Yeah~! Adalah benar belaka apa yang dikatakan oleh mamat di atas. haha. Bermula 1 Mei yang lepas, aman dengan nekad sudah pon mula melukis komik solo aman dengan serius dan benarnya. Selama ni, aman terbabit dengan banyak tugasan di Universiti dan aman terlalu takut untuk memulakan komik solo aman sebab terlalu mengejar kesempurnaan dalam karya.
Tapi aman kemudian terfikir, Sampai bila aku nak sketch2 dan rangka2 komik je ni? ditambah pula dengan soalan2 lazim dari kawan2, Wes, komik ko bile nak siap??(Sejujurnya.. bila nak buat?..) Jadi dari situ aman nekad untuk menggadaikan senang lenang aman dirumah dan berkerja keras melukis komik aman ni dengan serius~!!
Ya? Apa?
Oh, yes~! Kenyataan diatas memang sangat poyo. wakaka..crew~! (gelak gaya Bop)
Tapi tak salah mencuba. Dan hasilnya adalah positif setakat ni. Lepas je aman lukis page ke-3, aman semakin teruja untuk lukis page2 seterusnya~! Ketika entry ni di tulis, aman sudah menyiapkan page ke-21. Weeee~!! (errr...sikitkan..)
Huhu..pada awalnya, aman bajet untuk siapkan 1 buku komik solo aman ni dalam sebulan, bermakna sehari (weekdays) aman kena siapkan 5 pages. (BAJEEETT~!!!!!!) Dan seperti perkataan dalam kurungan disebelah, aman sangat bajet.......hanya mampu lukis 1 page sehari...huhu..
Rasanya aman patut tingkatkan set pages aman sket dalam 2pages sehari, tapi depend pada kemampuan aman. Lebih2 cuti ni juga aman terlibat dengan kerja2 illustrasi buku kanak2, komik antologi dan ulang kaji berkenaan interior design. (preparation sebelum masuk praktikal julai nanti..)
Buat masa ni, semangat aman masih seronok melukis komik solo aman ni. Sampaikan kadang2 aman tersalah inking di beberapa tempat.. adoiyaiii..huhu~!
Apapun, aman berharap semangat aman ni akan berterusan, sebab untuk lihat komik sendiri di publish memang impian aman dari kecik, dan tentunya impian semua pelukis komik di luar sana. Jadi, dengan kemampuan aman ni, aman akan cuba tekan minyak sket untuk siapkan dengan berhemah! Aman bajet dalam bulan julai akan siap komik ni. Aaammiiin~!
Aman buat entry ni bukan nak memberi janji kosong kat kawan2 aman yang tunggu komik aman untuk siap, tapi entry ni dibuat juga dengan sebab memberi tekanan kat aman sendiri untuk siapkan dalam masa yang aman dah tetapkan. Bila dah ada tekanan, ditambah dengan perasaan teruja melukis, aman harap semua akan berjalan dengan baik.
Nampaknya, semakin ramai orang kurang berblog lagi. Lebih2 bila di facebook segala application boleh buat, dan respond dari kawan2 lebih pantas berbanding blog. Tapi bagi aman, aman masih nak blog aman ni "hidup", supaya satu hari nanti, aman senang nak renung sejarah diri aman dalam pembabitan dunia komik kat Malaysia ni. hehe.
Aman sebenarnya ada banyak benda nak cerita dalam blog ni, tapi aman terpaksa hold segala cerita2 aman ni untuk 2-3 bulan lagi. Cuma apa yang penting sekarang, komik solo aman sudah pun bermula sejak 1 Mei haritu. weeeee~!!
Cuma aman tak banyak masa, sehari cuma 1 page saja aman boleh lukis dan ink, dan buat masa sekarang, aman dah siap ink 16pages komik soo aman tu. harap kerajinan aman ni akan terus konsisten. aaammmiiin~
Neway, untuk blog kali ni, aman korek balik video aman SETAHUN yang lalu (saat daku kurus dan tak kacak..hik3) ketika aman dengan rumate aman ada plan nak design baju, jadi kitorg pon buat la demo skit. Aman guna lukisan komik aman (komik page di atas ni..) untuk design baju tu. haha.
Camner penghasilan dan akhirannya? Tengok je video yang poyo nih. huhu. Hmm..dah lama tak buat Vblog ek.. hik3~!
Oklah, aman mmg tatau nak updet blog ni dgn topik apa. Yang penting skang, aman tgh cuti! Weeee~!! Memang aman akan fokus dengan dunia komik aman! Hope aman akan dapat updet blog ni selalu dengan preview2 karya yang aman dah lukis lah. Kali ni, aman nak buat lagi review komik dari Komik-M~!!
