Thursday, August 26, 2010

The Consultation

BT CAVES, 20 OGOS 2010- Ini ialah tarikh yang sangat ditunggu aman (sebenarnya, tak la tertunggu sangat sebab aman secara tak sengaja free masa tarikh ni untuk ke ofis..) sejak aman siapkan 40pages proposal komik SET! pada akhir bulan Jun hari tu. Aman dengan perasaan teruja, cuak, hepi, naik motor ke editorial ofis Komik-M.

Ok, sebelum aman nak cerita lebih panjang, aman nak beritahu trivia tentang pertemuan aman dengan editor Komik-M kali ini...

1) Ini ialah proposal komik solo aman yang ke-3
2) 40pages telah aman siapkan sebagai proposal
3) Editor tak tahu lansung berkenaan kedua2 trivia diatas.
4) Ketiga2 trivia diatas dinamakan kes "Berani Mati".

ok, sememangnya aman x dapat nak expect apa2. Aman hanya terbayang dua ayat saja waktu tu. "Ok, approved." dan "Hmm,redo lah". Tapi aman dah bersedia untuk hadapi kedua2 situasi. Kalau approved, memang aman akan tersenyum sepanjang hari sambil kepala membayangkan impian yang semakin hampir.. dan kalau redo, aman juga pasti akan tersenyum sepanjang hari sambil membayangkan impian yang pasti hampir nanti..

Aman parking motor betul2 depan ofis editorial. Aman betul2kan rambut, belek2 proposal komik yang aman dah print dan stapple.. Dalam fikiran aman memang bermacam2. Apapun, waktu tu, aman berharap, kalau terdapat rejection dalam karya ni, biarlah tiada siapa menjadi saksi. Biarlah menjadi rahsia antara aman dengan editor saja.

Aman pusing belakang untuk kunci motor. Vroom~! Reja dan Bop sedang tersengih. "aman~!" Mereka parking motor betul2 kat belakang motor aman... Gulp!... ^___^" ...kantoi~

*****

Dalam ofis editorial, Alif sedang letak toning pada Aviasi Fantasi 2, Enche Wanzu sedang edit cover Budak Takraw 2 bersama Jimi, dan Enche Zul (editor baru) sedang ada sesi consultation. Aman, Reja dan Bop duduk di meja consultation menunggu Enche Zul. Ofis editorial memang sangat cool~! Luas dan banyak meja. Macam dalam studio pula, tapi lebih best sebab masing2 sedang edit buku2. Cool giler~! Masing2 tekun. Aman diam2 je, sebab masih segan2 dengan staff2 PTS. Jadi, sedang aman menunggu, aman bagi Reja dan Bop untuk belek2 proposal komik aman tu...dan consultation tiba2 bermula...

*****
BOP
Bop membelek komik SET! tu. Sambil2 tu aman cerita sket tentang idea fantasi aman yang aman nak letak dalam komik tu. Bop cakap, "Apa yang senangnya pasal dunia fantasi ni, orang tak boleh nak persoal pun kalau ada benda2 x logik ni. Tengok, rumah ni mana logik, tapi ok je." (tak silap, ini yang Bop cakap. mana la aku ingat sebutir2 ayat dia..) Bop belek2 lagi. Bop terpandang satu lukisan teksi. "Aman, apa ni, ini teksi yang aku jumpa tengah jalan tadi ni. Tak fantasi pun ni." (lebih kurang camni la ayat dia jugak..) lalu diiringi gelakan wakaka..crew beliau sambil menari2 shuffle secara tiba2. (ok, ini aku tambah cerita)

REJA
Reja pun belek2 komik SET! tu. Reja tersenyum lalu ikut Bop menari shuffle juga. (aku tambah cerita lagi) Reja terpandang design watak utama aku. Reja cakap, "Mesti samakan. Kalau ada 2 orang watak utama, mesti sorang rambut pendek kaler hitam, sorang rambut panjang kaler putih.. selalu mesti macam tu.." Muka Reja nampak serius. Jadi, aman membatalkan niat untuk berloyar buruk dan aman pun hanya tersenyum saja.

