Tuesday, March 26, 2013

CERPEN: Kakak Rambut Blonde yang Budiman.


I hate this!

          Jani mengerut dahi. Dia bukannya benci berada di sini. Malah, dia sangat sukakan Pesta Buku. Biblioholic, katanya. 

          Dia juga bukannya benci kerana tiada teman. Malah, dia lebih suka berjalan berseorangan. Independent, katanya. 

          Tetapi. dia benci kesesakan sekarang ini. Bukannya dia tidak waras untuk menyangka hanya 10 hingga 20 orang pengunjung sahaja yang akan hadir. Ini ialah Pesta Buku. Tentunya Jani sudah membayangkan kehadiran ratusan pengunjung dan peminat buku. Ianya amatlah normal. 

          Tetapi apa yang membuatkan Jani panas hati ialah apabila laluan yang sedang dia redah ini hanya dipenuhi oleh makcik-makcik yang membawa beg plastik berisi sayur, buah dan ikan! Malah, mereka boleh lagi berjalan lambat-lambat sambil terkekek-kekek bergosip tentang hal rumah tangga orang lain. 

          Apakah ini!? Bila masakah Pesta Buku sudah mula menjual sayur dan ikan pula ini?? Jani melihat kiri dan kanan. Ah, dia kini sudah nampak sumber kepada masalah ini! Betul-betul bersebelahan dewan Pesta Buku, terdapat sebuah Pasar Tani. Jadi, sudah pastinya makcik-makcik ini datang dari sana. Malah, Jani juga amat pasti bahawa makcik-makcik ini sengaja ikut laluan dalam dewan kerana mahu menyejukkan badan dengan penghawa dingin! 

          “Ah, menyibuk betul! Nak pergi pasar, pergilah pasar! Tak payahlah nak menyempitkan orang yang mahu beli buku!” rungut Jani sendirian. Dia teruskan langkah ke arah laluan yang dipenuhi dengan makcik-makcik itu. Jani meredah dengan agak kasar. Sesekali badannya menolak makcik-makcik yang menghalang laluan. Terdengar di cuping telinga Jani, bisik-bisik umpatan di belakangnya. 

          “Eh, main tolak-tolak pula dia! Anak siapa itu?” 
          “Kurang ajar! Anak siapa itu?” 
          “Tidak sopan langsung! Anak siapa itu?” 

          Yang teringin sangat mahu berkenalan dengan bapak aku ini kenapa? Jani buat tidak tahu. Kaki masih melangkah deras. Perjalanan terus pantas. Kalau tidak, nanti peluang tercantas! 

          Mata Jani meliar memerhati papan tanda di setiap booth di laluan itu. Sekali sekala, bibirnya terkumat kamit membaca setiap nama penerbit. 

          WinkBook Sdn Bhd.... Bukan! 
          Wi Ti Es Publication… Bukan! 
          Wirangraf...............… Bukan! 
          Wiwi Bookie…......... Hah! WIWI BOOKIE! 

          Jani mempercepatkan langkah kearah booth Wiwi Bookie, dengan hasrat untuk membeli novel bertajuk Pembunuh Gedik! Walaupun buku itu berwarna pink, tetapi ianya cerita misteri pembunuhan. Sememangnya taste Jani! 

          Sejak dia terbaca iklan promosi tentang novel Pembunuh Gedik di Facebook, hatinya sudah terpikat! Kaver yang cantik, sinopsis yang menarik, dan paling penting ianya cerita misteri! Lagipun, banyak juga review yang positif Jani dapat dari blog-blog mengenai novel itu. 

          Tetapi oleh kerana syarikat penerbitan Wiwi Bookie ini masih baru, novel tersebut amat sukar untuk ditemui. Kalau ada pun, ianya agak jauh dari rumah Jani. Nak beli online, memang dia tidak tahu menahu. Well, don’t judge me. Aku online untuk Facebook dan Games saja. Mana lah tahu internet boleh guna untuk shopping! Daa~ 

          Apapun, dengan kemunculan Pesta Buku yang berdekatan dengan rumahnya, memberi harapan pada Jani untuk mencari novel tersebut di sini. Dan jangkaannya tepat! Wiwi Bookie kini ditemui! Sekarang, masa untuk mengeledah rak-rak buku di booth tersebut untuk mencari novel yang menjadi idaman hati! 

          Jani mara kearah rak. Sekali laluannya dihalang oleh seorang kakak berambut blonde dan seorang lelaki berkulit sawo matang yang sedang berdiri di hadapan rak buku sambil berbincang sesama mereka dengan tajuk perbincangan yang bertajuk 'Novel apa yang kita mahu beli lagi?'. 

          "Tempoh hari kita baca tajuk apa ya? Pembunuh Gedik kan?" tanya kakak blonde kepada lelaki tu. 

          "Ha'ah, sangat best! Cuba buku yang lain pula. Pengawas Pinky ini macam menarik." balas lelaki sawo matang tersebut. 

