Sunday, July 1, 2012

Kini aku sudah 24. Cool. =)

Hari ni aku dah 24 tahun.

Dan umur inilah yang paling pening dan teruja untuk aku. Sebab umur ini lah aku officially berstatus BUKAN pelajar, BUKAN pekerja... tetapi... Si Anggur..

Maksud aku, Penganggur! PENGANGGUR!

Tapi sebenarnya, aku dah ada kerja dah. (takde nak anggur sangat la kan) Cuma inilah umur aku berada di tengah-tengah antara zaman belajar dan zaman bekerja. Apa yang aku boleh katakan, ini ialah umur untuk aku DECIDE kemana hala tuju aku yang sebenar.

Apa yang perlu ditamatkan, sudah aku tamatkan. Sekarang, aku berada di depan pintu-pintu untuk aku pilih. Masa depan aku.

Umur 24 tahun ini sangat memeningkan sebab ini ialah umur orang-orang macam aku dapat status "budak baru nak HIDUP". Zaman-zaman "budak baru nak UP" dah tiada dah. Dan ini lah tahunnya aku kena plan macam-macam.

Aku nak keje apa?
Gaji macamana?
Nak pilih hobi atau degree?
Kahwin bila?
Dengan siapa?
Aiskrim feveret apa?
Nak pakai kasut ap..
OK, dah melalut.

Tapi nak tell the story shorter enuf (hensem sungguh English kau!), waktu ini lah macam-macam persoalan bermain dalam kepala, dan kadang-kadang soalan-soalan ini jugak la makcik-makcik jiran sebelah duk soal-soal sambil bermain-main gentel inti kelapa.

APA YANG PASTI! (peh, siap capslock tu jenab!)

Aku nak fikirkan karier dulu. Soal kahwin-kahwin ni, aku tolak bagi future AmanWan umur 28 tahun yang pikir. Padan muka dia.

Aku sekarang nak tentukan langkah mana yang patut aku ambil DULU. Kalau nak ikutkan, memang berkomiklah destinasi aku. Tapi, aku juga ada pintu lain yang memberi aku peluang yang menarik. Dalam hal ni, impian itu kadang-kadang kena tunggu. Ekonomi kena jaga juga. Kalau nak kejar impian semata-mata, duit poket tiada, macam mano den nak boli barang2 melukih untuk den capai impian den ha?? Jadi, aku kena pandai imbangkan Kepuasan Hati dan Kepuasan Ekonomi dengan stabil. Dan ini yang serabut aku pikir sekarang.

Walau apapun, aku akan cuba yang terbaik. Aku sudah ada plan yang sangat besar tahun depan. Aku mahu cari seseorang. Atau mungkin beberapa orang. Nanti aku akan beritahu dalam entry tahun baru 2013. Ianya plan utama aku tahun depan. (seseorang itu bukan bini ya. Itu 4 tahun akan datang punya azam. Keh3)

Jadi, 24 tahun huh...

AmanWan, masa untuk memasuki pintu. Dan bersedia explore realiti dunia yang sebenar...

Bismillah...

^_____^

-out-

Saturday, June 30, 2012

Menangis, Terharu, Teruja!!

Aman sangat suka mendengar berita bila ada geng karyawan/pekomik yang semakin maju selangkah. Taki kiralah apa dia. Mungkin komik pertama dipublish, proposal diterima, menang anugerah, apa2 saja yang berkaitan karya, Aman sanagt seronok dengar berita macam tu.

Bila mereka kata mereka rasa terharu, teruja dan macam nak nangis, mungkin bagi certain orang, itu perkara biasa. Tapi bagi Aman, Aman faham perasaan tu. Aman hepi, teruja, dan terharu untuk mereka juga.

"I feel u bro!"

All the best buat geng pekomik/penulis di sana!
Jom kita realisasikan impian kita jom!!

^_____^

-out-

Friday, June 29, 2012

Aku teringin nak......

Aku teringin nak tulis novel...

Aku sebenarnya suka novel thriller yang bunuh2. Tapi aku juga suka novel yang bermakna.. Aku tak pandai berfalsafah macam Bahruddin Bekri.. Tak pandai buat cerita twist bunuh2 ala2 Ramlee Awang Murshid... Hmmm... Aku pandai tulis cerita merepek. Tapi kalau tulis cerita merepek, macam Karangan Karut yang aku selalu buat tu, macam tak sesuai lak.

Habis tu aku nak tulis apa..

Hmmm..

Aku suka cerita lawak...

Tulis cerita lawak? Novel... hmmm.. panjang gak nak tulis novel... Hmmm...

Aku teringin nak tulis novel...

kbai.

-out-

Thursday, June 28, 2012

Kembali Beraksi!

Nampaknya, watak lama akan kembali beraksi. Walaupun kali ini wajahnya di "operate" tapi dia masih Baim yang sama. Akan datang. Projek bersama Komik-M. ^___^

-out-

Watak Nomik Mengganas di Facebook!!

