Thursday, January 5, 2012

Komik AmanWan di Majalah G3~!!

Tengoklah tu. Muka gembira kodok komik sendiri dah masuk majalah.

Yatta~!!! Alhamdulillah! Aman sangat2 excited sekarang ni! Dulu, masa komik Aman keluar online, Aman dah gembira bangat (pehal tetibe cakap indo ni) dan bila dah keluar majalah, Aman lagi lagi happy~!!

Yup, komik Aman sekarang sudah mula disiarkan dalam majalah G3! Bermula isu 95 (Januari 2012). Dah lama Aman try nak masuk dunia majalah komik ni. Walau tak duduk ofis, x ape la. Lukis kat rumah pun sempoi gak kan! Hehehe. Ok la, nak cerita sikit pasal komik Aman ni.

Ianya bermula masa kitorang geng Iklan Gangster berjumpa di Carrefour. Masa tu Bophairy, yang sememangnya dah berkarya dengan G3 (komik tajuk ZOMBIE dan Funky League) bagitau Aman dan Reja. Tentang Jon Suraya yang akan meninggalkan G3. Jadi, ada kekosongan dalam majalah tu untuk diisi. Bop kata boleh la kasi try.

Aman pun apa lagi la. Peluang dah terbuka, jangan tak dibolos! Aman pun lukis la 1 komik 5pages dengan tema yang agak fantasi tapi mesra remaja. Aman submit dan tunggu. Dan lepas beberapa hari, masa tu Aman dapat call dari editor G3, Aan Budak Baik. Aman agak excited dan cuak gak. Excited sebab mungkin Aan akan cakap, "Aman, komik ko diterima!" dan cuak sebab mungkin Aan cakap, "Sori Aman, komik kau x layak. DELETED! Hahaha! Padan muka kau budak gomok!!" (ok, imaginasi aku terlebih2... =___=)

So, bila Aman angkat phone je, ayat pertama dari editor Aan, "Hah, apa citer?"

Aman blur. "Err..citer camner ye?"

"Hah, yela? Apa citer ni?"
"Err...saya dengar G3 ada buka peluang, jadi saya try submit. Mana tau terpilih..errr"
"Ohh..aku dah tengok dah komik kau Man. Aku suka."

Pehh..masa tu Aman kat gerai kuih-muih rasa macam nak jerit "Yippararara~!!!" dan ajak makcik penjual tu menari tango. Tapi Aman try control. Nak pendek kan cerita (aku rasa dah panjang dah citer aku ni..) Aman dijanjikan komik Aman ni bermula dari januari seperti yang korang boleh lihat pada gambar di atas tadi. Alhamdulillah sangat!

Yeah~!! Inilah page pertama episod pertama komik AmanWan~!!

Ok, berkenaan komik Aman ni. Ianya komik bersiri berkenaan pasal dunia kucing. Dimana ada seekor kucing bernama Labu yang sangat sangat kagum pada teknologi reka cipta manusia dan bercita-cita nak jadi pereka cipta yang hebat! Namun, ada sesuatu yang tak diduga bakal terjadi... (nak tau, korang kena beli dan baca la kan. hehe) Itu episod 1st ni, Aman boleh katakan, ia masih lagi intro. Bukan penggerak utama cerita yang sebenar. Dalam episod 1st ni, pembaca cuma dapat mengenali watak utama dan misi cerita ini. Dan bagi Aman, episod ke-2 ialah permulaan sebenar! Episod ke-2 nanti pembaca akan kenal dengan beberapa lagi watak penting dan konflik sebenar yang menjadi cerita utama komik ini. Dan juga ianya lebih lawak! Aman sangat tak sabar untuk korang baca episod seterusnya!! (Dah siap lukis, tinggal nak buat toning je lagi)

Apehal dengan Si Labu ni?? (sedutan episod 2)

