Sunday, October 9, 2016

Jadi Juri Komik


Di suatu petang yang nyaman, tiba-tiba Aman mendapat mesej dari rakan pekomik Alakazam untuk menjadi juri kepada pertandingan Pencarian Bakat Komik Seram yang dianjurkan oleh MatKomik. Wah, ini adalah satu penghargaan yang sangat besar untuk Aman! 

Manakan tidak, Aman bukanlah pekomik yang hebat seperti beberapa rakan yang lain. Malah, peserta yang Aman akan nilai juga bukan calang-calang! Apabila membaca karya mereka, memang lebih hebat dan berbakat dari Aman! Apapun, peluang untuk memberikan pendapat dari mata seorang pembaca juga fellow pekomik adalah sangat seronok!

Berdasarkan TOP 20 yang mendapat undian tertinggi, Aman perlu pilih TOP 10 untuk menjadi pemenang. Kesemua komik TOP 10 ini akan dikompilasikan dan dijual oleh MatKomik. CooL! Oleh itu, sebagai juri Aman telah memilih kriteria-kriteria penting sebagai seorang pekomik. Kriteria yang pekomik perlu pegang untuk terus menghasilkan karya yang hebat di masa hadapan.


Menghasilkan komik bukanlah sesuatu yang mudah. Kita boleh bermimpi dan bercakap-cakap, tetapi melaksanakan impian itu sehingga akhir memerlukan tenaga dan disiplin yang kuat. Dunia komik bukan sahaja dunia seronok semata-mata. Ia juga dunia untuk mengubah sesuatu melalui karya. Ia juga sesuatu yang serius dan perlu diambil berat.

Kesemua peserta membuktikan mereka mampu SIAPKAN komik mereka, itu adalah satu kemenangan bagi Aman. Sekiranya mereka masih lagi punya impian dan tenaga untuk meneruskan, kejayaan pasti menanti mereka di dalam bidang ini. InsyaAllah!


Kepada yang mahu membaca komik-komik ini, boleh sahaja pergi ke laman web MatKomik iaitu di......



-out-