Saturday, June 16, 2012

I love KOREA~!! (punya komik)

Aman membaca semua jenis genre komik. Tapi, komik cinta adalah yang paling kurang diminati. Lelebih bila disajikan dengan jalan cerita klise antara uda dan dara bersayang-sayang.

Tapi, komik ini adalah berlainan. Aman beli komik ini pun kerana penulis dan pelukisnya adalah orang korea. Dimana Aman telah diyakinkan dengan 2 siri komik cinta korea kegemaran Aman iaitu "Twinkle" dan "Buah" yang keduanya menyajikan jalan cerita yang berbeza.

Dan ternyata, sekali lagi Aman ditemukan dengan 1 siri komik cinta yang terbaik. "PakCik Kaki Panjang". Komik ini (atau aku patut sebut sebagai Manhwa) sudah menyentuh hati Aman dengan lukisan dan plot ceritanya yang kuat. Aman tidak menjangkakan cerita dan pengakhirannya. Emosi juga disampaikan dengan bagus. Dan humornya juga kelakar.

Ini ialah antara karya yang Aman akan letak di "Rak Buku Kegemaran", sederet dengan manhwa "Twinkle" dan "Buah". Sangat berpuas hati. =)

-out-

Wednesday, June 13, 2012

Langkah pertama sebagai PENCERAMAH

"Cuakkkkkkkk~!!!! tapi best."

Inilah perasaan Aman selepas saja bersetuju untuk jadi penceramah di FSSR, UITM Shah Alam tempoh hari. Topiknya, Masa Depan Vlog dan Komik! Giler kentang lah! Tak pernah2 bagi talk, tibe2 terus setuju je. Haha!

Memang cuak la, Aman 2 malam hafal skrip. Rangka kasi elok. Slideshow kasi proper susun. Sampai2 je kat UITM, disambut baik dengan faci FSSR. Diorang ni memang sempoi dan friendly habis!! At least masa sesampai tu, hilang la sikit cuaknya.

Tapi masa nama dah dipanggil untuk bagi talk selama 2 JAM, masa tu cuak datang balik!! Awal2 kenalkan diri dah menggelabah. Tersasul banyak perkataan. Tapi minit ke minit, Aman mula selesa. Slide dan topik Alhamdulilllah dapat disampaikan dengan OK dalam masa yang diberikan. Lega!

Apapun, apa yang Aman respek ialah, ketekunan pelajar2 yang tekun dengar talk Aman. Itu yang buat kan Aman hilang cuak dan teruskan talk. Sebab diorang sangat best! Habis je talk, terus ramai2 bergambar sakan. Hohoho!

Lepas tu Aman ada di datangi 2 individu yang sangat2 berbakat dalam komik!! Mereka tunjukkan karya untuk Aman komen, dan mereka banyak bertanya macamana nak jadi pekomik 1 hari nanti. InsyaAllah, bila Aman lihat talk yang Aman bagi dapat memberi kesan kepada life pekomik diorang, Aman hepi!

Serius, Aman hope, kewujudan Aman dalam bidang komik ini dapat memberi manfaat kepada orang lain alaupun sikit. Aman serius terharu bila dapat membantu mereka dalam mengejar impian komik mereka.

Apapun, pengalaman di FSSR, UITM Shah Alam adalah 1 pengalaman besar dalma hidup Aman. Aman tak pernah expect 1 hari akan memberi ceramah di depan orang ramai. Aman sangat berterima kasih sebab jemput dan percaya dengan Aman. Hope 1 hari dapat datang lagi. hehehe

-out-

AmanWan masuk TV~!!

Hoho, kali ni Aman nak citer pasal pengalaman muncul di TV~!! Yup, Aman sudah 2 kali berjaya ditemuramah (pehh.."berjaya" tu beb..) oleh stesen TV yang sama iaitu TV Alhijrah~!! Dan Aman bukan sendirian, kedua2 pengalaman ditemuramah oleh stesen TV ini, Aman ditemani geng Mentol Pecah! Mozek dan Niman! Jom, Aman citer sikit!


13 NOV 2011
Masa ni memang 1st time dipanggil untuk rancangan Assalamualaikum (rancangan ni LIVE kottt..). Cuak gile ding dong la wehh! Tapi sayangnya masa ni, diorang cuma nak 2 orang saja. Jadi Mozek terpaksa berkorban dan duduk belakang tabir. Temuramah berjalan lancar, walau kitorang nampak cuak. Haha, tapi ok la kan. Ini memang pengalaman berharga la. Boleh tengok video bawah ni. Hehe!



