Sunday, July 1, 2012

Kini aku sudah 24. Cool. =)

Hari ni aku dah 24 tahun.

Dan umur inilah yang paling pening dan teruja untuk aku. Sebab umur ini lah aku officially berstatus BUKAN pelajar, BUKAN pekerja... tetapi... Si Anggur..

Maksud aku, Penganggur! PENGANGGUR!

Tapi sebenarnya, aku dah ada kerja dah. (takde nak anggur sangat la kan) Cuma inilah umur aku berada di tengah-tengah antara zaman belajar dan zaman bekerja. Apa yang aku boleh katakan, ini ialah umur untuk aku DECIDE kemana hala tuju aku yang sebenar.

Apa yang perlu ditamatkan, sudah aku tamatkan. Sekarang, aku berada di depan pintu-pintu untuk aku pilih. Masa depan aku.

Umur 24 tahun ini sangat memeningkan sebab ini ialah umur orang-orang macam aku dapat status "budak baru nak HIDUP". Zaman-zaman "budak baru nak UP" dah tiada dah. Dan ini lah tahunnya aku kena plan macam-macam.

Aku nak keje apa?
Gaji macamana?
Nak pilih hobi atau degree?
Kahwin bila?
Dengan siapa?
Aiskrim feveret apa?
Nak pakai kasut ap..
OK, dah melalut.

Tapi nak tell the story shorter enuf (hensem sungguh English kau!), waktu ini lah macam-macam persoalan bermain dalam kepala, dan kadang-kadang soalan-soalan ini jugak la makcik-makcik jiran sebelah duk soal-soal sambil bermain-main gentel inti kelapa.

APA YANG PASTI! (peh, siap capslock tu jenab!)

Aku nak fikirkan karier dulu. Soal kahwin-kahwin ni, aku tolak bagi future AmanWan umur 28 tahun yang pikir. Padan muka dia.

Aku sekarang nak tentukan langkah mana yang patut aku ambil DULU. Kalau nak ikutkan, memang berkomiklah destinasi aku. Tapi, aku juga ada pintu lain yang memberi aku peluang yang menarik. Dalam hal ni, impian itu kadang-kadang kena tunggu. Ekonomi kena jaga juga. Kalau nak kejar impian semata-mata, duit poket tiada, macam mano den nak boli barang2 melukih untuk den capai impian den ha?? Jadi, aku kena pandai imbangkan Kepuasan Hati dan Kepuasan Ekonomi dengan stabil. Dan ini yang serabut aku pikir sekarang.

Walau apapun, aku akan cuba yang terbaik. Aku sudah ada plan yang sangat besar tahun depan. Aku mahu cari seseorang. Atau mungkin beberapa orang. Nanti aku akan beritahu dalam entry tahun baru 2013. Ianya plan utama aku tahun depan. (seseorang itu bukan bini ya. Itu 4 tahun akan datang punya azam. Keh3)

Jadi, 24 tahun huh...

AmanWan, masa untuk memasuki pintu. Dan bersedia explore realiti dunia yang sebenar...

Bismillah...

^_____^

-out-

13 comments:

Luqman Zakaria said...

huhu...dah 24 tahun dah...:)

Anonymous said...

selamat hari jadi..semoga panjang umur dan di murahkan rezeki...

Nur Syahida Hassan said...

happy birthday, amanwan :)

razzwey razz said...

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-24 ye aman, aku doakan semoga lebih berjaya dalam bidang yang diceburi... Don't worry, aku akan jadi penyokong setia ko... (^_^)¶

Qais Me said...

eh, birthday bile ni? semalam ke hari ni? tp,, happy birthday ye encik amanwan ^_^

Mazrul said...

Allah selamatkan kamu

nazrul ali said...

heepi beseday incik aman..aku dah lalu dah 2 tahun lepas..heh3

Anonymous said...

happy belated ! nak kawen ngan aman bleh? hehe

Jay Saja said...

happy birthday, amanwan! kerja2 jugak...soal jodoh jangan tolak tepi terus. doa jangan tinggal. doa hari ni, belum tentu dapat esok. so, doa jangan tinggal ye.

all the best, amanwan. in everything. insyaAllah. ^^

Hanie Dew said...

hepi besday to you.umur 24 tahun aku dah kawin..hhahhaa...

semoga di permudahkan segala urusan mencari keje untuk beli alat lukih komik.kekekee dan mencapai cita cita.

Anonymous said...

Apo! Ekau nak kawin umor 28? Toberak pakcik nak tunggu konduri rumah ekau macam ni.. copek sikit kawin.. kucing pakcik pun umur 5 tahun dah kawin..
Kawin copek yo..

Pakcik tam tam

Fezz said...

Serius muka ko buruk dlm gmbr kat dlm entry nie hahaha....slmt 24.. :D were in the same boat... hhe

Anonymous said...

entry yg best..:)