Wednesday, August 19, 2009

Shortfilm: Titik


peh...lama gak x update blog. sejak entri tentang Usikan Pocong tu, aman mula berminat utk wat banyak2 shortfilm. Ops! awal2 skalik, aman nak ucapkan seribu ucapan thanx kat korang yg sanggup undi and promote video Usikan Pocong aman aritu. alhamdullillah, stakat ni kalau mengikut undian aman dah berjaya menjadi pemenang ke-3 dlm peraduan KuatBerlakon~! Tapi stakat ni official nyer pengumuman x kuar lagi, jadi aman x nak menaruh harapan tinggi sgt.. huhu..

ahh,lupekan berkenaan pocong~!
skang ni aman nak citer! aman x sangka projek 1st aman utk sem 1 3rd year kali ni ialah SHORTFILM~!!!! wahahahaha~ punyela suka bila dapat projek ni. dan aman bersama crew2 Dotfilm Production (my group) mula bersedia bekerjasama~!

well,hasilnya sgt memuaskan. bukan senang rupanya nak hasilkan shortfilm. ini iranya kali pertama aman buat shortfilm dgn cara yg lebih profesional. even cuma guna handycam je, tapi hasilnya, penat lelah kitorg berbaloi gak~! really thanx to my crewmates yg byk bekerjasama dgn aman~


penghasilan cerita TITIK ni mmg banyak dugaan. kami terpaksa mencari2 pelakon, kena marah dgn pak guard, sound system problem, miss shooting.. huhu.. tapi yg paling susah skali bagi aman ialah bila ibu sendiri menjadi pelakon arahan aman...err...


bukan senang nak memberi arahan pada seorang ibu. bukan sebab apa, kalau kawan2 boleh la kita jerit2 "woi,dah. babak ko habis." tapi kalau dgn mak? mmg aman kena menjaga tutur kata la. hati2 woo..daku taknak jadi anak derhaka kalau naik suara.


tapi,sgt berterima kasih kat mak. lakonan mak menjadi gak. hehe.. even mak tgh sakit kepala, tapi mak sanggup gak berlakon utk tolong aman siapkan shortfilm ni.. sangat berterima kasih kat mak.. apapun,korg layan trailer shortfilm TITIK ni~


layan~





Wednesday, July 1, 2009

Usikan Pocong



Yeah,Pocong mula mengusik anda di Youtube~!!

Hahaha,yup inilah filem pendek aman yang terbaru. dilakonkan oleh Latif dan Pagad. dan dibantu oleh juru profesional, Bunta. Filem ni dihasilkan untuk masuk pertandingan video Anda Kuat Berlakon? yang dianjurkan oleh Fisherman's Friend~

Hmm..masa yang diberi ialah 2 minit. tapi kemungkinan besar, aman akan mengedit lagi video tu jadi panjnag sket dan ditambah dgn extra2 (the making, interview,penyampaian hadiah..kalau menang..huhu) akan dtg la.. so, hope korang leh tgk video kitorg ni dan vote kitorg sekiraya korang rasa kitorg layak.., please~ ketinggalan sgt jauh utk compete dgn video yg mendapat undian tertinggi..huhu.

Apa tunggu lagi, klik saja di SINI~
Enjoy~!!





jika tak keberatan, sila save banner atau poster ni dan sebarkan url2 video kitorg pada kawan2~ hope dapat vote dari korg sumer.. tenkiu~!

-out-

Friday, June 26, 2009

Action !!


"Movie 2 jam"



Ini impian aman sebelum grad dr uia, sebelum aman keluar dari studio AAD ni. yup, bukan senang nak hasilkan 1 filem yang panjang. kenkadang yang 5 minit tu pun dah amik masa lama. nak edit lagi.. aman pernah gak terlibat dalam beberapa projek filem pendek dengan kawan2 dan budak2 studio aman, mmg susah. tapi,aman mmg teringin nak buat 1 filem panjang yang dibarisi oleh kawan2 aman sendiri.

haha, ntah sejak bile aman mula berminat dlm benda2 filem ni.. bagi aman, buat filem sama macam buat komik. kita create story yang kita nak, dan lakonkan.. cuma dlm komik, setiap benda tiada limit. nak buat benda merepek pon boleh. tapi dalam lakonan, kena pikir setiap aspek kemampuan. boleh atau tak..

