Saturday, December 19, 2009

Fan Art #2


haha..pagi tadi bangun2 je rasa malas btol nak buat kerja. kebetulan lak badan tgh sakit (tido atas lantai) jadi baring2 kejap.. pastu terperasan komik Smash20 kat kepala. aman baca2. tetibe.. nak buat fanart la..

bangun, amek pensel, sketch! tup..tup..tup.. siap! hehe..

so, ni fanart utk komik Smash20. Klu bertuah, maybe pelukis komik tersebut akan ambil fanart ni utk letak dlm buku Smash20 vol.2 nanti. kalau bertuah la... (hehe..)

so,ni je nak update. bye!

-out-

Comic Fiesta esok! bebudak UIA jum kumpul kat busstop 1st pkul 9 pagi. lambat, tinggal! hehehe.

Wednesday, December 16, 2009

Sneak Peek ! #2

Haha.. neway, sejak belakangn ni, aman memang sibuk kerja freelance. Memang seronok dapat peluang terbuka macam ni, dapat jugak rasa cmner susah payah jadi pelukis komik yg sebenar.

So, amacam? memang susah! huhu.. dgn komitmen pada akademik, dan beberapa kerja penambahan projek indie antara famili or kawan2, memang jadual aman tunggang langgang. huuuh..

Tapi,biler result dah keluar.. memang lega dah sangat2 puas.. =) So, aman nak kongsi kan, hasil kerja aman yang bakal berada di pasaran!



Komik Antologi: Aku, Kau dan Komik #2

Komik ni keluaran Komik-M. Komik ni gabungan 10 artis2 yang berbakat (kecuali aku..) yang menghasilkan 10pages komik setiap sorang bertemakan isu "Sekolah dan Komik" dengan tajuk Mak Cik. Dari hasil kerja aman dalam komik ni, memang aman dapat tgk banyak kelemahan. mujurlah enche Wanzu dan Alif byk komen dan bantu betol2kan apa yg patut. Tenkiu2~! Apapun, aman rasa, aman nak betterkan lagi hasil kerja aman. So,please do support me guys!



Rakuen #3

Gabungan tenaga bersama Team Rakuen. Komik ni bakal keluar di ComicFiesta pada 19 dan 20 Disember akan datang. hehe. Sebenarnya, hasil kerja aman dalam Rakuen ni, bukan lah 100% tenaga dan kemampuan sebenar aman. Aman terlalu kejar masa sampai komik pon cincai2. Sorry Aderein n the geng~ Aman pertaruhkan 20pages komik bertemakn "Blackout" dgn tajuk Depression. So, dapatkan Rakuen nanti di ComicFiesta 0k!



Siri Pemantapan Tauhid Kanak-Kanak Islam

Buku illustrasi kanak2 keluaran Pure Honey Enterprise (PHE). Buku ni hasil karangan Kak Widya Humaira, dan Aman sebagai pelukis cover dan illustrasi dalam je. Neway, cover2 buku kat atas ni bukan lah 100% konfem. aman masih nak buat beberapa pembaharuan sket terutama pada cover buku Hadiah Untuk Mama. Buku2 ni x silap akan ada 6 jilid, ini 3 jilid awal. Jadi, klu nampak buku2 ni kat mana2 kedai, Beli ek~ hehe, bagi adik kawan2 ke, baca sendiri pon boleh. =)



Setakat ni, bile aman tengok hasil kerja aman dlm ketiga2 ni, memang sgt amatur. huhuhu. Rasa segan pulak bile dipublish nanti. Tapi xper la, sumer orang mula dari bawah. Aman nekad akan buat lagi terbaik utk peluang2 akan datang! Ganbatte Aman!

-out-


p/s-- sonok dapat jumpe Afdlin Shauki, Alifstyle dan Enche Wanzu dalam 1 hari! Orang2 seni yang aku respek! Cayalah. (^__^)

Wednesday, December 2, 2009

Karut: Nasib Jali

Penat2 mengedit komik utk Rakuen, Jadi aman secara spontan menaip cerita karut ni. huhu, sori klu x best. xde idea maa... neway, enjoy!

*****

Jali tahu, nasib memang tidak menyebelahinya. Segala apa yang dilakukan oleh Jali, pasti akan di uji. Jali merenung ke arah telaga lama tersebut. Berhasrat untuk mendapatkan seteguk air buat penghilang dahaga.

