Wahh~! Pengalaman yang menarik di MPH Mid Valley!!tgh hari tadi, Komik-M ada menjalankan sesi perjumpaan di sana. jadi, aman pun ajak ar ayah gi. memandangkan ayah nak gi Maxis Center. hehehe,hari ni mmg agak bersejarah la dalam hidup aman, dpt jumper dgn ramai org2 kuat, pelukis2, penulis, dan editor syarikat PTS dan Komik-M kat sana..! yeah!!masa aman sampai2 kat sana, aman tgk meja tu lenggang je, xde org lagi.. then saja jalan2 kat bahagian magazine jap. carik Gempak n Komikoo baru. yesh! ada pon! then, masa aman ontheway ke arah magazine nyer site, aman ternampak org2 yang aman rasa aman cam, antaranya penulis novel remaja PTS, kak Ain Maisarah! huhu,aman saje lalu lalang kat depan n blakang dia. (purak2 carik buku) =p Lepas tu aman ternampak Puan Ainon (presiden universiti PTS). Aman kenal dengan puan ainon ni dari blog beliau. dan,aman pada mulanya ingat puan ainon sangat garang orangnya, namun dia seorang yang sporting sebenarnya. haha..maafkan aman ye~ ( err..betul ke itu dia..x pasti sgt..) betul kot~
then aman ternampak editor komik-m yang sentiasa tersenyum, Saudara Wan Zuhairi! (wanzu) errr..aman nak sgt jumper dia, tp ntah naper segan betul. takut,nervous,sumer ada. lebih2 lagi, tgk dia tgh busy nak handle program dan busy menangkap gambar. so, aman ckp dalam hati,
"jap lagi la kot.." tunggu dia free dulu. =) *hehe..sengaja aman interframe stiap kalik dia tangkap gambar..huhu..purak2 candid..* =p

then tiba2 dari ruang magazine, aman terdgr suara saudara Wanzu memulakan acara! then,baru la aman ternampak Br.Azhar dan Br.Pac! (aman cam muke diorg dari blog,dan facebook)
Haha..Br.Azhar dengan Br.Pac memang sempoi dan sporting gak! Br.Azhar merupakan pelukis Komik Liga Pendekar (perghh..ala2 Justice League lak) dan Br.Pac lak pelukis Komik TwinX (giler ar technical drawings dlm komik nih..gempak!) kira nya, dari tujuh pelukis komik yang patut hadir, hanya mereka berdua ni je la yang datang. (X silap, Br.Poyo, pelukis komik Kecemprengman pon dtg tp kejap jer..) maybe yang lain ada hal penting..dan komik2 yang dijual hanya ada 4 jenis jer. Neway, x kesah la tu. Yang paling bestnyer!! Br.Azhar buat demo camner nak ingking komik gune brush! Pergh...cool! memang smart ar Br.Azhar lukis, smooth jer tgn dia. Aman yang gune pen lukisan pon dah ketaq, ni kan nak gune brush..huhu.. mmg respek sama dia. And aman sempat gak berborak jap dgn Br.Azhar tentang komik2 dia akan datang, sekarang dia tgh nak wat komik berkisarkan WorldWar II, then lepas tu baru dia sambung buat Liga Pendekar 2. Gud luck bro, semoga dapat menaikkan taraf industri komik Malaysia! =DThen sempat gak aman menanya Br.Pac tentang komik2 baru yang lain. rupanya masih belum kuar lagi.. dalam poster tu ckp ada 7 komik akan di jual, tapi ada 4 je. yang paling terdown sket biler Komik Orang Kuat dari Alifstyle dan Shootz! dari Reja xde pon...huhu..sedihnyer.. kempunan aku~ tapi pastu aman dpt berita baik,iaitu komik2 tu akan dijual masa ComicFiesta nanti termasuk komik TwinX 2..!! canteeekkk~!
Tengah syok2 aman tengok orang melukis2, skalik ada orang tegor aman kat sebelah. “Aman ye?” perghhh!!! Saudara Wanzu?? Dia kenal muka aman ker?? Setahu aman,aman x pernah bagi gambar pun kat dia. Pergh..aman memula jadi blur kejap..nervous pon ada. (macam perasaan org bawahan berdepan dgn bos diorg..) Gulp!
