Hahaha, baru je entry sebelum ni, Aman cakap nak belajar interact dengan budak2, akhirnya, hari ni, peluang tu dapat! Hari ni untuk kali pertama, Aman try join Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putri. Tapi Aman datang sebagai videographer je. Sebab Aman sememangnya sudah bekerja di bawah syarikat Ain Maisarah iaitu BlinkBook Sdn Bhd. Aman akan jadi pelukis dan juga buat video. So, itu yang Aman join tu. Nak dapatkan footage untuk video BlinkBook akan datang.So, masa Aman tengah sibuk2 merakam, ada la beberapa budak laki ni tanya, "Abang ni berlakon iklan gangster ek?" Uit?? Terkejut gak! Tak expect pun budak2 sekolah rendah akan tengok video2 tu. Tapi diorang semua sempoi la! Tak habih2 ulang dialog choki2 dan tam2. haha
Tapi sebab Aman ada kerja nak kena buat (merakam) jadi kadang2 terpaksa tinggalkan bebudak tu kejap. Apapun, secara overall, memang Aman tengok, program Ain Maisarah ni sangat2 dapat sambutan yang hangat! Budak2 macam dah merusuh nak beli novel Ain Maisarah! Terkejut wooo!
Apapun, memang pengalaman yang best! Seronok merakam dan interview budak2 sekolah, melayan budak beli buku, borak2, haha best2! Sampai Aman tak sempat nak buat vlog sendiri atau tangkap gambar. hoho. Next time la kot. (29 febuari ni Aman akan pergi ke SMK Kompleks KLIA~!! Sekolah lama Aman~!!)
-out-