Ok, ada sedikit konfius di sini. Kalau korang perasan, tajuk komik Aman di kaver depan G3 ini ialah Labubula. Tapi tajuk dalamnya ialah CatWish. Sebenarnya, dua2 tajuk tu Aman yang bagi. MasaAman hantar proposal dulu, Aman tatau nak letak tajuk apa, jadi Aman main petik je CatWish. Kemudian, Aman terfikir, "sesuai ke CatWish tu? Cam pelik je bunyi.." Then bila komik Aman diterima, Aman mohon tukar tajuk lain. Kemudian, Aman dan Editor Aan Budak Baik setuju nak pakai Labubula (kenapa Labubula? ianya dalam episod 3). Tapi sekarang ni dah ada 2 tajuk. Tatau la untuk next isu, pihak G3 akan pakai Labubula atau CatWish. Bagi Aman, tak kisah lah. Yang penting, Aman masih lagi excited ni~!! Yipparararara~!!! XD

Labubula atau CatWish yang korang rasa best? Tanya je. Hik3

Apapun, Aman memang sangat berterima kasih lah pada Editor Aan Budak Baik yang menerima komik Aman ini untuk bersama2 dengan G3. InsyaAllah, Aman akan buat yang terbaik untuk industri komik Malaysia ni! Yoshh!! Rasa happy bila Aman kini selangkah lagi ke arah impian untuk menjadi pekomik yang hebat! Kepada korang yang sudi, sila lah beli, baca dan beri feedback ek. Aman nak hasilkan yang terbaik untuk korang! Terima kasih!

Snap sikit dengan over thumbs up! Hidup G3~!!

-out-

AmanWan & MentolPecah di TV Alhijrah dan Comic Fiesta 2011~!!

Entry ini akan diupdate dalam masa terdekat. hik3

Saturday, December 24, 2011

Karut: Jiranku Maria~

Sepatutnya, ini ialah cerita tentang Hasan dan Borhan yang sedang hidup membujang. Tapi memandangkan mereka sudah punyai jiran baru yang punyai cerita yang lebih menarik, jadi, cerita ini beralih kepada jiran baru itu. Maria.

Apa yang best tentang Maria ialah, dia mempunyai sesuatu yang sangat cool! Iaitu jiran barunya, Hasan dan Borhan. Hasan ni anak pilot. Tapi dia suka keledek. Jadi, Borhan pun suka makan nugget. Borhan pula lebih memahami Maria kerana mereka sudah berjiran sejak sehari lepas.

Apa yang best tentang Maria punya jiran ialah, mereka itu sudah berumur 55 tahun. Tapi masih belum kahwin. Diorang nak tackel Maria. Tapi sebab Maria pakai kerusi roda, jadi, setiap kali mereka tackle, kaki mereka dilenyek roda.

Suatu hari, ketika Maria sedang menyiram pasu bunga, Hasan tiba2 datang secara mengejut.

“Cakk!”
gurau Hasan. Maria terkejut-kejut lantas tersipu-sipu sambil diiringi terbahak-bahak.

“Abe Hassan ni nakal taw”
balas Maria gedik, lalu mencubit manja di bahu kanan Hasan. Secebis daging terkopek dari bahu Hasan. Hasan menahan mulutnya dari meraung. Demi menjaga maruah didepan wanita idaman.

“Maria, maria pakai baju baru ke? Nampak cantik la” puji Hasan pada baju baru Maria yang baru dilihatnya sejak Maria pindah ke kawasan perumahan mereka semalam.

“Ala, abe Hasan ni, menci taw” tersipu-sipu Maria dipuji begitu. Sekali sekala, hidungnya dikembang kempiskan ke muka Hasan. Deras sungguh angin nafas yang keluar dari lubang hidung Maria. Malah, diiringi dengan satu tamparan manja di dada Hasan. Sepalit darah terkeluar di celah bibir Hasan.

Hasan kali ni diam saja. Menahan kesakitan. Maria masih tersipu2. “Abe ni, tiba2 diam, segan la Maria..” diiringi pijakan manja di kaki Hasan.

.......

Borhan kini sendirian.

-end-

Friday, December 16, 2011

Orang2 Hebat di Karnival MPH 2011~!!

INFO: Entry ini agak panjang dan saling berkait dengan video. Jadi, sila baca dan tonton video mengikut susunan yang sudah di aturkan supaya cerita nya lebih ganteng gitu.. atau lebih senang faham. Enjoy ya!