Dalam perancangan aman, movie ni adalah sgt merepek. aman mula dpt inspirasi utk buat movie bila aman tengok citer "Attack On Pin-up Boys" ni~! hahaha,pasal tahik pon boleh dijadikan cerita. citer ni maybe tak 100% best macam cerita2 lain, tapi cerita dia agak santai dan x bosan. lebih2 aman suke cara diorg edit movie ni. sempoi~

masa aman tgk cerita ni
(theme dia school life + comedy), aman terpikir, best jugak kalau dapat tgk balik kehidupan bebudak studio aman dalam bentuk movie. haha, agak kelakar dan mesti seronok kalau dapat buat. so, sebab tu aman skang tgh try pikirkan jalan cerita merepek yang best. (tak mau merepek sgt..kalau boleh ada cerita dan msg nak disampaikan..)

hmm..tatau la boleh jadi ke tak.. xper, kita try tgk dulu naik sem ni.. aman akan try wat proper kali ni. ada storyboard n dialog. kena bincang gak dgn bebudak studio, saper yang nak terlibat~
kalau boleh, setiap elemen unik dalam studio tu aman nak masukkan cthnya perkataan,

"Seranggeee dia~"

"Oi,kau mmg hebak! hebak!"

"Ngehehe
(gelak org kaya ikhu)"


haha,dan macam2 lagi. so, wish me all the best~!

-out-

ps-- skang dlm proses nak masuk satu video contest~ yeah~!

Thursday, June 25, 2009

Komik

Oklah,kat entry yg lepas, korg da tau, masa shortsem ritu, aman agak busy dgn kerja2 dalam Lantera, tapi sebusy2 aman gak, aman still teruskan kerja2 seni komik aman even slow~

sejak dua menjak ni, aman mula berminat KEMBALI pada majalah tempatan Ujang dan APO?.. tatau kenapa, satu hari tu, aman juz beli sebab dah xde majalah len nak baca. mmg Ujang dan APO? ni aman dah lama tinggalkan. tapi x sangka, akhirnya dua majalah ni kembali memikat aman. hahaha.

sejujurnya, aman sendiri tatau apa beza Ujang dgn APO? tapi ramai yg menyukai majalah APO? dan aman pun sama sebab kat APO? ada pelukis Lambok dgn Bed Time Stories nya.. hehehe.. lawak cam cipan~ sejak aman mula melekat dgn Ujang dan APO?, aman dah mula tinggalkan majalah yang aman beli, Gempakstarz... huhu,Gempakstarz mmg punyai kualiti komik yang bagus, tapi dari segi humor, hanya Lawak Kampus je yang menyengat. dan x sumer komik siri dalam Gempak aman follow, so, aman rasa, better tunggu Novel Grafik nya nanti je.. so, mari baca Ujang dan APO?..!!

Minat aman pada majalah terbitan MOY ni bukan stakat tu jer.. aman mula terfikir untuk cuba mencari elemen2 komik malaysia yang dikatakan. dulu aman pernah citer, aman mmg nak lari dari stroke jepun yang tipikal, jadi aman perlukan beberapa elemen lain utk menjadikan work aman original... so, aman telah melatih melukis beberapa karakter dan scene.. stroke ni agak baru bagi aman dan aman agak suka even karakter dia idong kembang. hahaha~!

oh,berkenaan komik Hero Sekolah (nama yg belum official) yang aman nak hantar ke Komik-M, masih bergerak cuma slow.. huhuhu, minta maaf pada tuan editor, enche Wanzu. hari tu enche Wanzu da sms tanya komik.. huhuhu... aman akan teruskan berusaha! yeah!! bawah ni antara thumbnail komik yang aman tgh buat.. ada byk lagi nak disiapkan~

hohoho..berkenaan Bakat Baru Komik 2009, aman akan join kategori A. tapi kali ni aman bersama Muzz collab. Muzz tulis cerita dan lukis thumbnail, dan aman lukis dan ingking. hehe,macam komik Bakuman lak.. tapi nak bekerjasama dlm 1 benda, dan bila lain2 kepala, mmg kdg2 akan berlaku argument. tapi aman seronok bila benda tu berlaku, masing2 akan tau kelemahan masing2 dan masing2 dapat belajar benda baru. kadang2, kita x leh keje sensorg, syok sendirik jer.. tapi setiap benda ada risikonya.. juz wish kitorg dapat g jadi finalist la ek.. huhuhuu~