Ditegaskan kepada semua, setiap review yang berada di blog ini adalah pendapat PERSONAL. Anda mungkin bersetuju dengan aman, atau tidak. Jadi, untuk tahu kebenarannya yang sebenar, sila beli sendiri dan nilai. Lagi sekali ditegaskan, ini adalah pandangan PERSONAL aman sebagai pembaca. cool~!
KOMEN:Komik yang agak catchy~! Bagi aman, cover dan belek2 sket isi dalam, dah cukup buat aman tertarik utk beli. Stroke yang sangat unik dan jalan cerita yang bagus! Even aman budak kampung, tapi, aman sendiri tak pernah main perang terung manggor. huhuhu. Tapi, bagi aman, lebih best kalau konflik2 di lebih kan sket. sebab jalan cerita dia agak 'aman damai' seperti kampung. huhu. klu ada banyak lagi konflik2 mesti lagi cun. Stroke aman tak perlu komen sebab stroke ni memang memikat animator untuk menjadikan Meon sebuah siri animasi yang baik kelak. All the best pada Jas~!
TAJUK:Dear Yayah PEKOMIK:Ard One & Farihah Iskandar SINOPSIS & PREVIEW:Sila Klik Utk Baca Ye~!
KOMEN:Bagi aman, kemunculan komik ni memang sesuatu yang dinantikan pada peminat siri novel Dear Yayah tulisan cik Farihah Iskandar. Even aman tak pernah baca novel Dear Yayah, tapi aman masih lagi enjoy baca komik ni yang banyak menunjukkan fenomena yang berlaku di sekolah berasrama. Haha, teringat lak dulu2. Lukisan yang kemas oleh Ard One dan jalan cerita yang OK dari Farihah Iskandar. Aman suka, tapi taklah teruja. Sebab cerita kehidupan seperti ini bukan genre yang aman minat. Dan, apa yang aman janggal, ialah watak2 dalam komik ni. aman agak susah nak cam watak2 perempuan dalam komik ni. Sebab muka mereka agak sama. Dan, aman lagi suka kalau mereka ni dalam asrama, tunjukkan je rambut. (diorg pakai serkup). Sebab aman tengok, banyak je komik-m lain yang lukis watak tak bertudung. Lagipun babak di asrama cuma sekejap saja. Jadi, aman rasa tak mengapa. Hanya pendapat.. bagaimana ye enche Wanzu dan Alif..??
KOMEN:Err..aman perlu jujur di sini. Aman tak faham komik ni. huhuhu. Rekaan cover page dan konsep cerita bagi aman dah sangat smart~! Memang aman menantikan komik ni dulu. Tapi aman agak kecewa bila aman buka isi dalam. Lukisan komik ni seolah2 macam hendak cepat, dan aman tak dapat bezakan latar dan watak. Disebabkan cerita ini juga 100% berkisar tentang dunia lain, jadi, haiwan, manusia, pokok, semuanya dalam rangka yang asing. aman tak dapat bezakan yang mana kapal angkasa, yang mana orang. Pada awal cerita juga aman tak pasti yang mana watak utama dan yang mana perlu diberikan fokus. Aman tahu pelukis komik ni, Ayiemz adalah seorang yang berbakat, cuma aman sebagai PEMBACA, aman masih keliru dengan cerita komik ini. Aman sudah baca 2 kali untuk fahamkan. Pening. Aman akan try untuk kali ketiga nanti. Diharap sambungan komik ini akan lebih baik. Maaf, komen jujur dari pembaca.
******
Komen2 di atas ialah komen PERSONAL aman terhadap komik2 yang aman dah baca. Diharap korg tak trerpengaruh dan terus support dan beli komik-m. Memang berbaloi untuk dikumpul~! Review2 komik2 akan muncul lagi nanti.
hahaha..dalam entry aman sebelum ni, ada sebut pasal TV9 dtg semasa aman diinterview di atas pentas aktiviti PTS. Jadi, ni la video Kawan@TV9 yg ada muke aman. Even cume 1 saat setengah, tapi kira ada gak ar. hik3~
vid kredit to PTS.TV~!!
-out-
p/s-- ipan mesti hepi gile sebab video ni byk promote komik dia. hehehe
Wahaha. Nampaknya, selepas pertemuan bersejarah di pesta buku 21hb aritu, aman nampaknya masih lagi seronok utk bertemu dengan ahli2 pekomik. Jadi, pada tarikh 28hb (hari terakhir pesta buku)aman buat kali kedua penyaksikan Pekomikon dan Anugerah Pekomik 2010~!! Disamping berjalan2 dengan kawan2 dari UIA lak. hehe. So, untuk entry kali ni, aman akan selit2 dengan video. Jadi pastikan internet anda dalam keadaan aktif (dan tidak bermanja2) disaat buffering video dalam blog ni kelak. So,lets da story begin~!!
