Kadang-kadang pelik juga. Mana semangat update blog Aman menghilang. Sejak ada FB ni, semua update di sana je. Kasihan blog ini menjadi usang dan kontang. sob sob..Ok lah. Kalau nak ikutkan, Aman sebenarnya sudah patut siap nomik Lawak Sekolah buku ketiga. Tapi akibat diri ini kurang motivasi, tersangatlah lambat hingga hari ini pun tak siap-siap lagi. Wuwuwu~
Biasa la, penyakit lama datang. Bila asyik melukis Lawak Sekolah, tetibe wujud dalam fikiran, "Kan best kalau dapat lukis komik lawan pulak.. Kan best kalau dapat lukis komik cinta islami pulak... Kan best kalau dapat lukis buku conteng conteng pulak.. Kan best.."
Terlalu banyak pemikiran "Kan best..." menguasai pemikiran Aman hingga susah nak fokus dan motivate untuk teruskan Lawak Sekolah. Tapi sekarang Aman sudah belajar sikit demi sikit untuk menjadi fokus. InsyaAllah boleh kekal hingga buku terakhir.
Lawak Sekolah adalah karya pertama Aman. Akan datang, mungkin nak hasilkan siri Robita.. Detektif Robita ataupun Robita Ranger atau Romantik Robita.. keh keh keh! Apapun, itu angan-angan saja. Tunggu lah 3 tahun lagi selepas siri Lawak Sekolah habis ya.
Hohoho~
-out-

