Friday, November 28, 2008

Character Design & Feedback

sketches watak utama ,Maria



watak2 penting, nama dan umur

Assalamualaikum...

haha...semalam aku dah berjaya siapkan lakaran karakter (kat atas nih..) serta sinopsis baru yang lebih detail untuk komik aku yang insyaallah bakal diterbitkan under Komik-M. Pagi tadi, saudara Wan Zuhairi (Wanzu) sudah membalas email aku.. dan katanya...



Assalamualaikum,
Saya
sudah membaca sinopsis terbaru. Nampaknya lebih terperinci sinopsis yang diberi.
Berkenaan idea untuk menjadikan buku ini bersiri, saya setuju dengan cadangan tajuk-tajuk buku yang diberi. (bla..bla..bla.. sepeti biasa.. perenggan ini mengadungi spoiler..)
Saya sudah melihat rekaan karakter yang diberi. Komen saya ialah watak-watak itu kurang terperinci. Mungkin saudara boleh perincikan lagi setiap watak dengan karakter yang lebih menyerlah dan dapat dibezakan dengan watak-watak yang lain. Kelihatan watak Maria hampir sama dengan Bika dan Umi. Perbezaan umur dan berat tinggi setiap watak perlu ketara untuk mengelakkan kekeliruan. Watak Liya juga seakan lebih muda dan hampir sebaya dengan Maria.

Kemudian ingin saya nyatakan konsep Komik-M adalah memasukkan unsur-unsur kemalaysiaan daripada segi gaya hidup dan budaya. Oleh itu saya berharap agar setting cerita ini berlatar belakangkan gaya hidup orang Malaysia (tidak semestinya melayu). Contohnya sarkis itu adalah sarkis di Malaysia, makanan yang dijual adalah makanan orang Malaysia seperti laksa, karipap, nasi lemak dll, pakaian juga mesti pakaian orang Malaysia dsb, bangunan, kenderaan dll juga seharusnya yang wujud di Malaysia juga.

Jadi saya rasa dari segi jalan cerita kita boleh develop lagi. Cuma bahagian lukisan itu saya rasa perlu didevelop dengan lebih banyak lagi. Jika tidak keberatan mungkin kita boleh bertemu untuk berbincang secara face to face. Saudara tinggal di mana ya?




Ini bermakna aku perlu redesign karakter2 komik aku... aku dah pun rujuk kawan aku, Muzz dan ayah aku sendiri. kedua2 individu ni memberi jawapan yang sama pada aku, "sume karakter nampak sebaya je.." Muzz telah membantu aku mengubah sedikit beberapa karakter untuk menjadi lebih matang dengan umur mereka. jadi, kalau korang ada idea gak?? boleh tgk lukisan kat atas tu.. dan boleh komen apa yang perlu di ubah.. harap korang boleh tolong... terima kasih bebanyak...

hahaha, ini pengalaman pertama aku untuk melangkah kaki ke dalam bidang penerbitan ni.. kadang2 aku macam tak percaya dengan peluang yang aku dapat ni.. aku bersyukur sangat2..

ini semua pun atas dorongan korang semua. terutama ibubapa aku. diorang tak pernah mempertikaikan hobi dan minat aku dalam lukisan. sejak kecil, ibubapa aku rajin masukkan aku ke mana2 pertandingan melukis. diorang sering memberi kata2 semangat dan sokong aku, dengan syarat, aku x leka dan tak lupa pada pelajaran dan tuhan. kalau lah karya sulung aku ini diterbitkan, aku akan tujukan terima kasih pada mereka di dlm buku tu...

selain dari tu, member2 aku, korang sumer yang rajin membaca blog aku jugak merupakan penaik semangat aku. kawan2 bilik, kawan2 sekolah, kawan2 studio, kawan2 internet, kawan2 blog, korang sumer la.. TERIMA KASIH BANYAK2...!!! TERIMA KASIH...!!! sejujurnya, aku perlukan korang.. untuk terus beri semangat pada aku...minta tolong korang semua...terima kasih banyak2..!!


p/s--wah,saudara wanzu nak jumpa aku..??!! haha,aku teruja ni..!! ^w^

8 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

wah3! untung btul kene komen..tu namanye ilmu..family pun sapot...mmg tuhan berkati org yg berusaha ni...ape pun..truskan usaha yg gigih...pk positif...dan xsbr nk tgk keputusannye nnti..

p/s: x reti nk bg idea..sbb x pandai lukis katun..ngeee~

WASsalam~OUT

cronstudio said...

Salam..
Kiutnya karektor Maria, pasni bleh aa bekawan ngan Joker..hehe

Teruskan berkarya dan kejayaan pasti milik anda...

Aman Wan said...

adledash-- waalaikumsalam,time kasih. =) xper, x dpt tolong pun xper. kata2 ko da pun tlg aku untuk kembali semangat lukis komik ni. thankies byk2!! =) apapun,aku akn berusaha. hee


cronstudio-- wsalam, haha, x boleh. maria x cukup jahat utk geng ngan joker. =p haha,terima kasih. sama la ngan cron, teruskan berkarya dan buat komik gak ek. hehe

Anonymous said...

salam...

halu! nama saya didie. i found ur blog thru aiman maarof pnye blog. just to let you know you are so lucky to have been able to get ur own comic published. actually saya pun kaki melukis jugak.. but never had the courage to send my artwork to any competition or magazine.

and keep up the good work! i've fallen in love with mari lah. haha~

Anonymous said...

*maria

Aman Wan said...

wsalam..

hai didie. thanx coz spend time bace my blog.. huhu..x best pun blog aman nih..

anyway,jgn give up didie. aman dulu pun x yakin dgn my drawing. penah byk kali msk pertandgn tp kalah. n sebelum2 ni,ada gak hntar kat magazine.. di tolak jugak.. tp kne slalu carik peluang. n akhirnya, alhamdullillah aman dpt gak jumpe tmpat yg sudi terbitkan komik aman.

neway,u should always believe, there is sumone outthere yg sudi tgk n menyokong ur work. apepun yg berlaku, juz keep it up. n kamu akan nmpak jalannya nanti.. =)

anyway,thanx again. =) wish u all the best didie! mesti boleh punyer. berusaha!! =) hee..


p/s--- hoho..nnti Encik Shah marah.. (dia pakcik maria) XD

Anonymous said...

kekecewaan adalah salah satu dari 'rasa' untuk meniti tangga kematangan dalam hidup. Ia perlu ...

Aman Wan said...

fssf-- terima kasih. betul tu.. nak jadi matang dan berjaya, mmg kena lalui kepayahan dan kekecewaan. =) apapun,terima kasih kerana sudi membaca blog ni. =)