Seperti biasa, kami bertolak dari UIA dalam pkul 12 ke PWTC. (Janji sebenar pkul 10..biasalah kita kn melayu..hik3) Perjalanan kali ni aman ditemani oleh Ajiz (Si Player), Inas (Si Budak Kecik), Balqis (Si Pelakon Airmata) dan KayDee (Si Blurr) yg juga membantu dalam sesi rakam merakam ni. hehehe.
Sesampai je kat PWTC, aman dengan sekali lagi penuh bangga membawa mereka berjalan disekitar Pesta Buku........dan sesat (lagi). Setelah bertanya dengan abg penjaga, akhirnya arah tuju kami jelas balik. huhu. sori la, daku lebih suka berjalan ikut naluri saje. Kemudian masa aman berjalan, aman teringat, aina ada beritahu aman yang beliau akan join abg2 karikatur yg telah aman sebut dlm entry lepas. Jadi, kitorg pon, mula2 melawat booth karikatur untuk terjah~!! dan,YAA~! beliau ada sedang khusyuk melukis karikatur dan kemudian tersengih2 kodok pabila nmpak kitorg. hehehe~!
Setelah bertemu dengan ainaa, (beliau sudah pandai jaga diri) aman bawak diorang pergi ke dewan Kedah dimana Pekomikon berlansung. Depan dewan je aman dah jumpa aviltone dan juga enche wanzu yang juga tersengih2. hehe. masuk2 dewan, WAHHH~ ramai lagi artis2 pekomik yang aman hanya tengok kat facebook dan pergh saja. (dulu aman masih baru, jadi x berapa cam..huhu) Aman jumpa Bop, Jimie, Poyo dan Emi, Alif dan ramaaiiiii lagi. (klu nak list sorang2, agak ramai ye kawan2).
Aman amek tempat duduk dan Kaydee mula merakam! Masa kitorg masuk tu, sesi bersama Comix21 sedang dijalankan. Kelihatan enche Apai sedang petah memberi ucapan disamping enche Zamzami, Tarakucha dan Hamzi yang sedang mempromosi komik sulung mereka di Comix21~! Cayalah!!
Selepas sesi Comix21, tibalah giliran feveret team publisher aman, iaitu Komik-M~!! Forum dibawakan oleh enche Wanzu, Jimi, dan Alifstyle~! Mereka dengan cool nya menerangkan definisi, misi dan visi Komik-M, diselangi komik2 yang telah dihasilkan oleh syarikat tersebut. Selepas tu, mereka jugak ada membongkar beberapa buah komik yang bakal terbit selepas Pesta Buku nanti~!! Pehhh....aman sangat3 jeles! Semakin ramai dah mula kehadapan dengan komik2 yang menarik! aman je masih x bergerak2....ahhhh!!! Cuti 3 bulan nanti aman akan pastikan at least 1 buku bakal dipublish~!!! Yarghhhhhhhhhh~!!! (jadi gile jap kerana teruja)
Sesi Komik-M berakhir dalam lebih kurang pkul 1 lebih. Jadi aman dengan kawan2 amek masa ni untuk jalan2 ke pesta buku. (target perjalanan menuju ke booth PTS.. weee~!!) Tapi sebelum2 tu kitorg melawat kembali ainaa, dan kat situ jugak aman bertemu dan berbual dengan pekomik2 yang hebat2 seperti enche Wanzu, Tangh, Bop, dan enche Poyo. Hoho,sangat cool~!!
Macam biasa, untuk pergi ke booth PTS, kitorg kena lalu jejantas yang panjannngg~! Dan otw nak sampai ke jambatan tu, terserampak lak dengan seorgan ahli silap mata yang berbakat besar dalam segala2 perkara seni iaitu Orang Kuat, Alifstyle~!! dan apa yang x sangka, pertemuan dengan Alif di situ membawa kepada pertemuan kami dengan.......!!!!!! (tengok la video~)
Macam biasa, (tak biasa langsung!) keadaan sememangnya sesak di booth PTS~! Mentang2 hari ni hari terakhir, ramai2 pembaca, pembeli, penjalan2, bersesak2 dengan gumbira dan ria di setiap rak2 buku. Aman juga x melepaskan peluang untuk bersama2 mereka bergumbira menjadi pensesak jalan. Destinasi yang di tuju, tentulah Komik-M~!! (takkan booth Dr. Rozmey kot..) Haha, memang heaven bila nampak banyak komik2 yang banyak camni kat umah aman. hehehe. Aman sebenanrnya nak beli Aku, Kau & Bola. sebab hari tu boleh lak ter-miss tak beli. dem it~! Patut la x goal! (merepek apekah...) Hah, paling seronok tengok, banyak juga komik2 yang semakin berkurangn akibat dibeli oleh pembeli dengan rakusnya. Terutama sekali komik Smash20 yang kelihatan hanya ada SENASKAH je kat rak buku~! Woah~!! Sold Out tuuu! Cool lah Ipan!!
