
Aman bertolak dari UIA dengan Aina. Asalnya kami janji utk bertolak dalam pkul 9 pagi dan bertemu Irfan pkul 10 di Stesen Masjid Jamek. TAPI disebabkan kepenatan x tido seharian, aman terbangun pkul 8.45 pagi~!!! (ehem..tido lepas subuh ye..jgn cakap aku x solat lak..huh..) Aman sangat la cuak lalu terus call aina, dan ternyata..beliau jugak br bgn tido.. hik3.. pastu tepon Irfan lak, mane tau mamat tu dah tunggu kat sana, skalik tepon2 je.. first, sore da lemah gemalai n ayat beliau.. "aku kat bilik lagi..." HAHAHA..tiga2 baru bangun. Terbaek lah~!!
Jadi cam biasa, kitorg bergerak nek LRT ke Masjid Jamek dan kelihatan Irfan tgh duduk khusyuk memandang phone beliau. Huh, new haircut. Aman mulanya ingat nak potong rambut gak.. serabai betul rambut aman aritu..huhu. Pastu kitorg bertiga nek STAR ke PWTC. Sesampai je PWTC,aman dengan bangga nya membawa mereka ke dalam dan ronda2 pesta buku yang sesak orang tu...dan kami sesat. huhu.
Lepas tanya orang, baru dapat tau kedudukan booth PTS yang sememangnya di aim dr dulu lagik. Sesampai je kat booth PTS, keadaan sememangnya sesak. Kitorg terus aim ke rak komik. Kitorg menyelit2 dengan jayanya untuk sampai ke rak komik. Then masa aman di bahagian Novel PTS ONE, aman ternampak sorang mamat ni, JIMIE~!! Editor grafik yang berbakat besar! hehe. Ni idola ipan ni. Sempat salam2 dan aman terus ke rak komik-m. Belum sempat nak sampai ke rak komik, ada sorang makcik memblok jalan dengan pamphlet Komik-M. Makcik tu da la x bagi salam, pastu bagi pamphlet lak tunduk2 muka. Huh.. eh, bila dilihat betul2 makcik itu.... laaa.. Lavendra rupenya..hahahahaha~!
Sememangnya keadaan kami ketika itu agak terpinga2. haha. masing2 tak tahu nak buat apa. Mata meliar2 melihat keadaan sekeliling booth PTS. ramai orang. dah agak dah pun. pastu aman bertemu beberapa lagi kelibat orang yang aman kenal, sperti Kak Husna, salah seorang editor PTS yg kecil molek seperti budak sekolah, Aviltone pelukis Hibrid dgn rambut barunya, dan Poyo pelukis Kecemprengman yang juga dengan rambut baru~!! (Huh, hari ni New Haricut day kah? Aku ketinggalan~!! >__< )
Kami sebenanrnya menunggu jam 2 petang sebab ketika itu lah kami akan beraksi di pentas aktiviti PTS~!! Tapi nampaknya masih awal, jadi aman mengambil keputusan untuk meronda2 sekeliling pesta buku ni. Laven ikut aman sebab dia sendiri belum ronda2 lagi. Ipan mengghilang ntah ke mana, isap rokok agaknya.. (maaf, itu cume fitnah. Ipan benci rokok~!) Aina pula mengambil peluang utk curi2 bertemu lelaki lain di tingkat bawah...... (-___-) hoho, sebenarnya dia pergi bertemu dengan abg2 karikatur yang akan dia sertai x lama lagi. hehe.Setelah beberapa ketiak..eh, ketika, bile kaki aku n laven pon dah penat jenjalan, akhirnya kitorg calling2 irfan n jumpe aina utk solat zohor dulu. Nazry n Afiq pon masa tu dah otw nak sampai PWTC. So, aku, irfan, laven, aina, reja dan sitrahaslee pegi la ke surau yg berdekatan. (jauh sebenarnya..) Masa kat sini la baru dapat berbual2 dengan Reja (pelukis Shootz!) dan Sitra (pelukis Takaza). Rupenya Sitra sebaya je dengan aman. Baru 22 thn. dan nama adik beradik beliau mmg unik. Ala2 nama watak komik Hong Kong. Sangat cool~!
Berbual punyer lama, dapat calling dari Naz yang katenya sesi REVgang dah nak start~!! Tengok2 jam, dem~! Pkul 2 dah beb! Kitorg pon berlari2 zirafah masuk ke pesta buku.. Sesampai je, Naz dan Afiq dah awal2 di interview oleh enche Faizal Mukhtar. Hohoho, masa tu, aman mmg cuak. Ntah ape la nak cakap atas pentas kang. huhuhu. Tengok adik beradik Feeqry ni cam rileks je, maybe diorg dah biasa2 kot diinterview oleh surat khabar Harian mahupun Berita jam6. Masa sesi ni, ramai gak orang2 yang aman kenal dari FB memunculkan diri seperti Suffian (peminat tegar Komik-M), Saurukent (peminat tegar Ainaa), Bhutet (peminat tegar hens) dan ramai lagi~!!



Neway, aman mmg agak suka bergaul dengan budak2. Aman harap kalau komik solo aman keluar nanti, aman akan ada ramai peminat dari kalangan kanak2. huhu (aku bukan pedo..) Bukan apa, sonok bile dapat buat budak2 hepi. sebab diorg slalu jujur dengan perasaan diorg. klu best, dia kate best. klu tak, dia cakap tak. Jadi, itu antara misi aman la. hahaha, utk dapatkan ramai peminat2 cilik.

Neway, seterusnya giliran Laven dan Ainaa lak utk diinterview. Hehe, ape lagi, memandangkan mereka lah the only bunga kat Komik-M, jadi agak diberi tumpuan orang. hehe. cool~! Seperti biasa, mereka juga ditanyakan soalan yang sama seperti kami.





Senja semakin bertungkus lumus memunculkan diri. Masing2 mula beransur pulang. Naz, Afik dan Laven tumpang enche Wanzu. Aina pula gerak sendirian kerana ingin bertemu teman lain. Aman dan Irfan bersama2 pulang menaiki LRT. (setelah penat membawa beliau berjalan2 di Masjid Jamek sehingga sesat. haha) Setelah Irfan sampai ke destinasi beliau, aman terus ke putra. Aman kemudian naik bas rapid seorang diri pulang ke UIA. Aman duduk di kerusi belakang, dan lampunya rosak ketika itu. Badan aman sangat letih, kaki dah kebas, perut lapar, mata mengantuk, kepala terbayang assignment yang aman tinggalkan, ada banyak drawing bangunan x siap, esok dah kena present depan lecturer, terbayang pula satu persatu kenangan di pesta buku, bebudak REVgang, enche wanzu dan alif, ahli2 pekomik..... aman keseorangan dalam kegelapan dan diikuti bunyi enjin bas,sebuah senyuman masih tak lekang dari bibir...
(^_______^)
-out-
-out-
p/s--segala gambar dicuri dari laven, kumpulan pts, dan reja. huhu..sori2~! sebuah hari yang terbaek dalam hidup~!!