Siapa tak kenal Kabir Bhatia, pengarah yang sangat terkenal dengan drama hit meletup, Nur Kasih! Bukan tu je, malah filem2 menyentuh hati dengan cinematografi cun seperti CINTA dan SEPI. Memang Aman sangat admire pengarah ni. Dan2 lak, Aman memang peminat filem emosi, Cinta dan Sepi memang awesome bagi Aman!Dan Aman nak jadi seperti dia.
Saat pertama kali Aman hasilkan shortfilm TITIK bersama geng2 studiomates Aman, masa tu ada la kejap Aman dapat gelaran "New Kabir Bhatia". Kahkahkah, dan2 sebab Aman buat citer sedih. Tapi masa tu dah kembang giler hidung. Skang ni bile tengok balik, baru nampak banyak gile cacat celanya. huhu.
Dan sebab itu Aman decide untuk menuntut ilmu.
Pada 26 Julai lepas, Aman bertemu dengan sifoo Faizal Mukhtar untuk dapatkan pandangan dia tentang produksi filem, drama atau iklan. Memandangkan dia punyai pengalaman dalam bidang ni, aku rasa ianya tepat untuk aku berguru dengan dia. Tunjuk ajarku sifoo!
Dan beberapa penerangan banyak dah diberi, dan Aman juga dapat expose info2 baru dalam dunia produksi. Siap ada homework kena buat lagi. hehe. Ini semua kerana Aman mahu serius dalam bidang produksi. So, itula sebabnya banyak snagat buat shortfilm skang.
Dan tetibe, malam itu juga, sifoo bawak aku jumpa dengan kawan dia, Brader Lan, seorang editor untuk Filmscape (company Kabir Bhatia). Gile teruja wehh! Brader Lan bawak kitorang masuk ke ofis Filmscape dan mata aku sangat2 melilau pandang ofis tu. Giler la! Aku dalam ofis Kabis Bhatia! Aku ada kat depan bilik dia. Aku duduk atas sofa dia! Aku dapat baring atas... OK, over.
Apapun, dalam ofis tu, Brader Lan bawa kitorang masuk bilik editing dia. Kat situ aku dapat tengok trailer Juvana The Movie versi panjang dan juga 1 lagi trailer untuk filem baru yang akan muncul dipawagam tahun 2013, filem seram. hehe.
Dan di sini sesi mentoring berlaku lebih pesat. Brader Lan explain setiap proses yang berlaku bermula dari preparation hingga lah filem di cetak dalam gulungan untuk tayangan wayang. Banyak ilmu baru lagi aku dapat. Super awesome!! Aku yang teruja campur neves ni, cuba bertanya sebanyak mungkin soalan yang terlintas. Memang seronok dapat ilmu macam ni!
Apapaun, waktu tu pun dah pukul 12 lebih. Jadi Aman terpaksa balik rumah. Tapi hope sesi mentoring bersama sifoo Faizal Mukhtar akan terus awesome seperti hari itu. Sangat menantikan untuk dapat ilmu baru!
TERIMA KASIH!
^___^
-out-