Jali bangkit ke arah telaga tersebut.

"Kak, milo ais satu." pinta Jali.

"Kejap ye dik, on the way." Kak Ju membalas dari dalam telaga. Selang beberapa minit, Kak Ju naik semula lalu memberikan milo ais kepada Jali. "Terima kasih,datang lagi." Kak Ju senyum.

Jali kembali duduk merenung nasib yang tidak menyebelahinya.

"kenapa lah nasib begitu kejam padaku.." bisik Jali sayu. Merenung ujian yang menimpanya.

"Sori Jali, meja sebelah kau patah, jadi aku terpaksa duduk depan je." Nasib menegur secara tiba2. Jali akur. Harapan untuk dia meniru Nasib di dalam ujian SPM tidak kesampaian..

Apalah nasib...

"Ko panggil aku?" Nasib bertanya tiba2.

-end-
*****

-out-

gud luck pada mereka yang sedang SPM. Ganbatteh!

Tuesday, December 1, 2009

Aman Mengarut! #2

Cerpen ini hanya rekaan penulis kebusanan dikala subuh. (bosan2 gi ngaji la!) Tiada kaitan dengan sesiapa, kalau ada hahaha,padan muka dia. apapun, bimbingan ibu bapa diperlukan untuk kanak berumur 13-18 tahun. Sekian, enjoy~

*****

TAP! TAP! TAP!

Aku khusyuk menaip papan kunci komputer riba jenama ACER ni. Sambil2 tu, aku melayari internet dan buka ym untuk sebarang informasi dari kawan-kawan cyber mahupun berita lanjut semasa. Sedang sibuk menatap skrin, kakak aku keluar dari bilik dan melintas di depan aku.

Aku cuma menjeling. Kakak turut membalas jelingan aku. Ceh, main balas2 jeling pula. Aku menjeling lagi. Tak mahu kalah. Dia balas lagi. Aku jeling lagi! Dia balas! Jeling lagi! Dia balas! Dan keadaan ni berterusan sehingga 37 minit.

“Man, ada Eye-Mo tak?” kakak mula bersuara. Di kepala ku juga terlintas objek yang sama. Mata kami sedikit bengkak akibat berbalas jelingan tadi. Aku bingkas bangun dan mencari2 ubat mata Eye-Mo di dalam peti sejuk. Kakak pula terus duduk di kerusi ku dan menatap skrin komputer riba aku.

“Kau taip apa ni man? Lucah semacam je akak tengok.”

“Cerpen Sahabat Handai Kiki, apa lucahnya pulak?!” balas aku. Bongok punya kakak.

“oh,cerpen ker... Eh, akak nak tengok facebook akak jap ye.” Kakak terus melayari laman web facebook, lalu menekan2 papan kekunci menaip alamat emelnya.

Anakku_bodoh@yaho.....

Dia memadam kembali alamat emel tersebut. “Tersilap pula. Ini alamat emel ibu.” Bisik akak lalu tersenyum. Dia menaip alamat emel yang sepatutnya.

Aku masih mencari2 ubat mata Eye-Mo, tapi memandangkan mata kami sudah sembuh, aku terus mengambil jus untuk minum.

“akak nak apa2 tak?” aku bertanya pada akak yang khusyuk bermain Pet Society. Setitik demi setitik peluh menitik di dahi kakak. Sudah pasti game itu memberi cabaran yang besar baginya. “susah betul nak naik level!” akak ku mengomel.

Aku terus ke meja makan. Tiba2 akak ku bersuara. “Man, akak nak jugak jus...”

Aku terus bangkit ke peti sejuk semula mengambil jus. Lalu aku ke meja semula untuk
memberikan pada akak.

“...dan keropok ikan.” Sambung akak ku kepada permintaannya 3 minit tadi.

Aku bangkit semula ke peti sejuk dan mengambil keropok yang diminta dan menghulurkannya pada akak di meja ma...

“oh,dengan sos cili.” Sambung akak lagi.

Lahanat.

*****

-out-

Aman Mengarut!

Haha..terlalu byk benda yg aman nak update. Tapi slalu tertangguh2 jadi kalau aman update pon, akan jadi outdated nyer entry. Huhu. So, yg dah lepas dah la. Biar jadi entry dalam memori je. Haha.

