Monday, January 1, 2018

Tema Azam 2018

Sekali lagi, azam untuk ubah diri secara bertema. Cara begini buatkan saya lebih hargai usaha sepanjang tahun berbanding result akhir.

Tahun 2013 : "Jadi Dewasa".
Tahun 2014 : "Cuba Benda Baru".
Tahun 2015 : "Pecah Rekod Lama".
Tahun 2016 : "Jadi Penulis".
Tahun 2017 : "Keluar dari Zon Selesa".

Tahun ini umur (unofficial) sudah 30 tahun. Perubahan pada ekonomi, kerjaya, kesihatan dan kekeluargaan mesti lebih lagi. Banyak perubahan yang lebih matang perlu berlaku. Perubahan pula tidak boleh berlaku secara mendadak.
Jadi, tahun 2018 ini saya mahu renew diri. Tema yang sesuai adalah...

"Tukar Rutin, Ubah Habit".

InsyaAllah. Doakan ya. Amin!

-out-

Monday, November 13, 2017

Karya Terus ke Hati


Sewaktu Aman aktif buat video Youtube, pernah beberapa kali penonton tinggalkan komen yang bermakna...

"Vlog Aman buat saya ceria hari ni. Terima kasih!"

Besar sungguh rasa hati apabila hasil karya, video lucu 4 minit itu mampu menceriakan hidup seseorang. Seseorang yang Aman sendiri tak kenali dan tidak tahu masalah yang sedang dialami. Tetapi, dapat membantu sekecil itu adalah sesuatu yang besar buat Aman.

Perasaan itu kini Aman alami ketika membaca karya novel Cecelia Ahern ini. Apabila mood rasa tak best, baca karya penulis ini membuatkan Aman rasa bagus. Rasa terinspirasi. Rasa nak buat sesuatu yang bagus juga.

Setiap kali Aman habis baca ayat terakhir, buku itu ditutup dengan hembusan nafas yang puas dan senang. Perasaan ini. Aman mahu karya novel, komik dan nomik Aman mencipta perasaan seperti ini.

Aman akan pastikan. InsyaAllah! ❤


-out-

Thursday, August 24, 2017

Aku Editor Newbie 4


Selesai buat pembetulan akhir untuk 2 NOMIK terbaru!

Sakit pinggang duduk depan laptop sambil diperhati tajam oleh Ketua Editor BLINK. Haha!

Apapun, malam ini akan mula cetak. Yosh!!

-out-

Monday, August 14, 2017

Novel Seram Didik Pelajar

Setiap kali jelajah sekolah, Aman sangat galakkan pelajar untuk membaca novel-novel seram BLINK ini.

Bukan kerana seramnya, bukan kerana hantunya. Tetapi kerana buku-buku seram ini sebenarnya adalah siri masalah disiplin pelajar!

Ya. Cuba baca dan belek buku-buku seram ini. Kami sengaja menggunakan genre seram untuk menarik pelajar (yang kebiasaannya tidak suka membaca) untuk memahami isu-isu seperti buli, pemalas, bahana online dan sebagainya. Contoh:

LEMBAGA KERUSI BELAKANG |
Isu pelajar yang pemalas dan tidak suka siapkan kerja sekolah sehingga mensyirikkan tuhan.

KORBAN KERUSI BIRU |
Isu rakan kelas yang menutup mata, telinga dan mulut akan kejadian buli yang berlaku di depan mata.

KOMPUTER BERHANTU |
Isu pelajar yang terlalu asyik dengan gadget sehingga mengabaikan waktu belajar dan waktu solat.

... dan banyak lagi!

Ini semua adalah novel yang mendisiplinkan pelajar tetapi bertemakan seram. Apatah lagi penggunaan Bahasa Melayu Penuh dan prinsip buku BLINK dan PTS yang sememangnya patuh syariah. Memang bagus untuk para pelajar baca walaupun masih Darjah 1.


-out-

Saturday, August 12, 2017

Aku Mahu Jadi Hos TV

Aku mahu jadi hos tv.

Haha, memang random kan? Sebenar sejak kecil Aman ada harapan nak jadi pembaca berita atau wartawan. Aman suka tengok pemberita di tv. Best!

Tapi Aman dulu bukanlah budak yang petah bercakap. (Even sekarang pun) Sebagai budak yang suka membaca, dunia Aman dalam buku je. Alhamdulillah dewasa ini barulah diberi tunjuk ajar untuk memberi pengucapan awam ke sekolah-sekolah.

