Wednesday, November 19, 2008

~Cebisan Gulungan Puaka~


“Johan, Johan..!” jerit Fatin berulangkali sambil berlari-lari kecil kearah Johan. Johan hanya menjeling dari jauh. Langkah kaki Fatin memang kecil, sehinggakan boleh dipintas oleh bayi yang sedang merangkak di sebelahnya. 2 jam 34 minit kemudian, Fatin akhirnya berada di hadapan Johan yang ketika itu sedang termenung. dari renungan Johan itu, Fatin amat mengetahui apa yang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Fatin tersenyum.

Dengan nada memujuk, Fatin mendekati Johan. “Johan, aku tahu apa yang kau fikirkan.. aku juga berfikiran begitu.. Adakah bersalin itu sakit..?” Johan mengeluh kembali setelah melempang Fatin.

“Fatin.. kau rasa aku layak tak jadi seorang penulis..?” tanya Johan lembut. Fatin bintas berdiri. Dan mengalami kekejangan sedikit di otot pinggangnya. Kedua belah tangannya di genggam.

“Pastilah!” jawab Fatin kepada soalan Johan 15 minit yang lalu. “Dari usaha kau selama ni,aku pasti kau layak! Aku sering memerhatikan kau. Kau memang rajin menulis cerpen. Pernah sekali ketika kau menulis, Greg datang dan duduk di sebelah kau. Saat itu memang aku takkan lupa! Greg amat kacak. Aku terpesona oleh lirikan senyuman dia. Aku sudah mengirimkan surat cinta kepadanya,namun dia masih tak membalas. Tapi tak mengapa,aku sentiasa akan menunggu dengan harapan. Inilah impian aku!” Fatin tersenyum manis. Johan masih diam. Dia amat terharu kerana mempunyai sahabat yang begitu memahami. “Ais Soda!” tambah Fatin lagi. Walau kata itu tiada kena mengena dengan topic sebenar. Namun Fatin percaya bahawa Johan akan tersentuh dengan ayat itu. “Ais Soda!” ulang Fatin.

Johan merenung Fatin. “Bodoh.” Balas Johan. Fatin tersipu-sipu malu. Lalu pulang sebentar ke rumahnya untuk memakan Nasi Ayam yang telah dimasak oleh ibunya minggu lalu. Fatin duduk semula di sebelah Johan keesokan petangnya. Johan menghulurkan sesuatu kepada Fatin. Pemain MP3. Fatin yang kebingungan lantas pergi mengambil wang sakunya dan membayar RM241 kepada Johan. Johan menyimpan duit itu. Fatin memberi semula pemain MP3 itu kepada Johan semula. Johan hanya tersenyum hiba.

Namun,Johan tidak dapat menerima pemberian Fatin itu. Dia dan Fatin sudah bersahabat sejak kecil. Seperti adik beradik. Johan mengetap bibirnya. Dia menghulurkan kembali pemain MP3 itu kepada Fatin dengan diskaun harga 45%. Fatin tersenyum lalu membayar kepada Johan. Fatin kemudian memberi semula pemain MP3 itu kepada Johan. Dan keadaan ini berterusan selama 4 jam 22 minit. Dan Fatin telah berhutang sebanyak RM7.9 billion kepada Johan.

Dan disaat inilah bermulanya kisah pengembaraan Jenny mencari harta karun di dasar lautan biru yang amat terkenal dengan nama “GULUNG2”..

-END-




..................maaf...hanya repekan kebusanan.................


11 comments:

Anonymous said...

aku rase sunggoh terharu dgn cte nih
smpai rs nk baling kusi je kt ko
seb bek xtercekik mkn nuget aku nih
aiyaaa~
xP

Aman Wan said...

haahahaha..rilex ar jee..
x seram ker citer Cebisan Gulungan Puaka ni?? hahaha =p

Azree Ariffin said...

memula baca cam best... huhu.. bila dah pi kat ending tu rasa macam nak ketawa terguling-guling, eh, bukan, tergulung-gulung! huhuhuh.

Aman Wan said...

hahaha..meh tergulung2 sama!!
*gulung2..!! ^^ *

Unknown said...

salam..

haha...chumeynye blog..thx sbb linkkan..rajen2 la bc! huu~

Unknown said...

lagi 1..jadilah org ptama yg follower blog aku tu..hee..cpt2!

garfield'78 said...

Haha!!xpe2..biasela..cuti2 ni..:p

nasirharis said...

wei....

aku rse klu ko bt cite logik lg bgus la

sengal cipan....hahaha

Aman Wan said...

adledash--- haa..buleh2. tp kena rajin2 update k. hee


fain--agak ar.. cuti ni duk umah sensorg..huhuhu

nasir--- wahaha...aku dilahirkan utk merepek begini! yeah!

Fiziey said...

Disebabkan cerita ni mengarut dan ade certain2 part yg xde kaitan langsung dengan cerita ni menyebabkan ianya kelakar... buat la lagi cerita2 mengarut macam ni. best la abg aman ni!!!

Unknown said...

8 tahun kemudian.....
Aku masih tidak faham cerita ini....
Hahaha