Semalam aman gi alamanda utk tengok 2012 (lagi!). Sebenanrnya nak temankan adik2 sedara yang nak sgt tengok. sian, bawak je la. Tapi sebelum tu, sempat2 gak aman g MPH utk carik kekalau ada jumpe komik Shootz #2.

Damn! xde!

Aman jalan2 ke arah rak PTS. Mmg aman agak pantang kalau pegi kedai buku tapi tak beli buku. Mesti kena beli gak! Even majalah. So aman belek2 la novel2 yang menarik untuk di baca. Hmmm.. tiba2 masa aman belek2 tu, hati terdetik gak. "Eh,cam style je tulis novel ni..." haha. Biasa la, remaja, nak mencuba.

So, aman belek2. Tapi kebanyakan novel2 tu utk remaja perempuan. Kalau ada untuk remaja lelaki pon, cover nyer agak keperempuanan. Segan lak nak baca. (cover penting gak kan..tgk, kan aku dah segan..) Akhirnya, masa dah x sempat. Tayangn akan bermula. Jadi aman akhirnya dapat jugak sambar novel GTO: Guru Terhebat Olan. Novel yg agak tebal, novel PTS Syok, n cover agak style. (haa..cover cmni br x segan nak baca..haha)

So, point sebenar, masa aman belek2 novel2 tu, aman terpikir gak 2 tahun dulu aman agak aktif menaip cerita2 bodoh. haha. Sejak tingkatan 5 aman bila bosan2 aman akan menulis cerita yang mengarut. Salah satu contoh cerita mengarut boleh tgk kat entry ni.

Cebisan Gulungan Puaka <-----klik yg ni

So,rasa2 nya aman still boleh menulis ke.. Nak mintak pandangan korang.. Try baca ni. haha, even pendek, tapi amacam?

*****

Kami tidak sepatutnya berada di sini. Hari semakin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku dan Jasio berdiri tegak seperti bersedia untuk menyanyikan lagu Aduh Saliha. Jasio berpeluh. Baju belakangnya basah. Dia meminta tisu padaku dan aku kenakan cas rm2 sehelai. Dia bersetuju. Jasio membuka baju dan mengelap badannya dengan tisu tadi. Tidak sampai beberapa saat. Dia meminta tisu lagi. Dan cas yang sama dikenakan olehku. Dia setuju... Bodoh.

Aku membetulkan beg sandang setelah memulangkan semula rm4 yang diberikan oleh Jasio. Aku hanya ingin bergurau sahaja tadi. Jasio menyimpan duit itu di dalam kocek seluarnya. Dia mengemaskan pakaiannya. Namun bajunya masih lagi basah dan lembab. Masam.

“Ok ke ni ,man?” Jasio memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk walau aku sendiri masih tidak pasti. Kami masih lagi berdiri tegak walaupun lagu tidak dinyanyikan. Sebuah bangunan Arkiteksi berdiri megah di hadapan kami berdua. Kami menjenguk ke atas. Tingkat 2. Tingkap tidak ditutup. Luas terbuka. Disitu adalah tempat di mana kami belajar melukis plan bangunan sebagai pelajar arkiteksi- Studio 13.

Aku sudah dengar bermacam cerita aneh mengenai studio itu. Cerita yang datang dari mulut pelajar-pelajar senior dan juga kakitangan di bangunan ini. Tidak termasuk lagi cerita gossip panas artis kita di astro ria.

“Kita dah ada kat sini. Lagipun, kita tak ada pilihan lain lagi.” Aku memecahkan kesunyian malam itu seperti pecahnya tulang-belulang mat-mat rempit di dalam nahas jalan raya.

Jasio diam. Kami menyusun langkah. Tanpa berpengangan tangan, kami memasuki pintu utama bangunan itu. Atau dengan lebih tepat, terpaksa memasukinya...

*****

-out-

Wednesday, November 4, 2009

Sejarah #2


...dari Sejarah #1...



Malam.

Aku buka laptop. Online. google search, Komik-M.
Ada! Menatap web page dgn teliti. ada byk list komik yang aku x pernah tgk. 3 komik sebelum ni juga berada dalam list tersebut.

Klik setiap komik, ada preview page. baca setiap preview page. Boleh tahan. Mata masih melilau, ternampak contact email. Wan Zuhairi. tangan mula menaip, bertanyakan sesuatu.

