Friday, March 23, 2012

Researcher yang "bersenang-lenang"~!!

Hanya sedikit update tentang buku nomik sulung yang masih dalam progres iaitu, Lawak Sekolah! Btw, sekarang ni Aman sedang menyiapkan bab terakhir (bab 5) untuk bahagian komik. Bahagian novel sedang disiapkan oleh Azanil Fitri lagi.

Banyak cabaran terjadi semasa menyiapkan bab 4, dan dugaan untuk bab 5 ni pun alhamdulillah tidak terlalu berat. Cuma Aman ada masalah dalam mencari idea dan unsur lawak yang nak diletakkan dalam bab 5 ni. Amik masa jugak tahu! Terpaksa pergi kedai buku dan beli beberapa komik lawak, dan menonton beberapa sitcom untuk dapatkan puchline lawak yang best.

Haha, nampak macam bersenang-lenang kan? Emak Aman kadang-kadang risau bila dia tengok Aman tengah baca komik dan tengok sitcom. Katanya, "Ehh, wan! Apa sempat baca2 komik ni? Tengok filem sumer. Komik tu siapkan cepat!"

Haha, susah juga ya kalau sumber rujukan ialah bahan hiburan. Huhu. Tapi walau mata kasar nampak seperti bersenang-lenang baca komik dan tonton sitcom, tapi otak sedang bekerja menangkap dan memproses idea lawak untuk digunakan dalam bab 5 ni.

Apapun, alhamdulillah, lawak dan jalan cerita dapat disusun elok. (tapi tatau la bagi korang lawak atau tak..huhu) Aman akui, kadang2 Aman baca karya sendiri, Aman tak gelak. Jadi, tak pasti jika lawak yang aman pernah buat dalam komik (tak kira la Komik-M, BlinkBook, Wuuhuu atau G3) sebenarnya betul2 lawak atau pun tidak..huhuh

Oklah, Aman nak terus siapkan bab 5 ni. Deadline akhir bulan ni. Lepas tu, boleh ada masa sikit untuk rehat/hangout di KLCC dan hasilkan vlog banyak2.

Oh, rindunya edit video.

^____^

-out-

6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Selalunya jika aku, idea datang secara tiba-tiba tak kira waktu. Jadi aku terus catat di dalam henset aku.

Mimik watak juga kena "over" semasa kau mahu lukiskannya. Baru ada soul! Kau kena menjiwai watak yang kau lukis itu


Semoga lawak kau menjadi Aman!

Aman Wan said...

Itu la, aku risau kalau lawak aku kaku. Lebih2 aku ni x reti buat dialog lawak2. huhu. Takper, aku try. Thanx selo untuk tips! XD

Aman Wan said...

epul- haha, aman guna software manga studio. btw, dont wory la. aman pun baru je 3 bulan melukis komik guna software2 ni. dulu aman lukis manual atas kertas je. so, xde masalah kalau x reti software pun. ada kertas, ada pen, ada skill, boleh aja jadi pekomik. GANBATEH! XD

John said...

ralph lauren sale
longchamp outlet store
nike air max
adidas sneakers
birkenstock outlet
adidas
pandora charms sale clearance
nike flyknit
michael kors handbags
mulberry bags
chenshanshan20170304

Unknown said...

2018816 leilei3915
pandora bracelet
uggs outlet online
canada goose
christian louboutin shoes
cheap jerseys
cheap jerseys
polo outlet
canada goose
michael kors handbags
pandora jewelry