SIFU DATANG MELAWAT

Tuan Badrul Sani atau lebih mesra Aman panggil Abang Badr adalah antara individu utama yang melentur Aman menjadi penceramah sekarang. Membuatkan Aman yakin untuk jelajah hampir 400 buah sekolah! Banyak tip yang Aman praktikkan.

Semalam, Abang Badr buat suprise apabila pertama kali hadir ke bengkel Aman di SMAP Kajang! Oh gementar! Tergugup apabila orabg yang kita respect memerhati!

Sejujurnya, performance Aman pada waktu itu sangat merudum. Aman tak cukup bersedia, Aman nerveous pun ya. Sepanjang hari rasa serba salah kerana tak dapat berikan all out terutama apabila kali ini Abang Badr sudi turun padang untuk menonton. Ahh... Rasa macam Aman sudah hampakan ramai orang...

Apapun, Aman anggap ini satu turning point untuk Aman. Setiap yang jatuh akan terlontar ke atas. Jadi, sebab itu Aman decide untuk buat 200% lebih baik dari sebelum ini! Aman nak all out dan tak nak menyesal lagi! Banyak kena berguru dengan Abang Badr yang sememangnya hebat dan  penuh pengalaman. InsyaAllah!


HOS IDOLA

Selebriti yang banyak Aman rujuk dan suka sejak dulu adalah Aznil Haji Nawawi.

Beliau sangat mesra dengan semua golongan dan pandai menarik minat penonton untuk suka pada personaliti dia yang bersahaja. Inilah yang Aman sering rujuk tiap kali Aman memberi ceramah pada para pelajar.

Malah, peluang bertemu dengan beliau dahulu adalah satu pengalaman yang paling best! Nasihat yang dia tinggalkan di instagram Aman adalah perkara yang Aman pegang sampai sekarang.


Aman mahu jadi hebat seperti dua individu ini. Mahu hebat seperti Tuan Badrul Sani dan Aznil Haji Nawawi.

Aku mahu jadi hos tv.

-out-

Thursday, July 13, 2017

Hari Kecewa, Hari Bahagia

Menjadi penulis ini tidak mudah seperti yang digambarkan. Ya, memang seronok. Tetapi di sebalik itu, ada juga kesukaran yang terjadi.

Pagi tadi aku bertemu dengan kesukaran yang selama ini aku hanya dengar-dengar sahaja dari teman-teman penulis. Dicemuh oleh golongan terpelajar, di pandang hina dan menganggap perjuangan penulisan aku ini hanyalah sesuatu yang tidak bermoral.


Sepanjang pagi aku rasa hilang semangat. Aku rasa down. Aku mula tertanya-tanya.

"Kenapa susah sangat mahu buat buku baik-baik? Tulis cerita baik-baik pun dikecam dan dikeji. Malah, dikecam oleh golongan yang juga baik-baik."

Muncul dalam benak untuk aku menukar arus. Muncul dalam jiwa untuk berhenti sahaja dan fokus pada apa yang aku benar-benar mahukan. Hasilkan cerita yang rebel. Hasilkan sesuatu yang memang perlu dikecam. Tidak perlu berselindung di sebalik kelabu jika hitam lebih jelas lagi terang bukan?

Dikala aku sedang punyai fikiran seperti itu (hanya kerana pertemuan aku dengan seseorang yang mengecam perjuangan aku ini) tuhan temukan aku bersama seseorang yang juga di dalam golongan terpelajar pada petang harinya, tetapi individu punyai fikiran 180 darjah yang berbeza.

Berbual dengan individu berpangkat seorang bapa ini, memberi nasihat di atas segala perjuangan aku dan memahami apa yang aku perjuangkan. Mendengar kisah aku yang bukan sesiapa... hanya penulis picisan. Memberikan aku butiran kata yang menaikkan semangat dan hati aku kepada penulisan yang baik-baik ini semula.

"Man, perjuangan kita ini tidak
 akan 100% orang suka. Jadi kita kena kuat. Orang sastera ini memang tugasnya menyampaikan. Jadi sampaikan mesej dan cerita-cerita baik untuk semua."

Aku rasa nak menangis. Aku rasa terharu.


Indah sungguh aturan tuhan. Di dalam satu hari Dia memberikan aku seburuk-buruk perasaan dan seindah-indah perasaan. Di dalam satu hari dia temukan aku dengan seorang yang mengecam sepenuhnya, dan seorang yang bersorak akan perjuangan aku seikhlasnya.

