadang soalan-soalan ini jugak la makcik-makcik jiran sebelah duk soal-soal sambil bermain-main gentel inti kelapa.
APA YANG PASTI!
(peh, siap capslock tu jenab!)Aku nak fikirkan karier dulu. Soal kahwin-kahwin ni, aku tolak bagi
future AmanWan umur 28 tahun yang pikir.
Padan muka dia.Aku sekarang nak tentukan langkah mana yang patut aku ambil DULU. Kalau nak ikutkan, memang berkomiklah destinasi aku. Tapi, aku juga ada pintu lain yang memberi aku peluang yang menarik. Dalam hal ni, impian itu kadang-kadang kena tunggu. Ekonomi kena jaga juga. Kalau nak kejar impian semata-mata, duit poket tiada,
macam mano den nak boli barang2 melukih untuk den capai impian den ha?? Jadi, aku kena pandai imbangkan
Kepuasan Hati dan
Kepuasan Ekonomi dengan stabil. Dan ini yang serabut aku pikir sekarang.
Walau apapun, aku akan cuba yang terbaik. Aku sudah ada plan yang sangat besar tahun depan. Aku mahu cari
seseorang. Atau mungkin
beberapa orang. Nanti aku akan beritahu dalam entry tahun baru 2013. Ianya plan utama aku tahun depan.
(seseorang itu bukan bini ya. Itu 4 tahun akan datang punya azam. Keh3)Jadi,
24 tahun huh...
AmanWan, masa untuk memasuki pintu. Dan bersedia
explore realiti dunia yang sebenar...
Bismillah...^_____^
-out-