Lepas dah lepak2 kat bahagian komik, aman dengan Kaydee pon pergi ke bahagian Novel PTS. (kengkawan lain gi merempit ntah mane ntah..jadi tinggal kami berdua) Kaydee cakap dia minat buku sengal2, dan sebab aritu aman ada beli novel Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bkri, aman pun rekemen kat dia. Hoho, nampaknya, Kaydee memang minat dengan novel diari tu. So, dia decide nak beli 1 untuk koleksi dia gak. Aman ada rekemen novel Karipap-Karipap Cinta, tapi dia kata dah banyak sangat buku yang sama dengan aku nanti. haha,betul gak tu. Orang kate, lebih baik kita hidup berkongsi2, baru lah kreativiti boleh berkembang~! (sape yang kate?) NAK DIJADIKAN CERITA...tiba2 kelibat Bahruddin Bekri muncul di depan kitorg. Kaydee yang teruja dapat bertemu penulis buku pujaan nya jadi tak tentu arah. (hahaha..jgn cube nafikan kaydee.. ini realiti!) Jadi, dengan sifat teruja beliau utk bertemu dengan enche Baharuddin, kami memulakan misi "Stalking Bahruddin Bekri" serta merta~! Roger, bergerak!
Dan selesai misi Stalking Bahruddin Bekri, kini misi Karipap-Karipa Cinta pula menyerang~!! Dalam aman jalan2 tu, skali aman terdengar ada suara orang menyebut nama aman. Toleh2, woah, kak husna rupanya. (umur dia berapa ek.. betulkah betul2 'kakak'..? hmm..) Sempat gak berbual2 dengan watak novel Karipap-Karipap Cinta ni. Kak Husna memang sporting. Dan kitorg sempat gak menangkap gambar untuk kenangan! Wee~! Demam Karipap-Karipap Cinta masih lagi tak habis, bila kami kemudian didendangkan dengan persembahan Blues Bukit Bintang (nyanyian Bart Rasta dlm Karipap-Karipap Cinta) dari Pentas Aktiviti PTS~! Tuan Nazri M. Annuar selako penulis juga ada bersama~! Sangat respek dengan beliau kerana dapat hasilkan novel yang sangat9 best dan kelakar~!! hehehe~! Cool~!!
Kitorg memang xde keje laen. Asyik pusing2 kat booth PTS je. huhu. sambil2 tu, aman pon dalam dilema utk membeli buku. sebab duet bukan ada sangat pon. (dah pokai dah daku..huhu) Tapi akhirnya, aman pon wat keputusan utk membeli novel humor PTS seterusnya, 10 Juta Pulus. Masih belum baca lagi. Tapi harap dia selawak Karipap-Karipap Cinta. hehe. Then masa aman ronda2 tu, ternampak lak Sitrahaslee (pelukis takaza) tengah belek2 komik. aman pon gi la tegor n borak2 jap. Memandangkan hari ni ialah giliran dia lak utk sesi tandatangan dengan peminat. cool~!!
Jam masa tu dah nak pukul 3. Sepatutnya skang lah masa untuk sesi tandatangan tu bermula. tapi sebab kitorg x solat lagi, jadi kitorg decide utk carik surau yg terdekat (jauhhh kott~) utk solat zohor jap. Masa nak kuar tu, ternampak enche Jas berlari2 anak utk cepat ke booth PTS. Go..Go..Meon~!! (tetibe je...) Dah lepas solat, memang aman bergegas ke booth PTS. hoho,tengok2, ada Aviltone, Bop, Reja, dan Sitrahaslee khusyuk dikerumuni peminat2 komik~! Yang peliknya, ramai org mengerumuni mereka, tapi jarak mereka dengan pekomik2 tu nak dekat 1 meter. (Camner nak tengok org melukis kalau berdiri jauh2..) Apapun, keadaan sangat meriah carrey (bak kata poyo) ketika itu. sangat best~!!
Lepas dapat otograf Bop dan Avil, ingat nak gi mintak kat Reja and Sitra lak, tapi mereka sedang dikeremuni dengan ramai peminat2 cilik. Jadi, aman pikir, bagi peluang kepada peminat2 mereka dulu untuk bersama diorg. Aman maybe akan jumpe lagi diorg ni kat office PTS or kat event2 Komik-M. hehe. Harap sangat lah! =)
Masa yang dinanti2kan pon tiba! Anugerah Pekomik 2010 mula berlangsung di dewan Kedah dan dimulakan dengan nyanyian puisi oleh Nikbinjindan yang sangat cool~!! Sedap sore dia. aman agak khusyuk gak ar. Tapi aman x lama sangat kat situ, sebab kawan2 aman dah ajak gi solat dan bila aman masuk balik, anugerah dah separuh bermula.