Pehh..lambat betul Aman update event ni. Btw, event ni berlaku masa 10Disember2011 iaitu hari sabtu (kebetulan ada event Karnival MPH 2011). Di mana pada hari tu, Aman akan bertemu dengan pengurus2 syarikat penerbitan Blink Book Sdn Bhd iaitu Tuan Syaizul Amal, Kak Ain Maisarah dan juga Cik Ann untuk membincangkan projek komik Aman bersama mereka.

Alhamdulillah, Aman dapat offer ni semasa kehadiran Tuan Syaizul dan Kak Ain ke rumah Aman tempoh hari. Tapi Aman masih tidak memberitahu umum selagi projek ini belum dibincangkan. Dan pertemuan hari tu telah confirmkan segalanya dan Aman umumkan,

"Bermula 1 Januari 2012, AmanWan akan berkhidmat di bawah syarikat BlinkBook Sdn Bhd sebagai Pekomik Sepenuh Masa."


Pehh..macam ikrar tentera la pulak.

Btw, berbalik kepada cerita, Aman kena datang sana pagi, dalam pukul 9-10pagi. Tapi disebabkan nak elak kesesakan di KTM, Aman bertolak dari rumah pukul 7.30pagi. Dan KTM tetap sesak. (Aku benci KTM..) Tapi Alhamdulillah selamat la sampai.. cuma, kemudian, aman dilanda satu masalah.........



Ya..setelah sesat di Garden Mall, kemudian Aman sesat dalam MidValley lak. Nak cari tempat perjumpaan, Krispy Kreme, tapi x jumpa2. Kredit masa tu habis. Nak beli topup, kedai topup tak buka lagi, dan cari peta mall, dan still TAK ON LAGI?? Apekahh?? (Peta dia guna lampu..selagi tak on lampu, selagi tu tak dapat tengok..duhh..) So, Aman ambik keputusan untuk tunggu kedai serbanika bukak sambil2 usha peta tu menyala. Huhu..

Setelah masalah selesai, akhirnya dapat juga Aman berjumpa dengan Tuan Syaizul dan Kak Ain yang dah menunggu di Krispy Kreme. Huhuhu..nasib baik sungguh mereka juga baru sampai. Dan perbincangan bermula.

Gambar dicuri dari FB page AinMaisarah Novelis. Hik3

Ok, Aman tak boleh nak citer apa yang dibincangkan. Tapi, korang boleh ikuti FBpage dan blog Aman juga Kak Ain Maisarah untuk update2 dari Blink Book. So, setelah berbincang2, Tuan Syaizul dan Kak Ain minta diri dulu untuk menghadiri Karnival MPH di tingkat atas. Dan Aman meneruskan perbincangan dengan Ketua Editor, Cik Ann. Lepas tu, baru kitorang pun pergi sergah karnival MPH~!! Yeahh!!



Lepas dah ronda dan tawaf 2-3 kali tempat tu, Aman pergi surau jap. Sebab Zohor dah masuk. Dan lepas dah solat, Aman pun bergegas naik balik. Mana tau boleh jumpa dengan kawan2 Pekomik atau Penulis, boleh lepak2 dan kongsi cerita. Dan tiba2 Aman ditegur......



Yaaa, mereka2 memang cool!! Razi, Awin dan Suzi sangat peramah! Enjoy dapat berbual dengan diorang. Kalau dulu, Aman akan terkaku bila orang tegur, tapi alhamdulillah, skill bercakap dah improve sikit da boleh sembang2 dengan diorang. Hehehe. Nazry dengan Kak Husna xyah cakap la kan. Itu bersembang sampai malam puntakpe. hahaha. Best jugak dapat sembang dengan Nazry, dapat gak dengar nasihat dari presiden REVgang ni. hehe.

Lepas dah sembang2, Aman tetap buat rondaan lagi. Kali ni, Razi temankan Aman. Tak la kesorangan, ada jugak member berbual. Tapi kesian lak dengan Razi, kena heret dengan Aman pergi setiap booth dan tunggu Aman pilih komik. Hohoho, memang Aman kalau jumpa komik, akan lamaaaaa sebab tengah debate dengan diri sendiri untuk beli atau tak. =)

Dah penat2 ronda, perut dah bunyi dah! Kak Husna dan Nazry ada event di booth PTS, jadi Aman taknak kacau. Jadi, Aman ajak Razi pergi makan KFC. Dan masa nak duduk lak, tiba2 ada orang tegur. Memula Aman macam "Apa?" sebab slang dia lain macam. Then baru Aman dapat tahu, diorang dari BRUNEI! dan diorang menonton iKLan Gangster! Nice!!



