Tuesday, July 19, 2011

Tart Nenas Mama

Well, seperti mana yang aman pernah bitau dalam entry lepas, komik antologi aman yang bertajuk Tart Nenas Mama tak akan di publish tahun ni. Jadi, editor dah minta aman untuk compresskan komik aman dari 12pages ke 10pages. (huhu..dulu bajet boleh dimaafkan..huhu)

dan apa yang aman dah buat, ialah aman gabungkan 2 muka surat pertama dan 2 muka surat terakhir. Jadi SIAP~! hehe. korang boleh klik gambar komik di sebelah ni, untuk tengok perubahan yang aman buat dan hasilnya. Apapun, akhirnya editor terima komik ni, dan mereka akan simpan komik ni untuk dipublish tahun hadapan! Yeay! Jadi, sebelum komik ni dipublish, aman harap akan sempat terbitkan beberapa lagi komik! Yosh!

Oh ye, dan apa yang kelakarnya, tak sangka komik Tart Nenas Mama ni juga memberi inspirasi kepada mak aman yang dah pencen, untuk memulakan bisnes tart nenas tahun ni. haha! Bawah ialah gambar2 proses tart nenas emak~! Apapun, sempena Ramadhan yang makin tiba, aman nak wish selamat bersedia mengerjakan puasa dan menjalani ibadah yang berlipat2 ganda~! Moga kita dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT ya~! Aaaamiin~!


^_______^
-out-

Saturday, June 25, 2011

Komik untuk Ibu

Komik ni sebenarnya aman dah lama beli. Masa beli dulu, semata2 sebab komik ni ialah satu2nya komik keluaran Gempakstarz yang tebal. nak dekat 300pages tu~! kira syok la baca tebal2 ni. Then, lepas baca, tak sangka komik ni sangat le NICE~!!

Dari tajuk komik ni, dah sah2 dapat agak komik ni pasal apa. Dan apa yang di bawa oleh komik ni, adalah sangat2 NICE~! Sebak beb baca komik ni! Antara komik yang WAJIB BACA oleh semua anak2~!

Nak citer lebih pun tak guna gak kalau korang tak baca lagi komik ni. Komik ni aman bagi rate 9 dari 10 bintang~!!

" Akhirnya aku faham. Apabila seorang wanita menjadi ibu dia tak boleh terbang lagi..kerana sayapnya diberikan kepada anaknya. "

Thursday, June 16, 2011

Hidup sebagai Freelancer (1)

Selepas tamat belajar bulan April hari tu. Aman pun berazam untuk terus memulakan hidup sebagai seorang freelancer tepat pada 1 Mei 2011. Dan aman sangat la teruja untuk menerima job2 melukis. Dan alhamdullilah, aman dapat 3 job untuk bulan Mei yang lepas di mana secara total, aman akan melukis sebanyak 242 PAGES~!!

Mungkin bagi otai2 yang dah lama buat job melukis, ini adalah jumlah yang normal. Tapi, bagi aman, ia jumlah yang agak besar, tapi masa aman dapat job ni, kepala aman just cakap, "Ambik je aman! Kumpul portfolio!" Yup, duit bukan lah masalah yang utama buat aman masa sekarang, (sebab aman pun duk umah je) tapi niat untuk perbanyakkan portfolio demi kebaikan masa depan.

Dan akhirnya, bulan Mei dilalui dengan penuh seksa... (=___=) Meh, aman citer sikit pasal job2 aman ni. (klik gambar2 di bawah untuk imej yg lebih besar dan jelas. hehe)

JOB (1)
Komik-M : Antologi Duit Raya dari Syurga

12 PAGES
Kebetulan, habis saja aman belajar, Tuan Wanzu offer aman untuk melukis dalam antologi Duit Raya dari Syurga yang menampilkan kisah2 berkenaan hari raya dan puasa. Alhamdullilah, aman dapat siapkan komik ni sebelum dateline. Tapi sepatutnya aman lukis 10pages je. Komik yang bertajuk "Tart Nenas Mama" ni diinspirasi dari kehidupan aman dengan abang aman yang membantu emak buat tart nenas setiap bulan puasa (hingga la hari ni). Tapi sayangnya, komik aman tak terpilih untuk dipublish tahun ni kerana sebab2 yang tertentu. (Tuan editor dah menerangkan pada aman hari tu.) Walaupun sedih, tapi kalau tiada aral melintang atau menegak, komik ini akan disiarkan tahun depan. Yeay~!