Ramai jugak artis2 komik yang datang~! Masa tu, aman cuma menunggu seorang je. Setiap kali pintu dewan dibuka, aman mesti toleh klu mamat tu datang. Tapi x.. huhu.. eh, eh, jangan pikiq bukan2, mamat yang aman maksudkan ialah Keith dr Gempakstarz~! Sebab aman mengagumi karya beliau. dan karya beliau gak mnjadi inspirasi aman. Aman ada 1 impian, utk dapat collab dengan Keith satu hari nanti. Hehe! (huh...ntah berapa tahun kah kena tunggu tu...huhu) Apa pun, aman kena terus bersaing! Even dia idola aman, aman jugak menjadikan dia pesaing aman! Maybe orang akan cakap merepek, sebab org amatur macam aman target utk setanding artis pro macam Keith. Tapi lantak lah, ada aku kesah~! hahaha. Yang penting, target aku ni, akan buat aku better dr setiap aspek karya aku. (insyaallah klu aku teruskan konsisten..huhu) Yosh~!!!
Sesi anugerah berakhir dengan lancar. Gempakstarz byk memenangi kategori yang dipertaruhkan, begitu jugak komik2 yang lain. Tapi yang kelakar n bestnya, karya Pac (pelukis TwinX) yang telah dinobatkan sebagai Komik Terbaik memang COOL~!! Memang kelakar bila tengok muka Pac masa nama dia di umumkan (sebab dia da give up n x expect akan menang~! haha) haritu. hahaha. Bak kata Tuan Faizal Mukhtar, boleh lah Pac beli sikat banyak2. Hik3~
Ketika sesi bergambar sedang dijalankan, aman pun amek langkah untur undur diri. Kesian kawan2 yang dah lama menunggu. Huhu. Kitorg pun bertolak utk makan, solat dan terus balik. Hoho, tiba2 member aman Inas menghulurkan komik Aku, Kau dan Komik #2 kat aman! Nak tanda tangan katanya. haha, x sangka hari ni ada gak 1 lagi sesi tandatangan untuk aman. huhu. Tenkiu2 kerana sudi support aman. Hehe.. (masa ni muka mengantuk dan letih, jadi agak muram sket, tapi hati gembira berbunga2..wee~)
Hari tu merupakan hari yang bermakna jugak buat aman. Aman seharian tak habis2 teruja berjumpa pekomik2 heibat kat Malaysia nih~! Hehehe. Aman nak berterima kasih kat kawan2 aman, Ajiz, Kaydee, InaS, Aqis dan Ainaa sebab sudi buatkan hari aman ceria macam ni. And terima kasih gak kat para kawan2 pekomik yang lain dan sorry kalau ada salah laku atau kata. huhu. aman berharap REVgang ada ketika itu. Mesti lagi banyak benda merepek leh rakam. hehehe. (takper2, len kali akan ada~!!) So, 1 lagi tarikh terindah yang bakal tercatat dalam diari hidup aman sebagai pekomik amatur~! Cool~!
-out-
p/s--bajet nak beli 1 komik 1 novel je, x sangka beli lagi banyak dari aritu. adoiii~ X____X
Ok, memandangkan aman jarang update blog (sebab tatau nak cerita apa), so, aman decide untuk promote syarikat Komik-M yang aman tengah support skang dengan bagi review PERSONAL tentang komik yang aman dah baca. Diulang lagi ye, PERSONAL review ok. Jadi, mungkin juga apa yang aman rasa berlainan dengan taste korang. Jadi, untuk membuktikan review aman ni betol or tak, beli dan baca sendiri ye~! Support komik Malaysia~!! Yeah!
KOMEN:Haha, komik yang mencetuskan kontroversi. Ok, untuk komik ni, bagi aman jalan cerita dan penyampaian sangat best~! Bebudak yang nak amek PMR atau SPM boleh la amalkan tips2 yang ada dalam komik ni. Tapi jangan ar korang baca komik ni je, baca la gak buku pelajaran tu oi~! Klu nak betul2 dapat 8A la. hehe. Neway, walaupun tujuan komik ni untuk memberi panduan tentang pembelajaran, tapi Nazry (penulis) tetap concern dengan jalan cerita yang menarik, kisah2 hubungan kekeluargaan dan cinta tu best. Gaya lukisan Afiq agak simple. Even tak sedetail Aviasi Fantasi, tapi bagi aman kira ngam la dengan jalan cerita yang santai camni. Sangat rekemen kepada korang yang nakkan bahan bacaan yang menarik, ilmiah, dan kelakar~! hehe, info2 pasal budak2 sengal jawap exam tu memang cool~! hahahaha!
