Sunday, November 14, 2010

Hyperman


Hoho, tujuan aman tulis entry ni bukan sebab aman sedang hyper, tapi aman nak promot 1 komik online dari Irfan Foner (pelukis Smash20) yang bertajuk HYPERMAN~!!!

Komik Hyperman ni berkisarkan tentang seorang pelajar lepasan SPM iaitu Hariri yang mencuba nasib bersama rakannya Tamim untuk berkerja sambilan di sebuah kedai serbanika yang diuruskan oleh seorang pengurus yang sangat terkenal dengan sikap tegas beliau. Komik ni akan mengungkap pelbagai kisah menarik dan penuh inspirasi sepanjang Hariri bekerja di sana.

Bagi aman komik ni sangat2 menarik! Punyai tarikan tersendiri dan setiap lukisan juga dilukis dengan baik dan terperinci. Setakat entry ni ditulis, komik Hyperman ni dah mencecah 930 followers (best kot komik ni! kalau x best, xkan punya ramai followers! hehe) dan sudah mencapai Kaunter(chapter) 4 sejak ia dirasmikan pada bulan Ogos 2010 di laman web Facebook.

Jadi, kepada peminat komik, selain baca komik jepun Onepiece dan Bleach, aman menggalakkan korang layan juga komik Hyperman ni dan jangan lupa untuk 'like' page Hyperman tu sekali. Sokong komik buatan tempatan! Korang mesti suka punyalah!

~Sila Klik Untuk Membaca~
Kaunter 1: Cari Kerja
Kaunter 2: Pengurus Roslan
Kaunter 3: Pekerja Baru

Kaunter 4: Hari Pertama Bekerja


Nantikan sambungan Kaunter komik ini di web page Facebook Hyperman!

-out-

Tuesday, November 2, 2010

Kerja! Kerja! Kerja!

T_________T
(sila jangan isi tempat kosong dengan apa2 huruf konsonan mahupun vokal, kerana ini ialah emoticon)

Wahhh~! Seperti yang korang boleh lihat, sekiranya blog ini tak di update berkenaan perihal komik, ini bermakna progress aman sememangnya lambat dan tergendala juga. huhu.

Semester ini agak sibuk bagi Aman. Walaupun tak ada kelas, tapi aman sekarang sedang praktikal di Batu Caves dalam company Interior Design. Jadi, masa aman untuk melukis adalah sangat2 terhad! (waktu malam sahaja, itu pun pagi2 kena bangun awal untuk pergi kerja)

Namun, at least aman masih boleh melukis sikit2, tapi kemudian masalah melanda lagi~! Aman kena siapkan thesis untuk project final year aman! (yeaa...dah final year! Ipan br 1st year, lambat giler kau. wahaha) Jadi melambak2 lah kerja yang aman kena buat, ataupun 'tangguhkan' sekarang ni.. huhu..

Sekarang ni, ada seminggu lagi untuk presentation thesis, dan sebulan lagi untuk habis praktikal. Ini bermakna aman akan kembali produktif pada awal bulan 12 ini! (korang boleh anggap ini sebagai alasan..huhuhu) Setiap hari memang aman nak sangat melukis, hope dapat la sambung komik2 yang tersadai kat dalam fail hitam aman ni secepat mungkin!


*_____*
DISEMBER! AKU DATANG!
(sebenarnya, tak perlu datang kerana bulan disember yang akan muncul sendiri.. jadi mari kita duduk goyang kaki tunggu bulan Disember itu ye~!)

-out-

Thursday, October 28, 2010

TITIK Official Movie


~ TITIK DVD Cover ~

Sudah lama aman war2 kan pasal shortfilm pertama (yang buat betul) aman bersama beberapa crew Dotfilm iaitu TITIK ni. Shortfilm ni telah ditayangkan 2kali pada AAD Film Festival di UIAM dan hari ini secara rasminya, TITIK officially di YOUTUBE~!!

Dulu kami diminta untuk hold shortfilm ni dari publish pada umum kerana ingat mahu jual pada pelajar universiti, tapi kerana berlaku beberapa masalah, tak jadi jual dan kami simpan saja. Aman mula terdetik untuk publish shortfilm ni setelah aman menyertai Afiq Deen (film maker) sebagai crew pembantu dalam menghasilkan shortfilm arahan beliau bertajuk MARIA. Ketika itu aman dapat belajar macam2 ilmu penghasilan video dari penghasilan storyboard hingga rakaman.