21 APRIL 2012
Kali ini lak untuk rancangan Gen21. Kali ni, bukan saja temuramah, tapi kitorang kena berlakon sekali. Sebab diorang nak tengok macamana kitorang vlogger ni buat video. So, terpaksa la buat video yang super spontan la. Haha, bedal sajala labu! Tapi rancangan ini bukannya LIVE, jadi masa tayangan hari itu pun, Aman tak sempat tengok sebab busy kerja di pesta buku. Sayang betul.. huhu. Apapun, still, pengalaman yang best! (kali ni dah hilang cuak, mentang2 penemuramah ialah cik2 adik yang comel. hihihi)



Setakat ni baru 2 kali ni sajalah kitorang di interview. Kalau ada lagi stesen TV yang nak panggil kami, jangan la malu segan ya. (cewahh kau bajet retiss puiii!!)


-out-

Tuesday, June 12, 2012

Lamanya Bersawang!!

Whoahh~!! Lately Aman sangat2 Super Duper Busy!! Sampaikan blog dan vlog tak sempat nak update. Huhuhu... Apapun, Aman akan try updet secepat mungkin! Kenapa perlu updet blog?? Sebab blog ni bagaikan diari bagi Aman. Aman nak rakamkan perkembangan Aman dalam blog ni bermula dari seorang yang tiada apa, hinggalah menjadi pelukis komik yang hebat suatu hari nanti! InsyaAllah~!!

Ada banyak kisah yang berlaku yang Aman tak sempat nak taip di blog sebelum ini, contohnya pengalaman pertama ke stesen TV Alhijrah, pengalaman pertama Jelajah Sekolah, pengalaman pertama join Pesta Buku, dan macam2 lagi lah!

Tapi jangan risau, Aman akan ceritakan semua kisah itu di dalam blog ni juga! Mesti updet!! Walaupun sekarang sedang alami sindrom "Teruja Buku Pertama" seperti gambar di bawah ini. Hihihi~!!

-out-

Monday, May 14, 2012

Moment2 Emosional Bertemu Buku Sulung....

Dalam entry2 lepas, Aman pernah mention. Aman mungkin akan menangis semasa pertama kali memegang buku sulung Aman nanti. Tapi masa tu Aman hanya assume saja. Aman tak tahu apa perasaan sebenarnya memegang buku sendiri. Apa perasaannya bila impian sejak kecil tercapai... 

Sehinggalah malam itu, Aman akhirnya diberi peluang untuk rasa perasaan tu...

Ketika itu Aman di kilang. Yang dipenuhi buku2 terbitan BlinkBook.  Kami tengah susun buku2 untuk dibawa ke pesta buku PWTC (Aman salah seorang crew Kedai Pink AinMaisarah). Dan tiba2 ada beberapa bungkusan buku baru sampai...

Seorang kawan Aman yang sedang mengangkat bungkusan2 tu tiba-tiba menjerit, "Aman, ni Lawak Sekolah! Lawak Sekolah!" 

Aman terkejut sikit. Aman dah expect akan dapat lihat buku itu malam tu. Tapi tiba2 hati rasa berdebar. Mulut tiba2 terus senyum tanpa sebab. Tapi Aman dan kawan2 masih teruskan mengangkat bungkusan2 buku yang lain ke dalam kilang dulu. Sambil tersenyum-senyum.

Ianya sangat pelik. Perasaannya seperti ada seseorang yang disukai berada di sana. Setiap kali Aman lalu lalang mengangkat bungkusan2 buku, Aman asyik menjeling ke arah bungkusan Lawak Sekolah tu, dan tiba2 senyum. Macam orang gila. Haha.

Ada sikit saja lagi bungkusan. Lepas tu memang rasa nak terkam bungkusan putih yang dipenuhi Lawak Sekolah tu! Tiba-tiba, Aman nampak ada seorang kawan Aman mendekati bungkusan tersebut.

"Man, taknak tengok buku ko ke?" Lalu, dia terus mengoyakkan bungkusan putih tu.

Tunggu! Aman terus stop buat kerja dan pergi ke arah kawan Aman tu. Dia masih mengoyakkan bungkusan putih tu untuk keluarkan senaskah buku Lawak Sekolah. Perasaan Aman ketika ini pula, seperti  seorang bapa yang sedang menunggu seorang doktor untuk mengeluarkan baby pertama dari perut bini Aman. Berdebar! Cumanya muka masih tersenyum.

Dan kemudian, dia berjaya keluarkan senaskah. "Haaaa....tu diaaaa!" Naskah tu diberi kat Aman.

Aman ambil dan terus flip setiap muka surat. Speechless... Aman masa tu cuma mampu senyum sampai ke telinga. Dan Aman tak ingat apa yang Aman bebelkan semasa pegang buku tu. Sangat2 teruja! Tapi apa yang pasti, ianya bukan seperti yang Aman assume. Aman tak nangis. Tapi tangan Aman menggigil. Sangat menggigil...

Entah kenapa...

