Thursday, December 27, 2012

Inspirasi Baru: Chris Colfer

Btw, minat dalam pelbagai kerja seni membuatkan Aman kadang-kadang dalam dilema. Yang mana patut Aman pilih? Filmaking? Comic? Acting? atau yang terbaru, Writing?

Kadang-kadang, nak jadi semua sekali serentak rasanya agak mustahil. Aman sukakan semua ini. Tapi for some reason, kadang-kadang terasa agak sesak juga jadual bila terlibat dalam semua perkara dalam satu masa. Sehinggalah Aman temui 1 lagi inspirasi baru.

Chris Colfer. Yup, maybe ada ramai antara korang kenal siapa ini, dia adalah pelakon (agak utama) dalam series Glee. (Ya, aku tengok Glee. So what?) Dia seorang actor yang sangat berbakat. Dan juga punyai suara yang sangat powerfull! Tapi, Aman bukan nak cerita pasal Glee. Tapi nak cerita pasal Chris Colfer ni. Dia seorang yang sangat busy dengan dunia lakonan dan music dan tup tup tup...



Dia terbitkan buku kanak-kanak.

Whoahh! Cool! Dia ada masa untuk tulis buku juga dalam sibuk-sibuk. Menarik. Buku pertama dia ialah Land of Stories. Aman tak baca lagi, sebab buku ni cerita pasal dunia fairy tales seperti Cinderalle, Snow White semua tu (buku kanak-kanak katakan). Apapun, ini dah cukup buat Aman sikit kagum sebenarnya... Kemudian, tak lama selepas tu.. tup tup tup..

Dia keluarkan MOVIE??? Struck by Lightning. Dalam ni Chris Colfer jadi lead role, writer dan juga producer. Dan selepas tamat je penggambaran, oleh sebab dia sayangkan watak2 dalam filem sulung dia ni, dia adaptasikan filem ini ke bentuk buku! Ok, ini melampau! Sekarang, dia berlakon dalam series yang paling populor, Glee; hasilkan music album  bersama Glee cast; terbitkan 1 buku kanak-kanak; tulis skrip movie; dan sebuah lagi novel young adult..... Ohyea, dan dia baru berusia 22 tahun....

Ini sangat cool!!!

Aman sudah baca novel Struck by Lightning. Sebelum ini, Aman pernah tengok beberapa interview terhadap Chris Colfer dan Aman agak yakin yang dia punyai nilai humor yang spontan dan best. Sebab jawapan interview dia agak laak dan menarik. Dan Aman tepat! Struck by Lightning sememangnya lawak!! Best!! Walaupun movie wujud dulu, tapi Aman lebih prefer buku. Sebab dalam buku lebih banyak penambahan scene yang lawak dan detail daripada movie.

Apapun, dia menjadi 1 inspirasi baru la buat Aman sebagai seorang penulis. Sebelum ni, Aman juga ada terinspirasi dnegan penulis2 fav Aman (klik link ini) dan nampaknya kini bertambah lagi seorang dalam list! Yeahh!!!

AmanWan! Berusahalah!! 2013 akan lebih mencabar!!!

Yosh!! ^____^

Ah,peduli apa aku Chris Colfer gay. Aku bukan bapak dia! 


Aman terjumpa interview session ini. Best! Kenali Chris Colferdan gerak kerja dia. Peace!



-out-

Friday, November 30, 2012

Aku tewas dengan GODAAN DIA~!! XD

Ahhh~!! Menggoda sungguh!

Apa? Bukan! Jangan fikir bukan-bukan! Maksud Aman, setiap kali masuk kedai buku MPH ataupun POPULOR, mesti novel terbaru Nazry Salam ni menggoda Aman untuk beli!!


Ini sebabnya, kaver dia sangat menarik! Kisah penyiasatan pulak tu! Dan2 pulak, Aman kenal penulis ini dan juga memang sudah pernah baca karyanya yang lain. Jadi, pastinya novel ini akan memberi kepuasaan yang sama juga! InsyaAllah!

Tapi masalahnya....

Novel-novel dalam bilik Aman masih MELAMBAK lagi yang belum baca!! Huhuhu!! Lebih-lebih, dalam beberapa bulan lepas Aman sudah mula beli dan baca buku-buku filmaking. Jadi, novel hanya beli untuk mencantikkan rak saja.. huhu..

Tapi, lama-lama, novel ni masih lagi degil. Tetap juga tak putus asa menggoda Aman....dan Aman tewas! Aman beli juga!! Yeayyy!!! Tapi dengan bersyarat!! Aman perlu habiskan baca atleast 2 novel yang lama sebelum baca novel baru ni.

