Wednesday, September 16, 2015

Mood Patriotik di KAFE KHENIT


Okey. Aman agak busy lately sehingga Aman terlupa nak update tentang majalah Awang Khenit isu Merdeka tempoha hari! Alamak! Nasib baiklah hari ini sambutan Hari Malaysia, jadi bagi Aman masih tak terlewat dan perfect untuk promot! Hehe!

Ok, dalam edisi Merdeka ini, Aman diminta untuk hasilkan cerita yang agak patriotik. Tapi, bagi Aman cerita tentang semangat patriotik adalah benda yang terlalu ramai orang buat. Semua orang tahu kita kena cintakan negara. Jadi, dalam komik Kafe Khenit, Aman hanya lukis kisah bagaimana kehidupan 2 orang pembuat kek ketika hari Merdeka terjadi.

Huhu... maybe komik ini terlalu santai. Well, Aman agak mengaku yang banyak lawak berulang-ulang. Jadi, next isu Aman bajet untuk tambah watak baru dengan perangai yang lain dari lain. Hope boleh tambah keceriaan pada komik Kafe Khenit ni. Hihihi!


Jadi, Aman pun tak mau cakap banyak. Siapa yang belum dapatkan majalah ini, cepat berlari ke kedai majalah sekarang!! Sebelum isu ini tiada lagi dipasaran. Cepat! Cepat! Cepat!

Apapun, selamat Hari Malaysia! Teruskan keamanwanan!
Hihihi!

-out-

Monday, September 7, 2015

Pekomik yang Jauh


Ahh...sibuk betul. Memang tak sempat nak update apa-apa.

Menjelajah ke sekolah-sekolah di negeri Melaka selama 2 minggu dan Kuantan pula seminggu. Ini mahu ke Johor pula. Kemudian siapkan karya komik Awang Khenit untuk bulan September, siapkan rangka novel dongeng untuk Kak Izanor, settlekan hal Lawak Sekolah, rekod video untuk Youtube dan pastu mandi kat Sunway Lagoon lagi... Eh? Itu tak kira busy ya? Hihihi!

Phew~

Waktu tengah-tengah sibuk begini, kalau buka FB, mesti nampak ramai kawan-kawan komik having fun sama-sama. Well, life Aman bukanlah miserable okey! Aman juga seronok dengan geng BLINK yang sangat gila-gila. Cumanya Aman kadang2 miss dengan member2 komik yang Aman biasa lepak dulu-dulu.

Sesi-sesi drink n draw semua tu. Apa boleh buat, duduk jauh kan?

Well~ Even Aman jauh di sini, Aman doakan geng2 pekomik juga dalam keadaan yang sentiasa fun dan hasilkan banyak lagi karya komik. Sama-sama kita berusaha!

Yosh!

-out-

Thursday, July 23, 2015

Manusia yang Berjalan | PART 2


Kekadang tengah aku berjalan, aku tengok ada orang yang melalui jalan yang lain. Ada masuk sungai, ada masuk hutan. Masa tu aku cuba menyahut.

"Weh, bukan situ jalan nak success. Ikut jalan raya ni ha!"


Ada yang dengar dan ikut kata aku. Tapi ada yang senyum kemudian terus berenang ke sungai dan meredah hutan belantara. Aku pelik awalnya. Diorang tahu jalan itu sukar tetapi kenapa masih lalu situ? Kenapa masih percaya cara itu?

Aku teruskan juga perjalanan di atas jalan tar ini. Bersama beberapa orang yang percaya akan jalan yang kami lalui. Bezanya, ada yang jalan di hadapan, ada yang di belakang. Ada yang berlari, ada yang naik motosikal.

Kemudian, jalan tar yang kami lalui retak dan berlubang. Perjalanan yang aku rasa senang, kemudian mencabar. Ada yang berjalan perlahan-lahan. Ada yang berhenti terus kerana tidak mahu risiko tinggi. Malah ada juga yang terus jatuh ke dalam lubang.