KOMEN:Komik adiwira yang sempoi gak~! Terubat gak rindu aman yang gian dengan siri Kecemprengman. huhu. Jalan cerita Ultra Qalif santai dan senang baca. Tak tension2. Memang cool untuk bacaan waktu petang sambil menghirup kopi cengkudu~! Aman dapat jangkakan watak Ultra Qalif ni akan dicosplay 1 hari nanti. Lukisan memang sempoi, dan aman memang suka lawak loyar buruk dalam citer ni. (part cermin mata dengan kes eksiden tu~! haha..siot!) Hope Bop boleh cepatkan keluaran setiap siri komik ni sebab siri ni memang ada potensi untuk tackle kanak2, dan kalau siri ni keluar lambat, takut sifat teruja kanak2 tu kat Ultra Qalif akan pudar dan spoil la. So,teruskan Ultra Qalif cepat2~!! Siri yang best!
KOMEN:Hoho,komik kanak2 yang best la. Aman xleh nak judge lebih sebab komik ni memang untuk kanak2. Lukisan yang sangat2 santai, cerita yang sempoi, memang bagus untuk mengajar kanak2 tentang penjagaan alam sekitar. Setakat ni aman masih tak sure flow cerita ni untuk siri yang seterusnya, tapi aman harap klu watak2 kawan Didi akan di ketengah lagi. Macam cerita Shin Chan yang ada Kazama, Nini, Bo dan Masao. Diorang bukan saja watak sampingan tapi jugak watak2 penting yang hidupkan komik Shin Chan tu. Jadi, memang best kalau Ard One boleh buat pengembaraan yang best antara diorang dengan Kapten Hijau. hehe. Sebab kanak2 skang suka baca cerita2 yang ada advanture. (klu x silap la..huhu) Apa pun, all the best kat Ard One dan Dunia Didi~! Aman menantikan siri yang seterusnya~!! hehe.
**********
Cukupla 3 komik dulu. Pasni aman nak edit entry tentang Anugerah PEKOMIK lak. Aman akan sambung review 3 komik lagi setiap entry. Dan klu aman rajin, aman akan review siri Komik-M yang dulu2 macam Kecemprengman, Orang Kuat, TwinX, Shootz,Smash20 dan lain2. Ok, nak sambung lukis komik~! aman bajet tahun ni nak publish 2 buku. berjaya atau tak? Doakan la ye~! Ganbateh Aman~!!!!
^______^
-out-
p/s--seluruh entry ni ditaip dengan jujur, tiada niat untuk Aprilfool ye... -____- ...harap maklum..huhu
Pesta Buku kembali tahun ni. Pada pesta buku tahun lepas, merupakan antara kenangan terindah aman dalam dunia komik bila aman bertemu dengan ramai artis2 komik dan mengagumi mereka yang sedang sibuk menanda tangan kepada peminat2 komik. Tahun ni, pada mulanya, aman ingat pesta buku 2010 ni hanya biasa2 saja, tapi TAK....!! Bila aman tengok dalam jadual Komik-M tahun ni di pesta buku, tercatat 1 aktiviti bertemu artis komik dan salah satunya ialah Aman sendiri~!!! (sebenarnya dia tulis REVgang, aman ahli REVgang ye..hik3..) Oh, ye, bila sebut pasal REVgang, mesti ada yang tertanya, apa tu REVgang? Camni, REVgang ialah group pekomik muda yang bernaung di bawah Komik-M. Ahli2 REVgang ialah..........Ah, malas utk bercerita panjang. Lain kali aman akan buat entry tentang REVgang ni. Tapi utk lebih mengenali kami, boleh klik ke link INI~! heee..
Aman bertolak dari UIA dengan Aina. Asalnya kami janji utk bertolak dalam pkul 9 pagi dan bertemu Irfan pkul 10 di Stesen Masjid Jamek. TAPI disebabkan kepenatan x tido seharian, aman terbangun pkul 8.45 pagi~!!! (ehem..tido lepas subuh ye..jgn cakap aku x solat lak..huh..) Aman sangat la cuak lalu terus call aina, dan ternyata..beliau jugak br bgn tido.. hik3.. pastu tepon Irfan lak, mane tau mamat tu dah tunggu kat sana, skalik tepon2 je.. first, sore da lemah gemalai n ayat beliau.. "aku kat bilik lagi..." HAHAHA..tiga2 baru bangun. Terbaek lah~!!