Terima kasih tuhan untuk pengalaman hari yang berharga ini. Pengalaman buat seorang penulis yang mahu menulis cerita baik-baik semula. Perjuangan harus terus. :)

-out-

Monday, June 19, 2017

Aku Editor Newbie 3

Tahun baru nak up dulu, setiap kali buka komik pasti akan kagum dengan lukisan semata-mata. Setiap kali juga, dialog ini akan keluar. "Siapa lukis ni?"

Waktu itu, Aman melihat pekomik adalah satu-satunya individu yang menjayakan karier dirinya. Dia buat semua. Dia yang paling hebat sekali!

Selepas sertai BLINK, barulah mata ini mula melihat individu-individu lain yang TURUT SAMA menjayakan sesebuah buku. Individu yang tidak popular dan tersembunyi ini. Pengurus, mentor, pereka cerita, editor, designer, marketer...

Sejak 5 tahun ini, persepsi dan pandangan tentang buku sudah berbeza. Setiap kali belek buku, tidak lagi bertanya "Siapa lukis, siapa tulis?" semata-mata. Kini, pertanyaan bertambah.

"Siapa yang layout ni? Rajin betul!"
"Macam kenal gaya design ni. Siapa ya?"
"Siapa buat editting? Bubble ni siapa buat?"


Kini Aman menguruskan NOMIK pula. NOMIK masih berada di dalam fasa pertama. Baby steps. Jadi, Aman sangat bertuah diberi peluang untuk merasa setiap inci proses ini bersama tim NOMIK dan BLINK.

Edit layout, buat bubble, design konsep kaver, lukis illustrasi, edit manuskrip novel, mentoring cerita komik dan sebagainya. Jadi apabila ada yang membaca NOMIK nanti, berilah perhatian juga keseluruhan buku ini ya.

Nampak bubble dialog tu? Penat tau nak edit dia supaya tak rigid bulat-bulat sangat. Baru sedap mata nak baca. Huhu!


-out-

Monday, May 22, 2017

Penutup Siri Dongeng

Fuh.... selepas terbitnya novel ke-8 Siri Dongeng ini, Aman perlu siapkan 2 lagi naskah terakhir untuk tahun 2018! Jadi, mahu atau tak, terpaksa juga khatamkan balik dan baca semula setiap buku dalam siri ini dari mula sampai habis. Peh, memang berpinar biji mata. Tapi kalau nak hasilkan karya best, kena buat pengorbanan sikit. Hoho!
Mulanya Big Bos mahu Aman yang tulis siri Dongeng ini, tapi penulisan Kak Izanor Sharif (penulis asal) sudah pun snagat best dan lebih puitis. Susah Aman mahu tiru. Jadi, better Aman jadi pereka cerita cerita sahaja. Lagi mudah kerja, lagi senang siap.

Tiga buku terakhir siri Dongeng ini memang payah nak reka. Ini sebab ceritanya sudah mencapai tahap klimaks di mana watak utama kini berdepan konflik besar. Jadi, Aman perlu reka watak penjahat, kuasa besar, kehancuran dan super twist untuk jadikan tiga buku terakhir dalam siri Dongeng ini super best! Konflik besar sudah bermula sejak novel ke-8 iaitu novel Milahficient dan Puteri Aurorah.

Gabungan rangka cerita yang dramatik dan penulisan Kak Izanor yang puitis lagi lucu memang kombinasi best! Aman sendiri suka baca novel Milahficiennt tu ulang kali. Hohoho!


Alhamdulillah! Akhirnya setelah memening kepala dan mendapat input-input bernas dari penulis lain, rangka cerita untuk buku ke-9 dan ke-10 telah pun siap dan mendapat LAMPU HIJAU dari Big Bos! Yeah!

Dua karya terakhir ini memang superbly epik! (puji cerita sendiri) Ini sebab penutup konflik dan sihir besar Aman tiruvasi dari suasana tanda-tanda besar Kiamat. Jadi, pertama kali Aman dapat buat rangka cerita fiksyen yang berdasarkan sesuatu yang ilmiah dan islami. Terasa genius kejap. Hahaha!

Apapun, doakan penulisan dua buku terakhir ini dapat disiapkan dengan jaya ya! Tak sabar mahu tahu pendapat korang tentang buku-buku ini terutama tiga buku terakhir siri Dongeng!

-out-

Tuesday, May 2, 2017

Sekecil Kata, Besarnya Jiwa

Sebagai pengkarya, ada masanya semangat diri terasa lusuh dan letih. Perjuangan terasa jauh dan ada kalanya mula meragui kebolehan diri.