Sempat gak sembang dengan Afiq dan Hibat sebelum diorang keluar dari KFC. Diorang rupanya datang melancong ke Malaysia. Dan diorang cakap IKLan Gangster dan Salah Faham Berchatting agak popular kat sana. Alhamdulillah. Aman sendiri pun tak sangka. Lepas tu, Razi pun kena pergi sebab kawan dia tunggu dan Aman buka phone, ada misscall... IRFAN FONER??


Sorry Naz. Aksi flying kiss kau tak dapat dipotong. Laptop aku tak bagi. ;p

Hoho, kitorang macam biasa, bila dah kumpul, memang sembang komik je la banyak. Tapi sekejap je, sebab Nazry pun dah nak balik dan kitorang bertiga pergi solat asar dan makan. Masa tu, tiba2 perasaan mengantuk datang bertubi2!! Sebab Aman tak tido lagi malam sebelum tu, sebab takut akan terlewat bangun paginya. Jadi, nak hilangkan ngantuk, ada 1 cara je. MEMALUKAN DIRI SENDIRI! Aman amik kamera, dan ini lah hasilnya......



Dah makan, kitorang terus balik.. Sangat2 penat dan mengantuk sampai Aman tertidur kat bahu orang lain dalam KTM. Hahaha. Tak tahulah kalau ada berdengkur atau tak. Apapun, satu lagi pengalaman manis tercatat dalam hidup Aman sebagai seorang pekomik amatur. Dan setiap event yang aman pergi ni, setiap orang yang aman jumpa, setiap pengalaman yang aman rasa, ianya akan membentuk AmanWan di masa hadapan nanti. Yoshh!!!!

Buku-buku yang diborong ketika di Karnival MPH 2011~!! Bestt~!!!

Terima kasih semua yang sudi meluangkan masa!!!!

^_______^

-out-

p/s--- entry ke stesen TV Alhijrah tak buat2 lagi. huhuhu.

Thursday, December 15, 2011

Impian Komik Suatu Hari Nanti~!!

Impian pertama Aman ialah menjadi seorang pelukis komik yang berjaya. InsyaAllah setelah Aman kecapi impian itu, Aman ada impian yang seterusnya. Aman nak hasilkan "komik yang bermakna."

Dari dulu, memang Aman suka pada movie, novel, lagu dan komik yang dikategorikan "bermakna". Bermakna bagi Aman di sini ialah suatu karya yang sangat warm dan menyentuh hati mereka yang menikmati karya itu dan membuatkan mereka terfikir sejenak akan kehidupan mereka. Sesuatu yang membuatkan orang rasa lapang dan bahagia.

Antara penulis yang Aman kagumi dalam kategori "novel yang bermakna" ialah Bahruddin Bekri. Sememangnya karya2 novel beliau sering menyentuh hati dengan jalan cerita, dialog, falsafah dan ilmu yang disampaikan di dalam novel2 beliau. Lebih2 lagi, dengan penambahan unsur Islami yang menambahkan lagi seri. Aman nak jadi seperti itu. Nak hasilkan karya seperti itu.

Tapi untuk menjadi seorang pekomik sebegitu bukannya mudah. Ianya perlu dilengkapi dengan ilmu. Dan juga kepekaan yang tinggi.

Hari tu Aman ada beli satu komik bertajuk TESORO. Pada awalnya, lukisan didalamnya yang menjadi tarikan. Kemudian, setelah membaca beberapa komik pendek di dalam ni, ia betul2 menyentuh hati. Cerita mengenai kehidupan hubungan kemanusiaan seperti ahli keluarga dan sahabat. Sangat best!

InsyaAllah, walaupun Aman masih belum mampu, tapi Aman akan sentiasa cuba. Buat masa ini, kebanyakan karya Aman ialah berkonsepkan humor. Dan suatu hari nanti, Aman nak hasilkan komik humor yang penuh makna. Yang dapat menghiburkan sekaligus memberi pengisian kepada pembaca. Harapnya ia akan menjadi nyata. =)

Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

-out-

WuuHuu~!! Ben Wong kembali~!!