Jadi cam biasa, kitorg bergerak nek LRT ke Masjid Jamek dan kelihatan Irfan tgh duduk khusyuk memandang phone beliau. Huh, new haircut. Aman mulanya ingat nak potong rambut gak.. serabai betul rambut aman aritu..huhu. Pastu kitorg bertiga nek STAR ke PWTC. Sesampai je PWTC,aman dengan bangga nya membawa mereka ke dalam dan ronda2 pesta buku yang sesak orang tu...dan kami sesat. huhu.
Lepas tanya orang, baru dapat tau kedudukan booth PTS yang sememangnya di aim dr dulu lagik. Sesampai je kat booth PTS, keadaan sememangnya sesak. Kitorg terus aim ke rak komik. Kitorg menyelit2 dengan jayanya untuk sampai ke rak komik. Then masa aman di bahagian Novel PTS ONE, aman ternampak sorang mamat ni, JIMIE~!! Editor grafik yang berbakat besar! hehe. Ni idola ipan ni. Sempat salam2 dan aman terus ke rak komik-m. Belum sempat nak sampai ke rak komik, ada sorang makcik memblok jalan dengan pamphlet Komik-M. Makcik tu da la x bagi salam, pastu bagi pamphlet lak tunduk2 muka. Huh.. eh, bila dilihat betul2 makcik itu.... laaa.. Lavendra rupenya..hahahahaha~!
Sememangnya keadaan kami ketika itu agak terpinga2. haha. masing2 tak tahu nak buat apa. Mata meliar2 melihat keadaan sekeliling booth PTS. ramai orang. dah agak dah pun. pastu aman bertemu beberapa lagi kelibat orang yang aman kenal, sperti Kak Husna, salah seorang editor PTS yg kecil molek seperti budak sekolah, Aviltone pelukis Hibrid dgn rambut barunya, dan Poyo pelukis Kecemprengman yang juga dengan rambut baru~!! (Huh, hari ni New Haricut day kah? Aku ketinggalan~!! >__< )
Kami sebenanrnya menunggu jam 2 petang sebab ketika itu lah kami akan beraksi di pentas aktiviti PTS~!! Tapi nampaknya masih awal, jadi aman mengambil keputusan untuk meronda2 sekeliling pesta buku ni. Laven ikut aman sebab dia sendiri belum ronda2 lagi. Ipan mengghilang ntah ke mana, isap rokok agaknya.. (maaf, itu cume fitnah. Ipan benci rokok~!) Aina pula mengambil peluang utk curi2 bertemu lelaki lain di tingkat bawah...... (-___-) hoho, sebenarnya dia pergi bertemu dengan abg2 karikatur yang akan dia sertai x lama lagi. hehe.Setelah beberapa ketiak..eh, ketika, bile kaki aku n laven pon dah penat jenjalan, akhirnya kitorg calling2 irfan n jumpe aina utk solat zohor dulu. Nazry n Afiq pon masa tu dah otw nak sampai PWTC. So, aku, irfan, laven, aina, reja dan sitrahaslee pegi la ke surau yg berdekatan. (jauh sebenarnya..) Masa kat sini la baru dapat berbual2 dengan Reja (pelukis Shootz!) dan Sitra (pelukis Takaza). Rupenya Sitra sebaya je dengan aman. Baru 22 thn. dan nama adik beradik beliau mmg unik. Ala2 nama watak komik Hong Kong. Sangat cool~!
Berbual punyer lama, dapat calling dari Naz yang katenya sesi REVgang dah nak start~!! Tengok2 jam, dem~! Pkul 2 dah beb! Kitorg pon berlari2 zirafah masuk ke pesta buku.. Sesampai je, Naz dan Afiq dah awal2 di interview oleh enche Faizal Mukhtar. Hohoho, masa tu, aman mmg cuak. Ntah ape la nak cakap atas pentas kang. huhuhu. Tengok adik beradik Feeqry ni cam rileks je, maybe diorg dah biasa2 kot diinterview oleh surat khabar Harian mahupun Berita jam6. Masa sesi ni, ramai gak orang2 yang aman kenal dari FB memunculkan diri seperti Suffian (peminat tegar Komik-M), Saurukent (peminat tegar Ainaa), Bhutet (peminat tegar hens) dan ramai lagi~!!
Setelah sesi Naz dan Afik berakhir, enche Wanzu minta Aman dan Irfan pula naik ke atas pentas. seriously, ni lah kali pertama aman berdepan dengan orang awam untuk sesi interview dan otograf. klu cakap aman x cuak, memang tipu la. sedangkan irfan yang sebelum ni dah hadiri sesi otograf peminat kat JB pun masih cuak, aman yg 1st time lagi ar. Tapi kitorg naik dengan muka pure2 cool~! hohoho. interview di mulakan seperti biasa. soalan2 seperti, lukis komik ape? sejak bila kenal komik-m? apekah berkembangan perut..eh, komik? dan beberapa soalan basic untuk mengenali seorang pelukis komik. time tengah2 interview tu, aman terperasan seseorang membawa camera (rakam).. aman x kenal orang tu, tapi dari logo baju mamat tu, memang sah~!! orang TV9~! tak lama lepas tu, aman ternampak lak kelibat seorang wanita berambut pendek yang sgt sweet bersalaman dengan pengerusi PTS, Puan Ainon. Huh, Irma Hasmie??