Mana yang sempat aku tarik tangan, aku tarik. Mana yang tidak, aku cuma berdoa mereka akan jumpa jalan yang seterusnya. Jalan tar ini kini rasa sukar sangat untuk dilalui. Aku mula ragu2 adakah ini jalan yang betul. Entah2, masuk sungai atau hutan adalah jalan yang tepat. Kemudian aku melihat di kiri dan kanan.

Hutan di sebelah aku kedengaran ada bunyi ngauman singa. Aku lihat ada yang dibaham, ada yang selamat. Ada yang tersangkut dipokok, ada yang dapat mencantas mudah.

Sungai pula berombak besar. Ada yang tenggelam. Ada yang meluncur dengan tenang. Ada yang diserang jerung. Ada yang berkawan dengan haiwan lautan.

Ketika itu aku sedar. Tidak kiralah ikut hutan, ikut sungai mahupun jalan tar. Setiap laluan ada cabarannya. Setiap laluan ada seronoknya. Yang penting, kami semua sedang menuju ke arah yang sama.

Tanya diri dan kemampuan kita. Kau mampu berenang atau menebas atau pandu kereta? Kau sukakan air atau memanjat atau berlari? Kau kena tanya diri kau apa kemampuan kau dan apa laluan yang KAU SUKA. Kalau kau suka dengan laluan kau, tidak kiralah jalan berlubang, serangan singa mahupun ombak, kau tetap lalui dengan gembira. Ini pengalaman dalam perjalanan kau.

Aku kini faham. Setiap orang laluannya berbeza. Dalam setiap laluan juga mereka akan alami cara perjalanan ang berbeza. Malah, aku lihat, mereka yang jatuh ke dalam lubang ada juga melalui laluan bawah tanah yang tidak pernah aku tahu sebelum ini. Hebat!

Bagi aku, yang penting masing-masing teruskan berjalan.

Aku dan beberapa orang kini meneruskan perjalanan kami. Ada yang mahu masuk hutan. Ada yang mahu mencuba sungai pula. Aku tidak kisah. Kesemua jalan adalah possible untuk berjaya.


Ketika aku sedang berjalan beramai-ramai. Tiba-tiba ada seseorang hentikan perjalanan tiba-tiba. Aku pelik.

"Kenapa kau berhenti di sini? Kejayaan jauh lagi dihadapan sana."


Dia senyum. Tiba-tiba ada beberapa orang kanak-kanak muncul dan memeluk dia. Masa itu dia berkata, "Perjalanan aku sampai sini saja. Ini sudah cukup buat aku gembira."

Aku masih tak mengerti. Aku teruskan juga perjalanan. Kemudian setelah beberapa ketika, ada beberapa orang lagi turut berhenti dengan rela hati.

"Kami sudah sampai. Dan kami gembira ada di sini." kata mereka. Aku bingung. Kenapa mesti berhenti sednagkan kejayaan belum dapat lagi? Aku teruskan perjalanan.


Seorang demi seorang berhenti di destinasi yang berlainan. Tetapi mereka berhenti dengan gembira dan cukup senang hati. Aku masih berlari dengan beberapa orang lagi. Aku kemudian memaling muka melihat ke belakang. Melihat wajah-wajah mereka yang berhenti dan aku tinggalkan.

Wajah mereka bahagia.


Ketika itu aku sedar. Mereka sudah capai kejayaan yang mereka SUKA. Kejayaan yang cukup bagi mereka. Mereka adalah orang-orang yang berjaya. Berjaya dengan cara, situasi yang berbeza. Berjaya dengan apa yang mereka ada.

Aku tersenyum. Kadang-kadang cerita hidup ini bukannya bermula dari A hingga Z. Ia mungkin bermula dari huruf F. Mungkin juga dari huruf L. Malah dia juga cukup hingga huruf P untuk berhenti dan buatkan diri rasa puas hati.

Aku faham sekarang ini. Ada satu masa, apabila kita rasa kita sudah berjaya, tidak kira besar mahupun kecil, ia tetap dinamakan kejayaan.

Aku memandang semula kehadapan. Masih lagi jauh perjalanan. Beberapa rakan aku mengangguk tanda bersedia untuk terus mara.

Kami berlari semula.