Selesai melayari web Komik-M. Berpuas hati. menaip laman web yang lain. facebook, blog, friendster, youtube, bnda yg bukan2, tido~

*****

Esoknya.

Email terbalas. soalan dijawab. aku mula menaip, bertanyakan soalan2 yg lain. dan peluang utk berkarya disana.

sesi soal dan jawab berlangsung dlm beberapa ketika, hari. aku mula melukis. buat proposal komik. ikut syarat2 yg ditentukan. hati melonjak2. teruja dengan peluang yg diberikan. besyukur. aku punya tempat utk meneruskan cita.

"chantek ah!"

*****

Melayari laman web Deviantart.com.
Melihat karya2 yang diupload oleh rakan2 web aku yang lain. ada yang hebat, ada juga yg amatur. tapi, masing2 bersemnagat berkarya. Cool~!

Mata terlihat satu komik.
Klik utk membaca. Komik buatan sendiri. Harimau Malaya tajuknya. pasal bola sepak. Lukisan chantek. pelukis, F-One-R. Hmm..

"wow! wow! sangat2 menarik!! :w00t: ni komik online atau nak publish mane?? try publish kat Komik-M. mesti laku ni!! =D =D =D" komen aku pada komik tu.

"ni... komik online jer.. hahak.. komikku belom sampai tahap nak publish lagi.. nih takat cap ayam jer.. hahak.. btw komik-M tuh per?? komik mesia ker??"
dia balas.

"pergh..??!! ni baru cap ayam jer?? jer??? :faint:
aman rasa ni dah gempak. dah seswai sangat utk publish..!
yup! komik malaysia. meh,ape kata try anta karya kat diorg. diorg skarang mmg nak cari pelukis2 komik. diorg bukan buat majalah, tapi publish komik setiap bulan. best! aman dah try hantar sinopsis, dah terima. cume rekaan karakter je yang belum approve.. ^^; tp aman rasa diorg mesti suke dgn ur comic. nmpak best!
try hubungi diorg.. g.luck! =D =D =D"


lalu aku memberi link website Komik-M tersebut. Kemudian, sesi soal jawab bersama F-One-R ni berterusan lagi.

*****

Hari berganti minggu, minggu jadi bulan. Aku meneruskan perjuangan komik aku. walau lambat, aku teruskan. Begitu jugak F-one-R yang aku panggil Irfan je. Dia meneruskan perjuangan gak dlm Komik-M. Dan aku mungkin lambat, tapi aku jugak bangga untuk mengumukan kejayaan member aku ni..


Gud Luck Irfan~! Teruskan dgn usaha komik ko. Even ada cabaran payah cmner pon, jgn give up! Ko dah selangkah ke depan, jgn patah balik. Aku akan sampai jugak nnti. Pasti!

Smash-20
-terbit 10 november 2009-
dapatkan di pasaran!

-out-

Monday, November 2, 2009

Sejarah #1


Sungei Wang.

peh,untuk aku yg jarang keluar, aku mmg menantikan ajakan dr member2 utk kesana. destinasi, pastinya Suncomic store. Aku dah sediakan beberapa bajet dgn duet ptptn aku. dalam kepala, nak beli beberapa komik.

sampai kat sana, rambang mata. melilau, tgk komik, vcd, dvd, artbook. kemudian, mata teralih.

"weh,ni komik apa ni?" aku bisik kt member aku.
"tatau, cam lukisan malaysia je." balas dia.

aku belek2. ada 3 tajuk yg berlainan. tangan aku memegang komik yang bernama Liga Pendekar.

"Ni mcm citer League of Extraordinary People je.." sambil mata membaca sinopsis komik tu dibelakang buku. mata beralih ke 2 buku yang lain. tajuk, Lili Lulu Lala dan Kecemprengman. "Kartun" mata beralih ke komik Liga Pendekar tadi. Berazam utk beli.

Check harga. rm7.90.

Gulp!

letak balik komik tu ditempat asal. takper lah.
kawan2 mula mengajak ke tempat lain. aku akur. membeli beberapa komik keluaran artis jepun. keluar dari kedai Suncomic.

mata sempat menangkap. nama penerbit komik2 tersebut.

Komik-M

"nanti aku check dalam internet" bisik dlm hati. berazam, jika mungkin berpeluang berkarya disana nanti.

lalu meninggalkn tempat tersebut...


...bersambung...