Selepas tu, kawan2 yang lain sambung buat kerja. Aman minta diri untuk ke bilik kejap. Untuk berdua-duaan dengan buku Lawak Sekolah itu sekejap.

Dan itu memang detik emosional yang paling pelik pernah berlaku kat Aman. Haha. Aman belek2 buku tu, flip setiap muka surat, pandang penuh teliti. Dan perkara pertama yang ada dalam kepala Aman ialah, wajah2 setiap orang muncul satu persatu! Mostly, wajah family, guru2 dan kawan2 baik Aman. Aman rasa sangat terhutang masa tu. Kalau tak kerana mereka yang sering support Aman sejak kecik dulu, moment seperti ini tak mungkin Aman rasa...

Dan kemudian, satu persatu memori menyiapkan buku ini muncul... bagaimana ia bermula... pelawaan dari Tuan Amal dan Kak AinMaisarah.. Bagaimana susahnya menyiapkan... Kejar deadline.. 

dan ianya berterusan dengan penuh emosional skali. Sekarang Aman tahu perasaannya. Memegang buku pertama. Sangat emosional sekali... Aman tak menitik air mata pun. Tapi dada Aman rasa sangat lapang. Aman dah capai sesuatu yang besar pernah Aman impi dalam hidup. Dan ini baru permulaannya...

Doakan perjuangan Aman yang seterusnya...
Terima kasih korang semua...

^_________^

-out-

Tuesday, April 24, 2012

Pesta Buku 2012~!! Kali ni AmanWan ada buku!! Yeayy!!


Wahh! Busynya sekarang ni.
 Sejak siap nomik pertama Aman ni, Aman mula sibuk dengan kerja2 sampingan seperti vlog, video Mat Blink, komik G3,dan beberapa lagi kerja yang memerlukan cerita yang perlu diperah2 dari otak yang tengah kering ni. Huhu.

Lagipun, ada banyak perkara menarik dah berlaku sepanjang 2-3 bulan ni, dan Aman akan cuba update entry berkenaan semua moment tu selepas balik dari pesta buku nanti. Harapnya ada la masa terluang untuk update moment2 best tu dalam blog. 

Apapun, xleh nak citer banyak! Banyak kerja nak bat skang. Jumpa korang di Pesta Buku ya~!! Jangan lupa beli nomik Aman! Hehehehe~!!!
^______^

-out-





Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya, NOMIK pertama sudah SIAP LUKIS~!!

Pehhh... setelah bertungkus lumus, perah otak dan tenaga, akhirnya Aman berjaya siapkan lukisan terakhir untuk nomik pertama Aman, Lawak Sekolah! Aman siapkan pada hari isnin lepas, dan semalam menurut editor, mungkin sudah dibawa ke pencetak. Cuma tunggu masa untuk diterbitkan dan dijual pada pesta buku nanti!

Whoahh~!! Tak sabar! Terlalu banyak emosi bermain dalam proses menyiapkan kesemua komik di dalam nomik ini. Biasalah, bagi orang yang amatur dan pertama kali seperti aman, bukan nya suatu kebiasaan untuk melakukan hal seperti ini. Walau apapun, sekarang ni segala penat terasa berbaloi. Cuma sekarang Aman cuak je, nak tahu pandangan pembaca. Harapnya mereka suka! huhu

Alhamdulillah, lepas siap je lukis kelmarin, Aman sebenarnya masih ada banyak kerja. Nope..bukan kerja, tapi hutang! Hutang VLOG! Aman sangat berterima kasih kepada penyokong AmanWan yang sentiasa bersabar menunggu vlog Aman. Walaupun korang tak layan komik, tapi korang sangat memahami situasi Aman. Jadi, Aman rasa sangat beruntung giler disokong oleh orang2 seperti korang semua. TERIMA KASIH~!!

InsyaAllah, sebelum pesta buku nanti, memang Aman target untuk hasilkan beberapa vlog untuk membayar hutang yang lama tertunggak! Tapi bukan itu aje, banyak lagi kerja Aman nak kena siapkan juga, Komik LabuBula untuk G3, Komik untuk Wuuhuu, video Iklan untuk MatBlink, slideshow untuk Talk di UITM Shah Alam, Review complimentary comic, dan update blog dengan entry tentang pengalaman Aman yang Aman simpan selama 2-3 bulan ini.

YOSH~!! Cukuplah seharian tidur semalam AmanWan! Bangkit dan mula bekerja!! Yeahh~!!!!

-out-

(BTW, THANX pada korang kerana sokong IKLAN GANGSTER yang kini sudah melebihi 1 JUTA VIEWS~!!! WOOHOOOO~!!!)
p's- kejap lagi nak ngeteh dengan bebudak Iklan Gangster, dan nak buat video baru dengan diorang~!!!