Wednesday, October 21, 2009

Submission Komik

Akhirnya, semalam, bersamaan 20hb Oktober, aman sempat jejakkn kaki ke ofis PTS utk submission komik antologi 10pages Aku, Kau dan Komik. huhu.

Seperti yang dijanjikan, aman nak dtg pkul 10pagi tapi kaki masuk dalam ofis pkul 12. hehe. sian irfan tunggu kitorg lama. sori bro. oh, aman kali ni x dtg sendirian. kalau dulu aman pegi dengan Kaydee, kali ni aman pegi dgn Aina atau Ai. (hoi..hoi..aku bukan kaki buaya...) dia ni jugak bakal pelukis komik di komik-m nnti.

Bukan apa, aman masa pagi tu amik masa utk touch-up apa2 yg patut, lebih2 aman sendiri bz dgn projek final studio, jadi masa melukis terhad sikit. tapi ok per, siap gak. hahaha. lagipun aman masih sesat lagi di wangsa melawati cari ofis PTS. (even da kali ke-3 pegi..huhu)

Masa sesampai kat sana, Irfan tgh baca komik. aman cam biasa jumpe enche Wanzu utk submit komik. Aina pulak consult dgn Alif utk proposal komik dia. Aman da dapat agak, mesti akan ada re-do, tapi harap2 tak reject sudah. huhu. dan selepas enche Wanzu belek2, then ada la jugak beberapa perspektif yang aman kena baiki. nasib baik sket je. sebenarnya aman tahu yg komik aman ni masih amatur lg, byk kena baiki, tapi maybe sebab aman dah lukis habis, jadi enche Wanzu tak suh tukar byk.. huhu.. tengoklah komik solo aman nnti mcmana. (teringat kisah komik Smash-20 si irfan yg byk kena re-do..huhu)

ohh~!! bercakap pasal Smash-20, Irfan tetibe bagi aman 1 copy A4 komik Smash-20 yg dah edit.

PERGGGHHHHHHH~!!!!!!

itu je komen aman. aman terpsiko dgn komik dia. shades, background, jalan cerita, gaya dialog, mantop! lebih2 aman tgk Smash-20 yg vol.2 lebih matang. lukisan sgt power! aman leh lukis kartun je. huhuhu. neway, irfan, ko gud luck~! ramai dah peminat ko kat UIA ni, hehe.. cepat tubuhkn kelab komik kat Gombak, nnti aku join.

Aina pulak nmpaknya xde masalah dgn proposal, jalan cerita dan karakter dah diterima. (lukisan dia mantop gak...) cume rekaan baju je dia kena tukar sket sebab terlalu kaku kata Alif. huhu,nampaknya sorg lagi pekomik dr UIA bakal lahir. hehe.

Aman, Aina dan Irfan byk berbual antara kitorg je. sebab staff2 PTS masing2 ada kerja nak kena buat. komik borak2 sampai lewat solat zohor. hahaha. berlari2 kitorg ke masjid takut x sempat. perghh.. x sangka masa kat sana rasa sekejap je, sebab mmg enjoy duk ofis tu. Aman rasa aman memang nak praktikal je kat sana. senang, best, dekat, dan boleh blaja benda baru yg aman minat! boleh ye enche Wanzu..huhuhu..

oklah, aman sebenarnya dah siap redo n buat dialog malam semalam. tapi x sempat nak hantar emel kat enche Wanzu. tatau la apa komen dia. tgk je nanti. harap2 dia terima. Jadi skang aman free utk sambung komik solo aman, Hero Sekolah!!


Illustrasi collabration antara Irfan, Aman dan Aina,
yang sempat kitorg buat masa bual2 semalam. hehehe..

-out-

dapat jumpe amar (penyanyi nasyid n ahli silap mata) masa nak balik. hehe..

