Tuesday, April 12, 2011

Habis sudah...

Mimik muka sepanjang final semester ni....Dem~!


AKHIRNYA~!!
Final semester aman sudah mencapai penghujung! Setelah berminggu bergelumang dengan stress akibat kerja yang sangat melambak, segalanya kembali reda sekarang. Banyak benda telah berlaku pada akhir semester ini. Menangis, marah, kecewa, suka, penat, sedih, (ya, sangat stress) dan aman sekarang sudah boleh tidur dengan lena. (sampai tersengguk masa exam)

Apapun, aman nak berterima kasih pada semua rakan2 studio yang saling support dan saling saiko untuk kita masing2 bekerja keras, juga kepada lecturer yang sangat supportive dan 'menakutkan', mak dan ayah yang sangat concern dan sentiasa menasihati untuk aman terus bersemangat, dan kepada Yang Maha Penyayang kerana mengizinkan tubuh badan dan minda ini untuk terus berjuang. Terima kasih banyak2~!

Walaupun ini bukan lah detik akhir yang sebenar, tapi, aman dah mula merasa rindu kepada hidup sebagai pelajar studio. Dan, x sanggup lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan2 dan lecturer. Namun, hidup kena terus. Perjuangan masih belum habis.

*****

Ok! Tamat sesi meluahkan perasan. (tunggu saja saat konvo nanti..mesti ada entry panjang yang lebih emo..hik3) Berbalik pada DUNIA KOMIK~!! Walaupun progress aman tidak berjalan lancar, namun, tak bermakna aman 'bercuti' dalam komik. Kerana berkomik sudah menjadi rutin harian yang tak boleh nak dipisahkan. (walau tengah exam, masih lagi sempat pikir pasal storyboard untuk komik)

Untuk KOMIK SOLO, bersama Komik-M, aman dah clearkan jalan cerita dan akan bersedia melukis secara terus! Lepas ni aman dah bebas, dah boleh jadi pekomik sepenuh masa! Yeah! Selain itu, sekiranya ada diantara korang yang add aman di FB, mungkin korang ada terperasan tentang projek komik Biri2 Baem yang sedang aman usahakan. Tapi, pasal itu, aman akan beritahu dalam entry yang lain, yang lebih khusus pasal komik tersebut.

Oklah, aman sebenarnya cuma nak buat entry pengumuman pasal dah habis projek studio saja. Terlebih2 la plak. Neway, dengan ini, aman umumkan....blog Comics N Career ini, akan mula beroperasi~!!!

Yeah~!!
^_________^

p/s- terima kasih banyak2 kepada Irfan Foner dan juga Ainaa yang membantu aman dalam menyiapkan model final aman ni. Lecturer puji beb! Nice~!!!

Sunday, February 13, 2011

Maaf, tiada progress~

Apa khabar semua. Ok, malas pula nak berminta2 maaf kat sini kerana tak update blog. haha, macam la ada orang baca blog ni. apapun, aman cuma nak BERTERIMA KASIH banyak2 kepada mereka yang masih sudi jenguk2 ke blog ni walau tiada update. ^____^

Oklah, sepertimana yang korang tahu, blog 7AMAN7 ini khas untuk progress komik aman. dimana tujuan aman buat blog ini ialah supaya 1 hari nanti, (sekiranya aman berjaya) akan ada newbie yang boleh rujuk perkembangan komik aman dari amatur hinggalah ke peringkat yang seterusnya. (aaamiinn)

Jadi, oleh kerana blog ni khas untuk komik, apabila tiada update, bermakna komik aman juga tiada progress. Aman terpaksa hold kejap progress buat komik ni hingga bulan april nnti. selepas tu, karier aman sebagai pekomik sepenuh masa akan bermula. Insyaalllah. Aman akan cuba terbitkan komik dalam tahun ni juga.

Ok, tapi walau aman tak update blog, aman masih ada youtube channel , AmanWan , yang korang boleh tonton setiap minggu kerana aman akan upload video di sana weekly. Dan terbaru, aman akan mula buat projek akhir semester dengan kawan2. dimana kami akan produce shorts comedy setiap minggu 2 kali. Hope korang akan menonton dan kalau nak subscribe pun boleh jeee~

Thanx sebab terus bersama aman. Jumpa lagi bulan april nanti!

Luv U~!!

^____^



-out-

Saturday, January 1, 2011

Subscribe 2011~!!

Salam semua! Selamat Tahun Baru!
(semua orang buat entry tahun baru, aku nak juga buat!)

Ok, di sini aman nak umumkan sesuatu. Mulai 2011 ni, aman akan punyai 1 aktiviti setiap minggu untuk korang semua! (bajet gila aku..) Mulai semalam, dan seterusnya, aman akan buat vlog~!!!! Yeah!