EN. ZUL
Enche Zul ajak duduk dan bincang. Tanpa segan silu, enche zul cakap, "Ini untuk rujukan akan datang ye.. Panel komik ni padat sangat la. Terlalu penuh sangat. Kena ada beberapa page yang full. Biasanya panel untuk Komik-M dalam 5-6 dah ok." Enche Zul belek2 lagi.. "Hmm..kalau jalan cerita... jap, saya tanya wanzu camner.."

EN. WANZU

Enche Zul memanggil Enche Wanzu. Kehadiran Enche Wanzu sememangnya memberi aura cuak seperti kemunculan Chief Editor dalam komik Bakuman. Enche Wanzu dengan confidennya cakap, "Amannya komik ni padat la. Tak relaks. Komik untuk kanak2 kan? Kanak2 nak baca kena santai2, ini padat sangat. Jalan cerita ok. Tak payah lukis sumer panel ada background. Lukis 1 panel besar full background dan yang lain2 sket2 je. Kalau sumer full background nanti pembaca keliru. Aman masih banyak buat close-up panel. Tak free. Terlalu banyak zoom in. Cuba zoom outkan sket untuk bagi nampak scenery." Lalu enche wanzu buat gaya tangan untuk zoom out dan zoom in.

Dia sambung lagi, "Aman buat komik dunia fantasi, tapi awal2 aman tak tunjuk pun ini dunia fantasi.. Kalau ada arnab tidur ada buku atas kepala ni masih tak cukup fantasi. Risiko kalau aman buat komik fantasi ni, kena la tunjuk dunia dia yang sebenar. Macam Dr.Slump, awal panel ada matahari senyum. Orang dah tau itu dunia fantasi. Aman sepatutnya ada blue print dunia komik aman ni. Aman patut tunjuk kat awal2 panel komik."

Enche Wanzu tengok karakter. "Ini watak2 utama ni sama je. Tak menonjol. Badan dia sama je. Tak ada tinggi, gemuk. Cuma tukar rambut, pastu pakai cermin mata. Aman kena variety kan watak utama supaya lebih menonjol dari watak sampingan." dan beberapa lagi komen2... aman tunduk saja. Tak berani bertentangan mata dengan enche wanzu, enche zul, jimi, bop, dan reja.. (wah,.ramai juga saksi.. TT___TT..)

EN.ZUL (lagi)
Enche Wanzu menyambung kerja editing. Enche Zul ambil alih semula. Komen enche wanzu tadi sudah disimpulkan menjadi "Hmm,redo lah.". Aman tenang. Tak terkejut sangat. Sebab ini risiko yang aman patut dah expect bila buat kerja "Berani Mati" macam ni.. Aman belek komik sendiri. Aman sebelum ni sangat konfiden komik aman ni akan diterima. Aman rujuk semua Komik-M untuk playsafe dengan konsep dan idea komik aman ni. tak terlalu biasa, dan tak terlalu extravaganza. Aman mungkin selamat dengan idea, tapi aman masih lemah dalam skill berkomik. Apapun, aman angap ini sebagai proses belajar. Kejayaan bukan datang dengan sepetik jari kan?

Sebelum aman redo semula komik ni, aman mengambil peluang untuk bertanyakan beberapa pendapat dan idea kepada enche zul. beberapa input yang aman dapat dari beliau, "Kalau nak buat full panel, letak kat awal2 komik, sebagai pengenalan. Watak dah ok, tapi varietykan lagi. Panel masa aksi lawan bagi senget2 sket. Jangan petak2 sangat panel. Rigid sangat nanti. Garisan efek pun kena kemaskan lagi. X perlu terlalu banyak garis. Dialog lak kalau boleh jangan terlalu banyak. Bagi pembaca rehat. Ada page yg perlu untuk banyak dialog dan ada page yang lebih baik sikit2 saja. Kalau tak, pembaca akan jadi penat untuk baca setiap dialog panjang. Kalau ada dialog yang panjang2 pun, pastikan pecahkan ia kepada 2-3 bubble. Jadi tak nampak padat sangat." dan beberapa lagi komen yang banyak membantu aman untuk memperbaiki komik aman ni.

