Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya, NOMIK pertama sudah SIAP LUKIS~!!

Pehhh... setelah bertungkus lumus, perah otak dan tenaga, akhirnya Aman berjaya siapkan lukisan terakhir untuk nomik pertama Aman, Lawak Sekolah! Aman siapkan pada hari isnin lepas, dan semalam menurut editor, mungkin sudah dibawa ke pencetak. Cuma tunggu masa untuk diterbitkan dan dijual pada pesta buku nanti!

Whoahh~!! Tak sabar! Terlalu banyak emosi bermain dalam proses menyiapkan kesemua komik di dalam nomik ini. Biasalah, bagi orang yang amatur dan pertama kali seperti aman, bukan nya suatu kebiasaan untuk melakukan hal seperti ini. Walau apapun, sekarang ni segala penat terasa berbaloi. Cuma sekarang Aman cuak je, nak tahu pandangan pembaca. Harapnya mereka suka! huhu

Alhamdulillah, lepas siap je lukis kelmarin, Aman sebenarnya masih ada banyak kerja. Nope..bukan kerja, tapi hutang! Hutang VLOG! Aman sangat berterima kasih kepada penyokong AmanWan yang sentiasa bersabar menunggu vlog Aman. Walaupun korang tak layan komik, tapi korang sangat memahami situasi Aman. Jadi, Aman rasa sangat beruntung giler disokong oleh orang2 seperti korang semua. TERIMA KASIH~!!

InsyaAllah, sebelum pesta buku nanti, memang Aman target untuk hasilkan beberapa vlog untuk membayar hutang yang lama tertunggak! Tapi bukan itu aje, banyak lagi kerja Aman nak kena siapkan juga, Komik LabuBula untuk G3, Komik untuk Wuuhuu, video Iklan untuk MatBlink, slideshow untuk Talk di UITM Shah Alam, Review complimentary comic, dan update blog dengan entry tentang pengalaman Aman yang Aman simpan selama 2-3 bulan ini.

YOSH~!! Cukuplah seharian tidur semalam AmanWan! Bangkit dan mula bekerja!! Yeahh~!!!!

-out-

(BTW, THANX pada korang kerana sokong IKLAN GANGSTER yang kini sudah melebihi 1 JUTA VIEWS~!!! WOOHOOOO~!!!)
p's- kejap lagi nak ngeteh dengan bebudak Iklan Gangster, dan nak buat video baru dengan diorang~!!!

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #2

Klik imej untuk lebih jelas..... <---Demit! Skang dah jadi Wordy Wednesday! Mencik! >__<

Friday, March 23, 2012

Researcher yang "bersenang-lenang"~!!

Hanya sedikit update tentang buku nomik sulung yang masih dalam progres iaitu, Lawak Sekolah! Btw, sekarang ni Aman sedang menyiapkan bab terakhir (bab 5) untuk bahagian komik. Bahagian novel sedang disiapkan oleh Azanil Fitri lagi.

Banyak cabaran terjadi semasa menyiapkan bab 4, dan dugaan untuk bab 5 ni pun alhamdulillah tidak terlalu berat. Cuma Aman ada masalah dalam mencari idea dan unsur lawak yang nak diletakkan dalam bab 5 ni. Amik masa jugak tahu! Terpaksa pergi kedai buku dan beli beberapa komik lawak, dan menonton beberapa sitcom untuk dapatkan puchline lawak yang best.

Haha, nampak macam bersenang-lenang kan? Emak Aman kadang-kadang risau bila dia tengok Aman tengah baca komik dan tengok sitcom. Katanya, "Ehh, wan! Apa sempat baca2 komik ni? Tengok filem sumer. Komik tu siapkan cepat!"

Haha, susah juga ya kalau sumber rujukan ialah bahan hiburan. Huhu. Tapi walau mata kasar nampak seperti bersenang-lenang baca komik dan tonton sitcom, tapi otak sedang bekerja menangkap dan memproses idea lawak untuk digunakan dalam bab 5 ni.

