Monday, January 16, 2012

Seorang Idola untuk Kanak-kanak

Masa Aman mula2 melibatkan diri dalam dunia komik, Aman ada satu aim ni. Iaitu nak jadi Idola untuk kanak-kanak. Entah kenapa, Aman sangat suka hasilkan karya yang Aman akan fikir, "Hope kalau ada budak baca, dia akan suka.". Dan tentunya karya yang Aman suka, dan nak hasilkan ialah karya yang bermakna dan dapat beri impak kepada childhood mereka.

Aman memang suka dengan kanak-kanak ni. Tapi Aman ni tak reti sangat nak interact dengan diorang. Aman takde skill seorang guru tadika, jadi dengan karya2 komik ni la Aman harap dapat tawan hati diorang. Lagipun, kanak-kanak ni jujur. Kalau diorang suka, sememangnya diorang suka. Kalau tak, diorang kata tak. Tapi itu aim dulu2, kemudian bila masa semakin berlalu, Aman tak fikir sangat tentang aim tu. Tapi tanpa Aman sedar, ia tergerak sendiri. Bila Aman buka balik folder2 komik Aman, memang hampir kesemua komik yang Aman lukis, (samada dah publish atau tak) mempunyai elemen untuk kanak-kanak.

Tapi memang itu tetap menjadi impian Aman la. Melihat beberapa kanak-kanak membesar dengan karya AmanWan yang diorang akan ingat sampai diorang besar. Seperti mana Aman dibesarkan dengan karya2 dari Akira Toriyama (Dragon Ball) yang masih lagi menjadi idola serta rujukan Aman hari ini.

Tak kira lah apa medium pun. Komik, drama, filem, novel atau lagu, Aman nak cuba hasilkan sesuatu yang terbaik untuk generasi cilik ni! Yup, memang ini bukan tugas yang mudah. Lebih2 kalau nak terapkan something yang baik pada mereka. Tapi inilah cabaran untuk impian Aman ni. Impian untuk mewujudkan seseorang yang bernama AmanWan yang ada tersimpan disudut hati mereka nanti.

^____^



Lagi syiok kalau boleh interact dengan budak2 macam ni. hohoho!

-out-