*****

Dengan itu, aman pun pulang kembali ke tempat kerja (aman sekarang sedang praktikal di Bt Caves). Ingat nak singgah Bookcafe tapi tak jadi sebab tadi janji dengan bos untuk keluar 30minit saje, tapi sudah sejam setengah di opis PTS. Aman naik motor, diiringi Reja dan Bop merempit di tengah kota gombak... (yeke ke kota...)

*****

Dan seperti sedia maklum, nak taknak, aman kena redo keseluruhan komik aman ni. Dari design karakter, panelling, dan jalan cerita. (Jalan cerita kena ubah mengikut panel dan limit pages Komik-M) Memang kerja yang banyak, tapi serius cakap, aman x rasa sedih. Aman cam lagi teruja. Aman semakin nampak kelemahan aman dan diberi peluang untuk lebih improve. aman akan gunakan peluang ni sebaik mungkin!

Kesimpulan untuk hari tu, aman cuma boleh cakap (atau taip dlm status Facebook),

Eksperimen "berani mati" hari ini mmg betul2 'mati'. haha. Tapi ia permulaan 'hidup' yang lebih kuat! Yeah! Berusaha Aman Wan~!!!


-out-

maaflah entry kali ini aman tak upload preview komik aman. TAPI akan datang komik tu aman akan upload di Facebook aman. =)


6 comments:

amencodai said...

wahh..sangat susah nk proceed komik ni yer..aku pon berase cuak jugak nk wat komik ipcc ni..takot crite tak diterime..papepun tengkiu sbb bagi info pasal nk wat komik ni..berusehe lagi..kompom suksess..

Poyo said...

Jangan putus asa ek.. kalau putus jugak, sila ikat dengan tali yang tak mudah putus seperti tali pinggang mahupun tali leher (^_^)Chaiyokk..

kyrel said...

wah.... Aman itu dikira cool (^^,)... insya ALLAH aman akan menjadi lebih hebat lagi selepas ini... apa2 pun semoga berjaya dan jangan berputus asa ...ya (^0^)v

Fazl said...

Ya, berusaha Aman Wan!

Biasanya kejayaan yang diiringi dengan berbagai-bagai cabaran dan dugaan lebih terasa kepuasannya daripada kejayaan yang datang dengan sekelip mata :)

Aman Wan said...

dewoo- thanx dewoo. buat komik ni kadang2 org pandang remeh, tapi bukan benda senng jugak lebih2 pada org yg baru dlm dunia komik cm aku ni. tapi selagi ada semangat utk capai impian, aku rasa insyaalah benda2 susah tu jadi sng. hehe. tapi, aku rasa skill ko dah smart dah dewoo. aku dr skolah dlu kagum kot dgn ko sejak karya ko masuk best of the best kat gempakstarz dlu. hehe. all the best gak bro~!!

poyo- yup2, xkan putus asa! aku nak komik aku nnti jadi best dan disukai ramai mcm ramai org suke kecemprengman! hehe. klu putus juga, aku pinjam taligantung sajalah. hehe, tenkiu poyo yg gentleman!

kyrel- trima kasih kyrel~! bila dgr kata2 semangat cmni, aman makin berazam utk berjaya lg kuat! haha. aman pon yakin kyrel akan lebih hebat juga. yg penting teruskan melukis k~! =)

emi- yaa, benarlah kata2 cik emi itu. memang takkan saya nafikan. bila buat sesuatu dgn penat lelah, mmg hasilnya akan sgt dihargai. apapun, trima kasih cik emi yg berbudi pekerti kerana memberikan kata2 semangat~! =)

Blogger said...

If you'd like an alternative to randomly picking up girls and trying to figure out the right thing to do...

If you'd prefer to have women hit on YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded pubs and restaurants...

Then I encourage you to view this eye-opening video to uncover a weird secret that might get you your own harem of beautiful women:

Facebook Seduction System!!!