Tuesday, December 1, 2009

Aman Mengarut!

Haha..terlalu byk benda yg aman nak update. Tapi slalu tertangguh2 jadi kalau aman update pon, akan jadi outdated nyer entry. Huhu. So, yg dah lepas dah la. Biar jadi entry dalam memori je. Haha.

Semalam aman gi alamanda utk tengok 2012 (lagi!). Sebenanrnya nak temankan adik2 sedara yang nak sgt tengok. sian, bawak je la. Tapi sebelum tu, sempat2 gak aman g MPH utk carik kekalau ada jumpe komik Shootz #2.

Damn! xde!

Aman jalan2 ke arah rak PTS. Mmg aman agak pantang kalau pegi kedai buku tapi tak beli buku. Mesti kena beli gak! Even majalah. So aman belek2 la novel2 yang menarik untuk di baca. Hmmm.. tiba2 masa aman belek2 tu, hati terdetik gak. "Eh,cam style je tulis novel ni..." haha. Biasa la, remaja, nak mencuba.

So, aman belek2. Tapi kebanyakan novel2 tu utk remaja perempuan. Kalau ada untuk remaja lelaki pon, cover nyer agak keperempuanan. Segan lak nak baca. (cover penting gak kan..tgk, kan aku dah segan..) Akhirnya, masa dah x sempat. Tayangn akan bermula. Jadi aman akhirnya dapat jugak sambar novel GTO: Guru Terhebat Olan. Novel yg agak tebal, novel PTS Syok, n cover agak style. (haa..cover cmni br x segan nak baca..haha)

So, point sebenar, masa aman belek2 novel2 tu, aman terpikir gak 2 tahun dulu aman agak aktif menaip cerita2 bodoh. haha. Sejak tingkatan 5 aman bila bosan2 aman akan menulis cerita yang mengarut. Salah satu contoh cerita mengarut boleh tgk kat entry ni.

Cebisan Gulungan Puaka <-----klik yg ni

So,rasa2 nya aman still boleh menulis ke.. Nak mintak pandangan korang.. Try baca ni. haha, even pendek, tapi amacam?

*****

Kami tidak sepatutnya berada di sini. Hari semakin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku dan Jasio berdiri tegak seperti bersedia untuk menyanyikan lagu Aduh Saliha. Jasio berpeluh. Baju belakangnya basah. Dia meminta tisu padaku dan aku kenakan cas rm2 sehelai. Dia bersetuju. Jasio membuka baju dan mengelap badannya dengan tisu tadi. Tidak sampai beberapa saat. Dia meminta tisu lagi. Dan cas yang sama dikenakan olehku. Dia setuju... Bodoh.

Aku membetulkan beg sandang setelah memulangkan semula rm4 yang diberikan oleh Jasio. Aku hanya ingin bergurau sahaja tadi. Jasio menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya. Dia mengemaskan pakaiannya. Namun bajunya masih lagi basah dan lembab. Masam.

“Ok ke ni ,man?” Jasio memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk walau aku sendiri masih tidak pasti. Kami masih lagi berdiri tegak walaupun lagu tidak dinyanyikan. Sebuah bangunan Arkiteksi berdiri megah di hadapan kami berdua. Kami menjenguk ke atas. Tingkat 2. Tingkap tidak ditutup. Luas terbuka. Disitu adalah tempat di mana kami belajar melukis plan bangunan sebagai pelajar arkiteksi- Studio 13.

Aku sudah dengar bermacam cerita aneh mengenai studio itu. Cerita yang datang dari mulut pelajar-pelajar senior dan juga kakitangan di bangunan ini. Tidak termasuk lagi cerita gossip panas artis kita di astro ria.

“Kita dah ada kat sini. Lagipun, kita tak ada pilihan lain lagi.” Aku memecahkan kesunyian malam itu seperti pecahnya tulang-belulang mat-mat rempit di dalam nahas jalan raya.