Namun, kata-kata semangat dan sokongan pembaca seperti ini sering kali mengingatkan diri tentang perasaan ketika di awal-awal perjalanan dahulu. 

Terima kasih kepada semua yang sangat supportive selama ini. Terutama yangg hadir bertemu Aman di Pesta Buku dan juga Fiqah Yasin dan Ilya Zulaikha kerana memberikan gambar dan lukisan ini.


-out-

Monday, April 24, 2017

Rakaman Zaman Dulu


Aman suka rakam kawan-kawan ketika zaman kampus dahulu. Sudah ada koleksi sejak 1st year hinggalah final year. Ada 12 DVD kesemuanya yang dipenuhi dengan moment-moment seronok dan gembira bersama rakan studio AAD.

Setiap kali tonton video-video ini, pasti ada macam-macam perasaan. Nostalgik, kelakar dan emosional... Paling seronok, ada satu video kami ramai-ramai berlatih menari Kpop. Dulu-dulu rasa macam cool. Sekarang ini bila tengok balik...

Beb, kitorang rupanya BUDAK RAVER!! Kah Kah Kah! Masing-masing menari macam cacing weh!! Tunggu korang bebudak studio AAD yang dah kahwin ni anak dah besar-besar, pastu kita buat reunion dan pasang untuk tontonan ramai ya! Muahahaha!
 

-out-

Friday, April 14, 2017

Aku Editor Newbie 2



Alhamdulilah! Akhirnya siap juga edit buku untuk pertama kali! Punyalah stres sampai demam selsema dan sakit-sakit belakang asyik terbongkok menghadap laptop. Ini baru jadi editor untuk 1 buku sudah macam-macam perkara... Pengalaman baru yang menambah lagi respek Aman pada para editor yang kuat semangat demi membangunkan buku-buku. Tabik pada anda semua!


Apapun, nak berterima kasih dan memohon maaf juga pada Kak Super Editor Nurismaliza, AbamDanial Haikal dan Kak Rashiela Nurain yang sentiasa merelakan diri untuk menjawab soalan, menunaikan permintaan, dan memberi tutor pada diri ini yang asyik mesej tidak kira siang, malam atau pagi-pagi buta! Haha!

Begitu juga geng PJS Johor yang sanggup melayan member yang sedang serabut mengejar deadline ini. Terutama my man Khairil Kamarudin yang selalu drive ke shopping mall dan KFC supaya Aman boleh fokus siap manuskrip, juga roomate Muhamad Fauziyang sanggup tidur malam dengan bilik terang benderang akibat diriku bekerja. Huhu!

Fuhh...yakin je bagi ucapan bagaikan. Sekali dapat mesej "Aman, awak punya edit ni silap. Buat semula..." Hah, memanglah nama-nama yang sudah di tag tadi bersiap sedia untuk menerima gangguan si Penomik Lembaga sekali lagi!

-out-

Wednesday, April 5, 2017

Aku Editor Newbie 1



Seminggu ini terhenti sekejap progres penulisan dan lukisan. Berkerut-kerut dahi nak belajar guna software baru. Pertama kali memakai topi editor pula. Fuh...payah juga ya. Tapi tetap kena sabar dan cuba perlahan-lahan... Try and error...


Tapi apabila sudah terdesak terpaksalah belek kembali nota, buka video tutorial atau kacau kak editor malam-malam untuk minta ajarkan! ðŸ˜…


-out-

Monday, April 3, 2017

NOMIK

Sejak 2016, Aman telah diberi satu tugasan yang sangat besar dan merupakan satu turing point dalam hidup. Aman mengusahakan projek NOMIK di bawah kerjasama Tuan Syaizul Amal dan Kak Ain Maisarah.

Fuh...sebab itu jugalah Aman susah nak update blog dan ceritakan apa yang sedang berlaku. Ini kerana Aman cuba untuk rahsiakan projek ini (walau ada yang sudah tahu) kerana Aman mahu projek NOMIK sudah betul-betul ready barulah hype bermula.

Hari ini (kebetulan birthday Tuan Syaizul Amal) pengumuman rasmi NOMIK telah dibuat secara umum. Kini blog ini akan turut mengikuti perjalanan Aman sebagai seorang pekomik, penulis, vlogger dan seorang pengurus NOMIK.

Doakan Aman ya.

Bismillah...


-out-

Siri KERUSI hampir tamat


Ini adalah tiga novel Siri KERUSI yang saya tulis. Ketiga-tiga cerita punyai watak utama berbeza namun hidup di dalam universe yang sama.