Apapun, alhamdulillah, lawak dan jalan cerita dapat disusun elok. (tapi tatau la bagi korang lawak atau tak..huhu) Aman akui, kadang2 Aman baca karya sendiri, Aman tak gelak. Jadi, tak pasti jika lawak yang aman pernah buat dalam komik (tak kira la Komik-M, BlinkBook, Wuuhuu atau G3) sebenarnya betul2 lawak atau pun tidak..huhuh

Oklah, Aman nak terus siapkan bab 5 ni. Deadline akhir bulan ni. Lepas tu, boleh ada masa sikit untuk rehat/hangout di KLCC dan hasilkan vlog banyak2.

Oh, rindunya edit video.

^____^

-out-

Sunday, March 18, 2012

Fokus, Motivasi dan Senyum!

Fuhh! Baru je lepas siapkan Bab 4 untuk nomik Aman, iaitu Lawak Sekolah! Oleh sebab bab 4 ni Aman guna digital, jadi Aman macam tak biasa lagi. Tapi Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan! Sangat puas hati! Kat atas ni, ialah sebahagian babak dari Bab 4 (semuanya ada 5 bab kena lukis).

Masa tengah lukis ni, memang kadang2 bila kita fokussss satu benda je, tiba2 penyakit lama datang. Rasa nak lukis komik baru. Terbayang la pulak nak sambung2 lukis komik Biri2 Baem untuk Komik-M jap. Tapi, sebab deadline untuk nomik Lawak Sekolah dah makin hampir, Aman gagahkan jugak untuk fokus! FOKUS!

Sesambil tu, buka FB untuk tengok update, dan tup2... Kak Ain Maisarah upload ni kat FB page dia...

Tersenyum beb! Dah macam orang gila tersenyum sorang2 lama2. Tak sangka. Perasaan memang bercampur baur. Rasa terharu ada. Rasa nak menjerit pun ada! Haha!

Apapun, gambar tu memang terus naikkan semangat Aman ke tahap maksimum! Jadikan desktop background dan terus fokus melukis. Sambil tersenyum.

^_________^

-out-

Tuesday, March 13, 2012

KOMIKA - Sebuah novel untuk Peminat dan Pembikin KOMIK~!!

Hoho, ini Aman nak kenalkan sebuah novel yang sangat sesuai dengan peminat komik! Boleh dikatakan sebagai buku tutorial pada sesiapa yang mahu menjadi pelukis komik. Iaitu KOMIKA~!! Tulisan daripada penulis super ohsem rajin, Nazry Salam~!!

Apa yang best tentang novel ini ialah, dia menceritakan dari mula tentang apa alat2 melukis yang perlu digunakan, hinggalah ke cara2 pembikinan komik itu sendiri. Dengan gaya cerita yang santai, dan lawak (ada sedih juga..huhu) cerita ni memang sesuai untuk semua lapisan umur la.

Tak percaya?? Haa, masa Aman 1st dapat novel ni, orang pertama yang khatam novel ni ialah mak Aman sendiri. Dan mak Aman memang puji novel KOMIKA ni, katanya, penggunaan bahasa yang mudah dan jalan cerita yang best! Impak novel ni kat mak Aman lak, sampai mak Aman sendiri dah faham tentang pensil lid biru, thumbnail dan macam2 proses berkomik. Pehhhh~!!

Buat masa ni, Aman sebenarnya belum lagi berkesempatan khatamkan lagi sebab Aman sedang sibuk dengan kerja melukis. Tapi pelikkan? Macamana Aman tau ceritanya? Haaaa~!! Sebab Aman dah pernah baca cerita ni secara sinopsis panjang (detail tu) sebelum novel ni keluar lagi. Sebab apa?

Sebab Aman ada sumbang karya komik dalam novel ni~!! Yeah!! Komik 10 muka surat khas yang bertajuk KOMIKA juga!

Komik itu boleh didapati di dalam novel tu. Kalau korang beli novel KOMIKA ni, korang memula akan pelik, sebab dia berbalut penuh (takyah nak pelik la..normal je novel berbalut.. =__=). Rupanya, di dalamnya ada komik Aman yang diprint berasingan! Hehe. Tapi, Aman tak pasti samada komik ni akan selamanya ada bersama novel ni atau tak. Sebab di depan kaver novel ni, ada tertulis, PERCUMA KOMIK: Edisi Terhad.