Dan Alhamdulillah! Misi berjalan lancar! Semalam dan hari ini dah tamat baca 2 novel lama! Hoho! So, malam ini, kita akan bertemu!

Nak goda aku sangat kan?? Haa..hambik ko! Aku baca ko malam ni jugak!!

YOSH!! *selak2 buku*

-out-

Tuesday, November 27, 2012

Berhabuk Kau Jah!

Ahhh.. sangat merindui perasaan menaip entry blog. Sebenarnya terlalu banyak perkara terjadi. Tapi disebabkan kita semua dah ada Facebook, jadi, kegunaan blog ni untuk update segala perkara dah jadi semakin malas..

Aman dah jumpa dengan ramai orang, pergi banyak event, lalui macam2 perkara best dan tak best.. But somehow, Aman akan ceritakan juga sikit demi sikit dalam blog ni. Aman takkan biarkan blog ni terbiar saja. Sebab Aman kena tau tujuan asalnya blog ni ditubuhkan.. Yup! Untuk menjadikannya 1 bacaan inspirasi kepada generasi akan datang!

Apapun, lately, Aman banyak habiskan masa dalam dunia filmaking. Baca buku pasal film, skrip, screenwriting, dan macam2 la pasal film. Dan Aman mula rasa sedikit berjauhan dengan dunia komik...

Aman CINTAKAN komik. Tapi filmaking juga sangat seronok... Tapi walau Aman berjauhan pun dengan dunia komik, cinta ni still tak boleh nak dihindarkan.. Aman serius rindu nak melukis dengan penuh passion. Sekarang ni sebab busy dengan videomaking, banyak kerja komik Aman dilukis dengan rush dan nak cepat siap saja. Tiada Passion.

Apapun, Aman kena fix benda ni...

YOSH!

-out-

Tuesday, September 11, 2012

Rush! Rush! Rush!


Sejak Laptop Tablet aku rosak, jadual kerja aku macam puting beliung!! Haruk piruk wooo~!! Dan2 tengah keje banyak ni la dia nak rosak dengan sopannya! Ingat comel la tu.. huhuhu.. sampai hati mu Fujitsu~

Apapun, demi nak siapkan komik2 yang tergendala, nak taknak, Aman kena la kembali bermanual. Pen, Kertas, Pembaris, Marker.. huhu. Sonok gak lukis manual ni, tapi lambatttt... (depend pada lukisan gak..)

Dan oleh sebab situasi ni, banyak kerja aman terlanggar deadline. Termasuklah komik g3, LabuBula.

Takut oooo.. banyak lagi tak siap. Ada 5 page, dan Aman baru lukis page pertama!! Cuak gile!! Dan mujurla, izin tuhan, ada member penyamun datang menolong. Awi!! (ya, bukan Awie Sembilu ya)

Awi ni illustrator untuk Majalah g3 gak. Jadi dengan adanya dia semalaman kat umah Aman, Aman terasa bagai 'dipantau' oleh pihak g3 la. Hahaa!! Jadi memang fokus habis! Start skecthing pukul 1 pagi, siap sketch 5 pages pukul 3 pagi. Then kitorang start ingking. (sambil pasang drama Once Upon A Time..)

Mana yang banyak background aku minta Awi tolong ink kan. Kalau Aman ink, lambat. (alasannnnn..malas sebenarnya..) Dan tup tup tup, pukul 6 pagi dah siap ink! Siap dengan outline bagai! Pas subuh kitorang tidur jap.

zzzzZZZZZZZZZZ

Ahhh!! Dah pukul 10 pagi!! Aman pun cepat2 scan dan mula start buat toning. Awi pun ajar gak Aman cara toning yang simple. Demmm!! Selama ni Aman tak suka buat toning dan kalering sebab leceh! Tapi lepas dah tau cara yang simple, not anymore~ (cewahh!)

Senang gak toning ni!! Baru tau la! Bagus betul, dapat ilmu baru! Tup tup tup, dah siap toning, buat dialog, save. SIAP!! Pukul 5.30 petang! Masa untuk send kat bigboss, Aan Budak Baik. (dengan ucapan maaf..huhu)

Siap semuanya (5pages) dari zero sampai complete dalam masa 1 hari!!

Aman memang ucap terima kasih banyak2 kat Awi sebab kasi bantuan kecemasan saat genting ni! Kalau tak, memang menangis Aman nak siapkan semuanya sensorg! Huhuhu

(page pertama LabuBula isu 104. Kemunculan watak2 baru!)

Akhirnya, kitorang celebrate dengan 2 coklat snickers dan 2 air kotak strawbery Dutchlady! (dan mee bandung, nasi lemak, dan banyak lagi)

Nomnomnom!!