Tetapi aku pasti, suatu masa nanti aku akan berhenti juga. Perjalanan terlalu jauh di hadapan. Aku mungkin tidak dapat sampai ke sana. Tetapi apa yang aku janji pada diri ini. Tidak kiralah di mana aku berhenti nanti, aku mahu berhenti dengan perasaan SUKA. Perasaan yang aku rasa,

"Aku sudah berjaya!"


-out-

Manusia Yang Berjalan (part 1)

Sunday, July 19, 2015

AYAH TAK MATI KE? | cerpen


Encik Rashid asyik menggaru-garu kepala. Si anak yang berumur 5 tahun berjalan terkedek-kedek kearahnya.

“Ayah, hari ni ahad ek?”

“Bukan. Hari ni hari Rabu. Kenapa Muiz?”

“Kalau ayah ada kat rumah, selalu hari Ahad.”

Encik Rashid menggaru lagi kepalanya bagaikan ada kutu bersarang sekeluarga. Susah betul mahu diterangkan situasinya pada anak kecil itu.

“Ayah tak kerja hari ni. Kena gantung.”

“Kena gantung? Ayah tak mati ke?”

Encik Rashid tergelak sendiri. Logik budak. Namun dilayankan saja.

“Tak mati kena gantung ni. Nanti dapat kerja, ‘hidup’ balik la.”

“Ooo…” Si anak kecil terangguk-angguk. Encik Rashid tersenyum saja lalu kepalanya digaru lagi. Okey. Mungkin memang berkutu. Eww!

“Sudahlah. Muiz pergi main dengan adik dalam bilik ya? Ayah nak berehat.”

Si anak angguk. Terkedek-kedek Muiz masuk ke dalam bilik bertemu adik perempuannya. Encik Rashid masih duduk di atas sofa memikirkan masalah yang melanda. Kepalanya digaru semul… Seriously, Encik Rashid. Kau perlu jumpa doktor. Now.

* * * * * * * *

Mimi berdiri terketar-ketar di atas kerusi mini berwarna pink. Walaupun umur baru 3 tahun, namun dia akur sahaja mendengar arahan abangnya.

“Adik takut…” bibir Mimi terjuih. Dirinya masih berdiri tegak di atas kerusi itu. Muiz pula leka mengikat tali buaian erat-erat ke leher adiknya. Selesai kerja, dia tersenyum puas hati.

“Tak apa. Ayah kata, kalau gantung tak mati.”

Lalu kerusi ditarik.

END


Thursday, July 16, 2015

Kad dari Penomik

Selamat Hari Raya!!

Peh! Punyalah lama tak tulis kad raya, tahun ni 29 keping Aman buat! Siap ada lukisan lagi!!

Tempoh hari Aman ada beli 30 kad raya eksklusif Lawak Sekolah. Aman bercadang untuk beri kepada beberapa pembaca Lawak Sekolah yang selama ini dah banyak beri sokongan. Tahniah!!


Tapi oleh sebab kad raya ini terhad, jadi Aman terpaksa beri pada pembaca terpilih sahaja. Maaf ya!!

Aman serba salah sebenarnya. Namun tak apa. InsyaAllah kalau Aman rajin, tahun depan Aman try bagi pada semua. Eceh!!

Ok la, malam raya ni malas nak online lebih2. Hubungan offline diutamakan dahulu ya!

Salam lebaran!

-out-

Tuesday, July 14, 2015

Masalah Raya KAFE KHENIT


Wah, wah! Majalah Awang Khenit isu ke-3 sudah pun keluar! Ini bermakna episod baru siri komik KAFE KHENIT juga sudah boleh dibaca!

Paling istimewa, majalah kali ini adalah edisi khas Aidilfitri! Haaa...semua cerita pasal raya saja. Jadi, kalau korang nak balik kampung tu, jangan lupa beli dan boleh baca dalam kereta.

Komik Kafe Khenit juga berkenaan hari raya! Kebiasaannya, bila nak raya semua orang happy. Tapi berbeza dengan Kisha dan Para yang bekerja di Kafe Khenit. Diorang tengah resah gelisah tu. Sebab apa? Haaaa....itu kena beli dan baca la!