Jasio diam. Kami menyusun langkah. Tanpa berpengangan tangan, kami memasuki pintu utama bangunan itu. Atau dengan lebih tepat, terpaksa memasukinya...

*****

-out-

Wednesday, November 4, 2009

Sejarah #2


...dari Sejarah #1...



Malam.

Aku buka laptop. Online. google search, Komik-M.
Ada! Menatap web page dgn teliti. ada byk list komik yang aku x pernah tgk. 3 komik sebelum ni juga berada dalam list tersebut.

Klik setiap komik, ada preview page. baca setiap preview page. Boleh tahan. Mata masih melilau, ternampak contact email. Wan Zuhairi. tangan mula menaip, bertanyakan sesuatu.

Selesai melayari web Komik-M. Berpuas hati. menaip laman web yang lain. facebook, blog, friendster, youtube, bnda yg bukan2, tido~

*****

Esoknya.

Email terbalas. soalan dijawab. aku mula menaip, bertanyakan soalan2 yg lain. dan peluang utk berkarya disana.

sesi soal dan jawab berlangsung dlm beberapa ketika, hari. aku mula melukis. buat proposal komik. ikut syarat2 yg ditentukan. hati melonjak2. teruja dengan peluang yg diberikan. besyukur. aku punya tempat utk meneruskan cita.

"chantek ah!"

*****

Melayari laman web Deviantart.com.
Melihat karya2 yang diupload oleh rakan2 web aku yang lain. ada yang hebat, ada juga yg amatur. tapi, masing2 bersemnagat berkarya. Cool~!

Mata terlihat satu komik.
Klik utk membaca. Komik buatan sendiri. Harimau Malaya tajuknya. pasal bola sepak. Lukisan chantek. pelukis, F-One-R. Hmm..

"wow! wow! sangat2 menarik!! :w00t: ni komik online atau nak publish mane?? try publish kat Komik-M. mesti laku ni!! =D =D =D" komen aku pada komik tu.

"ni... komik online jer.. hahak.. komikku belom sampai tahap nak publish lagi.. nih takat cap ayam jer.. hahak.. btw komik-M tuh per?? komik mesia ker??"
dia balas.

"pergh..??!! ni baru cap ayam jer?? jer??? :faint:
aman rasa ni dah gempak. dah seswai sangat utk publish..!
yup! komik malaysia. meh,ape kata try anta karya kat diorg. diorg skarang mmg nak cari pelukis2 komik. diorg bukan buat majalah, tapi publish komik setiap bulan. best! aman dah try hantar sinopsis, dah terima. cume rekaan karakter je yang belum approve.. ^^; tp aman rasa diorg mesti suke dgn ur comic. nmpak best!
try hubungi diorg.. g.luck! =D =D =D"


lalu aku memberi link website Komik-M tersebut. Kemudian, sesi soal jawab bersama F-One-R ni berterusan lagi.

*****

Hari berganti minggu, minggu jadi bulan. Aku meneruskan perjuangan komik aku. walau lambat, aku teruskan. Begitu jugak F-one-R yang aku panggil Irfan je. Dia meneruskan perjuangan gak dlm Komik-M. Dan aku mungkin lambat, tapi aku jugak bangga untuk mengumukan kejayaan member aku ni..


Gud Luck Irfan~! Teruskan dgn usaha komik ko. Even ada cabaran payah cmner pon, jgn give up! Ko dah selangkah ke depan, jgn patah balik. Aku akan sampai jugak nnti. Pasti!

Smash-20
-terbit 10 november 2009-
dapatkan di pasaran!

-out-

Monday, November 2, 2009

Sejarah #1


Sungei Wang.

peh,untuk aku yg jarang keluar, aku mmg menantikan ajakan dr member2 utk kesana. destinasi, pastinya Suncomic store. Aku dah sediakan beberapa bajet dgn duet ptptn aku. dalam kepala, nak beli beberapa komik.

sampai kat sana, rambang mata. melilau, tgk komik, vcd, dvd, artbook. kemudian, mata teralih.