          Mendengar review spontan dari 2 pembaca novel Pembunuh Gadik membuatkan Jani lebih yakin untuk membeli dan membaca novel tersebut. 

          Sejurus saja selepas tu, si kakak rambut blonde dan lelaki sawo matang itu mula beredar dari posisi hadapan rak ke meja cashier untuk melakukan pembayaran terhadap buku-buku yang sudah menepati tajuk perbincangan mereka sebentar tadi. Di antara pinggang si lelaki dan handbag si kakak yang sedang bergerak melintasi hadapan Jani, dia terkilas pandang buruan utama yang di tunggu-tunggu, novel Pembunuh Gedik~!!! 

          Dengan senyuman yang selamba, keterujaan yang sedikit membara, tangan Jani pantas mencapai buku bertajuk Pembunuh Gedik tersebut. Ahh..I’ve been waiting months for this moment! And now it’s finally over! 

          Jani tersengih sendiri. Disaat 5 jari sudah memegang erat buku idaman kalbu, si kakak blonde meneruskan diskusi spontan mereka. 

          "Novel Pembunuh Gedik itu gila kan. Tak sangka pembunuh dia Si Shasha The Nerd." 

          Jemari Jani menolak kembali buku bertajuk Pembunuh Gedik ke tempat asal. Kakak rambut blonde, anda memang budiman. 

Sangat. 


-out-



KATA PENULIS: By the way, ini ialah percubaan aku untuk mula jinakkan dengan penulisan. Aku pernah post cerita ini di status Facebook, tapi kali ini aku cuba tambah2 ceritanya untuk bagi nampak ke'cerpen'nya. Susah juga. Tapi saja nak jadikan hobi baru. Sekarang ini, komik dan buat video sudah jadi kerjaya, aku fikir, aku perlukan 1 hobi baru untuk aku buat suka2 tanpa memikirkan deadline atau requirement.

Hope korang suka cerpen ringkas (yang berdasarkan kisah benar ini) dan doakan aku seronok menaip2 lagi. hehe

Saturday, March 23, 2013

Karut: Drama Taman Ceria

Seperti permulaan yang klise, cerita ini dimulakan dengan sebuah taman yang aman damai. Burung berkicau-kicauan. Kanak-kanak riang bergelak tawa. Pasangan kekasih berjalan berpegangan tangan. Kucing dan anjing berak merata-rata. Peragut meragut dengan jayanya. Orang kampong berjaya menangkap peragut dan sepakan tepat kena pada muka. Dikerumuni sekumpulan lagi lelaki-lelaki dewasa yang menghadiahkan penumbuk padu serta hentakan batu bata. Lalu si peragut pecah tengorak kepala di sebuah pagi, di sebuah taman yang ceria. 

Wow. 

Pastas sangat intronya. 

Baiklah. Hero cerita ini ialah Johan, seorang pemuda yang masih menuntut di sebuah institusi awam berdekatan kedai runcit Tok Tam. Setiap petang Johan menghabiskan masa di taman berhadapan rumah sewanya itu. Hanya duduk santai sambil memerhati drama yang dipersembahkan oleh dunia. 

Jika nasibnya baik, drama yang menarik menjadi santapan petangnya seperti hari ini. Johan sendiri tidak lepaskan peluang memberi saguhati sepak terajang terhadap arwah peragut tadi. Dia tidak kenal pun siapa peragut tu. Apa dia peduli. Sekali buat jahat, kiranya selamanya memang akan jahat. Itu prinsip Johan. Sebab itu jugalah namanya Johan. 

Johan. 

Ok. Tiada kena mengena pun dengan namanya. Balik pada cerita. 

Hari ini, tanpa Johan sedari, sebuah lagi drama bergenre romantic akan menyinggah hidupnya. Dari jauh, kelihatan seorang wanita muda bergaun putih, berambut panjang ikal, berkaca mata hitam menuju ke kawasan taman. 

Maria berjalan dengan gah sekali. Matanya tidak lari dari focus pada wajah Johan. Sampai saja di hadapan Johan, dia menghulurkan not kertas 5 ringgit. “Hutang aku. Settle k?” tanya Maria, lalu terus beredar setelah Johan angguk mengiyakan pertanyaannya. 

Oh? Tidak. Maria bukanlah wanita muda bergaun putih itu. Wanita itu masih berjalan menuju kearah taman. Jalan penuh gaya. Lambat sekali. Biasalah, orang cantik sentiasa dalam slow motion. 

Johan tak peduli. Bukan ada kait dengan dia. Dia terus duduk dan merenung sekeliling taman. Mencari mana-mana drama yang mampu menghiburkannya lagi. 

 Kosong. 

Taman sudah kosong. 

Johan tak sedar rupanya hari sudah malam. Dia bangun dari tempat duduk sambil bermonolog, “Bosan betul cerpen AmanWan kali ini.” 

Lalu beredar pulang…. 

…selepas aku matikan watak Johan ditengah jalan kerana dilenyek lori pasir dengan kepala terselit dicelah rim tayar memusing mematahkan tengkuknya, dan the end. 