Dulu, masa Aman cipta watak "Hero Sekolah", Aman hepi giler bila ada seorang budak ni jadikan watak Aman tu sebagai Profile Picture FB dia. (Boleh rujuk entry ini) Aman rasa seolah2 macam watak tu real pula. Padahal dia cuma pinjam lukisan je, sebab kebetulan nama dia sama dengan nama watak tu. Haha, Aman excited lebih!

Tapi kali ni lainnnnn~!!

Kali ni, Aman jumpa akaun Facebook watak2 "Lawak Sekolah" yo~!! Ada Robita, Nera Elena, Bard Badzli, Faezah dan Noru! Yang bestnya, kali ini akaun ini betul2 memainkan peranan sebagai watak2 "Lawak Sekolah"! Robita dengan kena bulinya, Bard dengan suka mengusik, dan Nera yang paling garang dalam FB sampai Aman pun hampir2 kena belasah. hahahaha!!

Apapun, Aman sangat gembira bila ini terjadi. Sebab Aman rasa seolah2 Aman hidup di dalam dunia "Lawak Sekolah" itu sendiri. Dapat berbual dengan watak-watak ni, dapat lihat gelagat mereka dalam Facebook, sedikit sebanyak sebenarnya amat membantu Aman dalam menghasilkan jalan cerita yang seterusnya untuk "Lawak Sekolah" dan sekaligus beri Aman semangat!

So, Aman memang sangat2 berterima kasih kepada sesiapa saja yang telah melakonkan watak2 "Lawak Sekolah" di Facebook dengan jayanya! InsyaAllah, akan datang, akan ada ramai lagi watak yang akan muncul dalam nomik "Lawak Sekolah" dan harapnya Facebook akan lebih meriah dengan kehadiran mereka semua!!

JOM! Kita Add Facebook mereka jom!! Klik nama mereka untuk Add ya!!

ROBITA
BARD BADZLI
NERA ELENA
FAEZAH
NORU

Have fun berkawan dengan mereka. (Jaga2 dengan Nera yang garang itu ya! hehehe)

-out-

Monday, June 25, 2012

Pertemuan AWESOME!

Sememangnya, apa2 event yang melibatkan pertemuan kartunis dan pekomik, bagi Aman ia adalah event yang AWESOME dalam perjalanan hidup Aman sebagai pekomik. Even lepak dengan 2-3 pekomik di kedai mamak pun termasuk dalam event yang AWESOME juga!

Bila bertemu dengan rakan pekomik, akan ada 2 perasaan yang menjadikan dia AWESOME! Pertama ialah rasa teruja dapat berkongsi ilmu dan info yang tak dapat nak dengar dari channel Berita TV tempatan. Ini berita mulut ke mulut punya! Kisah2 pengalaman dan kerja keras setiap pekomik akan memberi inspirasi untuk terus rasa semangat. Yang kedua, rasa daya saing. Bila masing2 mula bercerita tentang projek masing2, memang Aman akui akan ada rasa cemburu. Tapi ianya bukan cemburu jahat, ia cemburu untuk menjadi lebih baik. Bersaing secara sihat. Aman nak lihat kawan2 Aman berjaya, pada masa yang sama, Aman taknak kena tinggal. Lebih kurang macam tu la...

Apapun, dapat lepak dengan geng2 komik memang AWESOME, dan Aman sentiasa menunggu peluang untuk bertemu mereka lagi nanti, ngeteh, borak, dan have fun!

-out-

p/s- gambar di atas ialah semasa event "Anda, PM dan Kartunis" di Pasar Seni (24 jun). Dari kiri: ArtZam, Awi, Bophairy, AmanWan, Reja dan XsRizal.

Sunday, June 17, 2012

Buku kedua/ketiga, OnTheWay~!!

Setelah nomik pertama Aman, Lawak Sekolah diterbitkan pada bulan April lepas, sekarang, Aman sudah mula melukis untuk buku kedua.

Kali ini, Jalan cerita lebih clear. Kalau masa nomik pertama itu, Aman masih blur dengan karakteristik setiap watak dan plot. Tapi kali ini, segalanya bagi Aman sudah dirancang dengan baik.

Kepada yang sudah membaca buku pertama Lawak Sekolah, Aman berani jamin, buku kedua akan lebih menarik dan lawak! Jamin sungguh ni!

Dan Alhamdulillah, semasa melawat nenek di hospital tadi, Aman dah dapat idea tiba2 untuk buku ketiga. Untuk buku ketiga ini, Aman agak teruja. Sebab kemunculan watak yang bagi Aman sangat cool dan konflik yang lebih mengancam! Tak sabar nak hasilkan buku ketiga! Rasa macam nak skip je terus lukis buku ketiga. Hahaha!!

Apapun, idea2 ni memang datang tak tentu masa.Tapi Aman sangat bersyukur ia datang awal seperti sekarang. Alhamdulillah!!

Yoshh!! Target, kedua2 buku ni (buku kedua dan ketiga) akan siap semasa hari raya. Tapi Aman masih tak sure. Aman boleh jamin, buku kedua siap masa raya. Buku ketiga mungkin terlewat sikit. Tapi harapnya, target Aman untuk ada 5 siri Lawak Seklah tahun ini akan tercapai.

Amin!!

-out-