"weh,ni komik apa ni?" aku bisik kt member aku.
"tatau, cam lukisan malaysia je." balas dia.

aku belek2. ada 3 tajuk yg berlainan. tangan aku memegang komik yang bernama Liga Pendekar.

"Ni mcm citer League of Extraordinary People je.." sambil mata membaca sinopsis komik tu dibelakang buku. mata beralih ke 2 buku yang lain. tajuk, Lili Lulu Lala dan Kecemprengman. "Kartun" mata beralih ke komik Liga Pendekar tadi. Berazam utk beli.

Check harga. rm7.90.

Gulp!

letak balik komik tu ditempat asal. takper lah.
kawan2 mula mengajak ke tempat lain. aku akur. membeli beberapa komik keluaran artis jepun. keluar dari kedai Suncomic.

mata sempat menangkap. nama penerbit komik2 tersebut.

Komik-M

"nanti aku check dalam internet" bisik dlm hati. berazam, jika mungkin berpeluang berkarya disana nanti.

lalu meninggalkn tempat tersebut...


...bersambung...

Wednesday, October 21, 2009

Submission Komik

Akhirnya, semalam, bersamaan 20hb Oktober, aman sempat jejakkn kaki ke ofis PTS utk submission komik antologi 10pages Aku, Kau dan Komik. huhu.

Seperti yang dijanjikan, aman nak dtg pkul 10pagi tapi kaki masuk dalam ofis pkul 12. hehe. sian irfan tunggu kitorg lama. sori bro. oh, aman kali ni x dtg sendirian. kalau dulu aman pegi dengan Kaydee, kali ni aman pegi dgn Aina atau Ai. (hoi..hoi..aku bukan kaki buaya...) dia ni jugak bakal pelukis komik di komik-m nnti.

Bukan apa, aman masa pagi tu amik masa utk touch-up apa2 yg patut, lebih2 aman sendiri bz dgn projek final studio, jadi masa melukis terhad sikit. tapi ok per, siap gak. hahaha. lagipun aman masih sesat lagi di wangsa melawati cari ofis PTS. (even da kali ke-3 pegi..huhu)

Masa sesampai kat sana, Irfan tgh baca komik. aman cam biasa jumpe enche Wanzu utk submit komik. Aina pulak consult dgn Alif utk proposal komik dia. Aman da dapat agak, mesti akan ada re-do, tapi harap2 tak reject sudah. huhu. dan selepas enche Wanzu belek2, then ada la jugak beberapa perspektif yang aman kena baiki. nasib baik sket je. sebenarnya aman tahu yg komik aman ni masih amatur lg, byk kena baiki, tapi maybe sebab aman dah lukis habis, jadi enche Wanzu tak suh tukar byk.. huhu.. tengoklah komik solo aman nnti mcmana. (teringat kisah komik Smash-20 si irfan yg byk kena re-do..huhu)

ohh~!! bercakap pasal Smash-20, Irfan tetibe bagi aman 1 copy A4 komik Smash-20 yg dah edit.

PERGGGHHHHHHH~!!!!!!

itu je komen aman. aman terpsiko dgn komik dia. shades, background, jalan cerita, gaya dialog, mantop! lebih2 aman tgk Smash-20 yg vol.2 lebih matang. lukisan sgt power! aman leh lukis kartun je. huhuhu. neway, irfan, ko gud luck~! ramai dah peminat ko kat UIA ni, hehe.. cepat tubuhkn kelab komik kat Gombak, nnti aku join.

Aina pulak nmpaknya xde masalah dgn proposal, jalan cerita dan karakter dah diterima. (lukisan dia mantop gak...) cume rekaan baju je dia kena tukar sket sebab terlalu kaku kata Alif. huhu,nampaknya sorg lagi pekomik dr UIA bakal lahir. hehe.

