Saturday, December 26, 2015

Untuk 3 Tahun

 

Aman ingat lagi, Tuan Amal selalu pesan bahawa dalam setiap perkara yang kita buat, tempoh yang terbaik adalah 3 tahun. Selepas 3 tahun, KENA upgrade diri.

Itu yang berlaku pada Kak Ain Maisarah. Pada tahun 2007, Kak Ain mula menjadi seorang penulis novel yang bergerak solo. Menghasilkan banyak karya-karya bestseller sendirian. Hanya Tuan Amal di sisi menjadi penyokong setia kepada pembinaan jenama Ain Maisarah itu sendiri.

Setelah 3 tahun, Kak Ain mula upgrade dirinya. Tahun 2010, BLINK mula diperkenalkan dan Kak Ain mula bekerjasama dengan penulis lain. Semakin banyak lagi karya bestseller dihasilkan, semakin tinggi kejayaan diri Kak Ain dan Tuan Amal.

Aman sebagai orang dalam, sentiasa memerhati dan mengidola kesungguhan Tuan Amal dan Kak Ain dalam membangunkan BLINK ini. Dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan kecil ini adalah sesuatu yang besar bagi Aman. Sampai sekarang Aman betul2 bersyukur diberi peluang untuk bersama BLINK. Betul2 bersyukur apa yang berlaku pada 3 tahun lepas...

* * * * *

3 TAHUN LEPAS...

Tahun 2012, Aman mula dijemput dan menyertai BLINK secara official oleh Tuan Amal dan Kak Ain. Ketika itu Aman ditawarkan 2 posisi serentak. Pegawai pemasaran BLINK dan pelukis nomik BLINK. Sebagai seorang yang sedang freelance, 2 peluang itu bagaikan rezeki yang bergolek.

Manakan tidak, Aman ditawarkan kerja dalam bidang buku (yang Aman suka) dan diberi peluang menerbitkan karya (yang Aman lagi suka!). Ketika itu, Aman bekerjasama dengan Azanil Fitri, seorang penulis BLINK senior.

Kerjasama antara Aman dan Azanil adalah 1 perkara yang memang cool. Kitorang sekepala dan senang kerja bersama. Walaupun Aman selalu submit lambat...huhu...  Aman berharap kerjasama kami berdua ini akan terus kekal setiap tahun dan nomik Lawak Sekolah bakal menjadi ikon kepada pasaran nomik pada masa hadapan.

Aman sangat-sangat enjoy 3 tahun Aman bersama dengan BLINK. Banyak yang Aman belajar ketika diri Aman ini bergelar pelukis nomik dan pegawai pemasaran BLINK.


* * * * *

SELEPAS 3 TAHUN....

Kini tahun 2015. Awal tahun lagi Aman sudah teringat akan kata-kata Tuan Amal. "KENA upgrade diri!" dan Aman mencuba untuk mengambil risiko.

Awal tahun, Aman meletakkan sebahagian jawatan dan kerja Aman semata-mata untuk fokus kepada penghasilan karya. Hilang sebahagian kerja, hilang juga sebahagian gaji. Namun, Aman tahu ini masanya untuk Aman laju sementara masih ada peluang dan masa.

Aman pilih untuk menjadi penulis novel.

Alhamdulillah, bermula dengan belajar menulis status Facebook ala2 Kak Ain Maisarah, kini Aman sudah menulis 1 buku novel bersama. Bagi Aman ini satu upgrade diri yang berjaya.

Namun, Aman tetap mahu melukis. Tetapi Aman tahu, agak sukar mahu menulis dan melukis serentak dalam satu-satu masa. Jadi, Aman decide untuk upgrade selangkah lagi.

Aman tubuhkan team nomik sendiri.

Ini adalah sesuatu yang baru bagi Aman. Malah, baru juga buat BLINK. Aman ambil keputusan untuk membangunkan sesuatu yang cukup bermakna dan dekat dengan diri Aman. Detik ini baru bermula, namun Aman berharap kerjasama bersama Danial Haikal dan Amna Syakira ini akan berkembang dengan jayanya.


* * * * *

Sekiranya Kak Ain Maisarah yang dahulunya novelis kini membangunkan BLINK BOOK. Aman Wan juga yang dahulunya penomik mahu membangunkan BLINK NOMIK!