“Alif cakap awak datang. Dia ada tunjuk blog aman kat saya,so itu yang macam kenal tu.” Lebih kurang camni la ayat saudara Wanzu. Ohh..gitu rupenya... (jap...ni bermakna alif tunjuk video aman la...?! pergh..malu kot..!! err..) tapi,Wanzu memang sporting la, senyum jer, so, dapat la aman berbual2 secara tenang dengan dia. Alhamdulliah. Akhirnya dpt jugak bertemu face-to-face dengan saudara Wanzu.. macam ni,senang lah aman berurusan dengan dia akan datang.. insyaallah~ =) *terhutang budi gak kat Alif klu x,mesti aku x kan dpt berbual dgn saudara Wanzu. thankies2!*

Hah! Hah! Nak taw, lepas tu diorg ada anjurkan satu cabaran! Siapa dapat lukis mana2 karakter dlm Komik-M akan diberi hadiah komik percuma. Haha,aman tgk bro yg baju biru tu mmg semangat nak melukis. Siap dah keluarkan pencelbox dah. Tapi bro tu nyer lukisan pon agak gempak woo~ ala2 jepun+honkong. Smart2..! lepas tu, ada sorg adik berusia 6 tahun (baju ijau) lak lukis karakter dari komik Lili Lulu Lala. Pergh..baru 6 tahun dah boleh lukis camtu,smart2. aman masa darjah 2 baru pandai lukis baju utk org lidi....
Then,tgh syok2 tgk diorg melukis, saudara wanzu ajak aman lukis gak... errr...aman masa tu yg dah hilang nervous,terus jadik nervous balik! Pergh...tapi aman mmg nak cube. “sampai bile beb,ko nak sembunyi?” aman ckp dlm hati. Then aman amik marker, dengan ingatan yang kurang jelas, campur dengan tangan yang sedikit menggigil (coz nervous..) aman pon berjaya melukis karakter Kecemprengman!! Yeah!! Tapi x lawa sgt coz tgn bergetar,n ada silap lukis sket kat bahagian mata. =p tp aman agak puas hati coz at least aman dapat melukis depan pelukis2 yang terkenal seperti Br.Azhar dan Br.Pac, termasuk diperhatikan oleh saudara Wanzu, secara LIVE! Pergh...ini boleh dikatakan satu penghargaan buat aman, pengalaman ni mmg sgt berharga la! Syukur sgt,alhamdulillah~ (hehe..dpt hadiah free..komik Kecemprengman!! err..lagi..)
Lepas dah selesai,ayah pun ajak balik. Jadi,aman kutip dulu buku2 yang aman nak beli, n sempat gak aman meminta tandatangan Br.Azhar! yeah! Terima kasih 2x! Aman ingat nak mintak tandangan Br.Pac jugak tapi malangnya,aman terlupa nak bawak komik TwinX bersama aman pagi tadi.. aiseh..huhu..sori yer... Aman tercarik2 gak Br.Poyo,mana tau dia ada, boleh tlg sign kat komik Kecemprengman yg aman baru dpt tadi.. tp x jumper lak.. huhu..
Lepas bayar sumer buku,aman gi salam dengan Wanzu, ckp nak balik dah. Wanzu sempat btau yang dia x sempat nak komen proposal komik aman tu. Tapi xper,x kisah. Aman paham, sebab nak handle satu program mmg susah. Lebih2,sekarang saudara Wanzu mmg busy dengan banyak aktiviti akhir tahun ni. Xper lah. Aman akan sentiasa tunggu balasan dari Wanzu. =)ahh.. memang sangat menarik! pengalaman ni buatkan semangat aman berkobar2 gak nak melukis, dan aman akan pastikan, satu hari nanti aman pun akan duduk sebaris dengan meja2 Br.Azhar dan Br.Pac.. walau selama mana impian tu akan tercapai, mungkin esok, mungkin 4-5 tahun lagi, tapi aman tetap akan pastikan impian ni tercapai! huh!
huhu..antara buku2 yang aku borong tadi. (tak termasuk Kecemprengman & TwinX kat bawah tu) komik Kecemprengman kat atas tu yang aku dpt sebagai hadiah..ada dua komik yang sama lak skang.. xper la,kalau kawan2 nak pinjam, aku bagi yang lama punyer. hehehe..
"buat Aman Wan. TQ 4 de support-azhar"
Yeah! Komik Liga Pendekar yang ditandatangan oleh pelukisnya, Br.Azhar Abdullah
untuk lihat lebih byk gambar,KLIK SINI.
(ada pics aku skalik..hee)-out-
-maaf saudara Wanzu,tak sempat nak tangkap gambar beliau kerana agak terasa segan tadi..adoi..
-alamakkk!!! kenapa la aku x wat video je tadi kat sana?! adoii...sipotnya aku niee~~