Untuk episod kali ini, ada penambahan 1 lagi mukasurat. Jadi, bermula isu ini, Kafe Khenit akan ada 5 pages setiap isu. Kalau ramai suka baca, bolehlah demand berpuluh pages. Hihihi! Episod kali ini ada sentimental value untuk kita renung bersama. Aman mahu sambil gelak-gelak, kita dapat mesej juga. :)

Okeylah! Kalau kornag sudah beli dan baca, jangan lupa tinggalkan komen atau kritikan ya! Aman akan cuba baiki untuk isu-isu yang akan datang.


Okey lah, Aman mahu sambung lukis episod 4 pula. Episod 3 sudah submit, rasa bangga pula diri ini. Hihihi!

-out-

Wednesday, July 8, 2015

Aman dan Anugerah


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Banyak hadiah Aman dapat semasa malam Royalti BLINK tempoh hari. Malam royalti tu sebenarnya majlis penyerahan check royalti (untuk jualan buku tahun lepas) kepada penulis-penulis. Tapi, tahun ini sedikit berbeza, BLINK menjadikan malam ini ala2 ABPBH gitew~!!

Siap ada award, anugerah, pengumuman siapa paling tinggi royalti, siapa paling aktif pemasaran dan lain-lain. Memang meriah! Memang BLINK!

Apa yang best event begini adalah dia kasi semangat penulis tu naik. Bila tengok rakan lain succes, jadi masing2 akan cuba untuk jadi terbaik. Lagipun, kumpul ramai2, gelak2 memang syok!


* * * * *

PENERIMA ROYALTI KETIGA TERTINGGI


Serius, Aman memang tak expect pun dapat ini. Sebabnya, 2 penulis yang dapat royalti tertinggi royaltinya berpuluh ribu. Memang lah Aman belum capai tinggi tu lagi. Haha! Namun, Alhamdulillah bila Aman pegang poster award tu, semangat Aman berkobar-kobar mahu pecut Azanil Fitri dan Kak Izanor Sharif supaya dapat royalti yang puluhan ribu juga macam diorang! Aamin!

Tahun depan? Nope, dengan melihat prestasi Aman yang malas2 tahun ini (ditambah dengan krisis GST lagi), rasanya tahun depan tak boleh expect lebih. TAPI... Tapi, tahun 2017 nanti Aman akan pastikan royalti berlipat ganda!

* * * * *

PENULIS PALING AKTIF PEMASARAN


Haaa...yang ini Aman memang expect lah. Sebab tahun lepas 65 buah sekolah Aman telah jelajah, agak banyak tu! Namun, jelajah ke sekolah-sekolah pun bukannya jual buku sendiri sahaja, pasarkan juga karya rakan-rakan penulis dan pekomik yang lain. Sama-sama berjaya, sama-sama industri buku di Malaysia dapat berkembang ye dok.

Cuma yang Aman tak expect, apabila diberi 2 gram emas sebagai hadiah. Wah! Wah! Boleh lah simpan. Mana tahu nanti boleh juga laburkan.Hehe! Tahun ini Aman telah jelajah 49 buah sekolah (setakat entry ini sedang ditaip) dan insyaAllah akan bertambah. Tahun ini juga ramai penulis BLINK sudah aktif ke sekolah dan akan datang ada maskot lagi. Maskot Robita! Yeay!



Atas ini ialah gambar ketika Malam Royalti BLINK tahun lepas. Pertama kali dapat award Penulis Paling Aktif Pemasaran. Masa ni Aman dapat duit RM300 untuk membeli jam (jam pink lagi! hoho) dan dapat trofi tangan pegang mic buat peace (tabung The Voice sebenarnya. haha!) which is irony sebab tangan peace itu maksudnya AMAN, Aman memang pegang microfon jika bagi talk di sekolah, dan Aman memang menyanyi ketika bagi talk. Yup, i sing. Deal with it!

* * * * *

Apapun, Aman harap malam royalti ini akan jadi tradisi BLINK. Maybe akan datang boleh buat betul2 gah ala-ala Grammy Award. Eceh~!!

Tapi tak mustahil bukan?

^______^

-out-