JOB (2)
Parabox Studio : English Book

54 PAGES
Parabox Studio ialah company yang diketuai oleh senior aman sendiri iaitu Fahmi, dan rakan kolej aman, Taufiq bekerja di sana. Untuk job ni, aman kena melukis illustrasi untuk buku latihan english untuk sebuah pusat tuisyen di UIA kalau aman tak silap la. Agak mencabar juga job ni pada awalnya, sebab illustrasi yang aman kena buat haruslah 'membantu kanak2 untuk belajar'. Dan ia agak menyukarkan. Namun, nasib baik aman di bantu oleh Fahmi, dan ibunya untuk memudahkan proses pemilihan illustrasi yang aman kena lukis. Bukan senang ek nak lukis untuk buku sekolah. Kena ikut pemikiran seorang guru juga. huhu


JOB (3)
E1 Publication : Children Book

176 PAGES

Aman dapat peluang melukis ni dari rakan komik aman, Bophairy. Dia memang dah lama bekerja untuk melukis dan mewarna untuk syarikat ni. Jadi, aman ditugaskan untuk melukis illustrasi yang kemudiannya akan diwarnakan oleh Bophairy. Jumlah yang agak banyak ni, pada awalnya, aman agak lambat untuk mula melukis. Sekurang2nya, aman kena lukis 10-20 pages sehari. Tapi pada pertengahan, baru aman dapat catch up. Cuma bila dah nak akhir2, otak dah mula jamm, dengan masalah atuk yang tiba2 dapat strok, kerja melukis aman jadi lambat. Terpaksa melukis di sofa hospital dan kemudian aman demam akibat stress yang berlebihan. Tak sangka, kerja yang kita sukai juga boleh menyebabkan stress.. huhu..

*****

Apapun, pada akhirnya, aman dapat siapkan kesemua job. Dan aman amik masa seminggu untuk berehat akibat pening kepala dan demam. Cuma aman sedikit kesal, sebab terlewat submit job2 tu pada editor. Walau apapun, banyak perkara yang aman dapat belajar dari job2 pertama aman ni. Sangat banyak! Walaupun demam dan stress, tapi kebaikan yang aman dapat lebih dari tu. Pengalaman dan skill untuk jadi lebih baik!

Aman berharap, selepas ni, aman akan lebih bersedia mental dan fizikal untuk job2 yang seterusnya! AAAmiin~! Doakan yang terbaik untuk aman ya!

Ohya, dan aman juga nak ambil peluang untuk minta maaf pada banyak pihak yang aman telah susahkan sepanjang job ini berlansung. Bermula dari editor2 yang memberi job pada aman, rakan2 komik yang bersabar dengan aman, rakan2 kolej sebab tak dapat luangkan masa dengan korang, rakan2 sekolah sebab terpaksa batalkan temujanji, ahli keluarga sebab aman asyik duk melukis sampai rumah bersepah, dan mereka yang terasa hati secara langsung atau tak. MINTA MAAF BANYAK2~!!!

(huhu..dah macam hari raya dah ni..)

oklah, terima kasih sudi baca. Harap korang sentiasa ceria2 ek! Dan jenguk2 la blog ni selalu. YOSH! Masa untuk lukis KOMIK SOLO~!!!!