Aman tak pasti apa yang bakal terjadi pada tahun-tahun mendatang. Tapi Aman harap, 3 tahun lagi, 1 lagi tapak akan Aman langkah.

3 TAHUN LAGI...

InsyaAllah

-out-

Tuesday, December 8, 2015

Cabang Baru. Langkah Baru.


Aman sendiri tak tahu nak cakap perasaan kali ini. Ianya sama seperti kali pertama nomik Lawak Sekolah diterbitkan. Tapi... lain sikit.

Pertama kali Aman pegang novel ini, Aman membaca isi dalamnya. Kejap-kejap baca ending. Kemudian baca tengah-tengah. Kemudian ke bahagian babak lain. Dalam kepala terfikir,
"Pehh...ni semua aku yang tulis?"

Memang itu lah. Peh.

Maybe selama ini Aman dikelilingi dengan angan-angan dan dunia lukisan kartun dan komik. Komik dan lukisan membesar bersama. Jadi apabila Aman officially terbit nomik (novel+komik), perasaannya seperti usaha dari kecil kini tak sia-sia.

TETAPI sekarang ini Aman terbitkan novel.

Novel pertama.

Perasaannya pelik. Teruja, kagum dan tak percaya. Tak pernah terlintas pun dulu dalam kepala untuk bergelar Novelis. Memang Aman juga pembaca novel tetapi tidak lah begitu tegar dulu. Sejak Aman join BLINK baru lah perasaan membaca novel itu semakin membuak-buak. Mungkin sebab Aman sudah tahu usaha yang dihasilkan dalam novel.  Sudah nampak betapa strugglenya penulis. Sudah sedar seni baru bernama penulisan kreatif ini.

Itu lah dia.


Dulu Aman selalu bayangkan menulis novel ini lebih mudah dari melukis komik. Tapi keduanya ada pro dan con. (Nanti boleh Aman buat 1 entry khas tentang Novel vs Komik) Cubalah bayangkan, even 1 ayat seperti "Dia kemudiannya rebah menghempas ke lantai..." pun sebenarnya perlu memerah otak. Perlu fikirkan banyak aspek.


Adakah ayat ini relevan?
Adakah perkataan rebah itu sesuai?
Adakah ayat ini mudah untuk disebut?
Adakah ada ayat ang terulang-ulang?

Peningkan? Even 1 ayat sebenarnya adalah 1 usaha keras. Sejak Aman menaip novel ini, baru Aman dapat rasa sendiri susah dan payah menjadi penulis. Dan tentu jugalah keseronokan dan kepuasannya.

Aman memang berterima kasih sangat pada Kak Ain Maisarah dan Tuan Amal yang memberi Aman peluang untuk bekerjasama dan mencuba dalam cabang baru ni. Begitu juga dengan rakan penulis, editor dan segala yang terlibat dalam industri buku kerana banyak memberi inspirasi dunia Aman sekarang. Ini satu dunia baru yang Aman akan teroka dan sangat teruja.


InsyaAllah. Satu lagi jalan telah dihamparkan. Dengan lafaz Bismillah, kini Aman mulakan langkah...

Terima kasih Allah.

^____^

-out-

Saturday, November 7, 2015

Novel sulung AmanWan - LEMBAGA KERUSI BELAKANG

Pada suatu petang yang hening ( klise gila ayat ) sedang Aman makan keropok sambil baring, tiba-tiba dapat 1 mesej beserta link website dari Kak Editor.
"Suka mana satu?"
Bila Aman klik sahaja link itu, terteralah 3 jenis kaver novel ini.

YEAY! KAVER NOVEL SULUNG AMAN SUDAH KELUAR!!

Ya Allah! Happynya rasa! Teringat masa pertama kali kaver nomik Lawak Sekolah ditunjukkan. Perasaan teruja yang sama! Ini ialah novel sulung Aman! Tak pernah-pernah diri ini terfikir mahu jadi penulis novel, namun sejak bersama BLINK dan dikelilingi novelis, aura mereka terserap juga dalam diri. Maka terhasillah sebuah novel seram - LEMBAGA KERUSI BELAKANG~!!

v ( >   w  < ) v

Sememangnya buku seram adalah yang selalu menjadi tarikan buat diri Aman kalau ke kedai-kedai buku. Tapi Aman sebenarnya tidaklah berminat pada 'seram tipikal' seperti pocong semua tu. Tapi lebih kepada horror yang ganas, berdarah-darah dan ada monster!

