Saturday, June 13, 2015

KAFE KHENIT kini dibuka!


Sudah lama tidak melukis untuk majalah komik. Paling akhir ialah pada tahun 2012. Masa tu Aman melukis komik LABUBULA untuk majalah G3. Namun oleh sebab kesalahan Aman, komik itu tak sempat habis pun di dalam majalah tu.

Bulan lepas, Aman tiba-tiba dapat 1 mesej dari editor majalah The Amazing Awang Khenit ni. Bertanyakan tentang peluang untuk melukis dalam majalah mereka yang masih baru. Peh! Memang 1 peluang yang best! Lagipun, siapa je yang tak pernah tengok animasi Awang Khenit kan? Animasi yang cukup lawak sama macam baca APO atau Ujang!

Cuma pada awalnya Aman ragu-ragu sekejap. Takut kalau Aman buat komik bersiri, komik itu tiada ending sama seperti komik LABUBULA yang pernah Aman hasilkan dulu. Lagipula, editor minta komik yang berwarna. Aman tidak selalu kaler artwork. Jadi, takut juga kalau susah...

Akhirnya, Aman terima juga tawaran ini. Bagi Aman, Aman sudah masuk dalam industri komik sejak tahun 2009. Hampir 6 tahun dan takkan asyik mahu di tahap selamat je. Sebab itulah, Aman anggap tawaran ini adalah tawaran yang baik untuk Aman berlatih improve diri Aman untuk berkarya ke tahap atas lagi. Satu cabaran ni!

Berkenaan melukis komik bersiri, Aman akhirnya decide untuk lukis 1 siri sitcom. Iaitu siri yang tiada cliffhanger di hujung komik. Nak baca tak ikut turutan pun boleh. Aman sangat selesa dengan konsep begini. Komik apa? Haaa...oleh sebab Aman ni peminat sitcom 2 Broke Girls, kisah 2 minah bimbo yang buat kedai cupcake, jadi Aman pun buatlah komik bertajuk KAFE KHENIT!

Cumanya, watak KAFE KHENIT ini adalah tentang seorang minah yang serabut dan gila-gila, bekerja pula dengan seorang minah yang pendiam tapi pembersih tahap dewa dalam 1 kafe comel penuh cerita suka duka! Konfem lawak dan kiut-kiut aje ceritanya! Hihihi!

Hope korang akan suka dengan komik KAFE KHENIT ini. Nanti komen-komenlah kalau sudah baca ya. InsyaAllah Aman akan improvekan diri lagi. 


Dengan ini, Aman mengumumkan, komik KAFE KHENIT....

......kini dibuka!

Selamat membaca!

-out-

9 comments:

Zamir Yusof said...

Salam bro... tau tak mana2 forum/group kartunis Malaysia yang masih aktif - dari segi event, perbincangan etc?

Unknown said...

Finally, update juga blog...

Ini komik sitcom yg aman upload dkt IG that time eh?

Tak dptlah baca si kafe khenit girls ni melainkan beli..

All the best okay 👍🏻

Aman Wan said...

Zamir-- Cari sahaja di facebook satu group bernama COMICORE :)

Kak Carrey-- Haa...yup2! Saja tukar angin. Asyik2 lukis Robita je, lukis sitcom perempuan comel pula. Haha! Orait, thanks!!

Eric@Boy said...

WOW!

nazura said...

Wow bestnya. Mana nak beli atau langgan majalah ni. Plz contact me through my emel cikgunazura@gmail.com

xjd7410@gmail.com said...

20160331 junda
michael kors outlet online
asics shoes
ray ban
coach outlet store online
michael kors handbags
cheap ugg boots
levis jeans
nike free runs
adidas trainers
nike air max
nike blazer
fitflops
jordan pas cher
rolex submariner
ray ban outlet
versace shoes
prada handbags
canada goose outlet
michael kors outlet
nike trainers
ray ban sunglasses
louis vuitton pas cher
lululemon outlet
chaussure louboutin
designer handbags
michael kors outlet online
michael kors outlet
polo outlet
timberland outlet
louis vuitton outlet
michael kors handbags
jimmy choo outlet
fitflops
marc jacobs outlet
cartier love bracelet
ghd hair straighteners
hermes belt
michael kors outlet
coach factory outlet
instyler max

raybanoutlet001 said...

zzzzz2018.5.2
coach outlet store online
michael kors handbags
broncos jerseys
true religion outlet
hermes belts
coach outlet
supreme outlet
kate spade outlet online
canada goose outlet
jordan shoes

SSSSSS said...

supreme clothing
adidas tubular
ferragamo belt
nike react flyknit
vans store
vans shoes
adidas yeezy
ray ban aviator sunglasses
yeezy boost 350 v2
pureboost

tathoot said...

d9l46s3z82 x4a92d0r74 r2a31a1q19 y2l04u9g90 l7i73g0b85 u7f15s2i64