Untuk video pertama ni, (sebenrnya kedua..) aman saja nak promot kat blog. sebab selepas ni, segala update vlog aman hanya di youtube. sebab vlog aman ni bukan lagi berkisarkan "Comics n Career", jadi aman xnak campur.



Apapun, kalau korang sudi, dan seorang youtubers sejati, boleh la melawat channel AmanWan, (ini channel baru khas utk vlog), dan subscribe untuk dapatkan update vlog seterusnya. hehe!

Ok, sebelum tu, aman nak perkenalkan sesuatu...seseorang kepada korang semua. Rasanya korang dah kenal diorang ni, jadi, yeah, ini dia....MENTOL PECAH~!!!

Diorang ni buat video2 yang sempoi di youtube dan sekarang diorang semakin naik dengan video2 gila yang pecah otak best!! Korang subscribe dan layan la video diorang ni, sangat berbaloi! (hiburan hujung minggu aku ni ! selain baca komik online kat mangastream)

Neway, untuk video terbaru penutup tahun baru 2010, diorang ada buat 1 video yang Aman juga ada di dalam nya. (segan seh~) Dalam video ni, korang akan tengok bagaimana Mentol Pecah membantu aman dalam sesuatu misi di Comic Fiesta!



So, Selamat Tahun Baru lagi sekali, semoga korang terus superb dan menyokong AmanWan dan MentolPecah~!! Enjoy~!!

-out-

Thursday, December 9, 2010

(SET!) Consultation #1

Lavendra, Irfan Foner, Aman Wan

Ok, ini ialah entry yang pendek. Pada 2 Disember lepas, aman Irfan, dan Laven telah pun ke ofis PTS untuk tunjukkan progres komik masing2. Aman sebenarnya baru je nak cuti sem sebab aman baru habis praktikal, jadi aman masih tak banyak progres, tapi dalam masa 3 hari sebelum kitorg pergi ofis, aman cuba siapkan mana yang mampu. huhu.

Ini antara 12pages komik yang "paling" siap. huhu. Masih takde outline dengan hitam.

Kehadiran kat ofis Komik-M memang mendebarkan. ini kali ke-2 aman datang. Dulu dengan Bop dan Reja, di mana menyaksikan komik proposal aman di rejek. Jadi, kali ni aman agak berdebar. Lebih2 dengan kualiti yang belum siap sepenuhnya. Apapun, kitorg masuk dengan muka rileks dan tersengih2.

Sambil2 Laven dan Irfan menceritakan sinopsis komik Virus x Vaksin diorang pada Encik Wanzu, Aman macam biasa consult dengan Encik Zulfadhli tentang komik Set! aman.

Pic kredit to Encik Wanzu

Alhamdulillah tak ada re-do. Lagipun sebab aman belum siap sepenuhnya, jadi agak sukar editor nak komen. Jadi, aman ambil peluang untuk bincang tentang jalan cerita. Setakat ni, apa yang aman rancang diterima baik oleh editor. Memang aman excited! Yeah!

Inilah komik Virus x Vaksin~! Hebat! Oh, dan di sudut itu komik Shootz! 3 free~!!

Oh, kebetulan masa kitorang di sana, Reja pun datang sama. Dan kitorang dapat komik Shootz! 3 free dari encik Wanzu~!! So, nak mahalkan lagi kualiti komik ni, apa lagi, signature la~!! hoho.

"Keep The Cool Work, Aman!" -Reja yang super!

Lepas habis consult, kitorang singgah ke Bookcafe. Laven ada temujanji lain. Dia sekarang tengah hot dikalangan PTS One untuk melukiskan cover. Kagum2. Ipan, Reja, Aman dan Encik Wanzu merayau2 dalam Bookcafe sambil belek2 buku dan komik. Haha, encik Wanzu pun ambil peluang untuk buat video untuk Komik-M.



Kitorang (aman, ipan, laven) ditumpangkan Encik Alif ke stesen Lrt. Sebab kitorang nak gi KLCC. Asalnya nak tengok Rapunzel, tapi da lambat. Jadi, lepak Kinokuniya je. Sampai petang, baru balik.

*****

Apapun, haritu even sangat2 bermakna buat aman. Lebih2 dengan keadaan aman yang tengah down pada entry lepas, aman perlukan kekuatan untuk naikkan semangat. Dan berjumpa dengan rakan komik dan editor2 sangat membantu aman. Harap lepas ni aman lebih kuat dan dapat siapkan komik solo aman ni secepat dan sebagus mungkin. Terima kasih semua!

^________^

-out-

Sunday, November 28, 2010

Entri Loser

Sekarang ni, sudah 2 tahun blog ni dihasilkan. Ini buatkan aman terfikir. Apa yang aku dah lakukan selama 2 tahun ni...?