Tapi cerita hantu tipikal pun okey sahaja kalau plot menarik. Hihihi!

Apapun, novel pertama ini memang banyak cabaran! Aman tak mahu hasilkan sebuah cerita yang hanya nak momokkan pembaca. Aman mahu hasilkan sebuah plot yang ada rasa. Ada feel. Jadi, terhasillah kisah Lembaga Kerusi Belakang ni yang ada nilai sahabat, keluarga dan bermain dengan perasaan pembaca. Yosh!

Selain dari itu, Aman mahu kekalkan prinsip buku BLINK. Walaupun novel hantu, tetapi tetap kekalkan Bahasa Melayu Penuh dan mesra syariah. InsyaAllah tidak terpesonglah sesiapa yang membaca cerita ni. Amin!

Ahhh~ Apapun, sekarang ini semangat terus membuak-buak untuk hasilkan novel seram seterusnya. Yup! Cerita ni ada prekuel dan sekuel juga. Aman sedang tulis sejarah kemunculan "Lembaga Kerusi Belakang" yang menghantui dalam novel ini.

Novel kedua itu akan lebih ganas dan seram. Rasanya terpaksa letak "Untuk Pembaca Matang" juga agaknya kerana banyak konflik dan babak yang agak gory dan creepy. Muahaha!

Jadi, sementara novel kedua sedang disiapkan, apakata korang undi mana di antara 3 kaver ini yang menjadi pilihan? Bagitahu Aman ya!

^_________^

-out-

KAFE KHENIT ada Mat Jantan?


Wah, siapakah mamat hensem di atas ini? Haaa...asyik-asyik cerita pasal Kisha dan Para je, sekali sekala kita letak watak mamat jantan dalam cerita girlish ni. Mana tahu boleh jadi hero ke? Amacam? Sesuai tak muka hero blonde camni?

Apapun, Aman agak suka episod Kafe Khenit kali ini sebab episod ini antara yang Aman banyak lukis detail. Watak, kek, latar belakang. Fuhh...memang penat tapi hasilnya agak puas hati.

Aman harap pembaca akan semakin suka dengan cerita Kafe Khenit ini. InsyaAllah manalah tahu satu hari nanti Sead Studios (syarikat animasi yang buat animasi Awang Khenit) tiba-tiba teringin mahu jadikan Kafe Khenit sebagai animation. Wah, memang teruja la nak tengok si Kisha dan si Para tu bergerak! Macammana la agaknya suara diorang ya. hehehe!


Apapun, tak salah berangan ye dok! Jadi, kepada yang belum dapatkan Majalah Awang Khenit isu 5 ini, mesti dapatkan segera sebelum stok habis di kedai-kedai runcit!!

Yoshh!!

-out-

Wednesday, September 16, 2015

Inspirasi Baru: Jason Segel

Dulu, Aman pernah buat 1 entry tentang seorang pelakon popular yang juga merupakan seorang penulis iaitu Chris Colfer. Dia snagat memberi inspirasi buat Aman. Kini, seorang lai pelakon yang Aman respek sudah terbitkan buku juga! Yesss!!!

Jason Segel. Aman mula mengenali dia ini sejak tonton sitcom How I Met Your Mother. Watak dia dalam sitcom itu sangat-sangat best dan kemudian Aman sangat bersyukur personaliti dia diluar juga best! Dia seorang yang multi-talented. Berlakon, menyanyi, main muzik dan kini menulis buku kanak-kanak! Pehhh!! (Kalau nak ikutkan, dia just tulis skrip then ada co-author yang tuliskan novel tu)

Actually, dia terbitkan buku tahun lepas tapi Aman baru tahu sekarang. (Cis! Lambat betul kau AmanWan!) Berdasarkan review pembaca, buku bertajuk NIGHTMARES! ini mempunyai 3 elemen yang Aman suka iaitu seram, kelakar dan memberi motivasi.