Oklah.. len kali aman citer benda len lak.. masa utk melukis~!!!
Ganbateh Aman-kun~

-out-

Wednesday, June 24, 2009

LANTERA

hahaha~
sekian lama, blog Comic & Career ni bermula balik. aman mintak maaf pada sesiapa yang aman x sempat nak balas mesej, kerana mmg aman agak sibuk beberapa minggu ni. huhu..

nampaknya, demam multidip masih lagi belum reda.. kalau klik saja
"multidip" atau mana2 nama group multidip, pasti akan keluar blog2 yang bercerita perihal suka duka ketika dalam subjek ni.. bagi aman, berada dalam group Lantera ni, mmg byk bagi aman pengalaman berharga. banyak benda aman belajar dan rasa dalam tempoh subjek multidip ni berjalan.

bagi yang tatau ape tu multidip, meh aman terang jap. multidip ni, atau nama penuh dia, ntah apa ntah..
(panjang sgt..) ialah 1 subjek wajib bagi bebudak Kuliyyah kitorg. subjek ni menggabungkan 4 department yang berlainan iaitu, arkitek, landscape, quantity surveyor dan applied arts n design. dengan gabungan 4 department ni, kitorg di bahagikan kepad 14 group secara random! dan aman tercampak ke group 2 yang akhirnya diberi nama Lantera~ dalam subjek ni, setiap group perlu compete antara 1 sama lain, dalam menyiapkan 1 projek besar iaitu Guest House dan Book Cafe. kerjasama, dari setiap individu mmg sgt diperlukan masa ni.. bak kata wonderpets, apa yang penting...KERJASAMA!!

even pada akhirnya, Lantera tidak berada di tempat pertama, kedua atau ketiga.. (kelima beb!) tapi aman cukup puas hati dgn prestasi setiap ahli... kitorg mungkin x hebat, kitorng mungkin x sephyco group lain, kitorg xde dewa atau otai2 design, tapi kitorg bersatu dalam kesederhanaan masing2.. sebab tu, dari awal sampai akhir, kitorg x putus ketawa dan senyum.. pakai gunting pun x putus... pakai pisau blade pun tak.. kapak lagi la..

cuma sekarang Lantera dah xde.. multidip da habis.. masing2 mula akan ke dunia masing2.. tapi aman harap, kalau ada masa, lalu kat sebelah, kita still
"jiyyah~".. kita still boleh gelak "haaaa~".. kita masih tegur "ape cer?".. dan dalam diri masing2
kita still boleh melaungkan
"LANTERA! Aum! Aum! Aummm!"

sebab semangat
Lantera belum padam. Yeah!!





ps-- lepas ni, aman akan citer, karya yang aman berjaya hasilkan dalam kesempitan tugas2 ketika di Lantera~ Jiyyah~!!

Thursday, April 30, 2009

Hero Sekolah

Anyway, kali ni, aman nak introduce kat korg tentang karakter2 aman. karakter2 ni korang da tau. aman pernah tunjuk dalam post2 sebelum ni. cume masa tu, aman baru siap lukis design je, still xde personaliti diorg yang kukuh dan nama diorg. dan sekarang aman dah bagi nama kat diorg, dan personaliti yang berbeza2~!



Macam biasa, dalam setiap kumpulan, mesti ada ketua yang boleh bakar semangat pasukan atau member2. hehe, jadi itulah Mancis atau nama sebenar Aiman. seorang yang positif, bersemangat dan mudah terbakar (teruja). Karakter yang sememangnya diinspirasikan dari sebatang mancis~




Dalam kumpulan, memang x seronok kalau xde saingan. dan terciptanya Izzul sebagai pesaing Mancis. Dia pon nak jadi ketua. Bekas pelajar samseng di sekolah. menggelabah dan panas baran. namun dia juga abang yang mengambil berat.


dalam banyak2 orang, dia yang paling berdisiplin. anak bekas seorang tentera yang kaya. mengikut perintah dan mendengar kata, tapi penakut pada benda2 ngeri dan gelap. berbadan kenyal dan sepupu rapat Mancis. sering bersama Mancis.