Jadi, Aman assume yang komik ni mungkin ada pada awal cetakan novel KOMIKA saja kot.. (Naz, kalau aku silap, betulkan ye..) Kalau betul macam tu, korang yang nak dapatkan komik ni, mesti cepat2 beli novel KOMIKA kat kedai2 buku berhampiran korang sekarang!! Tapi, jangan beli sebab Aman suruh beli komik tu semata2. Hahaha. Baca juga novel tu. Novelnya itu ganteng bangat sih!!

Apapun, Aman ucapkan all the best pada Nazry Salam untuk projek novel seterusnya. Aman yakin suastu hari nanti dia akan menjadi novelis ngetop di Malaysia ni! Ganbate!!!

BTW, korang boleh beli secara ONLINE dengan KLIK SINI~!! Yeah!

-out-

Selain KOMIKA, ada lagi novel Maria Heroin Kita, novel Hero vs Bonda Pet, dan komik TWIN-X 4 yang masih belum sempat nak baca.. huhuhu.. Nak beli Kawanku Panda nanti di pesta buku! XD

Hoho, gembira gembira lukis lukis gembira gembira~!!

Skang ni Aman memang agak seronok melukis. Sejak ada Tablet PC sendiri, walau terpaksa keluarkan duit simpanan, tapi ianya sangat2 berbaloi! Kerja2 melukis sekarang makin cepat dan rasa lebih mudah.

Hope Aman akan dapat kekalkan (atau lebihkan) momentum gerak kerja seperti sekarang.

Alhamdulillah

^______^

-out-

Monday, March 12, 2012

CatWish..Eh?? LabuBula?? dan Sesuatu yang baru~!!

Hoho, lambat lak Aman buat entry pasal ni. Orait, ini ialah G3 isu 97 dimana dalam ni ada komik bersiri Aman yang sudah sampai 3 episod! CatWish~!! (Gambar di atas kononnya ala2 ZOMBIE dari komik lukisan Bophairy. Tema ZOMBIE bebeh~!!)

Dalam isu lepas, watak utama, Labu tiba2 terserempak dengan seorang budak dari dunia manusia, Hawa! Jadi, isu ni ialah isu mereka berdua berkenalan. Dan korang boleh kenali perangai si Hawa ni macam mana lak. Haha.

Agak susah gak nak fikirkan watak yang keanakan seperti Hawa ni, tapi Aman try buatkan agar watak dia ni nampak adorable dan boleh disukai pembaca.

Ohye, kalau sesiapa yang dah, mungkin korang akan perasan yang tajuk komik Aman itu dah bertukar dari CatWish kepada LabuBula smeula. hahaha. Aman pun tak pasti kenapa pihak G3 tukar semula tajuknya, tapi apapun, harap korang jangan kelirulah. Ia masih cerita yang sama, cuma tajuk saja bertukar. Btw, tak bertukar sangat pun, sebab tajuk CatWish masih ada, cuma diletakkan kecil di atas tajuk LabuBula.

Oklah, ini pulak preview page pertama untuk isu 98 iaitu episod 4 Labubula. Dalam isu ni, Si Labu ni bernekad nak bawa Si Hawa balik ke rumahnya, (kononnya nak belajar tentang rekacipta) tapi, kita try tengok, adakah si Labu berjaya dalam misi membawa Hawa tanpa pengetahuan sesiapa?? Haaa..camno Labu oi? Hoho.

Oh, untuk isu kali ni Aman ada buat sikit pembaharuan. Bukan dari segi cerita, tetapi dari segi art. Cuba korang try tengok page preview kat sebelah ni... Korang boleh detect tak rasa-rasanya? Hehehe~




Yup! Mulai isu baru nanti, Aman akan mula melukis komik LabuBula ini secara DIGITAL~! Aman sudah beli 1 tablet PC untuk memudahkan kerja Aman dan Aman sedang belajar menggunakan software Manga Studio yang sangat2 membantu percepatkan proses inking, dan toning! Sangat jatuh cinta dengan dua2 benda ni!!!

Apapun, harapnya pembaca akan enjoy dengan komik siri LabuBula ni, dan kiranya ada komen atau kritikan, bitau saja Aman supaya Aman boleh baiki dari semasa ke samasa orait?? Cool~!!

-out-