Cerita tamat. Dengan penuh ceria.

Kan? 

^___^ 

-end-

Saturday, March 16, 2013

Ah! Senyum!!

Penat-penat balik. Nampak gambar ini. 
Ahh! Dah tak boleh berhenti senyum!

^________________________^

Sekarang jom buat buku ketiga pula! Semangat!Semangat!

Yoshh~!!!

^____^

-out-

Tuesday, March 5, 2013

Kusut

Rasa dalam kepala otak ni dah jadi funfair. Macam-macam bermain dekat dalam ni. I need to talk with somebody. Perlukan seseorang untuk bantu susun kembali segala planning, idea, cerita yang ada dalam otak ni.

Ah, kusut.

Tuesday, February 12, 2013

Kaver ikut Tema


Yeah! Kaver baru siap!!

Selepas habis saja tugasan melukis Lawak Sekolah 2, Tuan pengurus ada komen tentang kaver yang Aman propose sebelum ini tidak kena dengan tema buku iaitu tentang Belajar Persatuan/Kelab. Jadi, sebab itulah Aman melukis semula kaver dengan tema yang lebih jelas.

Yup, nampakkan? Robita dan Bard sedang berpersatuan?

Harapnya Tuan Pengurus terimalah proposal kaver ni. Kaler tu, kaler basic je. Bukan final lagi. Kalau semua settle. hari ini juga Aman sudah boleh start lukis buku ketiga, Lawak Sekolah: Belajar Pementasan!

Yosh~!!

-out-

Wednesday, February 6, 2013

Lukis Settle! Dialog pun Settle!


YEAHHHHH~!!!!

Lega rasanya bila komik kedua Lawak Sekolah sudah siap sepenuhnya!! Aman akui memang ambil masa yang sangat lama untuk melukis. Bila dah siap lukis, ingatkan dah boleh lega dah. Tak sangka menulis dialog pun lama juga. huhu

Aman ni jenis yang tak suka buat dialog awal-awal, melainkan ianya untuk tujuan lawak. Aman lebih selesa lukis sampai habis dan kemudian baru fikir, dialog apa yang watak ini sedang cakap.

Aman memang lemah sikit bab buat dialog kelakar. Ini pun rujuk novel-novel Kak AinMaisarah supaya ada la sikit ala2 dialog lawak+gedik. Hehe. Tapi itu belum ambil kira tatabahasa lagi tu. Pehhh..

Apapun, sekarang ini bahagian komik dah settle. Cuma Tuan Pengurus minta Aman redraw kaver Lawak Sekolah ini sebab kaver yang Aman lukis tak menepati tema. Tiada hal! Lagipun, kaver sebelum ni agak crowded. So, Aman akan lukis sebaik mungkin!

Dan selepas ni, Aman akan terus proceed ke buku ketiga. Takmo tangguh2 lagi dah. Dengan watak utama yang baru, Aman memang tak sabar nak lukis buku ketiga. Hint: Rock n Roll!!

Oklah, jumpa di entry akan datang!

-out-


Tuesday, February 5, 2013

Filmaker Bila Berangan

Aman tak pernah terfikir jalan karier Aman akan ke arah filmaking.

Oleh sebab itu, Aman tak pernah membayangkan perasaan Aman terhadap karier ini. Seperti yang Aman pernah cerita, minat terhadap filmaking muncul pada tahun 2008. Ianya sangat baru.

Kalau dulu, Aman pernah bayangkan, perasaan memegang komik sulung yang pertama. Aman sangkakan Aman akan menangis teresak-esak, tetapi bila Lawak Sekolah terbit, perasaan emosional yang pelik pula berlaku. Haha!

Ok lah, Aman buat entry ni selepas Aman terjumpa 1 video ni. Video ini ialah video reaksi sebuah grup pemuzik independent yang bernama A Great Big World, terhadap lagu original mereka yang dinyanyikan kembali di dalam sebuah rancangan TV Muzikal yang paling top masa kini iaitu, GLEE.

 

Reaksi mereka terhadap lagu tersebut sangat mengharukan. Wajah mereka yang sangat bangga kerana karya mereka dihargai sehingga dimasukkan ke dalam rancangan yang popular tu.

Saat ni la Aman terbayang, apa agaknya reaksi Aman, bila karya filem Aman masuk panggung..??

Ok2, itu terlalu jauh berangan.

Tapi, hey, dream big orang kata. Apa salahkan? Bila dah masuk wayang, mesti akan masuk TV dan akhbar (sebab iklan). Dan akan nampak DVD terjual kat kedai2 DVD. Dan nampak link download illegal kat tenet.. (PANASSSS~!!)

Apapun, ini lah yang Aman nak citer..

Suatu hari nanti, Aman akan hasilkan filem untuk ditayang di setiap panggung wayang seluruh Malaysia. Masa tu korang sokong ek. Jangan beli cetak rompak, dan jangan download illegal! Kang ada gua unfriend! :p

-out-