Sunday, June 5, 2016

Kembara #BlinkTravel 2016

Sebelum masa berlalu pergi dengan lebih pantas, Aman patut cepat-cepat buat entry tentang Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung pada 29 April hingga 9 Mei yang lepas.

Sebenarnya, kalau ikutkan hati, ada banyak perkara yang menarik terjadi. Tetapi semuanya Aman telah ceritakan di dalam Facebook! Malah, setiap pengunjung pun ada Aman cerita kisah mereka di setiap caption gamabr yang Aman ambil! Gigih betul!

Jadi, entry ini pendek sahaja untuk beritahu tentang secara rumusan apa yang terjadi.


* * * * *

1- Sambutan pembaca dan penyokong yang super awesome! Tahun ini kali pertama Aman berada di Pesta Buku sebagai seorang novelis. Namun, sambutan yang Aman dapat dari penyokong tegar tetap tak kurang! Terharu apabila geng2 yang suka nomik snaggup juga beli novel Aman sebab karya itu Aman yang hasilkan. Thanks geng! InsyaAllah tahun 2018 siri nomik Lawak Skeolah akan kembali di Pesta Buku, sebab tema booth nanti adalah Back To School!


* * * * *

2- Aman berjaya terbitkan 2 buku! Novel Aku Mahu Super Bodyguard dan juga novel Aku Mahu Diari Pink. Alhamdulillah smabutan kedua-dua novel ini sangat best! Di booth Blink, 2 novel ini sering berebut tempat samada Top 3 dan Top 4. Apabila habis sahaja 11 hari, rupanya seri! Tak snagka betul dua-dua novel ini mendapat jumlah yang sama orang beli. Jadi, kedua-duanya adalah buku Top 3 di Pesta Buku booth BLINK tahun ini!


* * * * *

3- Aman bertemu semua idola! Daripada Kak Ain Maisarah, Bahruddin Bekri, Keith Chong dan banyak lagi! Seronok betul akhirnya segala check list ornag yang Aman nak jumpa (penulis/pelukis) berjaya tercapai! InsyaAllah tahun depan kena bat checklist lagi!


* * * * *

4- Tahun ini Aman tidak lagi bekerja di booth Pesta Buku. Selama 4 tahun, setiap kali pesta buku Aman dan penulis-penulis BLINK pasti akan diberi tugas untuk bekerja di booth setiap hari. Memang seronok! Sebab dapat rasa promosi dari bawah. Aman dulu pernah jadi tukang bawak bunting dan berlegar ke seluruh Pesta Buku untuk cari pengunjung. Kemudian kerja uruskan aturan pembeli. Tahun ini, jadi penulis semata-semata. Kira naik pangkat jadi eksklusif gitu. Hehe!


* * * * *

5- Oleh kerana tahun ini Aman tidak bekerja, jadi Aman punyai masa yang lapang untuk bersiar-siar ke booth lain dan bershopping sakan. Kalau tahun-tahun sebelum ini, Aman cuma akan shopping pada 2 hari-hari terakhir. tetapi, kali ini Aman bebas untuk lepak dengan penulis dan pekomik dari penerbit lain. Syok hangout sama-sama! Tapi syok juga duit hilang akibat berbelanja buku setiap masa. Huhuhu!


* * * * *

Pesta buku memanglah moment yang best untuk Aman. Sekarnag ini, kami di Blink sudah bersedia untuk buku-buku keluaran Pesta Buku 2017. InsyaAllah Aman bakal menulis 3 buah novel! Teruja dan cuak juga sebab ketiga-tiga novel itu mesti siap sebelum bulan 11 tahun ini. Namun, doakan Aman berjaya ya! Yosh!

-out-

Thursday, March 24, 2016

KAFE KHENIT Bertukar Gaya


Wah! Lama betul Aman tak update tentang komik KAFE KHENIT yang diterbitkan di dalam Majalah Awang Khenit. Haaa... ini adalah projek komik bulanan yang memang mencabar bagi Aman. Disaat busy dengan projek nomik dan novel BLINK, Aman perlu ambil masa untuk siapkan komik KAFE KHENIT ini secepat mungkn. Namun selalu je terbabas deadline... huhuhu... 