Afiq Deen sendiri minta aman publish TITIK ni kerana katanya, orang awam perlu tengok kalau kita nak tahu feedback dan perbaiki diri. Aman berfikir sekejap. Masa tu aman terdetik.

Bagi aman, kalau aman simpan shortfilm ni, tahap dan skill aman hanya sampai tahap ini saja. Kalau aman publish, at least akan ada orang kutuk dan komen, aman akan ada eager untuk buat sesuatu yang lebih baik dari ini. Dengan keizinan crew Dotfilm, aman publish kepada semua untuk tonton dan menang!.......ok, xde menang. tonton dan hayati je. ok?

~ TITIK Official Poster ~

SINOPSIS
Titik mengisahkan seorang pelajar universiti bernama Ain yang mementingkan sahabat dari ibunya. Pengertian sebuah "titik" mengimbau kembali kenangan manis bersama ibunya ketika beliau kecil. Namun, adakah Ain sempat menghentikan titik2 dosa yang telah dilakukannya....sebelum terlambat..?

~ENJOY~

TITIK TRAILER




TITIK OFFICIAL MOVIE




TITIK PARODY (BINTIK)


Thanks pada semua yang terlibat! Mak Ayah, Kawan2, Lecturer2, dan anda semua yang menonton dan menyukai TITIK~! Terima Kasih banyak2~!!!

^________^


-out-

Tuesday, September 21, 2010

(SET!) Watak Sampingan

Setelah seminggu cuti raya, hari ni ialah hari pertama kembali bekerja. Aman sangat2 tak berdaya nak pergi kerja. Pagi2, dah bangun lewat, pastu tengahari merentasi hujan lebat sampai terpaksa berT-shirt saja dalam ofis.

TAPI..

Walau hari ini dimulakan dengan perasaan yang malas, banyak perkara best telah berlaku!! Awalnya, aman dapat beli komik yang best, kemudian bertemu dengan rakan artis yang best, beli dvd yang best, dan keseronokan yang best! di mana aman akan ceritakan pada entry lain..

TAPI..

Yang paling best berlaku ialah, apabila aman pulang dari outing bersama rakan2 komik, aman buka laptop dan check emel... design watak sampingan aman juga telah diapproved oleh editor, enche Zulfadhli~! (yeah!) Bawah ni ialah rekaan watak sampingan serta komen dari enche Zul.


Waalaikumussalam Aman Wan,

Terima kasih dan selamat hari raya juga untuk Aman.
Saya berpuas hati dengan watak sampingan yang aman hantarkan, dan saya rasa aman sudah boleh mula melukis komik berdasarkan improvement yang sudah saudara tunjukkan. Selebihnya terpulang kepada inisiatif saudara sendiri untuk meninggikan kualiti lukisan saudara.

Aman sudah boleh mula melukis komik, tapi mulakan secara berkala, iaitu aman buat 10 keping buat pendahuluan. Kami akan tapis setiap 10 muka surat, cuma kali ni lebih kepada penapisan cerita. Saya yakin cerita saudara sudah ok, semua ni cuma untuk meyakinkan editor-editor lain juga.

Itu sahaja buat masa ini, ada apa-apa perkembangan bolehlah hubungi saya.
Teruskan berusaha!
- zul fadhli -


Alhamdulillah.. Mari sama2 berusaha~!! ^________^

-out-

Sunday, September 19, 2010

(SET!) Watak Utama

Ok, sejak perjumpaan aman dengan editor hari tu, aman telah pun buat re-design terhadap watak utama dan juga draft 10pages awal komik SET! tersebut. alhamdulillah, design watak baru dan draft tu diterima baik oleh editor. ini watak yang aman dah redo tu.. hehe..

Untuk watak Omit ni, aman masih mengekalkan sifat dia iaitu seorang yang cerewet dan metroseksual. Cuma aman tingkatkan umur dan penampilan dia nampak lebih matang dan tinggi. Memandangkan editor mahukan aman explore lagi dunia fantasi dan tonjolkan watak utama, jadi aman buat rambut dia bentuk star camtu. hehe. harapnya cukup menonjol la ni.

Watak utama yang bersama Omit ni ialah Dami. Untuk watak Dami, aman tak banyak ubah sebab aman sudah suka dengan watak bersahaja dan penampilan diri dia sebagai seorang yang sempoi dan suka bermain2. Tapi untuk watak ni, aman mudakan sikit umur dan penampilan diri dia. supaya lebih nampak kontras dengan watak Omit. Rasanya ini dah ok.

