Wednesday, March 24, 2010

Hari Terbaek~!!

Pesta Buku kembali tahun ni. Pada pesta buku tahun lepas, merupakan antara kenangan terindah aman dalam dunia komik bila aman bertemu dengan ramai artis2 komik dan mengagumi mereka yang sedang sibuk menanda tangan kepada peminat2 komik. Tahun ni, pada mulanya, aman ingat pesta buku 2010 ni hanya biasa2 saja, tapi TAK....!! Bila aman tengok dalam jadual Komik-M tahun ni di pesta buku, tercatat 1 aktiviti bertemu artis komik dan salah satunya ialah Aman sendiri~!!! (sebenarnya dia tulis REVgang, aman ahli REVgang ye..hik3..) Oh, ye, bila sebut pasal REVgang, mesti ada yang tertanya, apa tu REVgang? Camni, REVgang ialah group pekomik muda yang bernaung di bawah Komik-M. Ahli2 REVgang ialah..........Ah, malas utk bercerita panjang. Lain kali aman akan buat entry tentang REVgang ni. Tapi utk lebih mengenali kami, boleh klik ke link INI~! heee..

Aman bertolak dari UIA dengan Aina. Asalnya kami janji utk bertolak dalam pkul 9 pagi dan bertemu Irfan pkul 10 di Stesen Masjid Jamek. TAPI disebabkan kepenatan x tido seharian, aman terbangun pkul 8.45 pagi~!!! (ehem..tido lepas subuh ye..jgn cakap aku x solat lak..huh..) Aman sangat la cuak lalu terus call aina, dan ternyata..beliau jugak br bgn tido.. hik3.. pastu tepon Irfan lak, mane tau mamat tu dah tunggu kat sana, skalik tepon2 je.. first, sore da lemah gemalai n ayat beliau.. "aku kat bilik lagi..." HAHAHA..tiga2 baru bangun. Terbaek lah~!!

Jadi cam biasa, kitorg bergerak nek LRT ke Masjid Jamek dan kelihatan Irfan tgh duduk khusyuk memandang phone beliau. Huh, new haircut. Aman mulanya ingat nak potong rambut gak.. serabai betul rambut aman aritu..huhu. Pastu kitorg bertiga nek STAR ke PWTC. Sesampai je PWTC,aman dengan bangga nya membawa mereka ke dalam dan ronda2 pesta buku yang sesak orang tu...dan kami sesat. huhu.

Lepas tanya orang, baru dapat tau kedudukan booth PTS yang sememangnya di aim dr dulu lagik. Sesampai je kat booth PTS, keadaan sememangnya sesak. Kitorg terus aim ke rak komik. Kitorg menyelit2 dengan jayanya untuk sampai ke rak komik. Then masa aman di bahagian Novel PTS ONE, aman ternampak sorang mamat ni, JIMIE~!! Editor grafik yang berbakat besar! hehe. Ni idola ipan ni. Sempat salam2 dan aman terus ke rak komik-m. Belum sempat nak sampai ke rak komik, ada sorang makcik memblok jalan dengan pamphlet Komik-M. Makcik tu da la x bagi salam, pastu bagi pamphlet lak tunduk2 muka. Huh.. eh, bila dilihat betul2 makcik itu.... laaa.. Lavendra rupenya..hahahahaha~!

Sememangnya keadaan kami ketika itu agak terpinga2. haha. masing2 tak tahu nak buat apa. Mata meliar2 melihat keadaan sekeliling booth PTS. ramai orang. dah agak dah pun. pastu aman bertemu beberapa lagi kelibat orang yang aman kenal, sperti Kak Husna, salah seorang editor PTS yg kecil molek seperti budak sekolah, Aviltone pelukis Hibrid dgn rambut barunya, dan Poyo pelukis Kecemprengman yang juga dengan rambut baru~!! (Huh, hari ni New Haricut day kah? Aku ketinggalan~!! >__< )

Kami sebenanrnya menunggu jam 2 petang sebab ketika itu lah kami akan beraksi di pentas aktiviti PTS~!! Tapi nampaknya masih awal, jadi aman mengambil keputusan untuk meronda2 sekeliling pesta buku ni. Laven ikut aman sebab dia sendiri belum ronda2 lagi. Ipan mengghilang ntah ke mana, isap rokok agaknya.. (maaf, itu cume fitnah. Ipan benci rokok~!) Aina pula mengambil peluang utk curi2 bertemu lelaki lain di tingkat bawah...... (-___-) hoho, sebenarnya dia pergi bertemu dengan abg2 karikatur yang akan dia sertai x lama lagi. hehe.Setelah beberapa ketiak..eh, ketika, bile kaki aku n laven pon dah penat jenjalan, akhirnya kitorg calling2 irfan n jumpe aina utk solat zohor dulu. Nazry n Afiq pon masa tu dah otw nak sampai PWTC. So, aku, irfan, laven, aina, reja dan sitrahaslee pegi la ke surau yg berdekatan. (jauh sebenarnya..) Masa kat sini la baru dapat berbual2 dengan Reja (pelukis Shootz!) dan Sitra (pelukis Takaza). Rupenya Sitra sebaya je dengan aman. Baru 22 thn. dan nama adik beradik beliau mmg unik. Ala2 nama watak komik Hong Kong. Sangat cool~!

Berbual punyer lama, dapat calling dari Naz yang katenya sesi REVgang dah nak start~!! Tengok2 jam, dem~! Pkul 2 dah beb! Kitorg pon berlari2 zirafah masuk ke pesta buku.. Sesampai je, Naz dan Afiq dah awal2 di interview oleh enche Faizal Mukhtar. Hohoho, masa tu, aman mmg cuak. Ntah ape la nak cakap atas pentas kang. huhuhu. Tengok adik beradik Feeqry ni cam rileks je, maybe diorg dah biasa2 kot diinterview oleh surat khabar Harian mahupun Berita jam6. Masa sesi ni, ramai gak orang2 yang aman kenal dari FB memunculkan diri seperti Suffian (peminat tegar Komik-M), Saurukent (peminat tegar Ainaa), Bhutet (peminat tegar hens) dan ramai lagi~!!