Bermula Majalah Awang Khenit isu 6 hingga terkini, Aman banyak lakukan eksperimen dengan komik KAFE KHENIT ini. Meh tengok apa yang Aman lakukan untuk setiap isu meh!

* * * * *


MAJALAH ISU 6

Ketika Aman menghasilkan komik untuk isu 6, waktu itu Aman sedang menyiapkan novel Lembaga Kerusi Belakang. Jadi, Aman banyak membaca dan menonton filem hantu kerana mahu menjiwai gaya penulisan. Sehinggakan komik KAFE KHENIT menjadi mangsa apabila terkena tempias kisah seram. Hahaha!

Kepada yang pernah membaca novel Lembaga Kerusi Belakang, pasti akan ada yang perasan babak di dalam komik KAFE KHENIT isu ini ada menyerupai salah satu babak seram di dalam novel. Aman sendiri baru perasan bila ada pembaca yang bagi pendapat. Memang betul-betul kuat tempias novel seram itu dalam komik KAFE KHENIT ni!


Kisah Kisha yang tidak boleh tidur malam kerana takutkan kilat dan guruh yang berdentam-dentum... namun ada sesuatu yang menakutkan lagi bakal berlaku...! Aman enjoy melukis babak selain di kafe seperti ini. Jadi, isu 6 ini memang tiada masalah untuk Aman siapkan. 

 * * * * *


MAJALAH ISU 7

Waktu ini ada banyak deadline yang Aman kena follow. Ada banyak kerja BLINK yang perlu disiapkan juga. Jadi, Aman bercadang untuk meringankan sikit beban dengan menghasilkan komik KAFE HENIT versi shoujo, iaitu versi komik ala-ala cintan-cintun.

Ini kerana Aman tengok, komik cinta tidak banyak pakai background. Hanya perlu letak corak screentone bunga-bunga je dah siap. Namun, entah mengapa tangan ini gatal melukis sehingga background full. Akhirnya, mahu melukis cara mudah sudah bertukar cara susah!


Apapun Aman tetap enjoy melukis komik KAFE KHENIT dengan gaya baru begini. Kadang-kadang perlu ada buat perbezaan sedikit kan? Baru seronok! Namun lukisan watak perfect figure bukanlah kebolehan Aman. Aman lukis style chibi je. Jadi, next time kena tukar jadi comel-comel dan chibi semula!

* * * * *


MAJALAH ISU 8

Isu yang ini Aman sangat enjoy pada masa yang sama sangat stress juga! Stress kerana ada banyak tugasan mendadak ketika menyiapkan komik dalam isu kali ini. Jadi, Aman tidak dapat siapkan 5 pages seperti biasa. Hanya mampu siap 3 pages sahaja.

Mujurlah untuk isu kali ini Aman suda ada backup dengan 2 komik loose tentang bodyguard (pengaruh novel Aku Mahu Super Bodyguard) yang akhirnya dapat gantikan slot KAFE KHENIT. Huh, lega...


Namun Aman super enjoy lukis komik isu 8 ini kerana Aman melakukan perubahan pada stroke lukisan serta watak-watak KAFE KHENIT. Jika ada yang perasan, rupa Kisha dan Para di dalam isu ini lebih comel dan extra chibi! Warna juga Aman ubah sedikit supaya lebih ceria. Yeah!!

Isu ini masih lagi ada di dalam pasaran dan kedai-kedai majalah. Jadi, kalau korang mahu baca kisah KAFE KHENIT kali ini masih sempat untuk dapatkan! Cepat pergi kedai sekarang!

* * * * *


Hoho, jadi itulah 3 isu yang belum sempat Aman update di dalam blog kepada korang semua. Ini majalah bulanan, jadi kemungkinan isu 6 dan isu 7 tiada lagi dijual di pasaran. NAMUN, Pesta Buku Antarabangsa 2016 nanti ada booth yang special untuk Majalah Awang Khenit. Jadi, jika ada yang mahu cuba nasib, bolehlah datang ke gerai Awang Khenit atau SEAD STUDIOS untuk dapatkan semua majalah ini ya!

InsyaAllah akan ada isu bumper yang tebal diterbitkan juga! Jadi, kalau terlepas memang rugi sebab banyak komik best-best dalam ni! Thanks semua dan keep sokong KAFE KHENIT sampai bila-bila!

^____^

-out-

Sendiri Emosi

Setelah 2 bulan novel AKU MAHU SUPER BODYGUARD disubmit pada pihak editorial, Aman tidak baca-baca pun lagi karya itu. Sehinggalah Kak Editor akhirnya memberikan fail PDF novel itu untuk Aman semak sebelum dihantar ke kilang cetak!

Sepatutnya, Aman ditugaskan menyemak sebarang typo atau tatabahasa yang salah. Namun, oleh kerana 2 bulan tidak membaca karya ini, Aman terlayan sehingga 4 jam lamanya!

Kak Editor emelkan pada pukul 12 tengah malam tadi. Aman mula membaca pada 12:40 malam sehinggalah 4:40 pagi! Non stop!


Selama 4 jam ini, Aman kejap-kejap tergelak terkekek-kekek (dengan tulisan lawak sendiri..haha), lepas tu meremang bulu roma apabila babak suspen, dan yang paling tidak boleh tahan rasa sebak dan bertakung sikit air mata ketika babak emosi...

Padahal... INI NOVEL SENDIRI NI!

Even setiap babak dah SPOILER dah pun sebab sendiri yang tulis kan.

Tapi entah kenapa... Aman membaca dengan pandangan BUKAN PENULIS pula malam ini. Aman rasa sangat kagum. Aman rasa sangat tak percaya. Aman rasa sangat emosi...

"Aku yang taip semua ni...?"

Soalan yang Aman tertanya dari tadi. Ahh... personally, Aman sukakan novel ini. DAN Aman sangat-sangat tidak sabar mahu tahu emosi pembaca apabila membaca pula.

Alhamdulillah, satu karya lagi sudah bersedia memberi impak untuk pembaca.

InsyaAllah!

-out-

p/s-- Tak sabar nak baca pruf untuk AKU MAHU DIARI PINK pula! Mesti lagi syok!

Tuesday, March 22, 2016

Karya Novel di Awal 2016


Tahun 2016 ini memang Aman mahu fokus dalam bidang baru iaitu penulisan novel. Bagi Aman ini satu lagi cabang yang perlu Aman asah sementara peluang sedang terbuka. Lebih lagi, 4 tahun melukis bersama BLINK, tiba masanya untuk Aman mengambil nafas baru. Cerita baru, bidang baru, hobi baru.

Namun, tidak bermakna Aman tinggalkan komik terus. Aman masih lagi melukis kerana Aman mahu BLINK Nomik berkembang pesat. Alhamdulillah Aman kini bersama pelukis-pelukis hebat yang bakal memeriahkan lagi industri nomik.

Jadi mesti korang tertanya-tanya, novel apa je yang Aman tengah taip dan sudah siap taip? Meh Aman kongsikan projek novel yang sedang berlangsung dalam awal tahun 2016 ini.

* * * * *


1 - AKU MAHU SUPER BODYGUARD

Ini ialah novel Aman yang pertama dalam genre gedik-gedik! Seperti yang korang tahu, BLINK memang terkenal dengan cerita yang gedik lagi mengada-ngada. Namun, untuk karya Aman ini, Aman meletakkan sedikit unsur suspen dan jenayah supaya jalan cerita lebih menarik!

Novel ini Aman siapkan dalam masa 1 bulan, bermula pertengahan Disember 2015 hinggalah Januari 2016. Kini sudah pun dalam proses editorial dan bakal terbit di Pesta Buku Antarabangsa 2016 pada bulan April nanti.

Novel ini Aman telah rangka ceritanya lama! 2 tahun lepas lagi. Namun pada ketika itu Aman tidak yakin pada kebolehan diri, jadi Aman pass pada rakan penulis BLINK untuk bekerjasama menjadi penulis. Namun, akhirnya karya ini di pass ke seorang demi seorang sehinggalah kembali ke tangan Aman semula.

Aman tidak mahu karya ini tertangguh lama lagi, jadi Aman sahut cabaran untuk hold sekejap pembikinan nomik Lawak Sekolah 6 untuk mencuba tulis novel ini. Alhamdulillah, pengalaman yang seronok dan siap dengan jayanya!


* * * * *


2 - AKU MAHU DIARI PINK

Novel ini Aman bekerjasama dengan rakan penulis BLINK iaitu Alam Anuar yang terkenal dengan novel Aku Mahu Banglo Pink! Aman menjadi pereka cerita dan editor, Alam pula menjadi penulis.

Novel ini juga cerita gedik-gedik yang terselit kisah jenayah! Hahaha! Memang Aman suka letak konflik yang berat-berat pada watak gedik. Ini kerana Aman terpengaruh dengan filem chic flick seperti Legally Blond dan White Chick! Cerita gadis-gadis tetapi ada konflik yang besar dan menarik.

Namun, berbeza dengan novel Aku Mahu Super Bodyguard, novel ini Aman awalnya mengalami kesukaran sedikit. Ini kerana Aman perlu edit penulisan Alam Anuar supaya mencapai feel yang Aman expect. Jadi, mengedit hasil karya orang lain agak sukar juga kerana Aman perlu pastikan Aman tidak mengubah gaya penulisan dan identiti Alam Anuar dalam novel ini.

Alhamdulillah, novel ini juga berjaya siap edit sebulan selepas Aku Mahu Super Bodyguard. Alam siap menaip pada bulan Januari, maka Aman pula siap edit novel ini pada Febuari 2016. Novel ini juga bakal terbit di Pesta Buku Antarabangsa 2016! Yeay! Ada 2 novel terbit serentak!


* * * * *


3 - SEKUEL LEMBAGA KERUSI BIRU

Kepada yang pernah membaca novel sulung Aman iaitu Lembaga Kerusi Belakang, ini adalah sambungan kepada novel itu. Alhamdulillah sambutan novel pertama sangat memberangsangkan sehingga berstatus bestseller! Sudah diulang cetak lagi 5000 naskah dalam masa 2 bulan. Wahhh!!

Jadi, makin membuak-buaklah perasaan Aman untuk menyiapkan sambungan untuk siri lembaga ini. Aman sekarang lagi 5 muka surat sahaja untuk siap. Namun menaip novel seram ini lebih mencabar kerana Aman perlu pastikan setiap ayat memberi emosi yang jelas kepada pembaca.

Berbeza apabila menaip novel siri AKU MAHU yang Aman boleh taip ayat gedik dan lawak sesuka hati. Novel seram memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Silap pilih perkataan, perasaan seram tidak akan datang. Silap susun kedudukan ayat, pasti cerita akan bosan.

Namun, Aman yakin jalan cerita kali ini lebih seram dan lebih berdarah berbanding buku pertama. InsyaAllah buku ketiga dan penamat untuk siri lembaga kerusi ini bakal Aman mulakan pada Mei 2016 pula. Yosh!!


* * * * *


4 - NOMIK LAWAK TERBARU

Tahun ini juga Aman memegang jawatan sebagai pengurus/editor untuk Nomik BLINK. Ini bermakna, Aman kini di dalam proses mengumpulkan beberapa pelukis untuk bekerjasama melukis komik dengan Aman.

Alhamdulillah, untuk projek pertama Aman menerima 2 pengkarya yang mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu Danial Haikal dan Amna Shark! Sebelum Aman diberi jawatan lagi Aman memang follow karya kedua-dua mereka ini secara senyap-senyap. Jadi, apabila big bos berikan jawatan ini pada Aman, memang mereka berdua antara yang sudah di dalam list mesti tarik masuk BLINK! Haha!

Projek nomik kami juga berjalan sangat lancar dan seperti yang korang tahu, nomik adalah gabungan Novel+Komik. Untuk nomik lawak terbaru ini (tajuk dirahsiakan dulu) Aman, Danial dan Amna melukis komik bersama-sama.

Namun, untuk bahagian novel, hanya Aman seorang sahaja dan dibantu oleh Kak Ain Maisarah. Novel untuk nomik ini juga lebih mudah seperti menghasilkan siri AKU MAHU. Malah mukasurat juga tidak banyak dan konflik juga santai. So far, Aman enjoy menulis untuk nomik lawak ini!

InsyaAllah Aman target 2 buah nomik ini bakal terbit pada akhir tahun 2016 nanti. Amin!


* * * * *


Alhamdulillah, setakat ini sudah ada 4 projek penulisan yang sedang Aman usahakan di awal tahun. Ada banyak lagi yang bakal Aman tulis. Ada banyak lagi genre novel yang akan Aman taip.

Aman peminat siri bunuh yang kejam-kejam. Idea untuk 3 buku sudah ada dan big bos sudah suka ceritanya. InsyaAllah bakal menulis 3 buku itu pada bulan 7 akan datang.

Jadi, doakan Aman berjaya dalam karier sebagai novelis juga ya!

Terima kasih kerana support Aman!

v( ^______^ )v

-out-

Artikel Majalah ASUH

Hah! Bersawang sungguh blog ini. Sebenarnya banyak perkara yang terjadi awal tahun ini. Aman sendiri terasa begitu busy sehingga tak sempat nak taip entry blog. Walaupun busy, tapi busy yang best!
Masa Januari lalu, Aman sibuk dengan kerja penulisan novel, edit novel orang lain dan melukis nomik! Kemudian diberi tugas untuk tulis artikel pula. Pehh!! Namun sempat juga Aman siapkan artikel yang big bos BLINK minta dalam 1 hari. Cuma 2 pages sahaja. Tiada masalah!

Alhamdulillah! Bulan ini artikel yang Aman tulis telah dikeluarkan di dalam Majalah ASUH isu April 2016~!! Yeah!!


Siap ada gambar besar-besar di situ! Haha!

Bermula Majalah ASUH isu Mac 2016, setiap bulan akan ada artikel dari penulis BLINK yang berbeza. Setiap seorang diberikan ruang oleh Kak Ain untuk berkongsi cerita kisah Memori Zaman Remaja.

Nak tahu memori Aman masa remaja? Haaa...dapatkan Majalah ASUH sebelum habis stok ya!

^____^

-out-

Monday, February 29, 2016

Mencari Super Bodyguard Sebenar


Awal tahun 2016 ini dimulakan dengan satu perasaan yang penuh teruja. Tahun yang penuh dengan azam baru, diri baru dan tentunya kerjaya yang mahu dikembangkan.

Awal tahun ini adalah sesuatu yang membuatkan Aman super busy, super teruja, dan pada masa yang sama sesuatu terjadi dan membuatkan diri super depress juga.

Kali ini Aman betul-betul di uji untuk menjadi profesional dalam impian ini. Sebagai seorang pengkarya yang mahu berkarya penuh jiwa, namun terpaksa mengasingkan emosi peribadi yang langsung terganggu. Aman banyak ambil masa untuk hubungi rakan-rakan, sibukkan diri chat dan bertemu mereka di event-event. Dengan cara itu Aman dapat lupakan hati yang luka ni.

Akhirnya, Aman baru sedari satu-satunya yang Aman semakin jauh adalah hubungan diri dengan yang Esa. Kadang-kadang lupa yang tengah diri ini super busy mahu mencapai kejayaan, tapi seruan Dia langsung dilambat-lambatkan.

Awal tahun ini juga, banyak perkara terjadi. Alhamdulillah yang Maha Penyayang masih memberi peluang untuk Aman teruskan mencapai impian dengan hati yang senang. 

Sekarang ini, satu-persatu kerja dan jalan Aman semakin dimudahkan. Satu-peratu berita seronok yang Aman terima. Satu-persatu hubungan dieratkan. Aman sekarang sangat happy dan bersyukur. Semoga perasaan ini dapat dijaga sampai bila-bila.

Oh, dan perkara yang paling seronok adalah kaver novel terbaru Aman kini sudah siap! Novel jenayah gedik-gedik yang berjudul AKU MAHU SUPER BODYGUARD ini Aman taip dalam masa 1 bulan sahaja. Sangat seronok menaip novel ini walau banyak cabarannya.

Di atas adalah pilihan kaver yang sekarang ini dalam proses undian. Aman bersyukur perkara baik kini semakin membuatkan hati Aman gembira dan tenang. Yang paling penting, Aman berharap hati ini sentiasa dijaga oleh SUPER BODYGUARD yang Maha Berkuasa di atas sana. Ini yang Aman betul-betul mahukan. :)

InsyaAllah.

^_____^

Tuesday, February 2, 2016

Tentang Januari 2016

Ada banyak kerja perlu disiapkan. Ada banyak deadline perlu dikejar.
Ada banyak janji termungkiri. Ada banyak kawan yang dilukai.

...dan semuanya aku lalui sendiri.

Selama satu bulan ini dengan 1 hati yang hancur.

-out-