Aman, Aina dan Irfan byk berbual antara kitorg je. sebab staff2 PTS masing2 ada kerja nak kena buat. komik borak2 sampai lewat solat zohor. hahaha. berlari2 kitorg ke masjid takut x sempat. perghh.. x sangka masa kat sana rasa sekejap je, sebab mmg enjoy duk ofis tu. Aman rasa aman memang nak praktikal je kat sana. senang, best, dekat, dan boleh blaja benda baru yg aman minat! boleh ye enche Wanzu..huhuhu..

oklah, aman sebenarnya dah siap redo n buat dialog malam semalam. tapi x sempat nak hantar emel kat enche Wanzu. tatau la apa komen dia. tgk je nanti. harap2 dia terima. Jadi skang aman free utk sambung komik solo aman, Hero Sekolah!!


Illustrasi collabration antara Irfan, Aman dan Aina,
yang sempat kitorg buat masa bual2 semalam. hehehe..

-out-

dapat jumpe amar (penyanyi nasyid n ahli silap mata) masa nak balik. hehe..

Tuesday, October 13, 2009

Antologi Komik-M


haaa....oklah. aman nak citer sket pasal perkembangan komik aman. setakat ni, komik Hero Sekolah tu aman rehat jap sebab nak bagi laluan untuk komik Antologi Komik-M~!!!

alhamdullilah enche Wanzu dah approve jalan cerita dan karakter2 aman. cume ada sedikit perubahan je berlaku. tapi x menggangu keseluruhan cerita. Komik antologi ni bakal menampilkan 10 pekomik dalam 1 buku. setiap pekomik perlu melukis komik sebyk 10 pages.

yup,mcm senng, tapi bg aman, susah gak. lebih2 aman dulu x byk melatih diri dgn lukisan background. jadi bila lukis background, mmg aman kena struggle habis. hahaha..takper la. ni gak salah satu cara untuk aman melatih diri kn..

setakat ni, komik aman ni hampir siap cuma ada beberapa panel yg xde background lagi... huhu.. ok lah, masa utk sambung melukis~! deadline 21 oktober nanti. huhu.. tapi rasanya aman nak hantar awal, kalau ada re-do, boleh sempat betolkan. hehe..

enche wanzu, tunggu kedatangan komik ku iniiii~


-preview page 2-



-preview page 4-


-out-

Monday, October 12, 2009

Speechless..




bukak laptop,
connect wireless..

check tweeter,

tertanya2..


klik.


speecless...

alhamdulillah~


-out-

-dapat Hadiah Utama dan tempat ke-3 sekaligus..pehh...
Di sini Bukti..

Saturday, October 10, 2009

Fan Art



huhuhu..lately aman sgt2 busy dgn kerja studio, tapi dalam busy2 tu, aman sempat gak buat 4 fan art. haaaa... salah satunya ialah watak2 KECEMPRENGMAN~!!!

yeah! aman sgt suke karakter Profesor B. harap2 manetau nenanti Poyo (pelukis Kecemprengman) benarkan aman selitkan karakter Kerel dan Profesor B sbg cameo dalam komik aman akan dtg ker.. huhuhu..

apepun, kritik la work aman ni. Oh yer, aman sebenarnya tgh lukis komik untuk komik antologi Aku, Kau & Komik keluaran Komik-M. setakat ni berjalan lancar. (10 pages je) tapi biler tgk lukisan org lain, rasa down pun ada gak.. huhu.. aman lukis x lawa sgt..wuwuu.. ahhh~!! apepun, ni kira salah satu praktis la kn? kn? kn?

hehe..ok la, byk keje nk buat lagi. akan dtg, aman akan kalerkn fan art utk Orang Kuat, Afro Samurai dan Budak Tomorrow's Way.. adios~


-out-