Saturday, December 7, 2013

Aksi komik kena REJECT~!!?

Pehh..sejak dari entry lepas, memang Aman menunggu masa je untuk 'sambut' baby ketiga Aman ni! Walau dah terbit 2 buku sebelum ni, tapi perasaan teruja memang sangat kuat setiap kali kelahiran 'baby' (buku) baru! hehe!

Apatah lagi bila buka FB, sudah dipaparkan dengan gambar ini. Memang turun naik nafas! Teruja LEVEL UP beb!! Kaver kali ni sangat cun!! (poyo je puji buku sendiri..hehe) 


Tapi dalam seronok-seronok tungg, sekali ada pembetulan pula... 
"APA?? Ada babak dalam komik kena reject???"

Wah! Ini first time. Aman musykil juga, kenapa ada yang kena reject... Dan setelah editor beritahu, ini kisahnya... Sebenarnya, dalam buku ketiga ini, ada 2 watak baru. Iaitu Elfiza dan Elfizi Joi. Mereka ini adik beradik kembar berlainan janda. Eh eh..gender!

Oleh sebab tema Lawak Sekolah 3 ialah Belajar Pementasan, Aman ada lukis mereka berdua menari ala2 tarian salsa. Dan mungkin ada gaya tarian yang Aman lukis agak tak sesuai untuk pembaca muda. (walaupn mereka adik-beradik...) Aman pun terlepas pandang perkara ni. Jadi, Aman diminta untuk padam dan lukis semula babak-babak yang romantis ini supaya lebih mesra kanak-kanak. Ini adalah lukisan sebelum dan selepas di ubah.  

 Aksi Elfizi memeluk pinggang dan belakang Elfiza. Huhu, agak 'intim' di situ... Tapi kini sudah di ubah! No more peluk-peluk!

Apapun, Aman sudah submit pada editor untuk uruskan. Harapnya tiada masalah lagi. Tak sabar nak dapat anak ketigaaaaa lahaii~!! Doakan semuanya berjalan lancar ya!

Yosh~!!


^________^

-out-

Thursday, November 14, 2013

Habis sudah! Siap sudah!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Ini adalah hari yang lapang rasanya. Sebab apa? Ada 2 sebabnya.

Yang pertama!


Aman sekarang ini sudah aktif menjelajah ke sekolah-sekolah di luar negeri seperti Johor dan Pahang. Pada ketika entry ini di taip, Aman masih lagi di Johor mempromosikan nomik Lawak Sekolah.

Memang sangat penat. Tiap-tiap hari pergi sekolah. Kebiasaannya ada 2 sekolah perlu dihadiri dalam sehari. Namun sangat berbaloi bila dapat melayan karenah pembaca dan bercerita tentang kerjaya pekomik pada mereka. Best!

Hari ini tamat sudah 3 minggu Aman di Johor. Ini adalah jelajah negeri yang terakhir untuk tahun ini. InsyaAllah, tahun depan akan lebih aktif lagi! 

Yeah! Balik kampung~!!!

Jelajah dengan siapa? Siapa lagi kalau bukan penulis popular Ain Maisarah yang ngetop!


Yang kedua!


Ingat Aman ke Johor ini semata-mata kerjanya pergi skeolah saja kah? Siang hingga petang memang lah jelajah sekolah. Balik saja dari sekolah sehingga malam, Aman terpaksa push diri untuk menyiapkan komik Lawak Sekolah yang ketiga! Setiap MALAM!

Lebih-lebih lagi, apabila menejelajah bersama Big Bos, memang soalan "Aman, komik dah siap?" sentiasa tak miss 2 kali sehari! Sob... sob... sob... Memang ngeri rasanya bila mahu menjawab soalan tu.

Tapi alhamdulillah, hari ini segalanya siap!! Aman sudah hantar pada pihak editorial segalanya. Tidak perlu lukis-lukis lagi. Merdekaaaaa~!!!

Memang beginilah perasaannya sekarang! Rasa nak berjoget-joget saja! Yeay!!

Apapun, pengalaman Aman dalam beberapa bulan ini memang sangat berharga. Banyak perkara Aman tak sempat catat dalam blog ini. Tapi cukuplah Aman tahu, perkara-perkara itu sikit sebanyak mematangkan Aman.

InsyaAllah.

Sekarang ini nak cuti 2-3 hari dan kemudian back to work! Lawak Sekolah 4, you're next! Yosh!!

-out-

p/s-- dan aku dah boleh bawak kereta woi~!!! Yippeeee~!!!

Sunday, September 8, 2013

Bersyukur sikit AMAN WAN!

Aku ni asyik mengeluh, padahal aku sebenarnya dah cukup banyak untung!

Masih kerja dalam bidang yang aku suka. Hari-hari buat apa yang aku suka. Tempat kerja di rumah pun selesa. Bos dan rakan kerja pun satu kepala.

Apa aku nak lagi?

Manja sangat aku ni.

Sila libas diri dengan kayu balak!

Bersyukur Aman Wan! Bersyukur sikit dengan nikmat yang dah ada sekarang!

Ramai lagi yang struggle lebih kuat dari kau. Jadi stop merengek Aman Wan!

Bersyukur!

Sakit kepala...

Aku buntu.

Aku mula ragu tentang masa depan aku. Aku mula ragu dengan apa yang aku boleh buat. Aku mula ragu samada aku boleh teruskan atau tak...

Aku sendiri sebenarnya tak tahu. Apa yang aku nak sebenarnya sekarang ni.

Cuma kepala aku sakit. Dan aku mula rasa tak seronok.

Aku tak pasti ini benda sementara, atau aku yang bersifat lalang tak tentu hala.