Tuesday, October 13, 2009

Antologi Komik-M


haaa....oklah. aman nak citer sket pasal perkembangan komik aman. setakat ni, komik Hero Sekolah tu aman rehat jap sebab nak bagi laluan untuk komik Antologi Komik-M~!!!

alhamdullilah enche Wanzu dah approve jalan cerita dan karakter2 aman. cume ada sedikit perubahan je berlaku. tapi x menggangu keseluruhan cerita. Komik antologi ni bakal menampilkan 10 pekomik dalam 1 buku. setiap pekomik perlu melukis komik sebyk 10 pages.

yup,mcm senng, tapi bg aman, susah gak. lebih2 aman dulu x byk melatih diri dgn lukisan background. jadi bila lukis background, mmg aman kena struggle habis. hahaha..takper la. ni gak salah satu cara untuk aman melatih diri kn..

setakat ni, komik aman ni hampir siap cuma ada beberapa panel yg xde background lagi... huhu.. ok lah, masa utk sambung melukis~! deadline 21 oktober nanti. huhu.. tapi rasanya aman nak hantar awal, kalau ada re-do, boleh sempat betolkan. hehe..

enche wanzu, tunggu kedatangan komik ku iniiii~


-preview page 2-



-preview page 4-


-out-

Monday, October 12, 2009

Speechless..




bukak laptop,
connect wireless..

check tweeter,

tertanya2..


klik.


speecless...

alhamdulillah~


-out-

-dapat Hadiah Utama dan tempat ke-3 sekaligus..pehh...
Di sini Bukti..

Saturday, October 10, 2009

Fan Art



huhuhu..lately aman sgt2 busy dgn kerja studio, tapi dalam busy2 tu, aman sempat gak buat 4 fan art. haaaa... salah satunya ialah watak2 KECEMPRENGMAN~!!!

yeah! aman sgt suke karakter Profesor B. harap2 manetau nenanti Poyo (pelukis Kecemprengman) benarkan aman selitkan karakter Kerel dan Profesor B sbg cameo dalam komik aman akan dtg ker.. huhuhu..

apepun, kritik la work aman ni. Oh yer, aman sebenarnya tgh lukis komik untuk komik antologi Aku, Kau & Komik keluaran Komik-M. setakat ni berjalan lancar. (10 pages je) tapi biler tgk lukisan org lain, rasa down pun ada gak.. huhu.. aman lukis x lawa sgt..wuwuu.. ahhh~!! apepun, ni kira salah satu praktis la kn? kn? kn?

hehe..ok la, byk keje nk buat lagi. akan dtg, aman akan kalerkn fan art utk Orang Kuat, Afro Samurai dan Budak Tomorrow's Way.. adios~


-out-

Wednesday, September 9, 2009

Good Bye n Welcome

Salam,hello guys~!
Agak lama gak aman x bercerita pasal perkembangan komik aman iaitu Jee Jester, komik yg aman akan terbitkan dgn Komik-M (PTS), komik pasal badut tu. insyaallah~

Pada tarikh 7 September 2009, aman ada bertandang ke opis PTS, untuk memaklumkan sesuatu perkara tentang masalah yg aman hadapi dlm komik badut aman tu.. masalah yg aman maksudkan sebenarnya dah tertulis clue2 dlm entry blog aman sebelum ni, cumer aman x tulis secara official je.. dan arini, tiba lah masa utk aman umumkan officially....


Selamat Tinggal Komik Jee Jester~!!!

Sejujurnya, aman x dpt nak sambung komik ni. nasib masih dlm sketches. bukan aman x nak. aman sgt suka penceritaan Jee Jester, pasal sekumpulan warga sarkas yg mengembara ke setiap pekan membuat show. CUMA, ilmu pengetahuan aman tentang sarkas sgtlah lemah. sarkas pun aman x pernah masuk, ni kan nak buat cerita pasal management dalam sarkas, tentative programe, kerja2 teknikal, mmg aman tatau langsung~! aman dah puas cari idea, research, tp x cukup. ada 1 jalan, iaitu aman kena masuk tonton sarkas atau aman interview org dalam sarkas.. itu dia.. so aman cakap kat editor, aman nak hold dulu cerita ni, n aman akan sambung bila research aman cukup..

so, editor (enche Wanzu) setuju. dia pun kata ikut kemampuan. so, untuk mengisi masa ruang yg telah kosong.. kini sekali lagi aman umumkan..


Selamat Datang Komik Hero Sekolah~!!!