^____^

-out-

Friday, May 27, 2011

Penulis2 Novel

Dalam pemilihan novel, aman selalu lebih cenderung untuk membaca novel yang ditulis oleh lelaki juga. Sebabnya, penulisan lelaki lebih ngam la dengan pemikiran aman gak. Jadi baru la dapat feel jalan cerita yang tak "keperempuanan" sangat. Sebab dipasaran sekarang, kebanyakan novel ditulis khusus untuk pembaca wanita. Jadi, bila dapat baca sesuatu yang kurang unsur "keperempuanan" dalam novel yang ditulis penulis lelaki, aman jadi selesa nak baca. So, aman pun sebenarnya baru je berjinak2 dengan dunia novel ni. (sebab aman more into comics). Dan aman nak kongsi dengan korang, 4 penulis novel yang aman respek sebab karya2 mereka yang bagi aman, ada keunikan tersendiri dan cool~!!


Penulis 1
Darren Shan
Penulis genre horror ni memang sangat2 pandai bermain dengan emosi pembaca! Aman mula follow karya Darren ni sejak 2006. Apa yang best pasal karya dia ni, bahasa dia ringkas, jalan cerita yang addictive, dan berjiwa! Bila babak seram, memang rasa ngeri gile, (gilis2 kepala), bila sedih, memang pilu ar. Even yang paling aman suka, dia suka buat twist ending! Memang aman x dapat nak expect langsung! Selalunya, bila dah habis cerita, mesti aman akan pikir, "Siot! dia buat ending camni lak! COOL~!!" Memang sampai sekarang, dia masih aktif tulis novel sampai aman pun x sempat nak beli latest novel dia. Apapun, karya dia memang jadi koleksi aman! Terbaik! Oh, karya dia pernah dijadikan komik dan filem, tapi masih jauh nak dibandingkan dengan versi novel. Novel lebih feel~


Penulis 2
Alif Firdaus Azis
Setiap kali baca sinopsis novel2 tulisan dia, aman mesti tertarik nak baca! Lebih2 bila ditambah dengan cover dan lukisan2 Alif sendiri. Alif suka buat cerita yang sedikit fairytail tapi yang berpijak di bumi nyata. Idea novel ni simple tapi sangat interesting untuk tahu. Apa perasaan korang bila ada orang cakap, "Weh, nak tahu tak, apa jadi bila monyet tinggal dengan manusia?" "Weh, nak tahu tak, apa jadi bila seorang budak tinggal dalam 1 bandar yang tiada penghuni?". Ini lah tema2 yang digunakan Alif (aman rasa). Tema yang simple tapi cukup untuk buat orang nak tahu. Tapi apa yang menarik, tema yang simple ni sentiasa mengundang kepada conflict yang besar! Ini yang aman kagum dengan penulisan Alif~! Oh, Hantu Silap Mata ialah novel pertama keluaran PTS yang aman baca. hehe.


Penulis 3
Bahruddin Bekri
Aman sangat tertarik dengan filem, komik, buku yang bermakna. Maksudnya, bila aman baca novel tu, ia buat aman berfikir pasal manusia dan kehidupan yang kita lalui. Dan karya2 Bahruddin Bekri adalah dalam golongan itu. Penulisan bermakna. Karya2 beliau ni selalu akan terkesan pada aman, dan buat aman fikir. "aku juga nak hasilkan karya macam ni". Novel atau cerpen beliau agak santai, tapi sentiasa diselitkan dengan kata2 hikmah yang kita boleh relate dgn life kita sendiri. Aman sangat2 respek! Harapnya suatu hari nanti, kalau diberi kesempatan dapat melukis komik yang ditulis oleh beliau, aman dah rasa best dah! Aman pun aim untuk hasilkan komik yang sekurang2nya dapat mengubah sedikit persepsi pembaca kepada kehidupan untuk menjadi lebih baik. Aamiin~


Penulis 4
Nazri M.Annuar
Aman mula ikuti perkembangan Nazri ni di blog beliau,sebab aman dapat tahu dia mengarah filem pendek. Dan sejak dari tu, aman mula membaca entry2 dan cerpen pendek yang beliau hasilkan di blog tu. Sepanjang aman ikut blog beliau ni, entry yang ditulis memang sangat sempoi dan kelakar! hahaha. kelakar yang memang pure! Banyak banyak kali pun boleh. Lebih2 bila beliau dah keluarkan novel Karipap2 Cinta yang sekarang sedang dijadikan filem! Even kawan2 aman yang tak baca novel pun, boleh terhabis baca novel ni dalam 1 malam! COOL~!! Penulisan yang begitu sempoi. Even cerita kehidupan yang simple dipersembahkan dengan begitu menarik! Harapnya, beliau dapat terbitkan novel yang sebegini dengan banyak lagi! Hehehe.