Apa yang aku patut buat...

Rasa macam nak nangis je tiba-tiba.

Entah lah...

-out-

Saturday, September 7, 2013

Mampu ke aku...

"Ianya seronok, tapi pada masa sama yang sama, susah juga."

Ini jawapan yang aku bagi bila orang bertanya tentang kerjaya aku yang menghasilkan komik dan video serentak.

Aku suka kedua-dua aktiviti melukis dan menghasilkan video. Keduanya ada kepuasan yang berbeza. Tapi kadang-kadang nak hasilkan keduanya serentak, sangat mencabar juga.

Kadang-kadang, aku meminta untuk stop video dan fokus pada komik.

Kadang-kadang, aku meminta untuk stop komik dan fokus pada video.

Aku suka keduanya.

Tapi mahu upgrade keduanya SERENTAK...

Kemampuan aku terbatas juga.

Hmm..

-out-

Saturday, August 24, 2013

Filem Melayu vs Filem Barat

Baru selesai menonton 1 filem melayu yang pernah timbulkan kontroversi kerana dikatakan meniru jalan cerita filem yang pernah dihasilkan di barat. Setelah menonton, Aman boleh katakan, konsepnya saja yang sama. Tetapi plot dan jalan cerita jauh berbeza. Tapi berbeza yang sangat Aman tak selesa...

Lebih lagi, Aman pernah bertemu penulis skrip filem ini suatu ketika dahulu. Aman sangat hormati beliau. Beliau seorang yang sangat baik dan tak lokek ilmu. Filem-filem tulisan beliau juga ada yang menjadi kegemaran Aman. Cuma mungkin garapan pada filem yang Aman tonton ini agak kurang menyengat atau boleh dikatakan filem idea sepintas.

Filem Idea Sepintas lalu?

Yup. Setiap komik, novel, filem atau apa saja cerita, pastinya wujud dengan idea sepintas lalu yang secara tetibe masuk ke dalam otak. Kebiasaannya, idea sepintas lalu itu tersangatlah basic dan hanyalah idea konsep semata-mata dan perlu dikembangkan lagi.

Tetapi setelah Aman menonton kedua filem melayu dan filem barat yang secara kebetulan punyai konsep yang serupa ini, apa yang Aman boleh katakan ialah, filem melayu plot dan jalan ceritanya sememangnya berdasarkan idea sepintas lalu. Manakala, yang filem barat telah diolah dan dikembangkan dengan baik. Ini contohnya.

Filem Melayu:
"Jom kita buat 1 filem tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai, tetapi si suami kemalangan dan hilang ingatan! Jadi, kita buatlah si isteri ni cuba sedaya mungkin untuk dapatkan balik cinta suami dia. Tapi suami dia tak suka. Kita buat kasi sedih meleleh gitu. Haaa.. amacam?"

Filem Barat:
"Hey, apa kata kita buat pasal loving married couple yang terlibat dalam accident dan si isteri hilang ingatan. Dan si suami will try to gain the love from the wife. Ok tak? But we make the conflict much higher la. Maybe hubungan suami dan parents isteri dari dulu tak berapa baik. Jadi parents si isteri cuba hasut anaknya untuk jauhkan diri dari suami. N maybe we will make some competition bila si isteri tiba-tiba terjumpa crush dia sebelum dia kenal si suami yang sekarang dia dah lupa. N maybe selit sweet moment si isteri yang cuba untuk ingat balik diri dia. Ala-ala funny dan warm gitu. Haaa..amacam?"

Nampak perbezaan tak di situ?

Aman cuba menjadi positif dengan filem melayu. Tetapi kebanyakan filem kita terlalu kejar kuantiti berbanding kualiti. Walaupun Aman pernah dengar 1 temuramah seorang pengarah tersohor yang mengatakan, "Kami balacekan kualiti dan kuantiti sama rata."

Tapi bagi Aman, kualiti should be 70%-80% dalam priority. Aman teringin nak menonton filem yang berbeza dari filem melodrama yang langsung takde jiwa, dari filem seram yang hanya depend pada nada bunyi dan kejutan saja, atau dari filem gangster pukul-pukul yang tiada jalan cerita yang panaskan punggung menontonnya.

Please. Filmakers. Do something.

Demi penonton yang sentiasa menyokong karya anda.

-out-

Thursday, August 22, 2013

Hari yang agak produktif!

Yeah! Lately ni Aman berjaya juga memotivasi dan disiplinkan diri. Aman target untuk melukis 3 page saja sehari. Dan melukis hanya dari 8 pagi hingga 5 petang (office hour). Walaupun kadang-kadang target untuk 3 page itu terbabas, tapi so far Aman rasa agak produktif dan boleh follow cara ni.

Depend juga pada page yang dilukis juga. Hari ini Aman melukis page yang agak susah. (Takde la susah mana, cuma leceh) Jadi hari ini Aman cuma mampu siapkan 2 pages saja. Tapi tengah malam nanti Aman akan cuba untuk siapkan 1 lagi page.




Tapi perkara yang paling memotivasikan Aman untuk laju siapkan Lawak Sekolah ialah tentunya peminat Lawak Sekolah. Walaupun baru 2 buku, tapi ada yang sudah sudi menanti untuk membaca buku seterusnya. Aman tak minta la kena

puji melambung sebab Aman tau karya Aman masih biasa-biasa saja. Tetapi sedikit kata semangat dari pembaca sangat membakar semangat Aman untuk terus mara.

InsyaAllah, doakan Aman untuk teruskan momentum melukis ini. Memang seronok bila produktif begini. Rasa macam 'betul-betul bekerja'. Hehehe!

-out-