#LembagaKerusiBelakang
membawa kisah Nadiya Risa si pemalas yang selalu dinasihati oleh teman baiknya Fain. Kisah Nadiya bermula apabila dia bertemu sebuah meja berkerusi biru yang terletak di dalam sebuah kelas terkunci.

#CintaKerusiDepan
pula membawa perspektif Fain si sahabat Nadiya Risa yang turut sama mengetahui kewujudan si meja berkerusi biru. Namun kisahnya berbeza apabila membawa moment yang romantis berbanding kisah seram si Nadiya.

#KorbanKerusiBiru
membawa pembaca 10 tahun ke belakang apabila meja berkerusi biru itu dimiliki oleh seorang pelajar mangsa buli bernama Nani yang mempunyai pengalaman hidup tragis lagi berdarah.

Sekarang sedang menaip novel penutup. Seorang watak pelajar lelaki yang akan menemukan ketiga-tiga watak utama yang terdahulu dalam 1 cerita.

-out-

Sunday, March 26, 2017

Housemate / Workmate

Selalu sangat diri ini hilang motivasi dan hilang fokus apabila buat kerja sendirian. Sekejap-sekejap baring. Sekejap-sekejap tonton sitkom.

Mujurlah sebulan ini akan serumah bersama rakan penulis BLINK iaitu Khairil Kamarudin untuk sesi jelajah sekolah pada waktu pagi. Waktu petang, mesti buat manuskrip!

Jadi kami susun meja di dalam bilik yang bahang. Letak kipas, bawa botol air, pakai seseksi yang boleh (ewah!) dan hadap laptop selama 3 jam sahaja. Targetnya mesti taip minima 6 pages sehari!

Hari ini bermula dengan baik. Selama tempoh sebulan Aman dan Khairil berada di Johor ini, harapnya dapat siapkan 4 NOMIK dan 1 novel seram. Yosh!

-out-

Sunday, March 12, 2017

Buku Paling Seram


Buku-buku ini milik seorang pelajar yang berkongsi baca bersama 9 beradik. Memang seram melihat kondisi buku-buku ini. Tetapi sekurangnya, ia hancur kerana diulang-ulang baca.

Buku paling seram?
Buku yang dibeli, diambil gambar, masuk ke dalam insta dan tidak dibaca-baca.

-out-

Wednesday, March 8, 2017

Girl Power


Karya saya ini memperjuangkan 'girl power' secara mental dan fizikal. Malah di antara 9 karya yang telah diterbitkan, saya paling-paling-paling berpuas hati dengan novel ini. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa novel ini saya baca berulang kali.

Plot cerita bergerak laju namun cukup rencah emosi. Pertembungan tiga watak gadis dengan kekuatan tersendiri. Seorang anak Tan Sri yang berpengaruh besar. Seorang Juliet yang fokus mencapai impian hidupnya. Seorang ketua Taewondo yang berkorban demi persahabatan.

Gadis-gadis yang melebihi kemampuan lelaki tanpa mengabaikan naluri dan sensitviti hati mereka. Ini definisi 'girl power' bagi saya.

Selamat Hari Wanita Sedunia. <3 font="">

#AkuMahuSuperBodyguard
#BlinkBook 

-out-

Thursday, February 23, 2017

Novel Seram Patuh Syariah


Cerita seram patuh syariah?


Memang pelik pada awalnya. Namun, inilah konsep yang dipegang oleh setiap penulis BLINK. Menjadikan filem Munafik karya Syamsul Yusof sebagai tiruvasi cerita seram yang mempunyai nilai dakwah.

Alhamdulillah, novel seram Lembaga Kerusi Belakang dan Korban Kerusi Biru sering diterima baik oleh pelajar dan guru! Malah, ada beberapa pelajar lelaki turut mengaku bahawa novel ini merupakan novel pertama yang mereka baca. 




Aman sangat berharap ia dapat hasilkan 'spark' yang menjentik minat untuk terus suka membaca. InsyaAllah!


-out-

Sunday, January 29, 2017

Kembar tapi Berbeza

Ini novel berkembar.

Satu kisah seram, satu lagi cerita cinta.


Sang Lembaga menghantui pelajar malas bernama Nadiya di kelas 3F. Sang Cinta pula melanda pelajar pandai bernama Fain di kelas 3F. Nadia dan Fain berkawan baik.

Dua cerita yang berlainan genre, namun saling crossover. Apa yang penting, kedua-dua cerita bermula dengan seorang guru Matematik, Cikgu Haizi sedang mengamuk di kelas yang sama.

-out-