Setakat ni, ini antara yang bagi aman, penulis yang best! Ramai juga penulis lain yang best, tapi aman cuma kongsikan 4 ni saja. Apapun, aman berharap, mereka2 ni akan dapat menjadi inspirasi kepada pelapis2 baru untuk menulis dengan lebih cool~! Sekarang pun dah ramai penulis yang cool, yang penting, penulis mana yang kena dengan citarasa masing2. Biasala, industri seni ni, kita kadang2 tak dapat nak tentukan sapa bagus dari sapa, sebab lain orang, lain selera. Ye tak? Apapun, semoga penulis dan pelukis akan terus memeriahkan industri penerbitan di Malaysia ni! Yosh~!!!!

^____^

-out-

p/s- maaf kawan2, tahun ni aman x dapat join korang ke Anugerah Pekomik 2011. wuwuwuwuwu~

Monday, May 16, 2011

Bodoh, Jangan Putus Asa!

Kita bermula sebagai Si Bodoh.

Tak kira la apa pun, tiada manusia yang boleh berjaya dan pandai dengan sekali cuba. Melainkan diizinkan tuhan (dah tentulah). Semua perkara kena bermula dari bawah. semua bermula dari kebodohan. Samalah juga macam aman.

Dalam beberapa hari ni, aman dah blogwalking ke blog adik2 dan rakan2 yang bercita2 menjadi pelukis komik yang berjaya. Ada sebahagian yang memang berbakat, namun kebanyakannya mempunyai persamaan dengan komik di bawah ni. Masih amatur.

Ini ialah komik yang di hasilkan oleh aman masa tahun 2002, ketika aman 14 tahun. Jadi, bila aman tengok karya adik2 tu, dan bila melihat mereka sangat eager bercita2 tinggi, aman tersenyum. Terkilas bayangan zaman kecik2 dulu. Aman pun melalui saat melukis atas buku latihan, menghasilkan banyak 'komik' yang tak siap, di marah guru dengan mengatakan komik tak bagus, dan sebagainya. Tapi masa tu, aman tak kisah apapun, tak kisah pasal royalti, pasal hakcipta, pasal duit.... Tapi apa yang aman nak masa tu, hanya menghasilkan komik dan nak orang baca. Itu je.

Oleh sebab tu, bagi adik2, aman memang berharap agar korang enjoy melalui hidup sebagai pelukis, dan jangan putus asa. Sekarang ni, teknologi dah canggih, adik2 yang sekolah rendah pun dah boleh berhubung terus dengan editor komik di Facebook. Jadi, jangan putus asa kalau karya di tolak atau di kritik. Sebab selagi adik2 tak putus asa, selagi itu harapan masih ada.

Buat masa sekarang, walaupun aman masih belum mencapai tahap yang hebat seperti rakan2 pekomik yang lain, tapi aman pun tetap akan pegang nasihat 'Jangan putus asa' tu. Walaupun ianya nasihat yang sangat klise, tapi sangat berkesan bila dipraktikkan.

Jadi, bila kita bermula bodoh, dan kita telah mengisi kebodohan kita dengan skill dan azam, apa kita tunggu lagi. Habiskan apa yang telah kita mula dan teruskan berusaha dan JANGAN PUTUS ASA!

-out-

p/s- komik antologi kedua aman dah siap! Harapnya editor akan terima komik raya tu! =)

Thursday, April 21, 2011

HERO

Semua orang nak jadi hero.

Walaupun sememangnya, dalam kehidupan ni, kita adalah hero pada setiap babak hidup yang kita lalui, tapi adakah kita ni betul2 hero pada babak hidup manusia lain?

