Untuk peringatan, entry ni agak panjang. Jadi, aman sediakan beberapa lukisan untuk korang yang baca dapat rehatkan mata korang dari membaca teks saja. Gomenasai… Anyway, mungkin agak lambat untuk aman tulis entry nih. Tapi sebab masa yg agak ketat dgn tugasan di universiti, jadi sedikit tergendala blog ni. Ok,masa untuk berkongsi pengalamn. Hehe..
Khamis lepas, (29 januari) menjadi tarikh bersejarah dalam langkah awal aman dalam industri pekomikan nih. Dah dekat 3 minggu progres komik aman tertunggak, akhirnya, aman pilih hari tu untuk berjumpa dgn editor, Wan Zuhairi (Wanzu) di ofis PTS untuk langkah seterusnya. Hmmm.. dlm 3 minggu tu, bukanlah aman x buat apa2. aman sempat jugak menyiapkan 30 m/s thumbnail (atau draft) untuk komik aman. Oleh sebab aman xde buat sample page yang dah di ingking, jadi, aman juz bawak segala art yang aman penah hasilkan untuk di tunjuk.
Aman bertolak dalam pukul 10 lebih.. naik teksi. (pergh..pakcik teksi bawak mcm org mabok wooo..) setelah 15 minit bergelumang dalam teksi “maut” tu, aman sampai gak kat Wangsa Melawati tempat ofis PTS tu berada. Hehe,so, agak teruja la nak masuk. Ni first time aman gie kat sana, so, aman masih x familiar la. Aman terpaksa carik2 mana ofis dia.
Jalan punya jalan, tawaf dua kali, aduh.. mana ek...???
X jumpa daa.. aman tercarik gak kalau ada ternampak signboard berbunyi “AMAN,OFIS KAMI DI SINI” tapi harapan la nak jumpa signboard gitu... arh... pusing lagik sekali.. then tetiba aman teringat, dalam blog kawan aman yang penah ke sana, Irfan, dia ada cakap yang signboard PTS kecik dan pintu dia naik tangga ke atas.. ohh,so, aman pun tgk la setiap pintu, then JUMPA~!! Yeaaah~
Aman amik masa 5 minit kat bawah x naik2. first sebab cuak. Ini penentu masa depan kot.. so,aman kena betul2 bersedia untuk hadapi nih.. kedua, aman terpaksa kemaskan diri jap. Dgn panas dan muka yang serabut, terpaksa rehat jap sebelum naik. And ketiga, sebab aman kena susun balik file2 artwork aman. Asalnya nak susun dalam teksi, tapi keadaan teksi membuatkan aman mengucap sepanjang perjalanan.. huh,aku x kan naik teksi mu lagi pakcik~!
Akhirnya, aman naik dan berdiri depan ofis, dan suara2 gelak tawa terdengar dari dalam. Pergh..ramainya org. Then ada brader dtg n tanya,nak jumpa saper? So,aman cakap nak jumpa Wanzu. So,Wanzu pun dtg n jemput aman duduk sekali untuk memulakan perbincangan.
Well,aman agak nervous asalnya, coz aman bukan pro dan ni first time kan.. tapi rupanya, perbincangan dengan editor ni sama saja macam tgh consult dgn lecterur. Kalau lecterur,kita tunjk design produk, n kita citer. Sama gak cam komik. Aman tunjuk draft, and citer. Neway,aman mula rasa selesa sket. Hehe.. well, perbincangan ni bukan melibatkan aman dgn Wanzu saja, tapi brader Koma (lupa nama penuh beliau) jugak ada sama ngan aman. Kira mcm tgh consult dgn 2 lecterur la. Hahaha..Banyak perkara yang perlu aman tambah dan buang. Jugak, banyak idea2 bernas dan lebih memudahkan dari kedua2 mereka. Antara nya komen yang aman terima ialah:
1) Ada page terlalu padat dengan panel. (takut terlalu kecik bila di publish)
2) Terlalu banyak close-up pada muka. Perlu ada detail/background antara 2-3 pages.
3) Perspektif perlu variasi. Jgn byk pandangan straight saja.
4) Flow cerita mestilah mudah difahami pembaca. Jangan terlalu banyak melompat ke scene lain.
5) Ada beberapa karakter masih nampak sama. Cuba bezakan bentuk muka dan badan dengan lebih ketara.
Selain itu,ada gak menambahan idea dari mereka supaya cerita aman lebih menarik, antaranya idea tentang intro yang lebih jelas dan menambahan karakter haiwan dalam komik aman nanti. Memang seronok dapat berbual2 pasal komik dan dapat tahu kelemahan, sekurangnya, masih belum terlambat untuk aman baiki dan beri yang terbaik akan datang. Yosh~!
Lepas sesi komen aman selesai, jadi ada masa sikit, aman saja berbual2 dan bertanya tentang perkembangan komik-m. Dan aman dapat tahu lebih 20 orang sudah menghantar proposal kepada komik-m untuk dipublish. Dan Cuma ada belasan yang memberi komitmen. Pergh..bagi aman itu agak ramai,dan ini maknanya, persaingan lebih banyak. Dan akan bertambah2 lah lagi komik tempatan di pasaran nanti. Yesh~! Mmg x sabar nak tunggu industri komik di Malaysia boleh mencapai sebagus di Jepun dan US. Lebih2, komik-m membawa mesej keislaman dan ketimuran dalam komik2 dia. Jadi,mmg bagus sangatlah untuk dikembangkan. Hehehe..
Oh,dan aman dapat tahu, brader Koma juga antara yang bakal menjadi artis di Komik-M. Saudara Wanzu ada bagi aman tengok proposal komik brader Koma, dan PERGH~ sangat clean, stroke yang cun n unik, dan mmg best~! Brader Koma lukis komik bola. (rasanya,ni lah komik yang Irfan ckp aritu, pasal sport..) Sgt kemas komik dia. N terasa rendah diri ak masa tu.. br tunjuk satu, belum Wanzu tunjuk sume proposal.. mesti balik tertonggang kat katil mengenang stroke ku yang ala2 sedang2 saje nih..huhuhu..
Anyway,aman kendian mintak diri. Memandangkan pukul 2 hari tu aman ada kelas. Jadi, masa aman nak balik tu, brader Koma ckp dia nak balik gak. Dan dia kata nak tumpangkan, sebab da alang2 lalu depan UIA. segan gak nak tumpang2 ni, tapi, da org ajak. Terima je. Hehe.. (dari naik teksi gila cam tadi...huh..)
Setelah hari bersejarah tu, aman masih belum sempat membuat sebarang progress.Memandangkan hari jumaat, ada site visit utk pelajar interior ke KLCC. Then, hari sabtu sampai isnin ada trip studio ke Melaka. Hehe,sonok giler gie jenjalan. (sedangkan byk keje2 bengkel tertunggak nih..) apapun,aman nak ucap thanx pada Wanzu and brader Koma coz bagi idea suma tu. Maybe next time aman akan dtg lagi dan harap2 dengan lebih byk improvement dr sebelum nih. Insyaallah~
Masa untuk bekerja lebih keras~!
^__^
Muzz,entry untuk ko ontheway.. sori2~
Alif,sampai ati x cam aku aritu..huhu..