Aman akui, semangat aman sering tak putus sejak dari entri pertama aman, "Salam Awalan", di blog ni. Aman bersemangat untuk hasilkan komik, aman bersemangat untuk join aktiviti tentang komik.. tapi semangat saja tidak dikira sebagai kejayaan.

Selepas difikir dengan teliti.. aman tak lakukan apa2 dalam 2 tahun ni. melainkan 10pages komik antologi dan beberapa proposal komik yang bertukar ganti. Selain dari itu, aman hanya seorang yang penuh semangat saja. "semangat" sahaja..

well, bila aman buka Facebook, melihat setiap perkembangan rakan pekomik lama dan baru yang semakin improve dan maju ke depan, aman semakin rasa kecil berada dalam kelompok pekomik ni. Semua orang semakin eager dan bertungkus lumus dan hasilkan karya2 baru. Aman pula? yaa...penuh dengan alasan yang bertujuan menyedapkan hati sendiri..

........
........
........

sudahlah...saja je nak melepaskan rasa. tak perlu komen apa2. ini ialah entri di mana aman, mengingatkan diri sendiri betapa losernya diri ni.

Aman wan, kau tak cool langsung.

-out-

Sunday, November 14, 2010

Hyperman


Hoho, tujuan aman tulis entry ni bukan sebab aman sedang hyper, tapi aman nak promot 1 komik online dari Irfan Foner (pelukis Smash20) yang bertajuk HYPERMAN~!!!

Komik Hyperman ni berkisarkan tentang seorang pelajar lepasan SPM iaitu Hariri yang mencuba nasib bersama rakannya Tamim untuk berkerja sambilan di sebuah kedai serbanika yang diuruskan oleh seorang pengurus yang sangat terkenal dengan sikap tegas beliau. Komik ni akan mengungkap pelbagai kisah menarik dan penuh inspirasi sepanjang Hariri bekerja di sana.

Bagi aman komik ni sangat2 menarik! Punyai tarikan tersendiri dan setiap lukisan juga dilukis dengan baik dan terperinci. Setakat entry ni ditulis, komik Hyperman ni dah mencecah 930 followers (best kot komik ni! kalau x best, xkan punya ramai followers! hehe) dan sudah mencapai Kaunter(chapter) 4 sejak ia dirasmikan pada bulan Ogos 2010 di laman web Facebook.

Jadi, kepada peminat komik, selain baca komik jepun Onepiece dan Bleach, aman menggalakkan korang layan juga komik Hyperman ni dan jangan lupa untuk 'like' page Hyperman tu sekali. Sokong komik buatan tempatan! Korang mesti suka punyalah!

~Sila Klik Untuk Membaca~
Kaunter 1: Cari Kerja
Kaunter 2: Pengurus Roslan
Kaunter 3: Pekerja Baru

Kaunter 4: Hari Pertama Bekerja


Nantikan sambungan Kaunter komik ini di web page Facebook Hyperman!

-out-

Tuesday, November 2, 2010

Kerja! Kerja! Kerja!

T_________T
(sila jangan isi tempat kosong dengan apa2 huruf konsonan mahupun vokal, kerana ini ialah emoticon)

Wahhh~! Seperti yang korang boleh lihat, sekiranya blog ini tak di update berkenaan perihal komik, ini bermakna progress aman sememangnya lambat dan tergendala juga. huhu.

Semester ini agak sibuk bagi Aman. Walaupun tak ada kelas, tapi aman sekarang sedang praktikal di Batu Caves dalam company Interior Design. Jadi, masa aman untuk melukis adalah sangat2 terhad! (waktu malam sahaja, itu pun pagi2 kena bangun awal untuk pergi kerja)

Namun, at least aman masih boleh melukis sikit2, tapi kemudian masalah melanda lagi~! Aman kena siapkan thesis untuk project final year aman! (yeaa...dah final year! Ipan br 1st year, lambat giler kau. wahaha) Jadi melambak2 lah kerja yang aman kena buat, ataupun 'tangguhkan' sekarang ni.. huhu..

Sekarang ni, ada seminggu lagi untuk presentation thesis, dan sebulan lagi untuk habis praktikal. Ini bermakna aman akan kembali produktif pada awal bulan 12 ini! (korang boleh anggap ini sebagai alasan..huhuhu) Setiap hari memang aman nak sangat melukis, hope dapat la sambung komik2 yang tersadai kat dalam fail hitam aman ni secepat mungkin!


*_____*
DISEMBER! AKU DATANG!
(sebenarnya, tak perlu datang kerana bulan disember yang akan muncul sendiri.. jadi mari kita duduk goyang kaki tunggu bulan Disember itu ye~!)

-out-