Sekarang ni, editor minta aman untuk design beberapa watak sampingan untuk melihat teknik aman menvariasikan watak. Dan aman dah siapkan watak-watak tu dan akan hantar pada editor dalam masa terdekat. Harapnya diterima. Aman akan updet info seterusnya tentang perkembangan komik SET! ni pada entry akan datang.

Wish me luck k! Yeah! Thanx guys!

-out-

Friday, September 17, 2010

Rahsia Unik

Baru je beli webcam. Ada sesuatu aman nak tunjuk. Tengokla video ni. Maaf kalau tak dengar suara, sebab aman berbisik je. Rekod jam 3.20pagi. Orang tengah tido. huhu. Ok, Enjoy~!



^__________^

-out-

Wednesday, September 15, 2010

Lovey Dovey Manhwa

Kalau dalam bab komik, aman biasanya layan semua genre. Tak kira lawak, lawan, cakap2, seram, (cuma robot2 je Aman kureng sket) dan termasuk la juga jiwang. Tapi aman x banyak baca komik jiwang sebab selalunya komik jiwang ni klise giler. Aman baca komik jiwang pun sejak baca komik Kaoru dengan Fakrul Anour dulu. Itu je.

Tapi sekarang gempakstarz dah banyak kaluarkan novel grafik jiwang dari jepun. Aman ada gak try beli, tapi mesti kecewa giler. Sebab jalan cerita sangat la poyo (hahaha) dan lukisan pon banyak main corak2 screentone je. Tapi aman ada follow 1 siri komik jiwang dari Usami Maki sebab cover dia nampak cool dan lukisan awek dia giler kiut~!

Nak diikutkan cerita, haritu aman gi kedai buku untuk beli komik Dr.Slump dan aman ternampak novel grafik baru tajuk Twinkle. Cover dia agak catchy dan lukisan dia nampak lain sikit dari komik jiwang atau komik shoujo yang biasa (xde la beza sangat, tapi ada la sikit...). Ada 3 siri. Aman memula xnak beli sebab kadang2, komik jiwang ni, cover je lawa giler, tapi dalam dia hampeh. Lebih2, aman paling x suke komik jiwang yang dalam dia ada lebih dari 1 cerita. Tapi last2, aman try beli gak. Mencuba nasib.

Aman beli pun, sebab aman tengok nama pelukis dia bukan nama jepun. Orang korea. Hmm..aman x pernah baca manhwa (komik) korea lagi.. Dan komik ni dalam dia cuma ada 1 cerita dan cerita dia sampai 3 buku. Mesti jalan cerita dia rumit sikit dan tak terlalu senang ke ending. Dan sebab yang paling utama, lukisan dia nampak kiut~!! hahaha.


SINOPSIS

Kisah cinta seorang gadis yang lebih tua dari si jejaka! Byul ialah pelajar kolej yang unik dan ceria. Hobinya melukis dan dia sering melukis gambar jejaka idamannya. Suatu hari dia menemui seorang jejaka yang serupa dengan lakarannya. Namun lelaki itu pelajar sekolah tinggi. Adakah Shi Hyuk takdirnya?

Kesimpulan lepas baca.....memang kiut~! haha. Okla. Even jalan cerita dia sama je dan klise... tapi aman suka watak2 dia. watak utama pompuan dia ni seorang pelukis yang berfikiran cam budak2 dan pervert. lawak gak ar lawak dalam komik ni. Citer dia tak terlalu jiwang sebab watak utama dia ni bukan seorang jiwang2 sangat. Dia lebih kepada lawak, persahabatan, dan cinta2 la jugak. Perasaan baca manhwa ni macam tengok citer2 komedi jiwang korea je. Lagipun, komik ni tak banyak main screentone je macam komik jiwang jepun yang lukis sikit, corak2 je banyak.. komik ni suke letak watak2 dan elemen2 kiut dalam dia. haha. Ok la, cool~! Aman rekemen komik ni untuk korang baca terutama peminat komik jiwang.

Jadi, dapatkan Twinkle sekarang ye~!! Nanti, aman ingat nak try gak wat komik jiwang komedi camni. hahaha, korang rasa aman mampu tak?

^__________^

-out-