Aman mula terfikir perkara ni, setelah menonton filem Source Code, yang mengisahkan seorang hero yang sanggup 'mati' berkali2 demi menyelamatkan nyawa beribu2 manusia yang lain. Filem ini agak lain dari filem hero yang aman pernah tonton. Selain sifat wira dan berani mati, ia juga membabitkan isu kemanusiaan dan juga kekeluargaan. Sememangnya antara filem aksi yang penuh makna dan buat aman berfikir sejenak tentang kehidupan aman ni. Sekiranya aman berada ditempat hero berkenaan, adakah aman seberani itu?

Dan, pulang saja dari menonton wayang, aman mendapat berita, seorang rakan aman, boboi, menjadi hero, mengejar dan membelasah seorang pencuri laptop yang cuba melarikan diri. Dan kemudian aman terfikir lagi. Sekiranya, aman bukanlah hero yang bertarung dengan agen perisik, adakah aman mampu untuk berdepan dengan pencuri laptop tersebut, membelasah, sehingga luka tangan, merampas kembali hak... adakah aman seberani itu?

Dan berita yang lebih mengejutkan, rakan komik aman, Irfan Foner memberitahu, rumahnya dirompak oleh 5 orang perompak dan sangat malang, selain dari harta berharga yang dirampas, ayah beliau juga mendapat kecederaan yang serius akibat dari tetakan parang ketika dirompak. (takziah...dan mari doakan semoga ayah ipan cepat sembuh..) Dan lagi sekali, soalan yang sama bermain difikiran aman. Sekiranya kejadian ini terjadi pada keluarga aman, dan aman sendiri, adakah aman mampu beraksi bagaikan hero dan bertindak seberani itu?

Entahlah.

Aman tak dapat nak bayangkan segala kemungkinan. Aman tak pernah lagi menghadapi situasi seperti ketiga2 di atas. (source code memang tak la..) Aman tak gagah, tak kuat, even pada mental dan fizikal. Jadi, aman wan, apa yang kau mampu buat?

Mungkin bukan semua orang adalah hero untuk orang lain. Dan hakikat ni, buat aman sedikit down.. Apa yang aku mampu buat? Dan, aman terfikir sejenak.. Komik. Mungkin ini hanyalah impian yang tak terlalu hebat seperti hero yang sebenar, tapi dengan tanggungjawab aman sebagai pelukis komik ni, aman berharap agar karya aman, dapat memberi inspirasi kepada orang lain, untuk berani bertindak dan melahirkan hero dalam diri dan menjadi seberani itu.. Ini aman janji.

Bangunlah aman wan.
Ada tanggungjawab yang perlu kau laksanakan!

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong

And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
-HERO,Mariah Carey

-out-

p/s- Irfan, aku berharap kau kuatkan semangat dan berdoa. Kami doakan kesejahteraan keluarga kau. Aaamiin!

Friday, April 15, 2011

Manga King!


Seminggu saja lagi.

Seminggu saja lagi untuk aman melangkah keluar dari UIAM ni. Sekarang, segala hal akademik telah aman lengkapkan. Seminggu ni hanya saat untuk mengumpul memori dengan rakan2.


Karya di atas, ialah karya yang aman hantar ke pertandingan komik Manga King anjuran matrikulasi UIAM tahun 2006. Dan syukur, karya ni mendapat tempat pertama dan aman mendapat gelaran Manga King masa tu. Hahaha.

Apapun, ini lah satu2nya karya komik yang aman contribute pada UIAM. Dan walau ianya banyak kelemahan dari pelbagai aspek, aman sangat hargai memori ni.


Sekarang ni, aman akan keluar ke dunia komik yang sebenar. Dimana setiap pelukis2 lebih berbakat dan masing2 menanam azam tinggi untuk menjadi Manga King untuk diri mereka sendiri. Rasanya, mampu tak aman capai tahap mereka2 ni..?


Haha. Kita tengok nanti.


>=)


-out-