Mengenali Jason melalui interview-interview di Youtube, Aman dapat rasakan dia mempunyai personaliti dan pemikiran yang Aman boleh relate dengan diri. Kalau nak ikutkan, dia ini antara ikon yang Aman rasa dekatlah. (Mungkin istilah ikon itu terlalu berat) Senang cakap, kitorang boleh sekepala. Haaa! Done!

Apapun, Aman cukup happy dengan berita ini. Kadang-kadang Aman mengeluh apabila ada banyak benda nak buat dalam satu masa, tetapi melihat mereka yang multi-talented sebegini, dan sifat positif mereka, buatkan Aman ingin berusaha lagi kuat. InsyaAllah!

Sekarang ini, Aman bersyukur kerana kerjaya Aman dalam industri buku ini semakin bercambah. Selepas menjadi pelukis, kini sedikit demi sedikit bakal menghasilkan novel seram (versi pecah2 kepala. Untuk pembaca matang eceh!) yang bakal diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa 2016. Aman cukup excited sekarang. Maybe sebagai penulis/pelukis newbie, karya Aman masih tak cukup bagus. Tetapi, bak kata Jason Segel (dalam interview di video bawah ini)....

"A lot of people are afraid to be made fun of, so they don't sit through being bad at something until they good at it." - Jason Segel


Jangan takut buat silap. Yang penting, teruskan perjuangan untuk maju ke hadapan. Amin!

-out-

***Lately Aman obsess dengan band Fall Out Boy. Dengar cerita lagi, diorang pun ada tulis buku dan novel grafik??? PehhhhhHH!!!!!

Mood Patriotik di KAFE KHENIT


Okey. Aman agak busy lately sehingga Aman terlupa nak update tentang majalah Awang Khenit isu Merdeka tempoha hari! Alamak! Nasib baiklah hari ini sambutan Hari Malaysia, jadi bagi Aman masih tak terlewat dan perfect untuk promot! Hehe!

Ok, dalam edisi Merdeka ini, Aman diminta untuk hasilkan cerita yang agak patriotik. Tapi, bagi Aman cerita tentang semangat patriotik adalah benda yang terlalu ramai orang buat. Semua orang tahu kita kena cintakan negara. Jadi, dalam komik Kafe Khenit, Aman hanya lukis kisah bagaimana kehidupan 2 orang pembuat kek ketika hari Merdeka terjadi.

Huhu... maybe komik ini terlalu santai. Well, Aman agak mengaku yang banyak lawak berulang-ulang. Jadi, next isu Aman bajet untuk tambah watak baru dengan perangai yang lain dari lain. Hope boleh tambah keceriaan pada komik Kafe Khenit ni. Hihihi!


Jadi, Aman pun tak mau cakap banyak. Siapa yang belum dapatkan majalah ini, cepat berlari ke kedai majalah sekarang!! Sebelum isu ini tiada lagi dipasaran. Cepat! Cepat! Cepat!

Apapun, selamat Hari Malaysia! Teruskan keamanwanan!
Hihihi!

-out-

Monday, September 7, 2015

Pekomik yang Jauh


Ahh...sibuk betul. Memang tak sempat nak update apa-apa.

Menjelajah ke sekolah-sekolah di negeri Melaka selama 2 minggu dan Kuantan pula seminggu. Ini mahu ke Johor pula. Kemudian siapkan karya komik Awang Khenit untuk bulan September, siapkan rangka novel dongeng untuk Kak Izanor, settlekan hal Lawak Sekolah, rekod video untuk Youtube dan pastu mandi kat Sunway Lagoon lagi... Eh? Itu tak kira busy ya? Hihihi!

Phew~

Waktu tengah-tengah sibuk begini, kalau buka FB, mesti nampak ramai kawan-kawan komik having fun sama-sama. Well, life Aman bukanlah miserable okey! Aman juga seronok dengan geng BLINK yang sangat gila-gila. Cumanya Aman kadang2 miss dengan member2 komik yang Aman biasa lepak dulu-dulu.

Sesi-sesi drink n draw semua tu. Apa boleh buat, duduk jauh kan?

Well~ Even Aman jauh di sini, Aman doakan geng2 pekomik juga dalam keadaan yang sentiasa fun dan hasilkan banyak lagi karya komik. Sama-sama kita berusaha!

Yosh!

-out-