Alhamdulillah!
Setelah bergelumang dengan kesibukan, rasa serba salah, kemurungan, akhirnya SIAP juga karya terbaru LAWAK SEKOLAH yang ke-4 iaitu Lawak Sekolah: Belajar Bersukan~!!! Wee~!!
(sambil menari lagu berjudul "Happy"...~!!)
Yup, melukis komik ini memang tidaklah sentiasa senang lenang. Memang kena fokus, disiplin dan beri tekanan! Tetapi, benda-benda beginilah yang fun. Tekanan yang menyeronokkan. hehe!
TEKANAN MELUKIS LAJU-LAJU

Serius Aman cakap, Aman mula-mula sudah giveup untuk siapkan. Tetapi bila dapat motivasi dari penulis lain, geng2 BLINK, dan terutama sekali bila Tuan Pengurus push, barulah Aman kuat semangat semula!
Memang Aman sangat berterima kasih la pada Tuan Pengurus sebab sanggup push Aman sampai macam ini. Tuan Pengurus kata, Aman mesti WAJIB submit 3 pages komik SETIAP HARI! Atau tindakan lebih berat bakal dikenakan.
(potong gaji mungkin. sob sob!)
Dengan perasaan stress ini lah Aman bekerja bagai gila turbo sehabis mungkin! Walau hampir setiap hari Aman pergi ke sekolah-sekolah untuk membuat talk, kerja tetap kerja. Dalam kereta pun melukis! Sambil tunggu budak rehat di sekolah pun Aman lukis! Lukis bila ada waktu lapang even sekejap!
Dan berbaloi juga akhirnya bila Aman sempat siapkan
(walau dah langgar deadline) sebelum Pesta Buku nanti. Dengar cerita, hari ini nomik Lawak Sekolah sedang berada di kilang cetak untuk urusan pencetakan. Yeayy!!
APABILA PEKOMIK JADI EDITOR

Paling istimewa untuk nomik kali ini ialah hampir 90% dihasilkan oleh Aman.
(kecuali toning sebab Aman tak reti toning lagi) Bila dah siap melukis komik, Aman siapkan dialog dan terus beri pada Kak Ain untuk semakan. Sambil itu, Aman juga belajar menghasilkan bubble dialog dan layout sendiri untuk nomik ini.
3 nomik sebelumnya kami upah editor lain, tetapi sebab masa dah sangat singkat, Aman perlu buat semuanya sekali! Memang banyak kerja tapi memang pengalaman yang fun!!
Alhamdulillah, software
Mangastudio ni memang mudah dan Aman dapat siapkan dalam masa 2 hari saja. Yeay lagi!!
LAWAK SEKOLAH 5 MENYUSUL
Setiap kali melukis nomik Lawak Sekolah
(sudah ada 4 nomik sekarang ini) pastinya Aman menghadapi isu mengejar/langgar deadline ini. Ini bukan 1 benda yang sihat. Sebab bila deadline dilanggar, kerja jadi lebih stress, perlu siap lebih cepat dan kualti juga mungkin drop jika tidak berhati-hati.
Lagi menyedihkan bila ada beberapa scene yang terpaksa dibuang kerana nak memendekkan cerita supaya lebih cepat siap. Ahhh! Tak suka bila benda macam itu jadi!
Jadi, Aman terus buat keputusan untuk sambung melukis buku ke-5 secepat mungkin. Aman sudah rehat 1 hari selepas siap buku ke-4. Sekarang ini, Aman sudah membuat research dan perbincangan untuk buku seterusnya.
(Lawak Sekolah: Belajar Berkhemah menjadi tajuk pilihan. hehe)
Aman bajet, sebelum tahun 2015 menyusul, Buku ke-5 dan Buku ke-6 mesti siap PUBLISH! Ini bermakna, buku ke-7 bakal bertemu di Pesta Buku seterusnya. Yosh!
Memang banyak kerja, tapi melihat hasil kerja kita dibaca oleh ramai orang adalah 1 perkara yang memuaskan hati. Jadi, tiada hal!
Go Aman Wan Go!
Doakan Aman ya! Hehehe!
-out-
p/s: Tak sempat nak buat vlog. Mahu fokus nomik dulu. Capai impian, kemudian baru capai hobi. ;)