Yeah~!! Sebulan menunggu, akhirnya WuuHuu isu 16 dah keluar~!! Macam biasa, Aman ada submit komik bertajuk Doktor Lisa. Hope korang akan suka dengan komik tu. (sori la kualiti tak sebest yang lain)

Tapi apa yang paling special dalam isu ni ialah kemunculan semula komik dari Ben yang populor dengan Le Gardenie suatu ketika dahulu!! Best woo!!

Untuk baca isu-16, boleh klik: WUUHUU 16

Dan ikuti updet dari FB Wuuhuu, boleh klik: FB WUHUU

So, Enjoy dan sebarkan pada rakan2 ya!! Selamat membaca!

-out-

Sunday, December 11, 2011

Karut: Jangan Sedih, Lili!

“Kenapa kau ni bahlol sangat ha?” tanya Majid pada Lili. Lili tunduk. Kertas jawapan yang bertanda 98markah itu dikoyak2kan nya.


“Entahlah jo. Aku rasa bebal gila sekarang. Aku dah putus harapan.” Jo ialah nama glemer Majid. Entah dari mana datangnya “JO” itu pun taktau la. Majid lantas berdiri. Lili masih duduk. Majid duduk kembali. Sangkaannya Lili akan turut bangun, rupanya tidak. Malu sungguh.


“Jo, kalau la ditakdirkan, ayah aku marah aku, Kau nak bekap aku tak?” Lili memandang mata Majid dengan penuh sayu. Majid memandang mata Lili. Kelihatan sayu yang penuh mula melimpah2 dari mata Lili. “Membazir itu amalan syaitan Lili.” balas Majid sambil menutup paip sayu.


“Bukan aku taknak bekap. Tapi masalahnya, kau sendiri kenal perangai ayah kau kan?” balas Jo, atau Majid yang mempunyai nama glemer, Jo. Lili makin tunduk. Dia semakin bingung! Fikirannya semakin kusut. Kepalanya sekarang pun terasa amat berat sekali.


“Jo,jangan duduk kat kepala aku please.” pinta Lili. Lalu Majid atau Jo yang nama sebenarnya Majid, terus turun dari kepala Lili. Lili menangis. Muka Majid kelihatan serius.


“Aku buntu Jo! Aku buntu!” Lili meraung. Jo berwajah cuka. Dia pegang kepala Lili.


“Tidak Lili, kau Lili! Kau Lili!” Jo dan Majid cuba meyakinkan Lili bersama2. Mereka tak mahu Lili rasa kecewa dengan kegagalan duniawi. Ia hanyalah nombor. Tidak penting bagi Jo. Tapi tidak bagi Majid. Majid sukakan nombor. Dia sukakan pencapaian yang telus. Oleh sebab itu, Jo tidak rapat dengan Majid.


Lili tiba-tiba bangun. Majid masih duduk. Dia mahu Lili berasa malu juga seperti dirinya tadi. Tapi Lili tidak duduk kembali. Dia masih lagi berdiri. Majid turut sama berdiri. Sangkaannya meleset. Malu sungguh. Lagi sekali.


Tiba-tiba, datang seorang wanita yang datang secara tiba-tiba.


“Lili, kenapa kau menangis nak?” tanya wanita itu pada Rosemary. Rosemary atau nama sebenarnya Lili terus memeluk wanita yang akan dipeluk olehnya itu.


“Mak, tolong beritahu ayah. Jangan marah Lili!” Rosemary, atau Lili nama sebenarnya mula teresak-esak sambil memeluk erat wanita yang disangkakan emaknya itu. Sememangnya, dia memang emak Lili. Dan Lili ialah anak emaknya itu. Iaitu wanita yang dipeluknya itu. Mereka anak-beranak.


Majid atau Jo diam saja di tepi Lili dan wanita yang disangkakan emaknya itu tapi sememangnya emaknya. Wanita itu memandang Majid.


“Sayang, jangan marah anak kita ya.” Majid akur dengan permintaan isterinya itu. Lili tersenyum. Mereka kemudian hidup bahagia selama-lamanya.

-end-