-out-

p/s-- Aman dan Awi akan berkolaberasi dalam 1 projek komik baru. Tungguuuuu~

Saturday, August 11, 2012

Terperangkap bersama Artis! AWKWARD!

Aku buat video, Aku buat vlog, Aku buat shortfilm.
Dan sekarang aku berada di dalam bilik backstage bersama2 talent2 suara seperti Sleeq, Iamneeta, Tasha Mansha & Syed Syamim....

APEKAH???

Ini semuanya bermula dengan ajakan dari seorang kawan vlogger, Aidil Dbahri. Dia kata nak buat temuramah berkenaan vlog. Jadi, dah alang2 diorang buat show ke seremban, Aman pun pergi la. Walau tak sempat tengok show, tapi dapat la sembang2 dengan diorang semua ni. Diorang sempoi!! (dan yang paling penting, diorang tengok vlog aku..weeee!)

Apapun, temuramah tu sebenarnya untuk 1 website diorang ni, 1711entertainment. Company ni kiranya macam artist management la. Antara artis yang diorang manage dan buat tour ialah Sleeq, Iamneeta, Najwa Latiff dan ada lagi beberapa. Dan selain itu, Aman tengok, diorang juga ada 1 mission untuk exposekan bakat2 baru yang masih belum diketahui umum. Jadi, sebab itu juga diorang adakan interview2 seperti ni. (aman agak begitu la kot..hoho)

Okla, berbalik pada situasi dalam bilik tu. Sebenarnya, Aman agak AWKWARD. Haha. Sebab diorang semua sudah saling kenal dan kawan2. Diorang rancak berbual gurau2, dan di satu sudut bilik, ya, itu dia... ada lelaki badan gempal berdiri tegak diam dan tersengih saja. Aku la tu.

Nak2 pulak, tetibe, Aidil kata nak buat ucapan raya, jadi Aman antara yang kena berucap gak. Dan semua orang perlu diam sebab nak rekod. Pehhh... terketar2 gak la nak beri ucapan spontan dalam situasi camtu. Banyak gak cut2. Sampai jari nak buat peace pun terkaku dan tak jadi langsung peace nya. huhuhu..

Apapun, lepas beberapa lama, Aman mula berbual2 sikit, dan dah mula tenang. Sebenarnya, Aman tak perlu rasa kekok sangat pun, sebab diorang ni sumer OK, n sempoi je. Iamneeta cool! Neeta nampak paling ceria. Peminat Matluthfi. Hehe. Anas dan Patrick senyap tapi senyum2. (at least, Aman ada geng! haha) Sleeq pulak, Aman tak sangka diorang agak 'besar' dan tinggi. Dalam video dan gambar macam pendek, tapi diorang tinggi. Alyph tu dah nak sama tinggi ngan Aman dah. Syarif tak yah cakap ar. Haha.

Dan artis youtube juga, Tasha Mansha dan Syed Syamim. Pada awalnya, Aman tak kenal sangat diorang ni. Tapi bila tengok lama2, macam familiar. Diorang merupakan penyanyi yang dah buat banyak cover2 kat youtube. Clora Studio. Superb gile wehhhh! Aman serba salah lak sebab tak cam onthespot. Mana taknya, Aman kalau orang tak kenalkan, Aman tak tau. Even, Yuna pun Aman baru kenal masa dia dah jadi artis. Hahaha.

Apapun, itu antara pengalaman baru la Aman dapat berkumpul dengan kelompok anak2 muda yang berbakat seperti mereka. Selalu Aman lepak dengan geng2 komik je, kali ni geng2 nyanyi lak. Nasib baik diorang tak bantai nyanyi ramai2 dalam bilik tu. Kalau tak, Aman offer diri jadi tong drum je la. Semua sore sedap, Aman je sore katak. MALU! Huhu.

Ok2, dah banyak membebel, untuk korang yang nak tengok interview Aman bersama 1711entertainment ni, korang boleh klik link kat bawah ni. Nasib baik masa interview ni, dah tak cuak. Jadi, dapat jawab dengan lancar. Yatta!!

~ KLIK SINI EK! ~

Di bawah ini pula, video spontan yang Aman sempat rakam sebelum kitorang dah nak balik. Diorang semua nak buka puasa sama2 tapi Aman kena balik sebab ada event dengan family. Dan juga, Aman dapat free album Sleeq dan Iamneeta. Sempat juga mintak otograf kat album masing2. (Nanti kalau jual balik, mesti mahal. Muahaha! oktipuje)



Apapun, (brapa banyak kali "apapun" daaaa..) Aman hope dapat lepak ngan diorang lagi. Tapi masa tu kalau jadi, dah tak awkward dah! Yosh!! (rasanyalah..huhu) So, kepada korang, support la mereka2 ni ya. Mereka ni punyai bakat yang best! Dan jangan lupa sokong gak 1711entertainment!