Semasa sesi para peminat untuk menunjukkan bakat, memang ia mengkonfemkan tekaan aman. Ya, Tam (pelakon Cili Padi) dan Irma Hasmie naik ke atas pentas untuk melukis sambil2 mempromosikan Komik-M di rancangan Kawan@ TV9 (klu aman x silap). wahh..masuk TV?? cool~!! Aman pun mula la buat muka2 senyum kodok sambil cover2 sopan2 tenggiling. hehehe. seterusnya pulak, acara tandantangan. sememangnya x ramai yang ke depan untuk minta sign. (huhu..sape je la aman wan ni..) cuma suffian ke depan untuk minta sign, dan diikuti oleh seorang budak lelaki dan adiknya. hehe. Aman banyak gak bertanya kat budak tu, dia minat komik tak? lukis komik tak? dan aman ada bagi kata2 nasihat untuk jadi pelukis dan jgn abaikan pelajaran. budak tu pun cam teruja. (terutama adik perempuan dia yang ligat bercerita..haha).
Neway, aman mmg agak suka bergaul dengan budak2. Aman harap kalau komik solo aman keluar nanti, aman akan ada ramai peminat dari kalangan kanak2. huhu (aku bukan pedo..) Bukan apa, sonok bile dapat buat budak2 hepi. sebab diorg slalu jujur dengan perasaan diorg. klu best, dia kate best. klu tak, dia cakap tak. Jadi, itu antara misi aman la. hahaha, utk dapatkan ramai peminat2 cilik.
Sesi kami tamat dengan lancar. Semasa kami turun dr pentas, Irfan tiba2 cakap sesuatu yang agak mengimbas memori kitorg. "Man, kan aku dah cakap hari tu,kita akan duduk sebelah2." Irfan tegur. Masa tu aman teringat balik. Saat kitorg belum lukis komik dengan Komik-M, saat kitorg baru dalam proses menghantar proposal komik kepada enche wanzu, kitorg da janji klu kitorg berjaya, kitorg akan duk sebelah2 time sesi tandatangan dengan peminat. haha, x sangka benda ni betol2 berlaku. (hehe)
Neway, seterusnya giliran Laven dan Ainaa lak utk diinterview. Hehe, ape lagi, memandangkan mereka lah the only bunga kat Komik-M, jadi agak diberi tumpuan orang. hehe. cool~! Seperti biasa, mereka juga ditanyakan soalan yang sama seperti kami.
Selepas tu, seperti biasa. misi seharian kami dah pun berakhir. Banyak gak benda2 yang berlaku pastu. perjumpaan ramai2 pekomik yang borak2. bergambar2 dengan editor2 yang kacaks2 belaka. dibelanja minum2 oleh enche wanzu. sesi shopping yang berpatutan (peh..habis duet poket...) dan tentulah, sesi bergambar dengan ahli2 REVgang~! Akhirnya REVgang lengkap juga. (sebelum ni kitorg ada buat perjumpaan tapi tiada Ainaa masa tu.)
Senja semakin bertungkus lumus memunculkan diri. Masing2 mula beransur pulang. Naz, Afik dan Laven tumpang enche Wanzu. Aina pula gerak sendirian kerana ingin bertemu teman lain. Aman dan Irfan bersama2 pulang menaiki LRT. (setelah penat membawa beliau berjalan2 di Masjid Jamek sehingga sesat. haha) Setelah Irfan sampai ke destinasi beliau, aman terus ke putra. Aman kemudian naik bas rapid seorang diri pulang ke UIA. Aman duduk di kerusi belakang, dan lampunya rosak ketika itu. Badan aman sangat letih, kaki dah kebas, perut lapar, mata mengantuk, kepala terbayang assignment yang aman tinggalkan, ada banyak drawing bangunan x siap, esok dah kena present depan lecturer, terbayang pula satu persatu kenangan di pesta buku, bebudak REVgang, enche wanzu dan alif, ahli2 pekomik..... aman keseorangan dalam kegelapan dan diikuti bunyi enjin bas,sebuah senyuman masih tak lekang dari bibir...
(^_______^)
-out-
p/s--segala gambar dicuri dari laven, kumpulan pts, dan reja. huhu..sori2~! sebuah hari yang terbaek dalam hidup~!!