Memang x meriah kalau dlm kumpulan xde bunga. haha, Inani, adik kembar Izzul. seorang yang kreatif dan bijak. amat mengambil berat pada orang lain. bersikap ayu, namun kadang2 sikap pemarah nya terkeluar skali skala.


Maimon, antara karakter yang unik. seorang yang bijak, tp x byk bercakap. suka makan dan membenci orang jahat dan monyet. punyai naluri yang boleh menenangkan orang, namun bila dia bersuara, pasti pedassss... terutama pada Izzul.


huhu.. ini lah karakter2 komik aman. skang ni, aman tgk, byk org buat komik strip 1-2 panel kat blog. jadi aman rasa nak buat jugak. menggunakan karakter2 ni. at least, org boleh la kenal dulu karakter2 ni sebelum mereka diterbitkan dalam bentuk komik oleh Komik-M insyaallah~ jadi,teruskan view blog aman utk ikuti perkembangan mereka berlima. buat masa ni, aman xde tajuk yang sesuai utk diorg. jadi, kita letak je tajuk komik ni Hero Sekolah buat sementara. hehe

see u soon~

-out-

Wednesday, April 29, 2009

Adoii..


Aahh~!
Penat, ngantuk tapi apa pun tak siap~ x best langsung.. Aman skang dalam proses nak menginking 3 sample pages yang nak di tunjukkan pada Tuan Editor akan dtg.. Thumbnails ok. Sketches ok. Time ingking..adoii.. nmpak kosong, nampak x best.. Ntahla..


Inilah workstation Aman, meja makan je pon.. yang penuh sepah dgn laptop, alat2 tulis, kertas, buku2 komik, dan air kopi O.. Sememang nya kalau Aman balik cuti, Aman byk menghabiskan masa 4/5 dari hari Aman di meja makan ni. Mesti mak Aman rindu biler tgk meja ni kosong kalau Aman masuk campus nanti. Hehe


Buku rujukan. Atau komik2 rujukan Aman dalam berkarya. Yup,dah tentu karya2 Keith berada bersama. Dan juga karya2 Clay, utk Aman merujuk aksi lawan. Cuma lately, Aman banyak merujuk komik2 keluaran Komik-M gak sebab Aman nak tau gak requirement dan panduan yang diorg ikut dlm komik diorg. At least Aman boleh blaja sket2..


Hoho,boleh lak Aman study sungguh2 utk komik.. kan bagus kalau pelajaran Aman buat cmni.. Tapi ini la hakikat, dah hati dan impian Aman pada komik, mmg susah nak tolak. Tapi at least Aman x la tinggal pelajaran. Bahaya wooo.. study2 gak, komik2 gak.. pepandai bagi masa la. Neway, Aman mmg slalu rujuk karya2 Keith dalam penghasilan komik. Sebab Aman suka stroke dia yang cantik, minimalis tp detail.


Ni antara progress Sample Page aku. Masih xde background. Aman akan letak background pasni. Neway,Aman still x pandai main dgn saiz mata pen. Aman tau, kalau jauh, saiz kecik, dan sebaliknya. Tapi bile ingking,kenkadg yg 0.5 tu nmpak cm 0.3 gak.. adoii.. xper2.. i'll try again~!


Ni lak close-up page. Pasal budak pompuan tu hampir2 ditangkap oleh mamat tu. Tapi x ingking lagi pompuan tu, sebab x confirm dia punya angle.. Dan tangan mamat tu pon Aman x detail kan lagi.. xde kuku n garisan telapak tangan.. hmmm..



Hah~! Benda yang paling x seronok.. Silap inking..huhu.. Posture kaki dia cam off. And ada terdouble inking. Alamak.. Tangan ni asyik gigil je biler time inking.. Kalau time sketching, sedap jer..


Ok la, nak tunjuk tu jer.. Progress hari ni.. (semalam) Pagi semalam wat thumbnails, ptg da sketch, siang tukar skecth (tukar angle bagi variasi) n malam baru ingking.. Skang? X siap lagi.. huhu~

-out-