Ya~!! aman x dtg bawa tgn kosong, aman juga bawa proposal komik baru iaitu Hero Sekolah (tajuk buat masa skarang la..) yang akan gantikan tempat Jee Jester. Nampaknya, proposal komik ni di terima baik oleh enche Wanzu dan Alifstyle (editor baru Komik-M) waktu tu. Rekaan karakter x dirijek, jalan cerita approved, dan thumbnail 24 pages ok~!

aman mmg hepi la. skang semangat semakin membuak2 nk siapkan sketches komik ni. bajet dapat masuk pasaran masa Pesta Buku tahun depan. (doa2kan daku~)

apapun, sebenarnya, byk benda menarik berlaku ketika aman melawat ke opis PTS haritu. aman pergi dgn kawan studio, Kay Dee, dan jumpa ramai org cam Irfan Foner, Poyo, vovin, 39, odows, just_jimi, n laen2. (byk yg aman x cam.. huhu) tapi, aman akan ceritakan pengalaman tu dalam entry akan dtg. hehe.. so,sabar2 yer. (ye irfan ye..hehe)

Jadi, untuk kali ni, kerja komik aman bermula! dan aman berharap sokongan dari korg utk komik baru aman ni~! Thank You lah~!

-out-

Wednesday, August 19, 2009

Shortfilm: Titik


peh...lama gak x update blog. sejak entri tentang Usikan Pocong tu, aman mula berminat utk wat banyak2 shortfilm. Ops! awal2 skalik, aman nak ucapkan seribu ucapan thanx kat korang yg sanggup undi and promote video Usikan Pocong aman aritu. alhamdullillah, stakat ni kalau mengikut undian aman dah berjaya menjadi pemenang ke-3 dlm peraduan KuatBerlakon~! Tapi stakat ni official nyer pengumuman x kuar lagi, jadi aman x nak menaruh harapan tinggi sgt.. huhu..

ahh,lupekan berkenaan pocong~!
skang ni aman nak citer! aman x sangka projek 1st aman utk sem 1 3rd year kali ni ialah SHORTFILM~!!!! wahahahaha~ punyela suka bila dapat projek ni. dan aman bersama crew2 Dotfilm Production (my group) mula bersedia bekerjasama~!

well,hasilnya sgt memuaskan. bukan senang rupanya nak hasilkan shortfilm. ini iranya kali pertama aman buat shortfilm dgn cara yg lebih profesional. even cuma guna handycam je, tapi hasilnya, penat lelah kitorg berbaloi gak~! really thanx to my crewmates yg byk bekerjasama dgn aman~


penghasilan cerita TITIK ni mmg banyak dugaan. kami terpaksa mencari2 pelakon, kena marah dgn pak guard, sound system problem, miss shooting.. huhu.. tapi yg paling susah skali bagi aman ialah bila ibu sendiri menjadi pelakon arahan aman...err...


bukan senang nak memberi arahan pada seorang ibu. bukan sebab apa, kalau kawan2 boleh la kita jerit2 "woi,dah. babak ko habis." tapi kalau dgn mak? mmg aman kena menjaga tutur kata la. hati2 woo..daku taknak jadi anak derhaka kalau naik suara.


tapi,sgt berterima kasih kat mak. lakonan mak menjadi gak. hehe.. even mak tgh sakit kepala, tapi mak sanggup gak berlakon utk tolong aman siapkan shortfilm ni.. sangat berterima kasih kat mak.. apapun,korg layan trailer shortfilm TITIK ni~


layan~





Wednesday, July 1, 2009

Usikan Pocong



Yeah,Pocong mula mengusik anda di Youtube~!!

Hahaha,yup inilah filem pendek aman yang terbaru. dilakonkan oleh Latif dan Pagad. dan dibantu oleh juru profesional, Bunta. Filem ni dihasilkan untuk masuk pertandingan video Anda Kuat Berlakon? yang dianjurkan oleh Fisherman's Friend~

Hmm..masa yang diberi ialah 2 minit. tapi kemungkinan besar, aman akan mengedit lagi video tu jadi panjnag sket dan ditambah dgn extra2 (the making, interview,penyampaian hadiah..kalau menang..huhu) akan dtg la.. so, hope korang leh tgk video kitorg ni dan vote kitorg sekiraya korang rasa kitorg layak.., please~ ketinggalan sgt jauh utk compete dgn video yg mendapat undian tertinggi..huhu.

Apa tunggu lagi, klik saja di SINI~
Enjoy~!!





jika tak keberatan, sila save banner atau poster ni dan sebarkan url2 video kitorg pada kawan2~ hope dapat vote dari korg sumer.. tenkiu~!

-out-