TERIMA KASIH!!

^___^

-out-

Sunday, August 5, 2012

Masuk ofis Kabir Bhatia!

Siapa tak kenal Kabir Bhatia, pengarah yang sangat terkenal dengan drama hit meletup, Nur Kasih! Bukan tu je, malah filem2 menyentuh hati dengan cinematografi cun seperti CINTA dan SEPI. Memang Aman sangat admire pengarah ni. Dan2 lak, Aman memang peminat filem emosi, Cinta dan Sepi memang awesome bagi Aman!

Dan Aman nak jadi seperti dia.

Saat pertama kali Aman hasilkan shortfilm TITIK bersama geng2 studiomates Aman, masa tu ada la kejap Aman dapat gelaran "New Kabir Bhatia". Kahkahkah, dan2 sebab Aman buat citer sedih. Tapi masa tu dah kembang giler hidung. Skang ni bile tengok balik, baru nampak banyak gile cacat celanya. huhu.

Dan sebab itu Aman decide untuk menuntut ilmu.

Pada 26 Julai lepas, Aman bertemu dengan sifoo Faizal Mukhtar untuk dapatkan pandangan dia tentang produksi filem, drama atau iklan. Memandangkan dia punyai pengalaman dalam bidang ni, aku rasa ianya tepat untuk aku berguru dengan dia. Tunjuk ajarku sifoo!

Dan beberapa penerangan banyak dah diberi, dan Aman juga dapat expose info2 baru dalam dunia produksi. Siap ada homework kena buat lagi. hehe. Ini semua kerana Aman mahu serius dalam bidang produksi. So, itula sebabnya banyak snagat buat shortfilm skang.

Dan tetibe, malam itu juga, sifoo bawak aku jumpa dengan kawan dia, Brader Lan, seorang editor untuk Filmscape (company Kabir Bhatia). Gile teruja wehh! Brader Lan bawak kitorang masuk ke ofis Filmscape dan mata aku sangat2 melilau pandang ofis tu. Giler la! Aku dalam ofis Kabis Bhatia! Aku ada kat depan bilik dia. Aku duduk atas sofa dia! Aku dapat baring atas... OK, over.

Apapun, dalam ofis tu, Brader Lan bawa kitorang masuk bilik editing dia. Kat situ aku dapat tengok trailer Juvana The Movie versi panjang dan juga 1 lagi trailer untuk filem baru yang akan muncul dipawagam tahun 2013, filem seram. hehe.

Dan di sini sesi mentoring berlaku lebih pesat. Brader Lan explain setiap proses yang berlaku bermula dari preparation hingga lah filem di cetak dalam gulungan untuk tayangan wayang. Banyak ilmu baru lagi aku dapat. Super awesome!! Aku yang teruja campur neves ni, cuba bertanya sebanyak mungkin soalan yang terlintas. Memang seronok dapat ilmu macam ni!

Apapaun, waktu tu pun dah pukul 12 lebih. Jadi Aman terpaksa balik rumah. Tapi hope sesi mentoring bersama sifoo Faizal Mukhtar akan terus awesome seperti hari itu. Sangat menantikan untuk dapat ilmu baru!

TERIMA KASIH!

^___^

-out-

Friday, July 13, 2012

Teaser Kaver: Lawak Sekolah #2

Sekarang ni Aman tengah bertungkus-lumus nak siapkan nomik Lawak Sekolah yang ke-2, Belajar Berpersatuan (tajuk belum konfem).

Kali ni, untuk buku ke-2, ada konflik yang berlaku terhadap guru kelas mereka, Cikgu Sam Sempoa. Dan Robita mahu menolong Cikgu Sam dengan cara yang unik! Siapa akan bantu Robita kali ini? Dan apakah rahsia Robita (dia robot) masih lagi selamat dari pengetahuan Nera Elena? itu korang kena baca bila dah siap nanti hehe. Apapun, kalau korang tengok gambar teaser atas tu, geng2 Lawak Sekolah nampaknya akan jadi "Robita". Hehe,nantikan ya!

Ohya, di atas ini ialah teaser kaver buku ke-2. Ini bukan kaver yang sebenar, hanya lukisan dan warna basic yang belum diwarna dan diedit sepenuhnya oleh pihak grafik.

Ok lah, nak siap2 melukis ni.

-out-