Setelah sesi Naz dan Afik berakhir, enche Wanzu minta Aman dan Irfan pula naik ke atas pentas. seriously, ni lah kali pertama aman berdepan dengan orang awam untuk sesi interview dan otograf. klu cakap aman x cuak, memang tipu la. sedangkan irfan yang sebelum ni dah hadiri sesi otograf peminat kat JB pun masih cuak, aman yg 1st time lagi ar. Tapi kitorg naik dengan muka pure2 cool~! hohoho. interview di mulakan seperti biasa. soalan2 seperti, lukis komik ape? sejak bila kenal komik-m? apekah berkembangan perut..eh, komik? dan beberapa soalan basic untuk mengenali seorang pelukis komik. time tengah2 interview tu, aman terperasan seseorang membawa camera (rakam).. aman x kenal orang tu, tapi dari logo baju mamat tu, memang sah~!! orang TV9~! tak lama lepas tu, aman ternampak lak kelibat seorang wanita berambut pendek yang sgt sweet bersalaman dengan pengerusi PTS, Puan Ainon. Huh, Irma Hasmie??

Semasa sesi para peminat untuk menunjukkan bakat, memang ia mengkonfemkan tekaan aman. Ya, Tam (pelakon Cili Padi) dan Irma Hasmie naik ke atas pentas untuk melukis sambil2 mempromosikan Komik-M di rancangan Kawan@ TV9 (klu aman x silap). wahh..masuk TV?? cool~!! Aman pun mula la buat muka2 senyum kodok sambil cover2 sopan2 tenggiling. hehehe. seterusnya pulak, acara tandantangan. sememangnya x ramai yang ke depan untuk minta sign. (huhu..sape je la aman wan ni..) cuma suffian ke depan untuk minta sign, dan diikuti oleh seorang budak lelaki dan adiknya. hehe. Aman banyak gak bertanya kat budak tu, dia minat komik tak? lukis komik tak? dan aman ada bagi kata2 nasihat untuk jadi pelukis dan jgn abaikan pelajaran. budak tu pun cam teruja. (terutama adik perempuan dia yang ligat bercerita..haha).









Neway, aman mmg agak suka bergaul dengan budak2. Aman harap kalau komik solo aman keluar nanti, aman akan ada ramai peminat dari kalangan kanak2. huhu (aku bukan pedo..) Bukan apa, sonok bile dapat buat budak2 hepi. sebab diorg slalu jujur dengan perasaan diorg. klu best, dia kate best. klu tak, dia cakap tak. Jadi, itu antara misi aman la. hahaha, utk dapatkan ramai peminat2 cilik.

Sesi kami tamat dengan lancar. Semasa kami turun dr pentas, Irfan tiba2 cakap sesuatu yang agak mengimbas memori kitorg. "Man, kan aku dah cakap hari tu,kita akan duduk sebelah2." Irfan tegur. Masa tu aman teringat balik. Saat kitorg belum lukis komik dengan Komik-M, saat kitorg baru dalam proses menghantar proposal komik kepada enche wanzu, kitorg da janji klu kitorg berjaya, kitorg akan duk sebelah2 time sesi tandatangan dengan peminat. haha, x sangka benda ni betol2 berlaku. (hehe)

Neway, seterusnya giliran Laven dan Ainaa lak utk diinterview. Hehe, ape lagi, memandangkan mereka lah the only bunga kat Komik-M, jadi agak diberi tumpuan orang. hehe. cool~! Seperti biasa, mereka juga ditanyakan soalan yang sama seperti kami.

Selepas tu, seperti biasa. misi seharian kami dah pun berakhir. Banyak gak benda2 yang berlaku pastu. perjumpaan ramai2 pekomik yang borak2. bergambar2 dengan editor2 yang kacaks2 belaka. dibelanja minum2 oleh enche wanzu. sesi shopping yang berpatutan (peh..habis duet poket...) dan tentulah, sesi bergambar dengan ahli2 REVgang~! Akhirnya REVgang lengkap juga. (sebelum ni kitorg ada buat perjumpaan tapi tiada Ainaa masa tu.)


Senja semakin bertungkus lumus memunculkan diri. Masing2 mula beransur pulang. Naz, Afik dan Laven tumpang enche Wanzu. Aina pula gerak sendirian kerana ingin bertemu teman lain. Aman dan Irfan bersama2 pulang menaiki LRT.
(setelah penat membawa beliau berjalan2 di Masjid Jamek sehingga sesat. haha) Setelah Irfan sampai ke destinasi beliau, aman terus ke putra. Aman kemudian naik bas rapid seorang diri pulang ke UIA. Aman duduk di kerusi belakang, dan lampunya rosak ketika itu. Badan aman sangat letih, kaki dah kebas, perut lapar, mata mengantuk, kepala terbayang assignment yang aman tinggalkan, ada banyak drawing bangunan x siap, esok dah kena present depan lecturer, terbayang pula satu persatu kenangan di pesta buku, bebudak REVgang, enche wanzu dan alif, ahli2 pekomik..... aman keseorangan dalam kegelapan dan diikuti bunyi enjin bas,sebuah senyuman masih tak lekang dari bibir...



(^_______^)


-out-

p/s--segala gambar dicuri dari laven, kumpulan pts, dan reja. huhu..sori2~! sebuah hari yang terbaek dalam hidup~!!

No comments: