Sunday, March 11, 2012

Sesuatu berkenaan POPULAR... (bukan kedai buku Popular ya)

Hari ni aku terpanggil (bajet gile ayat..) untuk tulis entry ini setelah aku menonton video dari MatLuthfi ni, dan membaca komen Tuan Syaizul Amal mengenai Kak AinMaisarah.. Ini video dan komen tersebut..

MatLuthfi
(Selebriti Youtube)


AinMaisarah
(Selebriti Novel)


Komen dari Tuan Syaizul Amal
(Pengurus AinMaisarah)
"Ramai artis kini menjadi idola kepada anak remaja kita. Mereka mahu ikuti dan mencontohi selebriti ini. Kita ada selebriti sukan, kita ada pengacara selebriti, ustazah selebriti dan ustaz selebriti tetapi saya fikir kita tiada penulis selebriti.

Saya mahu anak remaja kita punya satu idola yang bersangkut paut dengan buku. Semoga ia memupuk minat terhadap buku.

5 tahun kami membangunkan jenama AinMaisarah. Alhamdullilah, sekarang ini sudah menjadi bahan bual bicara pelajar sekolah, kolej dan univerisiti. Selebriti dalam bidang penulisan, AinMaisarah."

Kedua2 individu ini ialah idola remaja sekarang. Ramai yang ingin buat video dan shortfilm setelah menonton video MatLuthfi, dan ramai yang ingin merangka cerita dan menulis novel setelah membaca karya Kak AinMaisarah. Keduanya dikenali dalam bidang masing2.

Aman sendiri pun sebenarnya terinspirasi dengan kedua individu ni. Walaupun MatLuthfi kata, dia bukan role model yang terbaik, tapi sekurangnya dia ialah role model yang sangat bagus dalam bidang pembikinan video. Bagitu juga Kak Ain Maisarah dalam penulisan novel2 remajanya yang kelakar dan punyai mesej.

Apa yang dapat Aman simplkan, ialah tali.....

BUKAN2, apa yang Aman dapat simpulkan ialah, apabila seseorang itu menjadi popular, nak atau taknak, dia sudah mempunyai pengikutnya. Dan ini bermakna, pengikutnya akan menjadikan dia sebagai role model samada baik atau buruk.

Menjadi popular bukannya hanya seronok2 dikenali ramai, tetapi ianya tanggungjawab. Apa yang dilakukan, orang ikut. Apa yang disebut, orang sebut. Apa yang di sampaikan, orang sebar.

Jadi, pada mereka yang mahu menjadi popular, fikirkanlah perkara ni. Fikirkan, apa yang anda mahu lakukan dan apa idea yang mahu disampaikan. Dan pastikanlah ia membawa kebaikan kepada mereka2 yang menjadi pengikut. Semoga kebaikan anda itu akan dapat dimanfaatkan kelak.

-out-

Nak jadi selebriti Komik! supaya ramai orang boleh hasilkan komik2 yang baik, dan sekaligus menukar persepsi negatif masyarakat terhadap komik! Yoshh!!

3 comments:

Anonymous said...

saya xde la pulak t'fikir utk jadi popular.. tapi, cukup la boleh menjadi salah seorang agen pencetus aspirasi generasi baru ke arah generasi yang terbaik dari segi sahsiah & akademik/karier nya.. =)

*ehh.. ttibe.. ahaha

Aman Wan said...

Hehe, dianggap popular di sekolah la tu. Hehe, semoga terus menjadi inspirasi anak bangsa. =)

Anonymous said...

jadi popular dan jadi berguna .. adalah dua benda yang berbeza. supaya masa tidak terbuang. peluang itu sekali.